#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

10 April 2015

Kegiatan Haram Ulat Teksi & Kereta Sapu tumpas di KLIA - SPAD



Anggota penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Polis (PDRM) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berjaya menumpaskan sejumlah 20 kes.pelbagai kesalahan dalam satu operasi kegiatan ULAT Teksi & Kereta SAPU yang dijalankan secara mengejut sekitar KLIA-KLIA2, semalam.

Sebelas buah kereta di sita atas kesalahan dan sembilan antaranya dipercayai terlibat dengan kegiatan 'kereta sapu', 'ulat teksi' termasuk kesalahan melanggar syarat permit yang ditetapkan pihak SPAD.


Kereta-kereta yang terbabit dan di sita oleh SPAD iaitu :
 a. 2 x Proton Waja.
 b. 2 x Wira Aeroback.
 c. 1 x Perodua Alza.
 d. 1 x KIA Forte.
 e. 1 x KIA Spectra.
 f. 1 x KIA Pregio.
 g. 1 x Toyota Avanza.
 h. 1 x Proton Saga BLM
 i. 1 x Teksi Bajet (Waja)

Disebabkan terlalu banyak, kesemua kenderaan terlibat terpaksa diangkut menggunakan 'treller' dan dihantar ke Tapak Sitaan di Sepang.

Dalam pada itu, penguatkuasa AADK turut menahan 5 pemandu kerana dipercayai positif dadah jenis Syabu (Methamphetamine). 

Namun,kerja-kerja operasi membenteras kegiatan Ulat dan Kereta Sapu yang dilancarkan sejak petang dan berakhir lewat malam itu berjalan lancar dan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.