#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

26 April 2015

#PRKRompin : Maklum balas masyarakat Cina memberangsangkan - Wee Ka Siong


MCA sedar mereka terpaksa menghadapi musuh utama mereka iaitu Dap, namun ada beberapa isu yang boleh mereka mainkan untuk menarik sokongan kaum cina. Tambahan pula, di Permatang Pauh, Dap tidak memainkan peranan untuk membela rakyat, mungkin mereka beranggapan kawasan tersebut bukan kawasan mereka.

Di Rompin, walaupun pengundi Cina hanya 1,352 orang atau tiga peratus daripada 53,294 pengundi di dalam kawasan itu. MCA tetap berkerja keras menjalankan kempen bagi memastoikan kemenangan BN disana. 

Tanggungjawab itu tidak akan dilepaskan begitu saja kerana bagi MCA undi mereka juga menjadi diantara faktor penentu bagi kemenangan BN pada PRK kali ini.

Namun begitu, hasil daripada memberi maklum balas dari masyarakat Cina di Rompin amat memberangsangkan khususnya penerimaan mereka terhadap calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin.

Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata Hasan sememangnya dikenali oleh masyarakat Cina dan dianggap mudah didampingi serta mampu menjalankan tugas dengan baik.

“Calon ini masyarakat Cina sudah kenal dan merupakan satu aset dan kelebihan kepada BN,” katanya kepada pemberita selepas menyertai acara Jom Sihat peringkat daerah Rompin di sini, hari ini.

Presiden dan Timbalan Presiden MCA bertemu dan mendengar maklum
balas masyarakat Rompin terhadap BN dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil 5 Mei ini. 
Wee, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bagaimanapun berkata MCA tidak akan leka dengan sokongan diterima daripada masyarakat Cina pada ketika ini, sebaliknya akan terus berusaha dengan lebih kuat bagi meraih sokongan terutama di kawasan bandar.

“Kita mahu memastikan peti daerah mengundi di kawasan bandar di mana dahulunya kita tewas, kita menang, ini sasaran kita,” katanya.

Dalam pada itu, Wee berkata MCA mengambil maklum isu dan keperluan yang dibangkitkan masyarakat Cina untuk tindakan kerajaan BN.

Katanya antara keperluan itu termasuk menambah baik infrastruktur di kawasan muara Tanjung Gemok bagi kemudahan nelayan serta menarik lebih ramai pelancong.

Selain itu, katanya, MCA memberi penerangan terperinci berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat Cina di sekitar kawasan parlimen itu.

“Kita akan menggunakan pendekatan pragmatik dengan menjawab satu persatu perkara yang dibangkitkan, dan jika calon BN dipilih, saya rasa kita tidak ada masalah melaksanakan permintaan-permintaan penduduk,” katanya.


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.