RM2.6 wang 1MDB?

8 April 2015

TAN SRI JJ: "Ibarat seorang abang yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada adiknya" - Timbalan Presiden MCA

"Tan Sri Jamaluddin yang saya kenali adalah seorang yang suka berjenaka tetapi pada masa yang sama tidak lokek berkongsi idea mengenai percaturan politik... "


Datuk Dr Wee Ka Siong.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Kelmarin, 4hb April 2015 jam 4.55 petang, rakyat seluruh negara dikejutkan dengan berlakunya tragedi sebuah helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih bersama 6 penumpang dan kesemua mereka terkorban.

Namun, berdasarkan kepada maklumat yang dipercayai, tragedi ini dikatakan membawa kehilangan dua nama yang begitu besar sumbangan kepada kerajaan, parti dan negara.



Terdahulu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata berdasarkan maklumat awal daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), nama mereka terdapat dalam senarai penumpang helikopter berkenaan.

Sebaik saja pasukan penyelamat (BOMBA) berjaya menemui kesemua mangsa dan kerja-kerja pengecaman selesai dijalankan... Hasil keputusannya sepertimana yang dijangka

Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat yang juga Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Mohd Jarjis serta Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias disahkan bersama-sama empat yang lain terkorban di tempat kejadian.


Empat lagi mangsa lain yang disebut ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier; seorang Anggota Unit Tindakhas (pengawal peribadi Tan Sri JJ) Kopral Razakan Seran, seorang usahawan iaitu Datuk Tan Huat Seang; dan seorang wanita dikenali sebagai Aidana Baizeva.

Perkara ini turut disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media di lokasi kejadian malam Sabtu.

MP sendiri mendapat tahu berlakunya tragedi malang ini, melalui laman media sosial. Setelah terpandang 'posting'-posting- orang ramai yang mula mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.


Turut tidak ketinggalan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong.yang berasa amat terkejut dan sedih sebaik menerima berita Tan Sri Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih.

"Kali terakhir saya bertemu dengan Tan Sri Jamaluddin ialah ketika saya duduk di sebelahnya di majlis Akad Nikah anak Perdana Menteri di Sri Perdana pada 19 Mac lalu dan kali terakhir saya berbual dengannya di telefon ialah pada 29 Mac lalu ketika saya menghadiri Persidangan Inter Parliamentary Union (IPU) di Hanoi." kata Datuk Dr Wee Ka Siong.

Dalam perbualan telefon itu beliau berpesan beberapa strategi untuk menangani situasi politik terkini.

"Tan Sri JJ juga mengatakan mahu berjumpa minggu depan untuk membincangkan beberapa perkara yang mendesak berhubung projek PRIMA... Tan Sri Jamaluddin yang saya kenali adalah seorang yang suka berjenaka tetapi pada masa yang sama tidak lokek berkongsi idea terutama mengenai percaturan politik."

Menurutnya Datuk Wee lagi, kali pertama beliau kenal dan menjadi rapat semasa Tan Sri JJ menjadi Menteri MOSTI.

"Dari situ saya mengamati JJ sebagai seorang teknokrat yang berpengetahuan luas dan sejak saya jadi Ahli Parlimen biasa, dari semasa ke semasa beliau memberi nasihat bagaimana untuk menjadi MP yang kritikal tapi konstruktif." kata Datuk Wee

"Sejak setahun ini kami sering berbincang mengenai projek PR1MA di Johor, khasnya di kawasan parlimen Ayer Hitam...

"Bagi saya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat.


Sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden MCA dan juga rakan seperjuangan dalam kerajaan Barisan Nasional... Datuk Dr Wee Ka Siong mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Mohd Jarjis serta kaum keluarga dan berharap akan tabah menghadapi ujian ini.

"Saya juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Seri Azlin Alias," tambah 
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong.

Reaksi:

0 ulasan:

Catat Ulasan

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.