Sehingga kini ada peruncit menjadikan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang termasuk barang yang tidak sepatutnya dikenakan cukai itu.
Hal ini turut diperbesar-besarkan pihak pembangkang dalam kempen mereka di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan Rompin yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Bagi mengulas tindakan PAS yang menjadikan GST sebagai isu dalam kempen PRK Parlimen Rompin itu perkara tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong berkata, punca harga barang naik mendadak bukan kerana Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti yang didakwa pembangkang tetapi angkara sesetengah peruncit yang menaikkan harga barang atas alasan pelaksanaan cukai itu.
Datuk Wee yang juga Timbalan Presiden MCA, berkata rakyat Malaysia harus memahami dahulu GST supaya tidak tertipu dengan hasutan pembangkang yang menggunakan isu cukai itu untuk meraih undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

Datuk Ir Dr Wee Ka Siong berkempen di Rompin, walaupun pengundi Cina hanya 3%
daripada jumlah pengundi Parlimen Rompin, namun undi mereka menjadi
faktor penentu PRK kali ini.
"Peruncit yang ambil kesempatan GST (GST) ini dan bukan cukai itu menjadi punca sebenar harga kenaikan barang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bersama pengundi PRK Rompin di Bilik Gerakan MCA Rompin di sini, semalam.
PRK Rompin yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Datuk Hasan Arifin dan calon PAS, Nazri Ahmad.
Pengundi Cina hanya 1,352 orang atau tiga peratus daripada 53,294 pengundi di dalam Parlimen Rompin.
0 comments:
Post a Comment