DATUK HAJI HASAN ARIFIN (kliksini), anak kelahiran Kampung Ayau, Leban Chondong, bukan nama asing dalam kalangan penduduk Parlimen Rompin, kerana pernah menjadi wakil rakyat negeri (BN – Tioman, dan, BN – Ibam), selama empat (4) penggal bermula 1990.
Keperibadian Hasan berumur 62 tahun, yang mudah didekati dan sentiasa tersenyum menjadi kenangan penduduk sekitar Rompin, memandangkan beliau pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Rompin dari 1982 hingga 1990 dan Ibam pada 1990 hingga 2004.
Keperibadian Hasan berumur 62 tahun, yang mudah didekati dan sentiasa tersenyum menjadi kenangan penduduk sekitar Rompin, memandangkan beliau pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Rompin dari 1982 hingga 1990 dan Ibam pada 1990 hingga 2004.
Bagi suri rumah Hamidah Hasan, 58, beliau tidak pernah menyangka seorang Adun boleh bersifat begitu santai dan tidak mengharapkan layanan istimewa semasa ‘membuat kunjungan mengejut’ di rumahnya di Desa Melor, dekat sini bagi menghadiri satu kenduri suatu ketika dulu.
“Beliau makan bersama tetamu lain. Semasa kenduri juga ramai tetamu mengambil peluang mengajukan masalah yang dihadapi. Beliau tetap melayan mereka walaupun semasa itu sedang makan,” katanya semasa ditemui media selepas majlis pengumuman calon BN dan penyerahan watikah untuk PRK Rompin di sini, kelmarin.
Pengumuman dilakukan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 1,000 orang ramai termasuk anggota Puteri, Wanita, Pemuda dan parti komponen BN.
Perkara itu diakui juga Rosehabibah Abu, 48, dari Desa Dahlia di sini, yang menyifatkan Hasan sebagai ‘wakil rakyat sejati’ kerana tetap meneruskan khidmat membantu masyarakat walaupun tidak menjawat sebarang jawatan.
Hasan tidak ‘lokek’ untuk mengeluarkan wang daripada poket sendiri apabila dihampiri oleh penduduk kampung, khususnya jika tujuan wang itu adalah untuk persekolahan anak atau bayaran perubatan, katanya.
Bagi Orang Asli Sewan Ahmad, 71, beliau berkata Hasan bukan orang asing dalam masyarakat Orang Asli dan sifat murah hati Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terhadap masyarakat Orang Asli, pasti akan diteruskan oleh Hasan.
“Kami sedar tidak semua orang boleh ‘masuk’ dengan masyarakat kami. Sebab itu, apabila kami mendapat seorang pemimpin yang baik, kami akan setia. Sudah pasti pilihan kepimpinan parti adalah individu yang setanding dengan Jamaluddin,” katanya.
Bagi Asiah Bogi, 47, Orang Asli dari Kampung Kedaik Asal, dekat sini berkata beliau sudah lama mengenali Hasan dan menyenangi peribadi beliau, menyebabkan beliau yakin BN akan dapat mengekalkan kemenangan atas faktor ‘pemilihan calon yang tepat’.
Bagi Molhd Redzuan Mahayadi, 32, dari Felda Keratong 2 di sini, beliau telah lama mendengar nama Hasan disebut-sebut, walaupun ketika itu beliau masih bersekolah.
“Jika nama disebut, sudah pastilah orang itu mendapat tempat yang istimewa di hati dan telah berbudi, sehingga masyarakat tidak boleh melupakannya,” katanya.
Dato’ Hasan Arifin bersalaman dengan calon PAS, Encik Nazri Ahmad |
Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen kawasan Rompin pada 5 Mei nanti, pertembungan satu lawan satu dimana menemukan calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Hasan Arifin dengan calon PAS, Encik Nazri Ahmad yang mula bergiat dalam dunia politik pada tahun 2005 apabila dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Rompin.
0 comments:
Post a Comment