Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan mencemar duli turun padang untuk meninjau sendiri sistem perkhidmatan rel di sekitar ibu negara.
Menurut jurucakap Istana Selangor, lawatan DYMM tuanku berdasarkan titah baginda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini yang mahu merasai sendiri perkhidmatan rel yang bakal melibatkan Selangor dalam projek LRT Jalur Ketiga.
Pembinaan LRT Jalur Ketiga (LRT3) yang bermula dari sambungan stesen LRT Sri Pentas Bandar Utama dan berakhir di Klang dijangka siap menjelang 2020. Jajaran sejauh 36 kilomter itu akan mempunyai 25 buah stesen yang jarak di antaranya tidak melebihi dua kilometer.
Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Tan Sri Ismail Adam dan Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Azmi Abdul Aziz.
Sebaik tiba di Stesen KL Sentral, baginda disambut oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar dan Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Tan Sri Mohamed Salim Din.
Sidang media oleh Tan Sri Ismail Adam dan Encik Azmi Abdul Aziz |
0 comments:
Post a Comment