Tentunya ramai yang tertanya-tanya apa yang buat Tun Mahathir menyerang Perdana Menteri kebelakangan ini... Pergolakkan 2 pemimpin ini juga telah mengundang kekeliruan rakyat hingga timbul berbagai spekulasi yang memeningkan kepala.
Berikut kenyataan eksklusif MP paparkan, jawapan dari YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak, yang di petik terus daripada blog NajibRazak.com.
Ramai yang bertanya – apa yang mendorong Tun Mahathir menyerang Perdana Menteri?

Jawapannya adalah:
1. Beliau mahu saya meletakkan jawatan, sebagaimana beliau mahu Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan kerana saya menolak untuk melaksanakan tuntutan peribadinya.
2. Saya menolak kerana ia adalah tugas saya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara demokratik untuk memimpin negara ini dan melakukan apa yang saya percaya adalah baik untuk negara ini, bukan untuk seorang individu. Saya tidak percaya yang rakyat mahu seorang mantan Perdana Menteri memerintah melalui proksi.
3. Tun mencetuskan krisis apabila beliau secara melulu mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1MDB dan aset kewangan syarikat, bernilai kira-kira RM16 bilion, adalah tidak bernilai. Kenyataan-kenyataan tersebut adalah palsu dan menyebabkan suasana panik yang tidak sepatutnya.
4. Sekiranya Tun berpegang pada fakta dan menjelaskan bahawa RM42 bilion sebenarnya hutang, maka itu lain kisahnya. Ini adalah kerana syarikat biasanya harus mempunyai aset yang bernilai lebih tinggi sebagai cagaran terhadap hutangnya. Dalam kes 1MDB, hutang RM42 bilion disokong oleh RM51 bilion aset seperti yang dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan 1MDB bagi 2014. Tetapi beliau memilih untuk tidak mengendahkannya
5. Adalah salah bagi Tun membuat dakwaan palsu bahawa RM42 bilion, atau RM27 bilion selepas beliau mengubah angka itu, adalah “hilang”. Selepas 1MDB mendedahkan di mana beradanya RM42 bilion itu, Tun kemudiannya berkata beberapa bilion pula telah hilang. Perubahan angka dan hujah-hujah ini mencetuskan keraguan yang serius terhadap tuntutan beliau. Disebabkan beliau merupakan bekas ketua kerajaan, sentimen pasaran dan rakyat telah dipengaruhi secara negatif.
6. Sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan bahawa semua entiti di bawah bidang kuasa kerajaan, bukan sahaja 1MDB, ditadbir dengan baik. Atas sebab inilah saya mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan siasatan ke atas 1MDB, dan laporan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) yang dwipartisan untuk penelitian telus. Jika terdapat pihak yang terlibat dalam salah laku, saya akan memastikan undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian.
7. Jika Tun benar-benar mahukan jawapan kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan, beliau hanya perlu menunggu beberapa siasatan – oleh Ketua Audit Negara, Bank Negara dan PAC – untuk membuat kesimpulan. Bagaimanapun, beliau nampaknya tidak percaya kepada institusi-institusi dan pihak berkuasa yang sah, atau berminat dengan jawapan mereka.
8. Ini kerana serangan Tun ini pada hakikatnya tidak didorong oleh 1MDB – beliau hanya menggunakan syarikat itu sebagai alasan dan cuba menjatuhkan Perdana Menteri yang sedang berkhidmat. Jika 1MDB tidak pernah wujud, Tun akan mencari alasan lain.
9. Ia memalukan apabila Tun sekali lagi, telah berpaling menentang kepimpinan partinya sendiri. Serangan umum hanya akan merosakkan UMNO, kerajaan dan akhirnya Malaysia. Kelakuan tidak wajar ini akan menjadi catatan tambahan yang mencemarkan legasi beliau.
10. Tun mengatakan BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi sejak bilakah seorang individu mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak yang mengundi? Pembangkang berada dalam keadaan huru-hara, dan memandangkan perpecahan dalam ideologi asas gabungan mereka, akan berlaku kelumpuhan negara jika mereka memegang tampuk pemerintahan. Jika Barisan Nasional kekal bersatu dan membuktikan diri sebagai pemerintah terbaik bagi tahun-tahun akan datang, saya percaya rakyat akan membuktikan bahawa dakwaan Tun adalah salah, pada pilihan raya akan datang – selepas didedahkan bahawa dakwaannya itu adalah palsu dan didorong oleh kepentingan diri sendiri, bukan demi kepentingan Malaysia.

Sumber : NajibRazak.com
Ada betul ka?
ReplyDeleteAku lebih percaya cakap Tun M daripada cakap Najib.
ReplyDeleteAku lebih yakin kepada kepimpinan Tun M daripada kepimpinan Najib.
Najib baru lebih kurang 7 tahun memimpin, hutang 1MDB sudah jangka 42b, belum lagi 10, 20 tahun?
kehendak peribadi Tun la yg buat Msia maju selama 22 tahun. kehendak peribadi Tun nak Msia maju pd 2020. Najib pula ikut kehendak peribadi Singapok, Amrika, Rosma*, punaisihat ... elokla Najib tak da kehendak peribadi. Bangang.
ReplyDeleteBukan tun seorang saja yg pertikaikan 1mdb ini tetapi ada banyak pihak lain lagi. Cuma tun yg paling menonjol.
ReplyDeleteTerdapat banyak keraguan berkenaan tindak tanduk 1mdb.
Saya lebih yakin pada tun mahathir !
Kejap tunai, kejap saham, kejap unit.... yang mana satu betul ni???
ReplyDeleteCinapek2 memang suka serang blog2 Melayu awal pagi dengan komen2 untuk memburukkan PM.
ReplyDeleteRBA celaka tak kan rehat sampai tokong2 dapigs berkuasa di Malaysia. Anjing2 pun turut menyalak sakan membabi buta.
HIDUP UMNO! HIDUP MELAYU! Hah...perkataan macam ni lah yang buat anjing2 Dapigs melenting nanti...:)
Cinapek2 lebih yakin pada Tun M sebab kroni2 cinapek Tun dan SJKC akan lebih kenyang tanpa PM Najib.
ReplyDeletePerbezaan ketara Najib & Tun M:
ReplyDeleteTun M spt diketahui banyak membaca, berkeupayaan merealisasikan idea sendiri, berfikiran jauh kehadapan & tegas.
Najib pula paling tidak suka berfikir sampai upah PEMANDU tolong fikirkan masalah negara. Suka kutip idea pembangkang & lembik. Layak digelar "Pondan Bugis"
Kata2 dari jauh.........bersemuka di depan org ramai tak mahu............siapa mahu percaya lagi PM cakap?
ReplyDeleteNak berdepan..lari
Deleteminyak Terangganu nak dicagarkan utk pinjaman 1MDB dan pihak Istana menolaknya..ini semua cadangan Jhlow yg menasihatkan ahjib gor. Pahlawan bugis jawaplah....
ReplyDeleteWang dari Caymen dikatakan dibawa balik dan di simpan di Spura kemudian bukan tunai lepas tu bukan , ianya unit...stupid PM with 1MDB
Porahh najib..yg tun tanya tak jawab..pahlawan bugis konon
ReplyDeleteApakah tuntutan peribadi mahathir? kalau jambatan bengkok pada aku ianya bukanlah tuntutan peribadi. Ianya memberi keuntungan pada Msia khususnya Johor malah Sultan Johor pun mahu jambatan bengkok diteruskan. Yg terjejas adalah S'pura dari segi ekonomi kerana kapal besar boleh melaluinya.
ReplyDeleteKalau ini lah pahlawan bugis maksudkan tuntutan peribadi Mahathir, aku kira ini statement paling bodoh. Ohya satu lagi, kalau tuntutan peribadi Obama & Lee Hsien Loong, pahlawan bugis akan buat.
Apa pun perancangan kerajaan yang wajib kerajaan ingat adalah kepentingan rakyat. Sekarang banyak projek menekan rakyat. Rakyat terpaksa membayar untuk kerajaan menyelesaikan masalah. Kerajaan PM Najib hanya filirkan keuntungan untuk selamatkan negara tetapi menekan kepentingan rakyat yang menyebabkan rakyat terpaksa membayar semua jenis perkhidmatan. Inikah yang menjadi keutamaan kerajaan PM Najib sekarang. Dimanakah selogan Rakyat DiDahulukan dan DiUtamakan.
ReplyDeletehmmm..betul jugak apa yang Najib cakap tu.
ReplyDeleteTun M pun cakap tanpa bukti...boleh pulak tukar2 angka ye.
haiihhhhh apa lah nak jadi dgn diaorang ni ...cepatlah settle...really not good for the people n country
Maksud;
ReplyDeleteHutang perlu dibayar
Hilang tidak dapat dikesan kemana pergi wang tersebut.
Oleh sebab itu rakyat ingin tahu butiran terperinci kemana pergi wang tersebut.
A mungkin bayar B tetapi kemana perg?, dimana A bayar jumlah yg sama B sepatutnya terima.siapa menerima faedah hasil laba jika jumlah besar diperuntukkan?
Jika billion pinjaman beratus juta jatuh ketangan orang tengah contoh goldman sach menerima imbuhan yg terlalu tinggi.
Siapakah yg di bebankan untuk membayar semula pinjaman? Sudah tentu rakyat lain lah jika ianya harta pusaka kelurga tersebut.
Bagaimanakah kaedah nya nak bayar pinjaman billion2 ini? Melalui cukai pendapatan syarikat dan individu, cara lebih deras dan laju adalah GST.
Kenapa pula rakyat kena bayar?
Ianya adalah kerana pemimpin teratas itu tidak cekap aalahguna kuasa dan penyelewengan.
Ianya juga adalah kerana sifat pemimpin yg boros dan hidup bermewah mewah.
Sekian terima kasih.
anon 11.41,
ReplyDeletedah terang lagi bersuluh. terlalu banyak keraguan dan banyak persoalan yang perlu dijawab.
najib mana mau lari ???
rasa-rasanya malaysia ditadbir oleh proksi rosmah...huhu
ReplyDeleteBangkai yg cuba ditutup dah berbau busuk..orang ramai akan diberi minyak wanggi agar dapat menghilangkan bau busuk..diberi gula-gula agar tekak merasa manis..didendang cerita syurga agar fikiran hanyut ditelan masa..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete#pm....misdirection lah....malu aja
ReplyDeleteSebagai negara Islam... Agama rasminya Islam... Bertuankan Melayu Islam.. Majoriti pemimpinnya Melayu Islam... Majoriti penduduknya Islam dan kita juga Melayu Islam.
ReplyDeleteMengaku seagama itulah saudara... Melaung kononnya serumpuñ dan sebangsa.
Sepatutnya kita sama2 mendoakan kebaikan, kesejahteraan serta keselamatan sesama kita.
Namun, kita sebaliknya lebih gemar menjatuhkan, mengaibkan, hina mencerca, sumpah fitnah, berpecah belah juga tikam belakang.
Jangan salahkan mereka... Baik sangat ke diri kita.
Jangan pandai berkata "Melayu Mudah Lupa", kalau diri itu sendiri ingat pun tiada. Asal usul pn ntah kemana..!