#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

1 June 2015

KTMB kena patuhi syarat pengoperasian semula 'tran' Gemas-Gua Musang serta Kemubu-Bukit Abu - SPAD


KTMB Perlu Patuhi Ketetapan Yang Di Peruntukkan Dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010

Penghujung 2014 lalu, pantai timur telah di timpa tragedi banjir luar biasa dan dikatakan antara yang terburuk dalam sejarah negara sejak 1969. Kelantan antara negeri menghadapi keadaan terburuk apabila banjir turut membawa sama lumpur sehingga melenyapkan lebih 1500 buah rumah manakala seluruh negeri itu lumpuh sama sekali.

Bagi perkhidmatan pengangkutan awam darat, KTMB di laluan pantai timur antara yang paling terjejas dan lumpuh teruk akibat di tengelami banjir dasyat sehingga awal 2015 yang lalu.

Jambatan besi untuk laluan tren di Kemubu putus akibat arus deras
Banyak stesen yang mengalami kerosakan teruk dan terpaksa ditutup kerana dinaiki air dan banjir lumpur, manakala ada sebahagian struktur landasan musnah antaranya jambatan besi untuk laluan tren di Kemubu, hanyut terputus akibat arus deras.

Akibatnya, perkhidmatan itu terpaksa dihentikan serta merta untuk kerja-kerja baik pulih dan dijangkakan mengambil masa dalam tempoh setahun, lamanya. Mungkin akan lebih lama sekiranya melibatkan faktor-faktor lain seperti struktur tanah dan naik taraf kawasan landasan dan diiring dengan penambahbaikan supaya bencana pada masa depan jika berulang tidak melibatkan kerosakan teruk seperti dialami baru-baru ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut menganggarkan kerugian lebih RM250 juta akibat kerosakan infrastrukturnya di negeri-negeri Pantai Timur yang dilanda banjir.



Sebelum ini, penduduk setempat menjadikan perkhidmatan rel KTMB sebagai mod pengangkutan awam mereka yang utama.

Namun begitu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengambil jalan penyelesaian jangka pendek dengan mengadakan perkhidmatan bas henti-henti di beberapa daerah yang terjejas sementara perkhidmatan rel sedang dipulihkan. (KLIKSINI)




Sepertimana yang dinyatakan pihak SPAD melalui kenyataan medianya, baru-baru ini. Pada 21 Mei 2015 lalu, SPAD telah menjalankan pemeriksaan landasan yang terbabit dengan terperinci. 

Lanjutan itu, KTMB telah membentangkan kepada SPAD pada 25 Mei 2015 mengenai kerja baikpulih dengan memberi fokus kepada pemulihan sementara landasan di antara Gemas-Gua Musang dan Kemubu-Bukit Abu, untuk mengembalikan keadaan landasan kepada tahap selamat bagi penggunaan dan operasi tren.

Kerja-kerja pemulihan sementara landasan tersebut merangkumi kerja-kerja seperti pelebaran semula longkang, pengukuhan struktur landasan dan cerun, selipar kayu dan klip landasan yang baru.

Antara 10 stesen yang rosak teruk akibat dilanda banjir di pantai timur 2014 yang lalu.

Kerja-kerja pembaikan secara keseluruhannya di sepanjang koridor yang terjejas teruk akibat banjir akan dijalankan oleh kontraktor yang dilantik Kementerian Pengangkutan Malaysia dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2017.

KTMB dengan itu merancang untuk memulakan operasi secara separa sebelum kerja-kerja keseluruhan pembaharuan landasan siap, dengan jaminan bahawa langkah-langkah kawalan yang ketat akan diutamakan.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil maklum bahawa KTMB telah mengemukakan perancangan pengoperasian semula perkhidmatan tren antara Gemas-Gua Musang serta Kemubu-Bukit Abu; yang dicadangkan akan bermula pada pertengahan bulan Julai 2015, setelah kerja-kerja pemulihan sementara landasan siap dijalankan.

Bagi memastikan langkah-langkah kawalan serta persediaan untuk operasi secara separa dibuat dengan rapi, KTMB perlu mematuhi keperluan yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pengankutan Awam Darat sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Sejurus itu KTMB harus mengemukakan semula permohonan bagi pembukaan separa landasan serta operasi tren tersebut kepada SPAD setelah kerja-kerja pemulihan dilaksanakan berserta dokumen sokongan dan pengesahan perunding bebas bahawa keadaan landasan telah diperiksa dan selamat untuk kembali beroperasi.

Oleh itu, tarikh bagi pembukaan landasan dan perkhidmatan tren di sektor Gemas-Gua Musang dan Kemubu-Bukit Abu akan ditentukan oleh SPAD setelah KTMB memenuhi semua kerja pemulihan sementara landasan tersebut serta syarat-syarat keselamatan yang telah ditetapkan oleh SPAD.

Sebagai operator yang dilesenkan oleh SPAD, KTMB akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap aspek-aspek keselamatan, penyelenggaraan dan operasi tren.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.