Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan chek replika RM50 juta kepada Pengerusi Koperasi Jayadiri Malaysia Sdn Bhd (KOJADI) Datuk Ng Peng Hay |
Sumbangan tersebut di sampaikan oleh YAB. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Pelancaran Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (Same) Jabatan Perdana Menteri dan Skim Pembiayaan Usahawan (PKS) Kaum Cina di Galaxy Banquet Hall, Jalan Sentul.
Sebagai satu badan punyai rekod pencapaian cemerlang serta badan yang diiktiraf pihak Surunhanjaya Koperasi Malaysia dangan status lima bintang. KOJADI telah dilantik untuk mengagihkan skim tersebut kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana kaum Cina.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, skim pinjaman tersebut juga sebagai usaha kerajaan menghargai hubungan MCA sebagai rakan lama kepada Barisan Nasional (BN) dan berharap skim ini akan memberi manfaat kepada rakyat selain mampu mengurangkan gejala 'Ah Long' di negara ini.
Skim Pembiayaan PKS Kaum Cina ini menerima peruntukan khusus RM50 juta daripada kerajaan dan menawarkan pinjaman daripada RM50,000 hingga RM250,000.
YAB. Perdana Menteri turut berkata, menerusi dua program itu, perjalanan Malaysia merealisasikan ekonomi negara maju, diyakini berjaya.
Turut hadir, Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong serta Ketua Pegawai Eksekutif SAME Neil Foo.
Selanjutnya ikuti ucapan YAB. Perdana Menteri pada Majlis Pelancaran Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (Same) dan Skim Pinjaman Usahawan Perusahawan Kecil Sederhana (PKS) Kaum Cina di Galaxy Banquet Hall, Jalan Sentul pada Jumaat lalu. - Astro AWANI
0 comments:
Post a Comment