#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

16 June 2015

"Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur." - TMJ


Selepas Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz mengeluarkan kenyataan supaya Tengku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) supaya tidak mencampuri urusan politik (KLIKSINI)... TMJ telah pun memberi repon dengan merakam jawapan balas kepada kenyataan Nazri Aziz itu, kelmarin.

Ekoran daripada peristiwa itu, pada jam 4.00 tadi, satu perhimpuan secara aman oleh rakyat Johor yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah diadakan di hadapan perkarangan pintu gerbang Istana Bukit Serene sebagai tanda sokongan tanpa berbelah bagi dan kesetiaan rakyat Johor terhadap Tunku Mahkota  Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.


Sambutan ramai terhadap perhimpunan ini telah mendapat reaksi positif daripada rakyat yang sentiasa menyokong institusi Kesultanan Johor.

Berikut adalah titah TMJ pada perhimpunan yang di anjurkan petang tadi.


Dalam pada itu, TMJ turut memberi mesej untuk rakyat Johor dan Malaysia khususnya kepada kerajaan Malaysia supaya sentiasa berada dalam landasan yang betul untuk mentadbir negara. 

Bersama-sama ini MP kongsikan kenyataan terbaru Tunku Ismail kepada Datuk Seri Nazri Aziz dan juga kepada kerajaan Malaysia umumnya. Sila klik pada gambar di bawah atau KLIKSINI :


Sumber gambar dan berita daripada : FB JOHOR Southern Tigers 

4 comments :

  1. Aku syak si mamat-nazri ni nak SABOTAJ K'jaan YAB PM kita - asyik BONGKAK-tak-tentu-arah buat keyataan -amat-BANGANG; termasuk siapa-siapa yg. kritik dia!

    Si mamat SAMSENG-Islam/Melayu-LIBERAL mcm. ni patut masuk DAPBANGKAI – apalagikan dia ni kan asyik-GALAK-PELUK-gong eng! Lihat bagaimana si SAMSENG ni MENGHINA sampai begitu sekali Kesultanan Islam/Melayu kita di mana DYMM YDPA kita adalah KETUA AGAMA; KETUA NEGARA dan KETUA ATM mengukut undg-undg. Perlembagaan (patutlah si puak PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM makin naik muka MENGHINA Kesultanan Islam/Melayu kita kalau ada si pemimpin Islam/Melayu-mcm-ni)!

    Kalau tak setuju dgn. pandangan. DYMM Kesultanan Islam/Melayu kita pun, buat apa sampai nak MENYALAK mcm. si BANGANG-SAMSENG-mcm-dlm-filem-Bollywood, MENGHINA Kesultanan Islam/Melayu kita sampai begitu sekali – kerana yg.paling penting, Kesultanan Islam/Melayu kita adalah PENJAGA agama ISLAM/umatnya; apalgi Islam/umatnya makin diSERANG bertubi-tubi walau di NEGARA ISLAM ini, dan juga seluruh dunia!

    Lihat di -
    http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/06/nazri-aziz-minta-tmj-jangan-campur.html, Nazri Aziz Minta TMJ jangan campur politik kalau tak mahu ‘dibelasah’ , Saturday, June 13, 2015:

    The Star Online melaporkan yang Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya "jangan masuk campur politik” jika tidak, akan “dibelasah".


    Nazri yang berucap pada sidang media selepas program di Universiti Malaya hari ini, merujuk kepada tulisan Tunku Ismail di laman Facebook Johor Southern Tigers di mana beliau mengatakan: “Macam mana boleh adakan dialog dipanggil Nothing2Hide yang menampilkan seorang yang banyak perlu disembunyikan? Memanglah dia tak akan muncul.”

    Nazri hari ini berkata, “Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah secara lisan) dia,” menurut The Star Online.

    “Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang (justeru tidak sepatutnya campur tangan dalam politik). Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.

    "Jika kamu memegang jawatan penting sebagai keluarga diraja di negeri dan kamu mula mengulas (politik)... kalau kerajaan 'belasah' kamu balik, jangan marah." Nazri dilaporkan berkata......

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
  2. Mcm manalah si mamat BONGKAK/SAMSENG-tak-sedaq-diri ni ni boleh jadi Menteri Pelancongan/Kebudayaan/Warisan pun aku tak paham!Kerana itu jugalah Kementerian Kesenian, Budaya dan Warisan patut diTUBUHkan kembali untuk berdiri sendiri, supaya dpt MEMBELA kembali warisan/budaya serta hak kita dgn. amat TEGAS - bukan diKUASAI sewenangnya di bawah Kem. Pelancongan ni!

    Dan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg.membuktikan tentang Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di bawah kuasa DYMM YDPA/Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam, lebih berkuasa dari K'jaan negeri/K’jaan Persekutuan mengikut Perlembagaan Persekutuan pun! Dan artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari semasa PENJAJAHAN British-ZIONIS pun; hingga semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) – lihat di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

    Bahkan KUASA EKSEKUTIF Kesultanan ISLAM/Melayu, yg. mendaulatkan PELANSUNGAN turun temurun, PEMERINTAHAN ISLAM di Tanah Melayu ISLAM ini, juga adalah ASAS undg-undg Perlembagaan, tak kira siapa pun menjadi K’jaan Persekutuan mahupun K‘jaan negeri; di - www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/melayu-islam-beraja-mib.html , 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
  3. sewajarnya TMJ sebagai kerabat kesultanan johor tidak menggunakan media sosial untuk melakukan teguran kepada kerajaan yang dituduhnya tidak amanah. mengapa TMJ memilih media sosial yang boleh dikongsi sekelip mata oleh jutaan rakyat untuk tujuan menegur pemimpin negara? sudah tiadakah medium atau saluran lain? mengapa TMJ merendahkan institusi raja2 dengan mencari publisiti melalui media sosial? sedarlah bahawa kaum kerabat raja juga bukan suci bersih, sebagaimana menteri juga bukan tuhan yang turun dari syurga. menteri dan raja2 juga adalah makhluk ciptaan Allah SWT. sebagai kerabat utama kesultanan johor, jagalah martabat sultan2 dengan tidak menerjah sembrono. jika menteri yang dimaksudkan oleh TMJ adalah biadab dan kurang ajar serta kasar, bukankah tindakan TMJ juga lebih kurang sama dengan melanggar sistem perjanjian antara raja2 dan kerajaan. raja boleh sahaja serang kerajaan, sedangkan kerajaan kena pendam perasaan kerana tiada kekuatan untuk membalasnya? perlu juga difikirkan semula, kenapa TMJ selalu menyebut bangsa johor? siapa-siapakah bangsa johor? bukankah terma2 yang sering disebut oleh TMJ ini sebenarnya tanpa sedar akan menjadikan rakyat berpecah-pecah kepada bangsa2 yang sebenarnya tak wujud. ada bangsa johor, bangsa perak, bangsa kelantan, bangsa selangor dan entah apa2 lagi bangsa. perlukah memecahkan melayu dan rakyat negara ini kepada berbilang kumpulan yang kecil?

    ReplyDelete
  4. Raja juga bukan nabi hingga disamakan dalam gelaran baginda

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.