GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label PRKsgLIMAU. Show all posts
Showing posts with label PRKsgLIMAU. Show all posts

5 November 2013

#PRKSgLimau : KEPUTUSAN RASMI - Calon Pakatan Menang. KLIK baca ni!

*Undi PAS, DAP Puas! 

BN masuk ke gelanggang dengan membawa slogan 'Berani Berhijrah' iaitu satu seruan untuk menggesa pengundi Sungai Limau khususnya orang Melayu berhijrah menyokong parti itu bagi membolehkan kawasan tersebut dibangunkan di bawah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan, Datuk Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar.


Pas pula 'meminjam' slogan Pas Kelantan iaitu 'Kekal' dengan matlamat mempertahankan legasi politik parti tersebut di DUN berkenaan yang dikuasai oleh mereka sejak 1995



Namun, pertarungan kedua-dua parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kali ini, ternyata sengit.



Sungai Limau bukan calang-calang kubu kuat bagi PAS. Ia terbukti, dengan tanpa perlu bertukar-tukar calon dan tanpa perlu membuat apa-apa perubahan serta kemajuan, PAS masih boleh mengekalkan kemenangan dengan majoriti besar sebelum ini.

Dan sekali lagi, daripada keputusan rasmi diumum oleh Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau hari ini telah menyaksikan bahawa majoriti pengundi memilih PAS untuk kekal memimpin mereka.

Calon PAS, Mohd. Azam Abd. Samat menang mendapat 12,069 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim kalah dengan memperolehi undi 10,985.
Namun, apa yang MP boleh katakan, kemenangan PAS kali ini tidaklah boleh dianggap sebagai satu KEJAYAAN apabila jumlah 1,084 undi majoriti yang diperolehi PAS jelas jauh merosot daripada keputusan undi PRU13 dan juga keputusan-keputusan pilihanraya yang terdahulu.

Barisan Nasional pula, melihat kepada keputusan yang diperolehi. Ternyata BN berjaya meyakinkan rakyat di Sungai Limau dengan peningkatan sebanyak 10 PDM memberikan sokongan berbanding semasa PRU13 yang lalu hanya 6 PDM.

Ini bererti telah ramai sudah bersama dan menerima UMNO serta Barisan Nasional selain daripada tindakan penyokong PAS yang beralih untuk memilih Barisan Nasional. Tidak juga mustahil, perubahan yang berlaku berpunca dari sikap dan tindakan PAS yang keterlaluan ketika berkempen sehingga sanggup berbohong kepada rakyat.

Syabas dan tahniah Barisan Nasional... Walaupun tewas tapi tewas kamu bermaruah.

Kepada PAS, yang hanya menang dalam majoriti sebanyak itu dan juga bersikap jelik sepanjang proses kempen. Maka PAS wajar merasa malu.

Namun, apakah PAS tahu malu?

Yang mengundi PAS, apakah sememangnya enggan berubah dan ingin terus hidup dalam keadaan ketinggalan serta jauh dari arus kemodenan?

Fikirkanlah, sampai bila Sungai Limau harus begini?



ARTIKAL BERKAITAN KLIK TAJUK DIBAWAH: 



4 November 2013

#PRKSgLimau : LIVE!!! Update Terkini- Keputusan Undi PRK Sg. Limau.


UPDATE TERKINI
Keputusan Tidak Rasmi.
( Setakat Jam 5.15 ptg. )

JUMLAH UNDI 
MENGIKUT PUSAT-PUSAT MENGUNDI
Keputusan Jumlah Kiraan Undi

#PRKSgLimau : LIVE!!! Terkini- Keputusan Undi PRK Sungai Limau. KLIK sini!


PRK SG. LIMAU : Keputusan Terkini ( Jam 4.20 petang )

BN Menang Undi PRK Sg Limau
Majoriti di bawah 300 undi.
( Keputusan Tidak Rasmi )

PAS menang juga!!!

PAS menang menipu
PAS menang taktik Kotor
PAS menang tabur duit
PAS menang takutkan pengundi
PAS menang tumbuk wanita
PAS menang tunjuk kemaluan
PAS menang hina arwah Azizan
PAS menang Syiah

Kehkehkhhhhh!

Sehingga tutup tempat pengundian
( Jam 5.00 ptg )
Jumlah keseluruhan keluar mengundi
85.5% - 23,249 pengundi.


UPDATE TERKINI
Keputusan Tidak Rasmi.
( Setakat Jam 5.15 ptg. )

JUMLAH UNDI 
MENGIKUT PUSAT-PUSAT MENGUNDI:

1) PDM Batu 16
Sek Keb Padang Lumat  
Jum pengundi  - 1149 org
BN - 522  / PAS - 627
BN kalah 105 undi.

2) PDM Sungei Limau
Sek Keb Sg Limau
Jum pengundi - 1,305 org
BN - 700 / PAS - 605
BN menang 105 undi.

3)PDM Sungei Kering
Sek Keb Sg Kering
Jum pengundi  - 358 org.
BN - 272 / PAS - 86 
BN menang 202 undi.

4) PDM Simpang 3
SRJK (C) Aik Min, Spg 3 Sg Limau.
Jum pengundi : 1242 org
BN : 645 / PAS : 597
BN menang 48 undi.

5) PDM Selengkoh
Sek Keb Hj Kasim Jassin
Jum pengundi  - 1006 org.
BN - 601 / PAS - 405
BN menang 195 undi.

6) PDM Kabu 10
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau
Jum pengundi  - 1950 org.
BN - 1030 / PAS - 920
BN menang 55 undi.

7) PDM Matang Buloh
Sek. Keb. Permatang Buloh.
Jum pengundi - 1,949 org.
BN 45%(877) / PAS 55%(1071)
PAS menang 10%( 194) undi.
                                 
8) PDM Sungei Dedap
Sek. Keb. Sg. Dedap.  
Jum pengundi  : 2,005 org.
BN 42%(842) / PAS 58%(1162)
PAS menang 16%(320) undi.

9) PDM Gelam 3/Bukit Choras,
Sek. Men. Agama Al-Nadzah.
Jum pengundi  : 2,084 Org.
BN 30%(625) / PAS 70%(1458)
PAS menang 40%(833) undi.

10) PDM Bukit Besar
Sek. Keb. Bukit Besar.
Jum pengundi : 2,359 Org.
BN 40%(943) / PAS 60%(1415).
PAS menang 20%(472) undi.

11) PDM Simpang Tiga Luar,
Sek. Keb. Simpang 3 Sg. Daun.
Jum. pengundi  : 1,548 org.
BN 48%(743) / PAS 52%(804)
PAS menang 5%(61) undi.

12) PDM Sungei Daun,
Sek. Keb. Sg. Daun Tengah.
Jum. pengundi  : 1,826 Org.
BN 58%(1059) / PAS 42%(766)
BN menang 16%(293) undi.

13) PDM Sedaka/PDM Ulu Sedaka,
Sek. Keb Ulu Sedaka.
Jum. Pengundi - 1546 org
BN 689 /PAS 702 
Mati - 6 org.
Undi Kelabu/Atas pagar/Tak dapat dikesan 149 org.
PAS menang 13 undi.

14) PDM Dulang Kecil,
SMK Dulang Kechil
Jum Pengundi - 1814 org
BN 1337 / PAS 398 org.
Mati - 0
Undi Kelabu/Atas pagar/Tak dapat dikesan 79 org.
BN menang 939 undi

15) PDM Padang Lumat,
SMK Bt 17.
Jum pengundi - 849 org
BN 413 / PAS - 363
Mati - 1
Undi Kelabu/Atas pagar/ Tak dapat dikesan 55 
BN menang 50 undi

16) PDM Dulang Besar,
SMK Dulang Besar
Jum pengundi - 989 org
BN 759 / PAS - 226
Mati - 4
Undi Kelabu/Atas pagar tak dapat dikesan 0 org.
BN menang 533 undi

17) PDM Kg Titi Batu,
SJKC Pei Hwa Bt 17.
Jum pengundi - 1596 org
BN 661 / PAS 735
Mati - 2
Undi Kelabu/Atas pagar / pengundi luar 198 org.
PAS menang 74 undi.

TERKINI: KEPUTUSAN UNDI
JUMLAH KESELURUHAN.
BN 11876
PAS 10925

BN Menang Majoriti 951

* Faktor faktor yg mempengaruhi peratusan pengundi:-
1.Pengundi luar
2.Pengundi Cina
3.Sabotaj
4.Undi protes
5.Jentera pilihanraya, jalan sesak serta cuaca.



MP: 
Alhamdulillah BN dalam kedudukan menang ketika ini.
Mudah-mudahan keputusan ini terus kekal sehingga pengumuman keputusan rasmi dan dijangka
berlangsung pada jam 9.00 malam ini... 

Teruskan bersama MP utk update terkini dari masa ke semasa! 

ARTIKAL BERKAITAN: KLIK SINI

#PRKSgLimau : Menang @ Kalah. KLIK!


Selepas 12 hari tempoh berkempen tamat pukul 12 tengah malam tadi, 27,222 pengundi berdaftar mula menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Kesemua 17 pusat mengundi mula dibuka tempat pukul 8 pagi ini.

Tempoh pembuangan undi akan berakhir tepat pukul 5 petang dan kemudiannya proses pengiraan undi dijangka bermula 6 petang.

PRK DUN Sungai Limau menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim menentang wakil PAS, Mohd Azam Abdul Samat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada PRK ini ialah sebanyak 90 peratus berbanding 89 peratus pada PRU-13.

SPR juga menjangkakan keputusan pilihan raya kecil itu dapat diketahui selewat-lewatnya pukul 10 malam ini.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Azizan memegang kerusi itu selama lima penggal sejak 1995.

Beliau mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.

MP: Semoga BN diberikan perlindungan & kemenangan 
oleh Nya... Amin.

3 November 2013

#PRKSgLimau : HOTTT!!!! 2 barua PAS ditangkap. KLIK baca ni!


Ditahan Kerana Gantung Patung Potong Kaki Potong

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, jentera kempen Pas yang dilihat begitu terdesak sehingga terpaksa menggunakan replika patung kaki sebagai usaha untuk menimbulkan kemarahan pengundi di Sungai Limau.

Jentera Barisan Nasional (BN) sebelum ini dikatakan berang dengan tindakan tidak bermaruah pihak yang tidak bertanggungjawab itu, yang jelas ingin menggunakan isu tersebut bagi menyalahkan BN/Umno.

Seperti ada satu gerakan terancang, blog-blog pembangkang dengan segera memainkan isu tersebut bagi menyalahkan parti Umno yang dikatakan cuba menghina Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak dan keluarganya. Sedangkan secara logiknya, mana mungkin Umno akan bertindak sejauh itu kerana umum mengetahui Azizan adalah merupakan tokoh yang dihormati.

Tambahan pula, kebanyakan pengundi di Sungai Limau adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan bekas Menteri Besar Kedah itu.

Bagi mengelakkan sebarang persepsi buruk dan sangkaan jahat, jentera BN/Umno telah mengambil pendekatan segera, bagi menafikan penglibatan parti itu dalam menggantung patung yang dipotong kakinya di kawasan Titi Batu dan Bukit Besar.

Tidak cukup dengan, Pengerusi BN Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir turut membuat laporan polis semalam, untuk membolehkan satu siasatan diajalankan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Jamil Khir ketika mengulas lanjut mengenai perkara itu melahirkan rasa kesal terhadap tindakan biadab tersebut.

"Saya amat kesal dengan kejadian ini kerana ia satu provokasi melampau yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mungkin dilakukan oleh pakatan pembangkang pada saat-saat akhir berkempen ini.

"Perkara ini sangat tidak wajar dan saya menafikan penglibatan BN dalam hal ini, kami masih ada etika dan tidak sampai ke tahap melakukan perkara sebegitu. Secara logiknya kenapa kita nak gantung patung tersebut berhampiran bilik gerakan BN” ," katanya semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula menyifatkan tindakan pihak yang menggantung patung kaki di tiga lokasi berasingan sebagai sikap tidak bertanggungjawab sekali gus melanggar peraturan kempen pilihan raya.


Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, tindakan tersebut tidak sesuai dijadikan bahan kempen dan tidak mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.


Beliau berkata, SPR telah mengarahkan Pegawai Pilihanraya Negeri untuk membersihkan replika tersebut awal pagi tadi.


"Itu sangat tidak bertanggungjawab, mereka yang pasang patung itu telah mengguris hati keluarga Allahyarham. Saya dari mula lagi sudah pesan buat kempen secara berhemah, jangan langgar peraturan” katanya.

Patung berwarna kelabu yang dipotong separuh kaki sehingga paras betis dan tertulis perkataan 'ini kaki Ustaz Azizan' digantung di atas wayar elektrik berhampiran bilik gerakan BN di kawasan tersebut.

Seperti kata pepatah, doa orang yang teraniya akan segera dimakbulkan Allah swt. Hasil maklumat orang kampung, semalam dilaporkan satu tangkapan telah dibuat terhadap 2 orang lelaki Melayu kerana disyaki sedang menggantungkan satu lagi patung kaki di kampung Batu 16.

Paling menarik, apabila disiasat kedua-dua suspek tersebut adalah merupakan ahli Pas dari kawasan Pokok Sena. Bagi mengelakkan mereka terus dibelasah oleh penduduk kampung yang berang atas tindakan yang dilakukan itu, pihak polis terpaksa mententeramkan keadaan dengan menahan kedua-duanya.

2 November 2013

#PRKSgLimau : Undi PAS = Undi Anwar. KLIK baca ni!


Beberapa banner yang menyatakan menolak kehadiran Anwar Ibrahim di Sungai Limau telah dikesan di kawasan itu sejak kelmarin, mengikut sumber dari blog KedahkeKL. Banner tersebut tertulis “Kami menolak kehadiran Anwar Ibrahim di DUN Sg. Limau – Penyokong PAS Sg. Limau” merupakan mesej jelas dan terbuka bagi memastikan Anwar tidak menjejakkan kaki ke situ.

Mungkin pihak PAS akan menuduh bahawa banner tersebut adalah taktik jahat UMNO untuk melaga-lagakan PAS dan PKR, tetapi apakah mereka yakin itulah yang sebenarnya berlaku?


Sekiranya mereka menyorot kembali sejarah arwah Tan Sri Azizan selama PAS bergabung dengan PKR dan DAP, maka mereka pasti akan berfikir dua kali sebelum menuduh UMNO. ‘Ketegangan’ antara arwah dengan Anwar Ibrahim bukanlah satu rahsia.

Malah, umum tahu bahawa arwah akan mengelak untuk berada bersama dengan Anwar dalam satu majlis. Ini kerana arwah tidak sanggup menerima seorang peliwat tegar dan pendokong pluralisme agama sebagai rakat sepakat.

Justeru, kita tidak hairan apabila Anwar Ibrahim menerima berita kematian arwah tanpa sebarang reaksi. Tiada sebarang ucapan, jauh sekali kunjungan hormat dari Anwar ke atas keluarga arwah sehinggalah ke hari ini.

Pendek kata, Anwar tidak berusaha untuk berdiplomasi sekadar untuk memenuhi tuntutan politik sekali pun, dalam mengendalikan berita tersebut. Jelas, ketegangan antara Anwar dan arwah adalah serius dan tidak boleh dipura-purakan lagi.

Bukanlah hak kita untuk mempersoalkan tindakan arwah Tan Sri Azizan untuk terus bersama PAS walaupun menolak kerjasama parti itu dengan Anwar. Arwah mungkin yakin yang PAS akan kembali ke jalan asal dan akan meninggalkan Anwar satu hari nanti, kita tidak tahu. Atau beliau mungkin sedang berusaha untuk memperbetulkan PAS dengan caranya sendiri atas dasar memperjuangkan Islam yang sebenar.

Mungkin kerana itu, beliau cukup mesra dengan UMNO yang diterimanya sebagai saudara seagama.

Apapun, pastinya, beliau mempunyai alasan sendiri untuk berbuat demikian dan kita tidak punya hak untuk menilai atau menghukum tindakannya. Apa yang kita tahu, arwah melihat politik sebagai melangkaui nama PAS atau UMNO.

Baginya, politik adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, tanpa membelakangkan tuntutan agama. Itu saja.

Sebagai manusia yang diberikan akal fikiran dan mengaku beriman, pengundi Sg. Limau mempunyai tanggungjawab ke atas diri sendiri untuk menilai dan mengkaji penolakan arwah terhadap Anwar Ibrahim. Pengundi Sg. Limau juga wajar memikirkan mengenai ‘kemesraan’ arwah dengan UMNO dan bagaimana UMNO menyayangi beliau.

Seharusnya, sikap arwah itu sudah sudah cukup untuk membuktikan kepada pengundi Sg. Limau bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan PAS hari ini. Apatah lagi apabila melihat bagaimana pemimpin PAS sendiri memusuhi, mencabar, mengejek malah menghina arwah secara terbuka ketika hidupnya.

Bagi umat Islam yang memahami perjalanan politik arwah, kita telah meletakkan harapan kepadanya sebagai peneraju penyatuan ummah. Seperti yang kita sedia maklum, UMNO telah lama menghulurkan tangan, hanya menunggu PAS menyambutnya sahaja.

Hakikatnya, arwah telah menyambutnya atas kapasiti peribadi sebagai seorang Muslim, tetapi arwah masih tidak mampu mengheret PAS bersamanya.

Maka, sudah menjadi tanggungjawab pengundi Sg. Limau untuk meneruskan niat murni arwah itu. Sambutlah huluran tangan UMNO supaya Anwar Ibrahim dapat diketepikan terus. PAS tidak akan kuat selagi bersama PKR tetapi PAS enggan meninggalkan PKR.

Justeru, satu-satunya cara untuk meninggalkan Anwar Ibrahim ialah dengan meninggalkan PAS.

Ini bukan artikel untuk meraih undi, tetapi sekadar mengajak umat Islam para pengundi di Sungai Limau untuk berfikir lebih jauh, menyelam ke dalam hati dan akal masing-masing mengenai hala tuju politik Melayu.

Sesungguhnya kita tidak akan berjaya selagi kita tidak bersatu. Jangan biarkan Anwar Ibrahim, puak LGBT dan harbi itu menang. Kuasa memilih dan mengubah nasib dan hala tuju anak cucu kita kini berada di tangan sendiri. Pilihlah dengan akal dan dengan iman. Semoga Allah SWT memberkati niat suci kita untuk mengembalikan kekuatan ummah dan menentang kemungkaran.

Sekiranya PAS menang, maka Anwar juga menang. Dan jika Anwar menang, Islam tidak akan menang.

1 November 2013

#PRKSgLimau: Tak usah bagi undi pada PAS kalau macam ni.. KLIK tengok sini!

Sudah-sudah la tu...
Takkan tak serik-serik lagi setelah sepenggal 
PAS menerajui Kedah?
Apa korang dapat?

UNDILAH BARISAN NASIONAL.
Inikalilah!!!









#PRKSgLimau : Anwar mula nak buat kecoh.. KLIK baca ni!


Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) malam tadi dimaklumkan akan kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ke Sungai Limau bagi membantu jentera kempen Pas.

Tambah menarik dia turut dijadualkan akan bersolat di salah sebuah masjid sekali gus memberikan ceramah politik dengan menggunakan alasan tazkirah.

Nama masjid sengaja tidak dimasukkan bagi mengelakkan promosi percuma diberikan.

Menurut unit risikan dan gerak saraf program tersebut sengaja diada-adakan bagi mencetuskan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan. Ini kerana Anwar dan jentera Pas ingin menggunakan alasan tersebut bagi menggambarkan kononnya penyokong BN/Umno ganas dalam berkempen.

Sedangkan sehingga pagi ini, jawatankuasa masjid tersebut dikatakan masih lagi tidak dimaklumkan mengenai program ceramah tersebut.

Inilah antara taktik Anwar setiap kali tiba pilihan raya sama, hadir untuk solat berjemaah di masjid atau surau. Sejurus selepas solat tersebut, beliau akan meminta ‘agennya’ untuk menyediakan tempat untuk membolehkannya menyampaikan ceramah.

Tindakan tersebut sudah tentu akan menimbulkan kemarahan penduduk setempat yang marah dengan perbuatan Anwar kepada negara selama ini.

Sudah tentu mereka yang tidak bersetuju dan menghalang Anwar dari berceramah sekali gus menimbulkan suasana kecoh.

Apabila berlaku kekecohan, Anwar dan jentera Pas akan segera menggunakan isu tersebut, kononnya dia dihalang oleh penyokong Umno untuk bersolat di masjid. Mereka yang taasub dengan Anwar akan segera percaya dengan fitnah tersebut dan segera menyebarkannya untuk pengetahuan umum.

Inilah taktik sebenar Anwar, dia tahu masyarakat Melayu mudah percaya dengan cerita-cerita rekaannya dan kesempatan tersebut akan digunakan sebaik mungkin untuk menanamkan sentimen kebencian rakyat.

Secara mata kasar, Anwar mungkin nama lemah dan tidak berdaya, namun mereka yang mengenalinya secara dekat tahu, siapa sebenarnya makhluk yang bernama Anwar Ibrahim ini.

Lihat sahaja kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh mereka yang pernah rapat dengan Anwar.

Antaranya Datuk Zulkifli Nordin yang sebelum ini mendedahkan dia pernah diarahkan oleh Anwar untuk menyediakan bom ‘molotof cocktail’ bagi mencetuskan suasana huru-hara ketika zaman reformasi.

Malah sehingga hari ini, Anwar masih lagi tidak berani untuk menyaman bekas peguamnya itu sekali gus membuktikan semua yang dinyatakan itu ada kebenarannya.

31 October 2013

#PRKSgLimau : PAS hantar SMS ugut dan ancam dalam penganjuran ceramah Ustaz Kasim? KLIK baca ni!


Ketika kempen ceramah anjuran Pas gagal menarik sokongan dan kehadiran pengundi di sekitar Sungai Limau, walaupun mereka menjemput beberapa artis seperti Abby Abadi, Leman Raja Lawak, Bob Lokman dan sebagainya. Ceramah di kem Barisan Nasional / Umno pula menunjukkan sebaliknya.

Dengan membawakan penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias ceramah tersebut berjaya dikategorikan ‘pecah panggung’ apabila berjaya mengumpulkan sekitar 5,000 pengundi. Dengan gaya bersahaja, ceramah Ustaz Kazim yang diadakan di RTC Simpang 3 itu menyebabkan para hadirin melekat dari mula hingga akhir.

Namun apa yang dikesalkan ialah, Ustaz Kazim memaklumkan sebelum kehadiran beliau ke Sungai Limau beberapa penyokong Pas telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur ugutan dan ancaman bagi menghalangnya hadir.

Menurut Ustaz Kazim, beliau telah diugut agar memakai plastik kerana bakal berdepan dengan serangan balingan telur sebagai tanda protes. Namun ia langsung tidak menggentarkan beliau walaupun sedikit, kerana ingin menyampaikan dakwah.

Beliau turut menegaskan, dirinya bukanlah penceramah bagi mana-mana parti politik, namun hanya sekadar memenuhi jemputan dan itulah antara pendekatan dakwah yang dilakukannya dahulu lagi.

Ustaz Kazim juga melahirkan rasa kecewanya apabila dilabelkan sebagai penceramah kerajaan hanya kerana isi kandungan ceramahnya tidak mengikut selera pembangkang. Menurut beliau lagi, beliau hanya menyatakan apa yang benar dan cuba untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya bila mana politik menggunakan Islam sebagai perisai.

“Saya berkawan dengan semua orang. (Contohnya) apabila berceramah dengan orang asli, takkan saya dikategorikan sebagai penyokong orang asli.

“Saya juga turut berceramah dengan kumpulan lelaki lembut, takkan saya terus di cop sebagai penyokong golongan lembut. Relaks lah bro” ujar beliau secara berseloroh dan disambut dengan gelak tawa dari mereka yang hadir.

Inilah pendekatan pembangkang sejak dari dahulu, apabila mereka buat ia dianggap sebagai perkara biasa. Namun apabila mereka yang berlainan ideologi lakukan perkara yang sama, mereka akan diugut dan diancam dengan pelbagai cara.

Sedangkan sebelum ini mereka begitu lantang meminta kerajaan agar memberikan layanan yang adil kepada semua atas nama demokrasi hak bersuara. Sebenarnya Pas telah mula gelisah apabila melihat jentera mereka gagal menarik sokongan pengundi walaupun Dun Sungai Limau dikatakan sebagai kubu kuat parti itu.

Malah paling membimbangkan mereka, apabila isu perpecahan dalaman parti itu dilihat mula memberikan kesan sehinggakan ada di kalangan mereka yang mula saling boikot dan sabotaj antara satu lain.

Berbanding jentera BN/Umno yang dilihat semakin hebat dengan pendekatan dan misi pembangunan yang ingin dibawa. Apa pun bersamalah kita tunggu keputusan undi yang bakal diketahui seawal jam 9.00 malam pada 4 Oktober nanti.

Apakah Pas mampu mengekalkan kecemerlangan mereka ataupun tersungkur layu seperti yang berlaku ketika PRK Kuala Besut yang lalu.

29 October 2013

#PRKSgLimau Isu Azizan: Ini yang disebut TPM. KLIK saksi video!

Ini kata-kata sebenar Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai isu gula dan penyakit kencing manis Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.


ARTIKAL BERKAITAN : KLIK SINI

#PRKSgLimau : PAS mengelupur bila dengar janji BN. KLIK saksi video sini!


Pas tidak perlu menggelupur menjelangnya hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan (DUN) Sungai Limau 4 Nov ini khususnya mengenai apa yang dijanjikan oleh Barisan Nasional (BN).

Bukankah setiap kali pilihan raya umum, parti-parti politik yang bertanding termasuklah Pas sendiri melancarkan manifesto dengan pelbagai tawaran kepada para pengundi dalam usaha menarik sokongan rakyat.


Mengulas mengenai soal ini, Pengerusi BN Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata apabila masuk pilihan raya sudah tentu ada sebab mengapa pengundi memilih calon yang ditawarkan kepada penduduk setempat.

“Bila kita masuk pilihan raya mesti ada sebab mengapa pengundi memilih calon kita atau calon mereka… Bukanlah dengan menampilkan calon kita sahaja dan ianya mestilah apa yang boleh dia bawa untuk manfaat di situ yang dianggap sebagai modal kempen.

“Jadi akhirnya ianya akan diterjemahkan dalam bentuk janji. Janji ini akhirnya ialah siapa yang dirasai oleh pengundi mampu untuk menunaikan janji…

“Tetapi yang penting adalah untuk mewujudkan satu penyelarasan dari peringkat pusat, negeri dan DUN…ini saya ingat satu kombinasi yang sangat baik bagi menjamin masa depan yang lebih cerah bagi masyarakat DUN Sungai Limau ini dan pihak lawan mungkin faham akan hakikat ini dan cuba mengalih perhatian pengundi daripada fakta tersebut,” ujar beliau.

SELANJUTNYA : KLIK SINI

#PRKSgLimau : KANTOIII!!! Pembohongan PAS terus terbongkar di Sg. Limau. KLIK baca ni!

Antara penipuan yg dilakukan PAS di PRK Sg. Limau.

Nampaknya kepimpinan PAS telah kekeringan isu terutama berkaitan kelemahan urus tadbir kerajaan Barisan Nasional Kedah sehingga terpaksa menjadikan menjaja nama Ustaz Azizan untuk meraih undi simpati.

Walaupun pelbagai penafian dilakukan termasuk dari mulut calon parti itu sendiri, hakikatnya nama Ustaz Azizan terus digadai dan dipergunakan bagi raih sokongan rakyat Sungai Limau. Tiada sebarang rasa hormat dalam sanubari kepimpinan PAS Kedah apabila sanggup menjadikan Ustaz Azizan sebagai alasan untuk rakyat kawasan ini terus mengundi PAS...

Selanjutnya KLIK SINI

28 October 2013

#PRKSgLimau : PAS macam dah tak ada orang lain! KLIK baca ni...


Pas Kedah Benci Ulama

Ramai yang seolah-olah tidak dapat menerima hakikat apabila ada yang mengatakan tidak semua orang Pas itu dari kumpulan ulama atau mempunyai latar belakang agama. Pada mereka Pas itu Islam dan Islam itu Pas.

Sedangkan sekiranya diteliti, terdapat banyak kelompok di dalam Pas antaranya kumpulan Liberal, Syiah, Anwarinas @ Endorgan, Pak Turut, berlagak Alim, berpura-pura menyokong Islam (Kelab Penyokong Pas) dan sebagainya. Inilah realiti sebenarnya, di dalam Pas terhimpun pelbagai kumpulan yang mempunyai pelbagai ideologi atau dalam bahasa mudah ‘rojak @ pasembor’.

Malah sekiranya ada yang mengatakan Pas ingin memperjuangkan Islam, juga tidak kena dari bahasa. Kerana tidak sampai dari separuh pimpinan atasan parti itu yang mempunyai latar belakang agama.

Contoh yang paling dekat ialah, pemilihan Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah. Ia jelas membuktikan bahawa parti itu tidak lagi menitik beratkan Islam sebagai asas perjuangan.

Malah sejurus selepas perlantikan Mahfuz sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah,Phahrolrazi Zawawi selaku Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas negeri telah mengambil satu tindakan drastik dengan meletakkan jawatan.

Walaupun dia mendakwa ingin memberi peluang kepada Mahfuz untuk memilih kepimpinan baru, namun umum mengetahui Phahrolrazi sebenarnya kecewa kerana tidak terpilih untuk menggantikan Azizan bagi menerajui kepimpinan Pas negeri.

Malah ketika diminta mengulas mengenainya, Phahrolrazi secara sinis mengatakan dia tidak berapa rapat dengan Mahfuz.

“Biarlah dia membawa idea baharu sebab kalau lantik yang lama masih lagi terikat dengan pendekatan lama," katanya.

Paling menarik perhatian ialah, sejurus selepas Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) mengumumkan kekosongan kerusi DUN Sungai Limau, Pas Kedah kembali bergolak apabila masing-masing ingin meletakkan calon pilihan mereka.

Parti itu, sebelum ini dikatakan telah menyenarai pendek seramai 8 nama calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, 4 November ini kerana berdepan dengan masalah pepecahan dalaman.

Malah menurut sumber dalaman, wujud kem dalam kepemimpinan Pas Kedah pada masa ini iaitu kumpulan yang pro dengan bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, kem Phahrolrazi Zawawi dan kem Mahfuz Omar. Masing-masing dikatakan mahu meletakkan calon pilihan masing-masing.

Kumpulan Allahyarham Azizan sebelum ini turut dikatakan kecewa dengan keputusan Pas Pusat melantik Mahfuz seolah-olah Pas Kedah sudah ketandusan pemimpin yang mempunyai latar-belakang agama.

Macam dah tak ada orang lain! Itulah antara komen yang dilemparkan oleh salah seorang penyokong Pas yang jelas tidak bersetuju dengan perlantikan itu.

“Agaknya depa ni benci dengan ulama. Pas Kedah banyak melahirkan ulama. Lulus pondok ada, lulus Al-Azhar pun ada. Tapi kenapa Mahfuz yang dipilih. Kalau macam ni mamposlah Pas Kedah” marah salah seorang pengikut Pas yang ditemui.

Kesimpulan, jelas itu tidak lagi menjadikan dasar Islam sebagai perjuangan parti. Apa yang penting pada mereka ialah mendapatkan kuasa, walaupun terpaksa mengunakan apa sahaja cara. Kepada Mahfuz, selamat mengemudikan jentera Pas negeri agar jangan mampos (sekadar mengulang kembali kenyataan tadi).

ARTIKAL TERDAHULU : KLIK SINI.


27 October 2013

#PRKSgLimau: PAS KANTOOIII!!! Heboh satu Sg. Limau... KLIK saksikan video!


Rata-rata pengundi di Sungai Limau baru-baru ini dikejutkan dengan laporanharakahdaily yang mengatakan kononnya bapa kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyokong calon Pas dalam pilihan raya kecil kali ini.

Tidak cukup dengan laporan tersebut, jentera Pas juga seakan terdesak apabila turut mengedarkan risalah dan gambar lawatan rombongan calon parti itu ke rumah Baharom Ramli bagi meyakinkan pengundi.

Datuk Jamil Khir Baharom
Namun bak kata pepatah, ‘bangkai gajah masakan dapat ditutup dengan nyiru’. Pembohongan mereka akhirnya terbongkar, apabila Baharom Ramli yang juga dikenali sebagai Pak Ngah menafikan laporan tersebut.

Malah beliau turut melahirkan rasa kesal atas fitnah tersebut yang jelas cuba menarik sokongan pengundi dengan cara yang kotor.

26 October 2013

#PRKSgLimau: PAS terdesak? KLIK saksikan video!


Benarkah Bapa Jamil Khir Menyokong Calon Pas

Menjelang PRK Sungai Limau, PAS dilihat cuba memanipulasi keadaan dengan mengheret bapa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Dalam tempoh berkempen, PAS yang membuat ziarah rumah ke rumah tidak melepaskan peluang untuk menziarahi bapa kepada menteri ini yang dikatakan penyokong kuat PAS.

Melalui video yang disiarkan oleh TV PAS, Datuk Mahfuz Omar ada mengatakan bahawa bapa ahli politik itu mendoakan kemenangan calon PAS di PRK Sungai Limau. 

Namun, kata-kata Mahfuz itu tidak disokong dengan bukti yang kukuh, sekadar menyiarkan video leteran panjang Mahfuz memuji-muji kebaikan bapa Datuk Seri Jamil Khir.

Malangnya, tidak pula dijelaskan butiran doa yang dibacakan En. Baharom itu, hanya sekadar video yang dilapikkan dengan suara Mahfuz. Video yang berdurasi 2:50 itu memaparkan aktiviti kempen PAS yang turut membawa calon mereka menziarahi penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Persoalannya, kalau benar En. Baharom berdoa untuk kemenangan PAS, kenapa tidak diperjelaskan suara beliau di dalam video tersebut. Kenapa perlu digantikan dengan suara Mahfuz yang membuat ulasan panjang berkenaan kempen ziarah itu?

Ini lagi satu permainan PAS yang cuba menggunakan perang psikologi kepada pengundi di Sungai Limau. Dengan menggunakan modal bapa menteri, mereka cuba memancing undi.

Ini jelas menunjukkan PAS kekeringan modal untuk berkempen sehingga mengheret mereka yang tidak mempunyai kepentingan bagi melancarkan kempen mereka.

Namun, sejauh mana perkara ini boleh membantu mereka mempertahankan kerusi kawasan itu. Adalah lebih baik jika PAS lebih bersikap jujur dan telus.

Jika benar bapa Datuk Seri Jamil Khir berdoa kepada kemenangan PAS, siarkan secara penuh. Tidak salah, malah boleh juga seluruh rakyat mengaminkan doa tersebut, itu pun jika benar isi kandungan doa itu seperti yang dikatakan Mahfuz melalui video tersebut.

Kepada jentera PAS, sudah-sudahlah menggunakan taktik kempen sebegini, sudahlah digunakan nama arwah ustaz Azizan walaupun sebelum ini kerap dikecam, sekarang pula menggunakan bapa orang untuk meraih undi.

Nampak sangat terdesak...... KLIK dan saksikan video dibawah!

24 October 2013

#PRKSungaiLimau: Calon mana yang patut diberi undi? KLIK, tengok sini!

Calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim (kiri) dan calon PAS Mohd Azam Abd Samat.

KELEBIHAN: Latarbelakang dan pencapaian peribadi calon.

Undi calon PAS = Undi Phahrolrazi musuh ketat
bekas MB Kedah dulu.

Nah...
Ini dia calon yang sepatutnya dipilih dan
diberi undi pada PRK N20 Sungai Limau.
Saksikan Dr Ahmad Sohaimi Lazim
(calon BN)
di klip video dibawah. 




UNDILAH BARISAN NASIONAL
'Segala Janji Di Tepati'

ARTIKAL BERKAITAN KLIK SINI.

22 October 2013

#prksglimau : PAS terpaksa korbankan calonnya di Sg. Limau kerana Sabu? KLIK baca ni!


Suka atau tidak ramai menjangkakan pilihanraya kecil DUN Sungai Limau bakal menyaksikan satu persaingan yang sengit di antara Umno / Barisan Nasional dan Pas. Bagi pihak Umno/BN, peluang ini sudah tentu merupakan satu peluang keemasan bagi merampas kerusi Sungai Limau bagi mengukuhkan kuasa politik di Kedah.

Manakala bagi Pas, ia adalah merupakan kerusi yang WAJIB di pertahankan kerana ia adalah maruah buat parti itu yang kebelakangan ini dilihat semakin hilang pengaruh di kalangan orang Melayu Islam.

Tambahan pula, Pas secara jelas mengatakan pendirian parti itu untuk membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Sedangkan isu tersebut dilihat penting kerana mereka sedar antara sebab utama Kristian mahu menggunakan kalimah Allah di dalam Bible ialah untuk mengelirukan masyarakat.

PRK SG.LIMAU: Jom kenali calon BN. KLIK saksi video disini!


Orangnya cukup simple. Malah tidak ramai yang menduga beliaulah orangnya sewaktu orang ramai berkumpul di Bilik Gerakan Pusat BN Sungai Lentang, Sungai Limau untuk mendengar pengumuman calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri situ.

Selain berpakaian biasa macam orang kebanyakan beliau kelihatan hanya duduk di celah hadirin lain di situ.


Itulah Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 
anak tempatan Sungai Limau yang diumumkan oleh 
YAB. Timbalan Perdana Menteri 
sebagai calon Barisan Nasional pada 
Pilihanraya Kecil Sungai Limau, Kedah.

Kenali latarbelakang beliau lebih lanjut
seperti bawah:

10 October 2013

LAPORAN AUDIT: Anwar jangan cakap lebih!


Laporan Audit: Anwar Perlu ‘Bersihkan Negeri PR’ Dahulu

Laporan Audit Negara yang baru dibentangkan menerima reaksi yang kurang menyenangkan dari semua pihak. Ketirisan yang masih berlaku amatlah dikesalkan. Benar, ia merupakan kes-kes terpencil yang melibatkan individu secara berasingan tetapi jumlah yang mencecah billion bukanlah kecil, terutama dalam keadaan ekonomi yang begitu menguji.

Walaubagaimanapun, pendedahan terbuka yang dibuat oleh Ketua Audit Negara menunjukkan yang kerajaan Malaysia adalah telus dan professional dalam menangani soal kewangan negara.

Dari sudut lain, ia juga membuktikan yang kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim adalah tidak telus dan tidak professional. Ini berikutan ketirisan yang berlaku bukan hanya melibatkan negeri BN tetapi juga negeri PR, namun Anwar telah memilih untuk menghentam kerajaan pusat seolah-olah negeri-negeri yang diperintah PR membentangkan audit yang sempurna dan tiada cacat cela.

Hakikatnya, beberapa laporan ketirisan audit di negeri PR memperlihatkan penglibatan di peringkat tinggi dan keseluruhan jabatan atau organisasi. Malah, ketirisan yang berlaku dalam audit tahun lalu juga masih belum ditangani oleh PR. Antara ketirisan audit di Selangor sahaja, iaitu negeri yang berada di bawah ‘nasihat’ Anwar ialah:

1. Isu tanah Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor yang memperlihatkan seolah-olah ada ‘cubaan rampas’ oleh kerajaan negeri untuk dijadikan pusat budaya Cina.

2. Isu Talam

3. Isu KHSB

4. Kutipan premium tanah yang tidak seimbang

5. Pembinaan kilang secara haram

6. Penggunaan tanah tanpa kebenaran

7. Memberi bonus tiga hingga empat bulan bagi kakitangan Pusat Pelaburan Kerajaan Selangor selama tiga tahun berturut-turut yang berjumlah RM887,620 dengna menggunakan lebihan perutukan kerajaan.

8. ‘Program hadiah anak masuk universiti’ yang merekodkan pengurusan yang lemah di mana seramai 21 penerima telah menerima lebih dari sekali sumbangan manakala ramai yang menerimanya lewat sehingga lebih tiga tahun dan RM8.23 juta lagi masih terhutang kepada anak-anak Selangor yang berjaya masuk ke universiti.

Selain Selangor, Kelantan juga merekodkan penemuan audit yang mengejutkan antaranya:

1. Anak syarikat kerajaan Kelantan, Kelstone Sdn Bhd (KSB) yang menerima konsesi melombong emas di 12 kawasan telah mencatat kerugian terkumpul sebanyak RM2.7 juta sehingga RM1.54 juta di antara tahun 2009 dan 2011. Syarikat itu mula melombong di dua atau tiga tempat sahaja di antara tahun 2011 dan 2012 tetapi gagal menemui emas dalam jumlah yang memuaskan.

2. Indah Prima Sdn Bhd (SIPSB) diberikan subkontrak untuk meneroka emas di kawasan Sokor di Tanah Merah pada tahun 2008 tetapi tidak pernah langsung memulakan kerja-kerja itu.

3.Pembayaran bonus hingga 11.5 bulan gaji anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ladang Tapis Sdn Bhd (LTSB) pada 2011 sedangkan syarikat tersebut mengalami kerugian

Ini hanya beberapa ketirisan dari dua negeri yang diperintah PR. Hakikatnya, banyak lagi yang tidak disenaraikan di sini.

Justeru, bukankah lebih baik Anwar menumpukan kepada siasatan terhadap apa yang terjadi kepada kewangan negeri-negeri PR sebelum membuat bising mengenai ketirisan yang melibatkan kerajaan BN? Jika 4 negeri sahaja tidak mampu ‘dibersihkan’, bagaimana Anwar boleh berangan ingin membersihkan seluruh Malaysia sekiranya PR memerintah?

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.