GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

28 February 2014

#PRKKajang : Lagi pembohongan bakal calon PR. KLIK baca ni!



Anwar Guna Gambar ‘Recycle’ Konon Dia Mendapat Sambutan Hebat Di Jepun

Jurugambar sebuah portal berita mengecam tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba menipu masyarakat dengan publisiti murahan apabila menggunakan gambar ‘recycle’ bagi menunjukkan kononnya dia mendapat sambutan yang luar biasa ketika lawatannya di Jepun baru-baru ini.

Menurut Shaik Mohamad Amin, 28 gambar tersebut sebenarnya berlaku ketika pembacaan keputusan kes liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang itu pada 9 Januari 2012. Sebagai salah seorang jurugambar yang bertugas dia turut berada di tempat kejadian pada ketika itu.


“Tindakan, Anwar yang sengaja menyebarkan ‘gambar recycle’ itu untuk menunjukkan seolah-olah dia mendapat sambutan hangat dan luar biasa ketika berada di Jepun, adalah satu cubaan untuk memperbodoh-bodohkan masyarakat.

Ketua Wanita UMNO Semenchu di bunuh.

Arwah Mak Pah (gambar tengah)

P157 PENGERANG - Ketua Wanita UMNO Cawangan Felda Semanchu, Zalifah Jamaluddin atau di kenali dengan nama Mak Pah ditemui mati disyaki dibunuh di kediamannya No 36, Blok 2 FELDA Semenchu, di sini dan dipercayai dibunuh dan disamun, pagi tadi.

Kejadian itu disedari anak mangsa pukul 12.20 tengah hari setelah penggilannya tidak dijawab.

Kejadian itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman dan mayat telah dibawa ke hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat.

#MP - Alfatihah buat beliau, semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat oleh Nya.  Amin.

26 February 2014

Pemandu 'raba' penumpang ditangkap SPAD


Bukan sekadar memantau aduan daripada pengadu melalui talian yang disediakan. Malah, isu-isu yang berkaitan tersiar diruangan media lain, juga dilakukan.

Ia terbukti dengan respon yang ditunjukkan oleh Bahagian Penguatkuasaan SPAD berjaya membuat tangkapan seorang pemandu teksi dipercayai berumur 70-an, didakwa meraba pahanya dan meletakkan sebilah pisau di atas papan pemuka dan pada masa sama mengeluarkan kata-kata lucah terhadap seorang penumang wanita.

SPAD melakukan tindakkan tersebut setelah mendapat tahu dari laporan berita pada artikel The Star bertajuk 'Nightmare ride with pervert cabbie' mengenai seorang wanita berumur 20 tahun yang dipaksa meletakkantangannya pada kemaluan pemandu teksi itu sepanjang perjalanan.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD ) memaklumkan kepada orang ramai bahawa pemandu teksi terlibat telah ditangkap pihak Polis dari hasil maklumat bahagian Penguatkuasaan SPAD di Persada PLUS, petang semalam.

Mohd Nur Ismal, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD berkata, sesiapa didapati bersalah terhadap perbuatan seperti didakwa itu tidak layak menjadi pemandu teksi dan mengaibkan profesion itu.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, tetap teguh dan mengutuk segala bentuk gangguan terhadap penumpang dan jika didapati bersalah , pemandu teksi terbabit akan menghadapi risiko lesennya dibatalkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

QQTambahnya lagi, SPAD sedang berusaha keras untuk meningkatkan mutu industri pengangkutan awam darat antaranya teksi.

Dari itu, bagi pemandu teksi yang menunjukkan tingkah laku negatif, menyalahi undang undang atau melanggar syarat perlesenan akan dihukum kerana perlakuan keji mereka.

SPAD menggesa kepada mangsa yang berhadapan sebarang jenis gangguan melibatkan pemandu pengangkutan awam untuk segera tampil ke hadapan dan membuat aduan secara langsung dengan SPAD , melalui talian dan cara seperti dibawah:



ARTIKAL TERDAHULU KLIK:
SPAD bukan 'Gangster'

24 February 2014

#PRKKajang : Buah Pala Anwar berulang di Kajang. KLIK baca ni!



Selepas Tipu India Di Kg Buah Pala, Anwar Tabur Janji Manis Di Kajang

Menyedari akan kemungkinan kalah di Dun Kajang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim terpaksa menabur janji manis kepada masyarakat India di sana sebagai satu usaha untuk memancing undi.

Anwar ketika menghadiri majlis perjumpaan bersama komuniti India di Kajang semalam dilaporkan berkata, dia mahu membantu menyelesaikan semua masalah di kawasan itu jika berjaya menjadi wakil rakyat kelak.

Antara janji manis yang ditaburkan semalam ialah, kononnya ingin menyelesaikan harga rumah selain mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kajang.

"Kita mesti dengar dan ambil tahu daripada rakyat. Saya datang ke sini bukan atas nama ketua pembangkang saya mahu mintak tolong kalau saya menang PRK Kajang kita angkat Selangor kalau ada cadangan saya terima," katanya.

Persoalannya benarkah Anwar jujur terhadap semua janjinya? Apakah dia akan mengotakan semua janji manis yang ditaburnya itu? Jawapannya sudah tentu tidak!

Kerana ini bukanlah kali pertama Anwar menipu khususnya kepada masyarakat India. Pasti ramai yang masih ingat tragedi yang menimpa masyarakat India di Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor.

Ketika kempen pilihanraya umum ke-12, Anwar secara peribadi telah datang dan berjumpa dengan semua penduduk kampung tersebut dan berjanji akan menyelesaikan masalah yang menimpa mereka.

“Tapi you percaya sama saya. Ketua Menteri, DAP dengan Keadilan kita punya geng juga. Dua minggu lepas menang (PRU12), mesti itu Ketua Menteri atau dia punya wakil akan datang sini. Betul saya cakap, kalau dia tak buat kerja, Ini bukan Anwar” katanya.

Namun sejurus selepas menang, semua masalah yang melibatkan penduduk India di Kampung tersebut bukan sahaja GAGAL diselesaikan. Malah kesemua rumah mereka telah dirobohkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP.

Menurut wakil penduduk, mereka telah bertemu dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada 13 Mac 2008, sebaik sahaja DAP mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah hak milik tanah tersebut.

''Guan Eng ada menyatakan sekiranya tanah tersebut belum dipindah milik, beliau akan menyerahkan tanah itu kepada penduduk kampung," katanya.

Malangnya, kerajaan negeri bertindak menukarkan hak milik tanah itu tanpa pengetahuan penduduk kampung menyebabkan mereka menghadapi pelbagai masalah.

''Ramai penduduk kampung mengalami tekanan dan trauma, kami dianggap sebagai setinggan, jadi di manakah nasib kami sebagai tuan tanah," katanya.

Berikutan itu, mahkamah mengeluarkan notis kepada penduduk supaya mengosongkan tanah itu sebelum 3 Ogos ini bagi membolehkan pemaju memulakan kerja-kerja pembangunan.

Kesimpulannya, di manakah janji-janji yang ditaburkan oleh Anwar sebelum ini? Buat masyarakat India, buat lah keputusan dan pilihan yang bijak, kerana keputusan ada di tangan anda.

ARTIKAL TERDAHULU : KLIKSINI


Laman pengkhianat Red Bean Army(RBA) musnah... KLIK baca ni!



Laman utama Facebook Red Bean Army(RBA) iaitu We Fully Support PKR-DAP, telah dimansuhkan oleh Facebook. Adakah rakyat Malaysia masih ingat bagaimana parti pembangkang menggunakan khidmat cybertroopers mereka iaitu RBA dalam fitnah terhadap banyak rakyat Malaysia yang tidak berdosa?

Cara operasi sedemikian adalah sama ketika era Mao Zedong yang menggunakan khidmat Red Guard untuk melakukan segala kekejaman terhadap sesiapa yang menentang ideologi dan perjuangan beliau.

Generasi muda hari ini mungkin tidak lagi menikmati perpaduan dan keharmonian antara kaum seperti suatu ketika dahulu.

Segala-galanya telah berubah berikutan kemunculan RBA demi mencapai kepentingan politik mereka dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk memainkan isu-isu perkauman.

Cara operasi RBA juga sama dengan ketua umum mereka iaitu di hadapan masyarakat kelompok berbeza mereka akan memainkan isu yang berbeza.

Baru-baru ini pada 16 Februari lepas, Anwar Ibrahim menyerang UMNO dalam isu Kalimah Allah di Gereja Holy Family di Kajang. Namun begitu, pada keesokan harinya di hadapan masyarakat Melayu di kediaman ADUN Penanti, Anwar Ibrahim mengumunkan beliau hendak mengembangkan Islam di Kajang. Adakah penganut Kristian dan Islam di negara ini perlu percaya kepada Anwar lagi?

Walaupun laman utama RBA telah dimansuhkan, namun ahli-ahli mereka masih berleluasa dan mutakhir ini anggota RBA semakin bertambah. Pihak BN pula masih lagi kekurangan bakat, strategi dan tentera siber yang mampu untuk berhadapan dengan RBA. 

Lambakan ahli, blogger dan laman tentera siber BN tanpa ‘jeneral’ dan strategis berbakat mengetuai mereka, menyukarkan usaha memenangkan BN dalam perang dunia siber.

Natijahnya, dalam agama Buddha dan Hindu mereka mempercayai hukum Karma, iaitu balasan setimpal dengan perbuatan seseorang individu atau entiti. Dalam agama Kristian pula mereka mempercayai Reap What You Sow iaitu kita akan mendapat hasil daripada tanaman yang diusahakan. Dalam isu ini RBA senantiasa menanam racun tetapi akhirnya ia memakan diri mereka sendiri.

Dalam peribahasa Melayu pula kita diingatkan tentang - ‘buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali’. Segala kejahatan dan kekejaman mereka telah mendapat balasan akhirnya.

Namun begitu, laman mereka yang terbaharu iaitu https://www.facebook.com/wfsu123 perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa sebelum racun mereka yang merosakkan tersebar lebih luas .

Dalam pada itu, isu yang berkaitan dengan kedaulatan, keselamatan dan imej negara turut senantiasa diancam oleh RBA. Isu ‘Bangla’ dan blackout palsu disebar dengan meluas sehingga menghantar petisyen kepada White House untuk campur tangan dalam urusan negara kita. 

Isu pahlawan negara yang mempertahankan negara di Lahad Datu dijadikan sebagai mangsa jenaka ‘mati katak’ oleh mereka.

Sekiranya perjuangan sekejam RBA dan parti pembangkang masih dibenarkan tanpa sebarang kawalan dan pengajaran maka akhirnya rakyat sengsara dan negara tergadai. 

RBA seharusnya menjadi musuh negara kerana mereka merupakan satu entiti yang paling beracun, kejam, jahat dan tidak berperikemanusiaan di negara ini.

* Penulis ialah Penganalisis Politik, Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia, Pengasas blog SYA For The Nation.

ARTIKAL TERDAHULU: KLIK SINI.


23 February 2014

SPAD bukan 'Gangster' - @SPADchannel



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu atau pengusaha yang menghalang pegawai S.P.A.D untuk menjalankan tugas di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Berikutan dengan kejadian serangan keatas pegawai penguatkuasa S.P.A.D di Pudu Sentral pada 15 Februari 2014. S.P.A.D amat kesal dan memandang serius kejadian tersebut.

S.P.A.D telah memulakan siasatan keatas pengusaha dan individu terbabit atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas sehingga membawa kecederaan. Selain itu, S.P.A.D berharap pihak PDRM juga akan mengambil tindakan yang sewajarnya keatas individu terbabit, sekiranya didapati bersalah.

Sehubungan ini, S.P.A.D ingin menyarankan agar semua pengendali menghormati undang-undang yang telah ditetapkan bagi mengelak tindakan dari mana – mana agensi penguatkuasaan. SPAD akan terus melipat-gandakan usaha penguatkuasaan bagi menjaga kepentingan rakyat dan hak pengguna yang menggunakan pengangkutan awam darat.

Menemui Pengerusi S.P.A.D, Tan Sri Syed Hamid Albar baru-baru ini berkata, segala tindakkan dilakukan semuanya mengikut peraturan atau 'Standard Operating Procedure' (SOP).

"Kita hendak memenuhi cita-cita kerajaan, untuk membawa kebaikan. Bukannya keburukan" tambahnya lagi.

Tan Sri Syed Hamid juga tegas mengatakan, bahawa tindakan yang dilakukan beliau serta kakitangannya bukan untuk meraih populariti dan bukan 'gangster'. 

Saksikan kenyataan penuh beliau pada video dibawah.


Untuk makluman, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 yang telah diluluskan di Parlimen pada bulan Mei 2010.

Fungsi-fungsi utama S.P.A.D adalah menasihat dan menyediakan dasar pengangkutan awam darat, membuat perancangan, menjalankan pengawalseliaan dan penguatkuasaan undang-undang, kaedah-kaedah dan peraturan berhubung pengangkutan awam darat.

Kuasa S.P.A.D untuk melaksanakan fungsi-fungsi ini termaktub di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (“Akta PAD”). 

Penambahbaikkan pengangkutan awam di Malaysia merupakan sebahagian daripada matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara atau lebih dikenali sebagai NKRA, di dalam Pelan Transformasi Kerajaan (ETP), yang diterajui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Sehubungan itu, S.P.A.D menyeru orang ramai untuk menyalurkan apa saja maklumat berkaitan untuk tindakkan ke talian bebas tol SPAD di 1800-88-9600 atau email ke aduan@spad.gov.my


ARTIKAL BERKAITAN KLIK DIBAWAH:

22 February 2014

KENYATAAN AKHBAR : SPAD meneliti laporan kejadian kemalangan bas Jalan Genting Highland.



KENYATAAN AKHBAR:
SPAD AKAN MENELITI LAPORAN AUDIT KEJADIAN KEMALANGAN BAS HENTI-HENTI DI KM35 JALAN GENTING HIGHLAND

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) telah meneliti dan mengambil maklum hasil laporan audit kejadian kemalangan Bas Henti-henti di KM 3.5 Jalan Genting Highland yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan. Segala syor dan cadangan yang dikemukakan akan diberi perhatian sama ada yang melibatkan proses atau prosedur.

Selain daripada menjalankan tugas utama mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, S.P.A.D juga mempunyai tanggungjawab bersama dengan agensi lain. S.P.A.D sentiasa bekerjsama dengan semua agensi yang berkaitan dengan sistem pengangkutan awam darat.

Punca utama kemalangan pada 20 Ogos 2013 adalah kecuaian pemandu dan kelajuan yang tinggi. “Human Factor” adalah salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh pengusaha atau operator. Sehubungan ini, S.P.A.D telah mengambil langkah pencegahan drastik.

Antaranya: Pekeliling mengenai pelaksanaan kod amalan industri (S.P.A.D ICOP Keselamatan) yang diwartakan pada 20 Ogos 2013 menyeru semua operator memberi penekanan khusus kepada segala aspek keselamatan, penyelenggaraan dan mengawal selia pemandu.

Selain itu, Pekeliling mengenai keselamatan untuk pengendali bas bagi operasi di kawasan tanah tinggi yang telah diwartakan pada 9 September 2013 memberi penekanan khusus kepada pengurusan pemandu, pematuhan U.N.E.C.E Rule 66 / ADR (super structure), Rule 80 pemasangan tali pinggang keledar bagi semua kerusi didalam bas, pemasangan GPS dan pemasangan sistem keselamatan brek seperti “engine retarder” diwajibkan.

Semua pengendali bas ekspress dan henti-henti diwajibkan untuk mematuhi segala perkara yang termaktub dalam perkeliling tersebut yang mana turut dijadikan syarat pelesenan. Ini merupakan langkah kawalan tambahan dan telah dijadikan syarat pelesenan yang telah dikuatkuasakan oleh S.P.A.D dengan matlamat menangani kelemahan-kelemahan aspek keselamatan operasi di kalangan pengendali yang boleh mengurangkan risiko kemalangan.

Pada masa yang sama, S.P.A.D telah menjalankan siasatan dalaman ke atas syarikat bas yang terlibat dengan kes kemalangan ini. Setelah meneliti secara terperinci segala aspek keselamatan dan pengurusan penyelenggaraan syarikat tersebut, S.P.A.D telah menggantung lesen pengendali Genting Highlands Transport Sdn.Bhd pada 25 November 2013.

SPAD sentiasa mengemaskinikan segala proses dan prosedur berkaitan Surat Tawaran Kelulusan (STK) yang dikeluarkan berdasarkan maklumat syarikat atau individu, dan Permit Kenderaan yang mana hanya akan dikeluarkan setelah mendapat kelulusan daripada Bahagian Kejuruteraan JPJ dari segi spesifikasi teknikal kenderaan dan surat kelulusan pemeriksaan PUSPAKOM.

Spesifikasi teknikal ini merujuk kepada aspek kerangka kenderaan perdangangan/bas, jumlah penumpang berdiri dan duduk, kesesuaian kenderaan tersebut dilaluan yang diluluskan dan lain-lain perkara yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ.

S.P.A.D sentiasa menyambut baik segala cadangan Kerajaan untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam negara, termasuk cadangan untuk mewujudkan  Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara.

Walaubagaimanapun, kajian menyeluruh harus dijalankan bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan tanggungjawap antara agensi.

Selain itu, SPAD juga ingin mencadangkan supaya penstukturan semula agensi-agensi yang berkaitan dengan lanskap keselamatan jalanraya di Malaysia dilaksanakan bagi memastikan transformasi keseluruhan industri ini dapat dijalankan.

ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI

21 February 2014

#PRKKajang : Kenyataan ikrar dan janji calon BN. KLIK baca ni

Kenyataan Media Calon BN di Pilihanraya Kecil Kajang - 21 Februari 2014

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Barisan Nasional (BN) dan Pengerusi BN Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Razak, serta Presiden MCA YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai kerana menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk mewakili BN sebagai calon pilihanraya kecil Kajang ini.

Saya sedar bahawa, piliharaya kecil kali ini merupakan satu cabaran yang amat besar kepada saya kerana saya terpaksa berdepan dengan seorang pemimipin yang dilabelkan oleh partinya sebagai “bertaraf dunia.”

Kita sedar bahawa piliharaya kecil ini yang diadakan secara sengaja oleh Parti Keadilan Rakyat bagi menyelesaikan masalah dalaman parti mereka dan untuk membolehkan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar. Mereka telah mempersendakan dan memanipulasikan sistem demokrasi dalam tangan mereka sendiri.

Bagi menegakkan dan menghormati semangat demokrasi, dan mempertahankan prinsip demokrasi serta hak rakyat, maka saya rasa terpanggil untuk memikul amanah dan menggalas tanggungjawab di pilihanraya kecil Kajang ini. Kami tetap akan berdepan cabaran kali ini, supaya memberi peluang kepada rakyat untuk mempertahankan semangat demokrasi kita.

Kita tidak mahu melihat mana-mana pihak yang berniat untuk memanipulasikan prinsip demokrasi kita secara sewenang-wenangnya.

Seperti yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat, perkembangan budaya politik yang lebih sihat dalam sistem dua-parti, pilihanraya kecil ini merupakan satu peluang bagi pengundi-pengundi Kajang untuk memilih seorang ADUN pembangkang MCA ke dalam Dewan Undangan Negeri, supaya parti pembangkang Selangor, iaitu BN, dapat menyatu-padukan kekuatan dan kita dapat mendengar suara segenap lapisan masyarakat di dalam Dewan Undangan Negeri.

Dengan itu, saya memohon restu dan sokongan daripada pengundi-pengundi Kajang supaya saya dapat dipilih sebagai ADUN Kajang, yang mana dapat memperkuatkan lagi parti pembangkang dalam peranan kami sebagai check and balance kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Sekiranya ditakdirkan kemenangan, ini bukan anugerah kepada semata-matanya Chew Mei Fun sebagai seorang individu yang masuk ke Dewan Undangan Negeri, tetapi  melambangkan Dewan Undangan Negeri dapat menghala ke arah sistem dua-parti yang lebih sihat dan ke arah yang lebih bersesuaian dengan ciri-ciri kepelbagaian negara kita.

Saya dengan penuh rendah hati menyeru kepada semua pengundi Kajang supaya memberi satu peluang kepada saya dan BN, untuk berkhidmat dan bekerja untuk anda semua.

Berdasarakan rekod trek saya sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, saya berikrar akan terus menjadi seorang wakil rakyat yang mudah didampingi dan dihubungi oleh rakyat, yang benar-benar membantu rakyat. Ini adalah janji saya kepada pengundi-pengundi Kajang.

Jikalau saya menjadi calon pilihan pengundi Kajang, maka saya akan menggalas dan memikul tanggungjawab sendirilah kepada pengundi, dan bukannya pembantu atau setiausaha saya.

Saya menyeru kepada anda semua supaya memberi satu peluang kepada saya, untuk berkerja untuk anda.

Datin Paduka Chew Mei Fun
Naib President MCA

Calon Barisan Nasional untuk Pulihanraya Kecil Kajang


'UNDILAH BARISAN NASIONAL'


ARTIKAL BERKAITAN : KLIKSINI

MB SELANGOR: Wan Azizah pulak bersuara... KLIK baca ni!



Wan Azizah Tak Setuju Anwar Jadi Menteri Besar

Setelah sekian lama mengambil pendekatan mendiamkan diri, akhirnya Presiden PKR, Wan Azizah Wan Izmail akhirnya tampil membuat kenyataan sambil menolak dakwaan yang mengatakan Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor dari Abdul Khalid Ibrahim.

"Tan Sri Khalid sudah mengendalikan kerajaan negeri dan kita sudah tengok sebagai Menteri Besar Selangor... tidak ada cacat cela.. jadi kita teruskan. Kehadiran Anwar (di Selangor) pula, hanya nak membantu.. " katanya semalam apabila diminta mengulas mengenainya.

Anwar sebelum ini menyifatkan pentadbiran Khalid lemah kerana gagal menguruskan dana kewangan negeri dengan baik sehingga menyebabkan Selangor mempunyai lebihan kewangan yang banyak seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

Dia turut membayangkan wujud kemungkinan untuk dirinya mengambil alih jawatan tersebut walaupun dia pernah berulang kali mengatakan isu tersebut hanyalah merupakan spekulasi.

Ketika diwawancara oleh Australia’s Newsline, ahli parlimen Permatang Pauh itu mengatakan dia sedang berunding dengan Khalid dan berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai model, sebelum pakatan pembangkang melangkah ke Putrajaya.

Seterusnya ketika ditemu bual oleh pihak media baru-baru ini, Anwar sekali membayangkan dia akan menerajui kepimpinan negeri dan akan berbincang dengan pimpinan pakatan rakyat bagi mendapatkan kerjasama.

“Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang ikut proses pakatan” katanya.

Paling menarik, portal pro-pembangkang, Malaysiakini juga seolah-olah menyokong idea untuk ‘memecat’ Khalid itu apabila sering melaporkan artikel yang berkaitan dengannya. Sidang redaksi portal tersebut turut melaporkan kajian, kononnya 576 warga Kajang (yang dianggap sebagai suara majoriti penduduk Kajang) turut bersetuju dengan cadangan dan harapan Anwar, untuk bergelar Menteri Besar.

Disebabkan spekulasi itu juga beberapa orang pimpinan Pas, tampil membuat kenyataan bagi membantah ‘pengambilalihan kuasa’ itu antaranya kepimpinan sayap Pemuda Pas Pusat dan Pemuda Pas Selangor yang menyifatkan PRK Kajang sebagai membazirkan wang rakyat.

Desas-desus mengatakan, Anwar dikatakan sudah pun mendapat sokongan DAP namun masih pening dengan penegasan Pas yang kononnya mahukan Khalid terus kekal dalam jawatan itu.

Paling menarik, ada yang mengatakan, sudah ada usaha yang dibuat untuk mempelawa Khalid menyertai Pas sekiranya PKR masih berhasrat untuk memecatnya.

ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI

#PRKKajang : Naib Presiden MCA bakal tentang Anwar



Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Kajang.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di Menara Dato Onn di sini, Jumaat.

Chew Mei Fun

Chew, 50, adalah bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utama, Senator, Ketua Wanita MCA dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh bagi membuka jalan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam PRK itu.

Hari mengundi PRK Kajang pada 23 Mac ini manakala hari penamaan calon 11 Mac

'Datuk NFC' tuduh Pengerusi SPAD tanpa asas?



"Tuduhan tak berasas", kata Tan Sri Syed Hamid Albar.

Itulah antara yang diperkatakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD ) berikutan kenyataan Pengasas syarikat Teksi Premium Big Blue, Datuk Shamsubahrin Ismail di laman portal pro pembangkang ( Malaysia Insider ), kelmarin.

Tan Sri Syed Hamid Albar telah didesak agar meletak jawatan kerana kononnya gagal menangani masalah sistem perkhidmatan yang dihadapi pemandu dan penumpang teksi, bukan sahaja di Kuala Lumpur, bahkan di seluruh Malaysia.

"Apa yang kita nampak, kenyataan pengasas syarikat Teksi Premium Big Blue yang juga ahli perniagaan itu banyak berasas pada emosi dan tidak berlandaskan kepada fakta" tambahnya lagi.

Selanjutnya, saksikan kenyataan Tan Sri Syed Hamid Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD ) pada video di bawah:


Bercakap tentang Datuk Shamsubahrin Ismail ini... Setahu MP, beliau yang begelar 'Datuk NFC' sedang berhadapan dengan tuduhan dibawah seksyen 420 Kanun Jenayah atas dua tuduhan yang dilakukannya pada 20 November disebuah restoran di Bukit Tunku dan antara 25 November dan 6 Disember di pejabat NFC dengan menipu Pengerusi NFC Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.755 juta sebagai bayaran rundingan untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat, sebelum ini. (KLIK)

Shamsubahrin Ismai

Ia juga berdepan 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram dan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang akan membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Jadi, adakah dakwaan dari mulut seorang yang seperti beliau, bulat-bulat hendak kita ambik percaya?

Nantikan artikal selanjutnya selepas ini dari MP.

ARTIKAL BERKAITAN : KLIKSINI


19 February 2014

#PRKKajang # LangkahKajang : Kubur Buat Anwar.



Walaupun Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mengatakan dia penuh yakin akan mampu mempertahankan Dun Kajang, namun ramai yang merasakan kenyataan tersebut hanyalah sekadar untuk menenteramkan kegusaran yang sedang melanda dirinya.

Ini kerana, di dalam sejarah pilihan raya berbagai kemungkinan boleh terjadi. Tiada seorang pun boleh memberikan jawapan yang pasti, kerana semuanya terletak di tangan pengundi yang akan menentukan siapa yang ingin mereka pilih.

Sekiranya dilihat kepada gerakan kempen agresif yang dilakukan oleh Anwar di Kajang, sudah cukup membuktikan bahawa Ketua Pembangkang itu pada hakikatnya bimbang sekiranya dia di tolak oleh pengundi di Kajang.

Walaupun secara rasminya tempoh berkempen masih belum bermula, namun kelibat Anwar yang hampir saban hari berada di Kajang turut menguatkan lagi andaian tersebut.

Malah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir ketika ditanya pemberita baru-baru ini mengatakan Barisan Nasional hanya mempunyai peluang 50-50 di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang pada 23 Mac ini.

Tambahan pula Anwar pada ketika ini sedang berhadapan dengan protes dalaman oleh pengundi pakatan sendiri PR secara besar-besaran di Kajang yang berkemungkinan akan menjadi faktor utama dia tewas pada PRK itu nanti.


Ramai yang melihat sabotaj dalaman parti terutamanya dari pengundi Pas yang berterusan dan masih belum menemui jalan penyelesaian, boleh menyebabkan Anwar tersungkur kerana mereka merasakan PRK ini adalah merupakan medan perjuangan untuk memenuhi agenda peribadinya.

Pas sebelum ini dengan tegas mengatakan hanya memberikan sokongan untuk Anwar bertanding dan bukannya untuk membolehkan dia menduduki kerusi menteri besar. Malah faktor golongan profesional juga tidak boleh dinafikan mampu memainkan peranan penting bagi menewaskan Anwar.


Ini kerana sebagai golongan profesional yang punyai pengalaman, sudah pasti mereka mampu melihat bagaimana rakusnya Anwar yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi cita-cita politiknya.

Dengan kemasukan calon bebas di kalangan mereka yang pernah menjadi sahabat Anwar, sudah pasti akan merancakkan PRK pada kali ini sekali gus menyebabkan pengundi pakatan yang marah, memilih untuk memberikan undi kepada calon Bebas.

Itu belum lagi diambil kira para penyokong Azmin yang marah dengan tindakan Anwar dan Khalid yang jelas menjadikan gerakan #LangkahKajang ini untuk membunuh karier politiknya.

Kesimpulannya sekiranya semua faktor-faktor yang dinyatakan tadi diambil kira dan berjaya di realisasikan, sudah pasti ia mampu membuka peluang untuk BN/Umno merampas kembali kerusi Dun Kajang.

18 February 2014

#PRKKajang : Biarkan Anwar dan bekas kuncunya bertanding sesama sendiri.



Pilihanraya Kecil Kajang yang bakal berlangsung bolehlah dianggap sebagai simbol kegagalan Pakatan Rakyat menterjemah demokrasi. PRK ‘yang tidak perlu’ itu membuktikan bahawa PR adalah sebuah parti yang tidak bertanggungjawab dan sanggup membelakangkan pilihan rakyat bagi memenuhi percaturan politik peribadi seorang pemimpin tertinggi.

Pilihanraya, tidak kira kecil atau besar, bukanlah satu perjudian atau permainan untuk merebut kuasa. Pilihanraya adalah platform bagi membolehkan pentadbiran dijalankan dengan sempurna untuk kesejahteraan rakyat.

Tindakan ADUN Kajang meletak jawatan tanpa sebab konkrit, semata-mata untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim mengatur langkah politik, secara langsung menjadikan segala slogan perjuangan PR berkenaan demokrasi, integriti, ketelusan dan kepertanggungjawaban tidak ada erti sama sekali.

PR kini tidak layak lagi bercakap mengenai nilai murni mahupun moral dalam sesebuah pentadbiran kerajaan.

Berdasarkan hakikat ini, Barisan Nasional punya pilihan untuk turut bermain permainan yang dimulakan oleh PR atau hanya menjadi pemerhati.

Namun, sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab, adalah lebih baik jika BN menjauhkan diri dan mengelak dari turut sama mempermainkan rakyat.

Antara yang dikatakan akan bertanding di Kajang ialah S Nallakaruppan di bawah tiket MIUP iaitu sebuah parti mesra BN, Yuktes Vijay iaitu bekas pembantu guaman Anwar Ibrahim dan juga seoarang calon dari MCA memandangkan Kajang merupakan kawasan ‘tradisi’ parti itu. Selain itu, Zaid Ibrahim juga dikhabarkan akan turut bertanding.

Yuktes dan Nalla diketahui sebagai ‘menyimpan’ berbagai rekod buruk mengenai Anwar. Pencalonan mereka pasti akan mendedahkan lebih banyak kisah-kisah hitam Anwar yang mungkin masih ada yang belum tahu.

Walaubagaimanapun, adalah tidak adil kepada rakyat Kajang jika PRK itu dijadikan pentas untuk Anwar bersilat menepis serangan terhadapnya.

Lagipun, kita tahu bahawa sememangnya inilah yang Anwar inginkan iaitu untuk membuat persembahan pencak silat di atas pentas, mencari publisiti, menonjolkan diri dan meraih simpati.

Dalam kita melayan karenah Anwar, kita tidak harus tersasar dari objektif sesebuah PRK. Perlu diingatkan bahawa PRK bukanlah berkenaan dengan individu, tetapi berkenaan rakyat.

Yang diperjudikan di sini bukan nasib Anwar, tetapi nasib penduduk Kajang. Sedangkan Permatang Pauh juga Anwar tidak dapat memberi masa, sehinggakan terjadinya kes penemuan daging khinzir di masjid berhampiran kawasannya pun Anwar tidak mampu memberi sebarang komen, apatah lagi memulihkan ketegangan di dalam masyarakat setempat.

Maka, apakah masyarakat di Kajang masih boleh mengharapkan beliau untuk memberi khidmat bakti?

Senarai calon-calon yang dikatakan akan bertanding mengukuhkan lagi pendapat bahawa PRK ini adalah mengarut sama sekali kerana jelas ia merupakan satu pertandingan yang berkisar mengenai Anwar Ibrahim semata-mata, sementara Zaid Ibrahim menempek di belakang menumpang publisiti murahan.

Jika BN turut sama ‘bermain masak-masak’ dengan mereka ini, maka dibimbangi lebih banyak wang rakyat yang akan dibazirkan.

Untuk PRK Kajang, SPR dijangka menggunakan dana sehingga RM1.5 juta. Itu belum lagi dikira perbelanjaan untuk mengawal keadaan oleh PDRM.

Sekiranya BN bertanding, maka dikhuatiri, parti akan perlu mengumumkan beberapa peruntukan baru di samping program-program kemasyaratakan bagi memenuhi aktiviti kempen. Semua ini pasti memakan belanja yang banyak.

Justeru, adalah lebih baik jika BN tidak bertanding dan membiarkan sahaja Anwar dan bekas-bekas kuncunya serta bekas sahabatnya bertanding sesama sendiri.

Biarkan Anwar berhempas pulas membela diri sehingga menggadai maruah agama dan bangsa demi publisiti.

Kukuhkanlah imej BN di mata rakyat sebagai parti yang bertanggungjawab, matang dan serius dalam menghulurkan khidmat.

Tak perlu hantar calon dan apa gunanya kita melayan mereka dengan terlibat dalam pertandingan yang terang-terang membazirkan wang rakyat dan mengarut itu.

ARTIKAL BERKAITAN : KLIKSINI


17 February 2014

Bukti 'Khutbah Jumaat' bakal di hapuskan pakatan pembangkang.KLIK baca ni!



Bukan hanya kuasa, malah hak serta kepentingan agama Islam juga akan hilang di Pulau Pinang. Satu persatu hak Melayu dan Islam dicabar serta dipertikai.

Ini terbukti dari apa yang di sebut dalam petikan sebuah artikal daripada blog pro-pembangkang (negarapakatanrakyat.blogspot.com) bahawa kerajaan negeri Penang sedang mempertimbangkan dengan serius cadangan untuk menghapuskan terus khutbah Jumaat di negeri tersebut.


Seperti yang semua maklum, beberapa pemimpin DAP seperti Tony Pua, Lim Kit Siang, Teresa Kok, termasuk Ketua Menteri Penang sendiri, Lim Guan Eng, memang tidak gemar dengan kandungan khutbah Jumaat yang mengandungi mesej berbaur ekstrimis dan diskriminasi.

Terutama teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh JAKIM.

Pakatan Rakyat melihat cadangan ini sangat praktikal dan tidak bercanggah dengan kepentingan Islam kerana khutbah Jumaat hanyalah satu acara sebelum sembahyang Jumaat dilakukan.  Kalau ada lagi baik, kalau tak ada, tak mengapa... Begitulah pendapat mereka.

Pendapat mereka lagi, tanpa khutbah Jumaat juga, waktu sembahyang Jumaat akan menjadi pendek dan tidak ada di kalangan pekerja yang mengambil masa panjang untuk berehat, kononnya kerana pergi sembahyang Jumaat sedangkan mereka mungkin melencong ke tempat lain.


Jika cadangan ini diluluskan nanti, Penang akan menjadi negeri pertama yang mengharamkan khutbah Jumaat di negara ini.

Semua negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain juga di minta turut mengikuti jejak langkah Penang bagi memastikan masjid dan upacara sembahyang Jumaat ini tidak dijadikan platform untuk membangkitkan kebencian antara kaum. Selaim, boleh meningkatkan prestasi kerja di kalangan kakitangan awam dan swasta di semua negeri-negeri terbabit.

PAS! Apa cerita? Bersetuju juga ke?

Persoalan utamanya disini, apa hak puak-puak cinabeng DAP ni, sesuka hati campur tangan dalam membentuk gerakkan Islam di negara ini? Kurang ajar laaa...

ARTIKAL TERDAHULU KLIK DIBAWAH: 

Melayu terus gelisah... KLIK baca ni!



Kenapakah di dalam sebuah Negara yang semua ke 9 Rajanya berbangsa Melayu;

Perdana Menteri dan Timbalannya, Melayu;

banyak Menteri terdiri dari bangsa Melayu;

semua Menteri Besar dan Tiga Ketua Menteri juga Melayu;

Pegawai Tinggi kerajaan dan Ketua-Ketua jabatan ramai Melayu

Banyak pemimpin dan tenaga pelajar di universiti-universiti kerajaan terdiri dari bangsa Melayu;

Pegawai Daerah, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung kebanyakannya Melayu;

Ketua dan Pegawai Angkatan Bersenjata, Polis dan Tentera, dikuasai oleh Melayu.

Tetapi kita lihat Melayu terus gelisah.

Inilah antara soalan pokok yang menjadi bahan fikiran kita pada setiap masa.

Apakah sebabnya?

Selanjutnya KLIKSINI


ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI


16 February 2014

Api semakin marak membakar Melayu. KLIK baca ni!



Sejak 'pengunduran' pemimpin Melayu yang berani dan disegani beberapa tahun lalu, semakin menjadi-jadi pula kalangan bukan Melayu tertentu menghina orang Melayu dan agama Islam.

Mereka lupa taraf kerakyatan yang diterima oleh datuk, nenek dan ibu bapa mereka 56 tahun lalu adalah atas dasar sikap tolak ansur orang Melayu yang tidak dapat ditemui di mana-mana di dunia ini.

Sekarang, bila sudah kaya dan kuasai ekonomi serta pengaruh politik kian bertambah, itupun diberi oleh orang Melayu juga, sikap bukan Melayu skemakin berani 'bermain dengan api'.

GEMPAR!!! Cebisan 'daging babi' di pintu masjid. KLIK baca ni!



Insiden penemuan daging khinzir di pintu masuk Masjid Machang Bubok,Pulau Pinang.

Seketul daging babi ditemui diletakkan di pintu masjid Cheruk Tok Kun, Machang Bubok, B.MERTAJAM.

Imam Masjid, Hj. Saad Arop

Diatas kejadian yang berlaku, Saad bin Arop 78', bertindak melaporkannya di Balai Polis berdekatan.


Antara laporannya berkata,

Pada 16/2/2014 lebih kurang jam 0530am semasa beliau ingin memasuki perkarangan masjid untuk menunaikan solat Subuh, tiba2 terpandang seketul daging dihadapan pintu masjid.

Apabila diteliti disyaki daging tersebut adalah daging babi.Pengadu buat laporan kerana tidak puas hati dengan kejadian.

Siasatan lanjut diteruskan.


ARTIKAL TERDAHULU : KLIKSINI

#PRKKajang : Rendahnya budaya politik pembangkang. KLIK baca ni!



Apakah kita masih ingat, apabila pakatan pembangkang memulakan kempen awal bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, mereka menjadikan isu kenaikan harga barang dan kos hidup sebagai 'umpan' untuk meracuni pengundi di kawasan tersebut.

Bagaimanapun tindakan pembangkang itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sejak awal tahun lagi, mereka sememangnya berasa gembira dengan apa yang berlaku disebabkan ia boleh dijadikan modal politik.

Pakatan pembangkang langsung tidak mengambil kira usaha berterusan kerajaan dari semasa ke semasa khususnya melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menangani isu itu.

Selain kawalan harga ke atas barang-barang tertentu, kerajaan juga menggunakan pelbagai pendekatan bagi mengurangkan beban rakyat. KPDNKK mengadakan kerjasama dengan beberapa pasar raya besar bagi membolehkan rakyat mendapat barang dengan harga yang rendah manakala Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pula mewujudkan kerjasama dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan FAMA bagi memastikan rakyat memperoleh ikan dan sayur-sayuran segar pada harga berpatutan.

Tidak cukup dengan itu, dari semasa ke semasa, kerajaan melalui KPDNKK bukan sahaja memantau harga barangan malahan mencari pelbagai pendekatan bagi memastikan rakyat tidak berasa tertekan dengan kenaikan harga barang.

Di KPDNKK sebuah war room diwujudkan bagi membolehkan Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek dan pegawai-pegawai mengadakan mesyuarat setiap hari untuk membincangkan isu harga barang ini. Laporan diterima dari seluruh negara dan tindakan segera dilakukan.

Selain itu, bermula daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hinggalah kepada semua menteri Kabinet, mereka turun padang melawat pasar-pasar untuk meninjau harga barang.

Tetapi persoalannya, apa yang pembangkang lakukan dalam usaha bersama-sama menangani masalah tersebut termasuklah juga soal kos hidup?

Apakah mereka pernah mengemukakan apa-apa cadangan termasuk menyerahkan memorandum seperti mana kerajinan mereka menghantar memorandum yang bermotif politik kepada pihak-pihak tertentu? 

Tidak ada. Seperti mana kata Muhyiddin, mereka hanya tahu mencemuh dan menjadikan isu ini sebagai modal politik.

Adalah sesuatu yang malang, apabila Malaysia mempunyai pembangkang yang suka melihat segala-gala dari sudut politik dan bukannya bersedia untuk membantu kerajaan. Mereka lebih ghairah menuduh harga barang naik kerana kelemahan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), biar pun mereka memahami harga barang ditentukan oleh faktor permintaan dan bekalan.

Namun pembangkang sengaja menyembunyikan fakta tersebut kerana dalam fikiran mereka, meracuni fikiran rakyat bagi mendapat kuasa politik adalah lebih penting daripada bersama-sama membantu mengurangkan beban rakyat.

Seperkara lagi, cuba bertanya apakah selama ini kita mendengar pembangkang memuji langkah yang dilakukan oleh kerajaan bagi menangani kos sara hidup rakyat termasuklah terbaru akan melancarkan program MyHome yang membolehkan golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah memiliki rumah kos rendah dengan subsidi diberikan oleh kerajaan mencecah RM30,000? 

Sudah pasti tidak.

Bagi pembangkang, jika langkah dilakukan oleh kerajaan menguntungkan rakyat, ia seolah-olah 'petaka' kerana ia akan menghalang mereka untuk mempengaruhi agar membenci kerajaan BN. 

Begitulah rendahnya budaya politik pembangkang. - Sumber.

15 February 2014

Video Teresa Kok terkandung eleman keganasan - Kumpulan Profesional Cina


Kumpulan Profesional Cina hari ini tidak bersetuju dengan penerbitan video dan 'Onederful Malaysia CNY 2014' terbitan Teresa Kok berikutan mengandungi elemen keganasan lembut (soft violent) yang boleh mempengaruhi mereka yang tidak berfikir secara positif.

Baca selanjutnya KLIKSINI

SPAD : Tidak berkompromi dengan operator atau pemandu lori lakukan kesalahan.



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 yang telah diluluskan di Parlimen pada bulan Mei 2010. Suruhanjaya ini secara rasmi ditubuhkan pada 3 Jun 2010.

Fungsi-fungsi utama SPAD adalah menasihat dan menyediakan dasar pengangkutan awam darat, membuat perancangan, menjalankan pengawalseliaan dan penguatkuasaan undang-undang, kaedah-kaedah dan peraturan berhubung pengangkutan awam darat.

Kuasa SPAD untuk melaksanakan fungsi-fungsi ini termaktub di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (“Akta PAD”). Penambahbaikkan pengangkutan awam di Malaysia merupakan sebahagian daripada matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara atau lebih dikenali sebagai NKRA, di dalam Pelan Transformasi Kerajaan (ETP), yang diterajui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Berikutan dengan kejadian bantahan 50 pemandu lori tanah dan batuan di JPJ Ta- man Daya, Johor Bahru pada 12 Februari 2014, lalu.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada kenyataan medianya, hari ini. Berkata, Suruhanjaya itu tidak akan berkompromi dengan mana-mana operator atau pemandu lori yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

S.P.A.D telah diberi amanah untuk mengawalselia dan menguatkuasakan undang-undang berkenaan. Pegawai-pegawai SPAD sentiasa dan akan menjalankan tanggungjawab tersebut mengikut prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan.

SPAD kesal dan memandang serius kejadian tersebut. Kesemua 50 pemandu lori ini tidak berpuas hati dengan kekera- pan operasi yang dijalankan oleh SPAD walaupun ianya mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Rekod SPAD menunjukkan sebanyak 674 kesalahan telah dilakukan oleh pemandu pemandu lori di Zon Selatan sejak 2013 sehingga Januari 2014.

Kesalahan yang paling ketara adalah lebih muatan dan tidak mengambil langkah-langkah keselamatan bagi pengguna jalanraya lain.

SPAD amat memandang berat isu lebihan muatan membabitkan lori kerana ianya berisiko tinggi dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Aspek keselamatan pengguna jalanraya lain sentiasa diberi keutamaan oleh semua agensi penguatkuasaan jalanraya.

Sehubungan ini, SPAD ingin menyarankan agar semua pemandu-pemandu lori menghormati undang-undang yang telah ditetapkan bagi mengelak tindakan dari mana – mana agensi penguatkuasaan.

Namun demikian, SPAD juga sentiasa mengamalkan konsep “open door” untuk sebarang perbincangan dan menyeru kepada mereka yang mempunyai masalah atau sebarang kemusykilan untuk datang berbincang dengan pegawai SPAD di pejabatnya yang berdekatan.


ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI



ASN & ASB : Pelaburan dikatakan 'Haram'. KLIK baca ni!



Hukum Melabur Dalam ASN Dan ASB 'Harus' - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada Jumaat menegaskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah 'Harus'.

Ini termasuk dividen atau bonus yang diterima menerusi kedua-dua skim pelaburan itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin dalam satu kenyataan.

Menurut Abd Shukor, Jawatankuasa Fatwa amat kesal kerana terdapat pihak-pihak tertentu cuba menimbulkan keraguan dengan memuat naik surat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang menyatakan skim tersebut sebagai tidak patuh Syariah.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu tuntutan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (Comango) mengenai hukum melabur dalam ASB dan ASN yang telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini.

Tahun lepas, Comango menghantar laporan mengenai pelbagai isu hak asasi manusia di Malaysia untuk diteliti dalam Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland.

Antara tuntutan lain ialah menuntut hak kebebasan beragama, pengiktirafan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender.

Status melabur dalam ASN dan ASB yang juga dibangkitkan oleh beberapa penceramah di laman-laman sosial, turut menimbulkan keresahan kepada masyarakat awam.

"Isu pelaburan ini merupakan perkara ijtihadi, yang sememangnya akan mengundang polemik dan perdebatan jika semua pihak yang mendakwa sebagai pakar mahu menegakkan pandangan masing-masing tanpa menghiraukan peranan pihak yang diberi autoriti dalam menentukan hukum.

"Sewajarnya mereka yang melabelkan diri sebagai intelektual Islam ini memahami isu ini secara menyeluruh dan hak-hak Ulil Amri kerana akibat daripada sikap mereka yang gemar dan sengaja mempertikaikan hukum yang telah dibuat, telah menimbulkan keresahan yang meruncing dalam kalangan umat Islam," katanya.

Abd Shukor menyifatkan tindakan itu hanya akan merugikan umat Islam sendiri.

Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan supaya provokasi yang melibatkan hukum hakam dihentikan supaya tidak mengundang kekeliruan. 
- Bernama.

ARTIKAL TERDAHULU : KLIK SINI

14 February 2014

MB SELANGOR: Anwar perlukan Mat Tayson? KLIK baca ni!


Anwar Perlukan Mat Tyson Untuk Pujuk Pas Dan Istana Selangor?

Masih ramai yang tertanya-tanya, apa muslihat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang mengumumkan akan membawa bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Muhammad Taib ke dalam pentadbiran Selangor.

Dia yang berucap di Kompleks Penghulu Batu 10 Cheras, di Kajang baru-baru ini, mengatakan Muhammad yang juga dikenali sebagai Mat Tyson itu mempunyai kepakaran dalam program desa dan ia amat diperlukan dalam pentadbiran Selangor.

Mat Tyson ketika diminta mengulas pelawaan tersebut mengatakan dia sedia membantu sekiranya Anwar memerlukan khidmatnya. Menjelang pilihanraya umum yang lalu, dia juga pernah mengumumkan hasratnya untuk menyertai Pas

“Politik itu adalah the ‘art of possible’. Tiada apa yang mustahil dalam politik,” katanya.

Muhammad adalah menteri besar Selangor antara 1986 hingga 1997 sebelum digantikan dengan Tan Sri Abu Hassan Omar. Dia melepaskan jawatan sebagai menteri besar Selangor pada 1998 setelah Mahkamah Majistret Brisbane memutuskannya bersalah membawa wang tunai berjumlah RM2.4 juta ke Australia.

Ia sekali gus menimbulkan persepsi di kalangan pemerhati politik yang merasakan ia sebagai satu muslihat Anwar untuk memujuk para penyokong, ahli dan pimpinan Pas yang sebelum ini membantah keras sebarang cadangan untuk menukar kepimpinan Selangor.

Umum mengetahui antara sebab utama berlakunya pilihanraya kecil Kajang adalah bertujuan untuk membolehkan Anwar bertanding sekali gus membolehkannya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid Ibrahim.

Ia ekoran dari masalah dalaman dan perebutan kuasa antara Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang saling menyerang antara satu sama lain. Atas alasan itu, PKR mendakwa Anwar diperlukan untuk menyelesaikan kemelut tersebut.

Persoalannya, sekiranya benar Mat Tyson diperlukan atas kepakarannya, mengapakah perkara itu tidak diumumkan oleh Khalid?

Sedangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang masih menyandang jawatan tersebut, sudah pasti Khalid mempunyai ‘locus standi’ untuk menjemput Mat Tyson berbanding Anwar.

Atau sememangnya Mat Tyson sebenarnya diperlukan untuk memujuk pimpinan Pas agar menerima Anwar sebagai Menteri Besar yang baru. Atau Anwar sebenarnya mengharapkan sokongan dan pengaruh istana Mat Tyson yang pernah menjadi ipar kepada Sultan Selangor.

Ini kerana walau apa pun strategi yang digunakan oleh Anwar, ia tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya tidak mendapat perkenan dari Sultan Selangor.

Ini kerana keputusan terakhir untuk melantik menteri besar yang baru terletak atas budi bicara Sultan Selangor, sekiranya Tuanku tidak memperkenankan perlantikan Anwar nanti, semua kemelut di dalam ‘Gerak Kajang’ ini merupakan satu kerja yang sia-sia.

MB JOHOR : Amanat Kepada Kakitangan Awam Negeri Johor.



UCAPAN
Y.A.B. DATO’ MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI BESAR JOHOR

DI MAJLIS
AMANAT Y.A.B. MENTERI BESAR JOHOR
BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI DAN
ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM
NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM
TAHUN 2014

DI DEWAN UNDANGAN NEGERI, BANGUNAN SULTAN ISMAIL,
KOTA ISKANDAR, NUSAJAYA.

PADA HARI KHAMIS, 13 FEBRUARI 2014
JAM 2.30 PETANG

Selanjutnya KLIK link dibawah dan 
ikuti amanat YAB Menteri Besar Johor.
http://muafakatjohor.com/?p=587
(KLIK SINI)




13 February 2014

#PRKKajang : Orang Kajang naik menyampah pada Anwar. KLIK baca ni!



Ceramah Semakin Kurang Mendapat Sambutan di Kajang

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sebelum ini sering mengatakan dia yakin akan mampu mengekalkan penguasaan PKR di Kajang sekali gus memperoleh mandat yang besar dari pengundi. Namun di sebalik keyakinan tersebut ternyata Anwar sebenarnya gusar dan takut sekiranya pengundi Kajang mengambil keputusan untuk menolaknya.

Ini kerana Anwar sedar tindakannya parti itu yang meletakkan jawatan dengan sengaja telah mengundang kemarahan rakyat khususnya mereka yang mengundi parti itu. Tindakan itu bukan sahaja dilihat membazirkan wang pembayar cukai, tetapi yang paling penting parti itu dilihat telah mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan.

Maka atas sebab itu, Anwar terpaksa berkempen awal bagi memujuk semula hati pengundi yang seakan-akan telah mula bosan dengan drama dan sandiwara yang dipentaskan selama ini.

Menariknya, tindakan kempen awal yang dijalankan itu telah menyebabkan rakyat semakin marah dan meluat. Ia bukan sahaja ia meletihkan, kehadiran para jentera pakatan rakyat yang semakin memenuhi Kajang telah menjadikan pekan kecil itu semakin sesak dan merimaskan.

Mungkin disebabkan itu, program-program anjuran mereka semakin kurang mendapat sambutan masyarakat. Contohnya program ceramah perdana yang dianjurkan semalam hanya mampu menghimpun sekitar 200 orang sahaja. Tambah menarik, apabila Anwar hanya bercakap sekitar 25 minit sahaja semalam.

Pelik bukan! Mana hilangnya mereka yang menyokong pakatan rakyat sebelum ini? Sedangkan sebelum ini, ceramah Anwar kebiasaannya dihadiri oleh ribuan penonton.

Lihat sahaja kempen ceramah yang dilakukan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu. Hampir di setiap tempat yang dihadiri Anwar, akan menyaksikan kehadiran yang ramai sehingga ‘pecah panggung’.

Anwar yang berucap di Kompleks Penghulu Batu 10 Cheras, di Kajang semalam, mengatakan akan membawa masuk Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam pentadbiran Selangor sekiranya dia menang di Kajang. Menurutnya bekas Menteri Besar Selangor itu mempunyai kepakaran dalam program desa yang amat diperlukan dalam pentadbiran Selangor.

Apa yang menghairankan ialah, semua pemimpin Umno sebelum ini dikecam hebat oleh pakatan rakyat. Namun apabila mereka menyokong pembangkang, semua kecaman tersebut akan bertukar menjadi kepakaran.

Kesimpulannya, Anwar semakin terdesak, kegagalannya untuk menang di Dun Kajang atau sekurang-kurangnya menambah bilangan majoriti undi akan menyebabkan dia mendapat malu yang besar. Ia sekali gus membuktikan rakyat semakin muak dan sedar akan penipuan demi penipuan yang sengaja dicipta untuk memburukkan kerajaan demi memenuhi nafsu politiknya.

Dalam PRU13, calon PKR mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi. Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh PRK DUN Kajang pada 23 Mac dan hari penamaan calon jatuh pada 11 Mac.



ARTIKAL TERDAHULU : KLIKSINI

SPAD: 'Penyangak Teksi' di serbu Ops TEGAS ALIEN.



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjalankan operasi banteras kegiatan warga asing membawa teksi dan pemandu teksi yang tidak mengunakan meter dalam menetapkan harga tambang.

Ops TEGAS ALIEN (Pemandu Teksi Warga Asing) dilaksana dalam dua fasa bermula pagi dan tengahari hinggalah ke malam tadi. Operasi tersebut juga dibuat secara bersepadu melibatkan 13 pegawai dan 89 anggota dari PDRM, Imigresen, JPN dan SPAD.


Lokasi operasi dibuat sekitar Cheras, Kajang dan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Pengurus Besar Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Che Hasni Che Ahmad pada sidang media di Balai Polis Jalan Bandar, semalam berkata, hasil operasi itu, pasukannya berjaya merekodkan 32 kes.

Katanya, dari jumlah itu 21 orang pemandu didapati tidak menggunakan meter, lima menetapkan harga tambang, seorang tidak memiliki kad pemandu dan seorang enggan mengambil penumpang.


Enam warga Pakistan ditangkap dan 3 daripada mereka, semua dokumen termasuk kad pengenalan diri dirampas JPN untuk disemak kesahihannya. 

"Kita terima banyak aduan daripada orang ramai mengatakan ada warga asing bawa teksi. Kita dah kenal pasti kawasan-kawasan mereka beroperasi. Kita akan teruskan operasi dari semasa ke semasa kerana ia menjejaskan pendapatan pemandu teksi tempatan" kata Dato Che Hasni Che Ahmad.

"Kalau dia tak ada lesen atau pakai IC tipu dan sebagainya, jabatan-jabatan berkaitan akan ambil tindakan terhadap mereka.
Hari ini mungkin ada yang terlepas, tapi insyaallah kita akan buat lagi.", tambahnya lagi.


Dalam pada itu, sekali lagi pihak SPAD mengingatkan kepada penumpang. Seandainya ada pemandu teksi membuat kesalahan, ambil gambar/video atau rakamkan setiap perbincangan antara pemandu dan laporkan kepada SPAD supaya tindakkan boleh diambil.

Pastikan gambar pemandu dan nombor pendaftaran teksi, kad pemandu, nama syarikat di pintu teksi terlibat diambil.

Orang ramai yang kerap menggunakan perkhidmatan teksi elok sangat menyimpan email ini bagi membuat aduan (aduan@spad.gov.my), ataupun menyimpan nombor aduan SPAD di hotline (1-800-88-7723) atau terus melalui Twitter , laman rasmi Facebook SPAD.

Tahun ni tahun melawat Malaysia. Isu-isu pemandu yang ingkar dan penyangak teksi ini harus di pandang serius. Ini penting, demi mengelak dari rosaknya imej negara selain memudaratkan industri pelancongan.

ARTIKAL BERKAITAN KLIK:
SPAD: Pemandu Alibabakan Permit Kerajaan Di Persalahkan.

ISU BUKA TUDUNG: (VIDEO) Pemuda UMNO Johor tidak puas hati tindakkan diambil.


Hahasrin Hashim
Ketua Pemuda UMNO Johor.

Setelah bantahan keras dibuat oleh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Johor, bulan lalu (KLIK) berkaitan kes seorang guru perempuan mualaf yang dipaksa buka tudung oleh Guru Beaar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya di Kota Tinggi Johor.

Guru Besar terlibat telah dikenakan tindakkan tukar sekolah ke SJK (Cina) Benut, Pontian, Johor.

Walau bagaimanapun, keputusan tersebut dianggap satu tindakkan yang terlalu ringan dikenakan keatas guru besar berkenaan memandangkan kesalahan beliau lakukan itu adalah suatu kesalahan yang benar-benar mencabar dan menyentuh sensetiviti umat serta agama Islam di negara ini.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Johor lagi, dengan menyentuh sensetiviti agama dan akidah Islam dan hanya dikenakan tindakkan pindah sekolah, adalah satu tindakkan yang amat tidak sepadan.

"Kita minta kementerian bertindak lebih tegas dlm hal yg melibatkan akidah dan syariat Islam", kata Hahasrin Hashim ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Pertubuhan Pemuda UMNO Johor bersama Media di Johor Bahru, kelmarin.

Selanjutnya ikuti kenyataan penuh (video) beliau di bawah:



LIWAT II : Rayuan Anwar Ibrahim Di Tolak. KLIK baca ni!



Percubaan Ketua Pembangkang untuk mengetepikan Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sekali lagi bertemu jalan buntu.

Mahkamah persekutuan yang dianggotai oleh panel lima hakim semalam, dengan sebulat suara menolak permohonan Anwar untuk mengetepikan Shafee dari mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kerajaan terhadap keputusan Liwat II.

Anwar ketika diminta mengulas mengenai keputusan tersebut jelas tidak berpuas hati sambil menuduh Shafee sebagai peguam Umno dan pernah melawannya secara berlebih-lebihan. Selain itu, dia turut melemparkan pelbagai tuduhan kepada peguam kanan itu sebelum ini bagi bertujuan untuk merosakkan kredibiliti dan imej Shafee.

Mengikut rekod, ini adalah merupakan percubaan kedua Anwar untuk mengenepikan Shafie daripada dilantik mengetuai pasukan pendakwa raya. Pada 20 Disember lalu, Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan pertama Anwar untuk mengetepikan Shafee ketika menolak akuan berkanun Mat Zain.

Shafee ketika diminta mengulas kenyataan Anwar itu, menafikan semua tuduhan liar tersebut. Menurutnya, beliau sudah lama mengenali ketua pembangkang itu dan pada satu ketika lebih rapat berbanding tiga perdana menteri sebelum ini dan tidak pernah bermusuh dengan Anwar.

“Dia sudah jadi kawan rapat saya sejak Tingkatan Enam. Jika kamu tanya dia sama ada saya kenal dia, pada satu tahap saya lebih rapat dengan dia berbanding (Tun) Dr Mahathir (Mohamad), (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) dan Najib Abdul Razak." ,” jelas beliau.

Menurutnya, keputusan Peguam Negara untuk melantiknya mengetuai pasukan pendakwaan adalah selari dengan peruntukan yang ditetapkan dan tidak menyalahi undang-undang.

"Peguam Negara mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk melantik sesiapa yang dikehendakinya sebagai DPP," katanya.

Walaupun dituduh sebagai peguam Umno, Shafee menjelaskan beliau hanya bertindak secara telus dan profesional bagi mewakili mana-mana pihak yang inginkan khidmatnya. Beliau turut menjelaskan pernah mewakili parti Pas dan pihak yang menentang kerajaan.

“Dulu saya mewakili SPRM dalam kes Teoh Beng Hock. Saya menang kes itu…” tegasnya lagi.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail melantik Shafee sebagai DPP Julai lepas untuk mengetuai permohonan kumpulan pendakwa bagi kes pembebasan Anwar daripada kes liwatnya.

Persoalannya ialah, mengapakah Anwar begitu takut dengan kehadiran Shafee? Bukan sekali malah telah berulang kali calon bagi kerusi Dun Kajang itu bermain sandiwara dan alasan untuk menangguhkan perbicaraan. Kalau betul Anwar merasakan dia tidak bersalah, mengapa perlu berdolak-dalih dan membazirkan wang yang banyak bagi menampung kos perbicaraan ini?

Walau apa pun, sama-samalah kita saksikan episod perbicaraan yang bakal berlangsung ini. Apakah benar dakwaan yang mengatakan kejadian liwat ini merupakan konspirasi atau sememangnya Anwar merupakan ‘makhluk dua alam’ yang diberikan kelebihan ‘berlakon’ untuk menipu rakyat.

Bak kata pepatah, ‘berani kerana benar, takut kerana salah’.

11 February 2014

#PRKKajang : Wan Azizah bakal disingkirkan. KLIK baca ni!



Lepas Singkir Khalid, Anwar akan Singkir Wan Azizah Pula

Sebelum PRU-13, Anwar ada membuat kenyataan bahawa beliau akan bersara dari politik sekiranya tidak berjaya merampas Putrajaya.

Kononnya beliau telah ditawarkan jawatan Pensyarah di Perancis walaupun kelayakannya hanyalah Ijazah Pengajian Melayu tahap cukup makan. Kenyataan tersebut sedikit sebanyak memperlihatkan perwatakan pemimpin yang matang yang tahu bila masanya untuk berhenti.

Namun, rakyat Malaysia lebih mengenali siapa Anwar iaitu beliau adalah seorang penipu tersohor. Hampir tiada satu kenyataan pun yang keluar dari mulutnya yang boleh dipercayai.

Justeru kita tidak hairan apabila Anwar kalah dalam PRU-13, beliau tidak mengotakan kata-katanya untuk bersara, sebaliknya cuba merampas kuasa melalui jalanraya kerana terlalu kempunan untuk menjadi Perdana Menteri.

Beberapa siri demonstrasi diadakan termasuk mengerahkan penyokongnya berguling di dalam jerebu untuk tujuan itu. Kesudahannya Anwar terpaksa juga mengangkat sumpah sebagai Ketua Pembangkang, dan bukannya Perdana Menteri.

Hari ini, Anwar tidak lagi bercakap tentang persaraan tetapi beliau ingin menjadi Menteri Besar pula.

Katanya, beliau ingin membuktikan kepimpinannya melalui Selangor yang merupakan negeri paling kaya di Malaysia.

Kononnya, dengan cara inilah maka beliau dapat mempertontonkan kepada rakyat ‘cara pemerintahannya’ yang jauh lebih baik dan lebih telus dari BN.

Bagi mencapai matlamat ini, Anwar telah membazirkan jutaan wang rakyat untuk mengadakan Pilihanraya Kecil di Kajang. Anwar juga perlu menyingkirkan Khalid Ibrahim.

Sebelum itu, 23 kakitangan PKNS yang tidak bersalah telah terlebih dahulu menjadi mangsa penyingkiran dalam kemelut politik PKR ini, apabila mereka dibuang kerja tanpa sebab bagi membolehkan pemimpin atasan parti menjalankan agenda masing-masing.

Pun begitu, pada mulanya, apabila ditanya mengenai jawatan MB, Anwar tetap memilih untuk berbohong kononnya beliau tidak menginginkannya.

Bagaimanapun, dalam wawancara yang dikendalikan wartawan BFM dan The Edge yang disiarkan media rasmi kerajaan negeri Selangorkini pada 31 Januari lalu, Khalid berkata “Sebenarnya Anwar melihat melangkaui jawatan MB. Di penghujung cerita, matlamat ialah peringkat Persekutuan dengan menjadikan Selangor sebagai batu loncatan.”

Anwar kemudiannya mengaku mempunyai perancangan untuk menjadi MB dalam wawancara dengan Australia Network Newsline baru-baru ini.

Kemudiannya, dalam wawancara dengan sebuah portal, Ant Daily, yang dipetik oleh Antarapos semalam, Anwar menyatakan bahawa beliau sedang menimbang untuk ‘bertanding’ jawatan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu tak lama lagi.

Alasan Anwar, Wan Azizah sudah lama ingin bersara dan bahawa jawatan Ketua Umum yang disandangnya hanya ‘dicipta’ untuk beliau, yang pada ketika dipenjara.

Dalam kata lain, Wan Azizah sejak dari awal lagi hanya dilantik menjadi Presiden atas dasar ‘sementara’ iaitu sehingga Anwar dibebaskan dan layak mengambil-alih jawatan itu darinya.

Nampaknya, Anwar bukan sahaja tidak jadi bersara, tetapi ingin menjadi MB, kemudian Presiden parti dan pastinya matlamat utamanya tetap jawatan Perdana Menteri. Benarlah kata sahabat Anwar, Jusuf Kalla dari Indonesia, iaitu ‘Anwar sudah gila’, akibat terlalu tergila-gilakan kuasa.

Anwar mungkin mengambil sikap ‘membujur lalu melintang patah’ kerana ‘alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’.

Apa yang pasti ialah Anwar telah menghabiskan hampir keseluruhan hidup dewasanya untuk merebut jawatan Perdana Menteri dan beliau jelas enggan mengalah kepada takdir.

Anwar bermimpi menjadi Perdana Menteri Biseksual pertama di sebuah negara Islam dan Anwar berazam untuk membalas dendam kepada mereka yang telah menggagalkan usahanya selama ini.

Anwar tidak sanggup mati tanpa merasai empuk kerusi Perdana Menteri dan membiarkan musuhnya menang.

Untuk itu, semua orang perlu memberi jalan kepadanya – Lee Chin Cheh, kini bekas ADUN Kajang, Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor sekarang dan isterinya sendiri yang juga Presiden PKR iaitu Wan Azizah terpaksa meletak jawatan.

Tidak mustahil, sekiranya laluan yang dibuka mereka ini masih belum dapat melonjakkan Anwar terus ke kerusi Perdana Menteri, maka Anwar akan meminta penyokongnya mengadakan demonstrasi dengan berkorban nasib, keringat, darah, nyawa dan juga maruah mereka, bagi membina jambatan untuknya ke Putrajaya.

#PRKKajang : Terkedu dengan ucapan Anwar. KLIK saksi video!



Ketika Anwar memperlekehkan Islam dan Melayu melalui lagu Warisan, Anak Kecil Main Api, hanya kelihatan Cina gelak tertawa besar dan orang Melayu terdiam. 

Apabila Anwar meletakkan simbol segitiganya dan memperlekehkan Islam, ada pakcik dan makcik beristighfar dan begerak lalu dari situ. 

Klik dibawah ini untuk tonton video Anwar:


ARTIKAL TERDAHULU : KLIKSINI


SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.