#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

15 February 2014

ASN & ASB : Pelaburan dikatakan 'Haram'. KLIK baca ni!



Hukum Melabur Dalam ASN Dan ASB 'Harus' - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada Jumaat menegaskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah 'Harus'.

Ini termasuk dividen atau bonus yang diterima menerusi kedua-dua skim pelaburan itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin dalam satu kenyataan.

Menurut Abd Shukor, Jawatankuasa Fatwa amat kesal kerana terdapat pihak-pihak tertentu cuba menimbulkan keraguan dengan memuat naik surat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang menyatakan skim tersebut sebagai tidak patuh Syariah.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu tuntutan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (Comango) mengenai hukum melabur dalam ASB dan ASN yang telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini.

Tahun lepas, Comango menghantar laporan mengenai pelbagai isu hak asasi manusia di Malaysia untuk diteliti dalam Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland.

Antara tuntutan lain ialah menuntut hak kebebasan beragama, pengiktirafan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender.

Status melabur dalam ASN dan ASB yang juga dibangkitkan oleh beberapa penceramah di laman-laman sosial, turut menimbulkan keresahan kepada masyarakat awam.

"Isu pelaburan ini merupakan perkara ijtihadi, yang sememangnya akan mengundang polemik dan perdebatan jika semua pihak yang mendakwa sebagai pakar mahu menegakkan pandangan masing-masing tanpa menghiraukan peranan pihak yang diberi autoriti dalam menentukan hukum.

"Sewajarnya mereka yang melabelkan diri sebagai intelektual Islam ini memahami isu ini secara menyeluruh dan hak-hak Ulil Amri kerana akibat daripada sikap mereka yang gemar dan sengaja mempertikaikan hukum yang telah dibuat, telah menimbulkan keresahan yang meruncing dalam kalangan umat Islam," katanya.

Abd Shukor menyifatkan tindakan itu hanya akan merugikan umat Islam sendiri.

Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan supaya provokasi yang melibatkan hukum hakam dihentikan supaya tidak mengundang kekeliruan. 
- Bernama.

ARTIKAL TERDAHULU : KLIK SINI

5 comments :

  1. Jika benar Halal, cuba masuk ke laman web senarai syarikat-syarikat yang patuh-syariah Bursa Saham Malaysia, anda akan lihat sendiri bahawa ASN, ASB dan segala Amanah Saham yg kerajaan lancarkan TIDAK TERSENARAI di situ.

    Laman web tu terbuka kepada semua orang untuk tengok sendiri.

    Maklumat tu telus kerana Suruhanjaya Sekuriti cukup ketat dalam menjaga maklumat pelaburan syarikat.

    Semua Amanah Saham yang kerajaan lancarkan akan didapati dalam senarai 'non-syariah compliant'.

    Pah guano kiro tuh?

    Begitu juga dengan Tabung Angkatan Tentera. Majoriti ahlinya adalah orang Islam tetapi wang tabung tersebut turut dilaburkan dalam Genting.

    Genting tu bukan ke terlibat dalam perniagaan kasino?

    Kalau tak percaya, cuba baca propektusnya yang dikeluarkan setiap tahun.

    Bagi orang Islam, pelaburan halal masih banyak. Yang paling mudah ialah Tabung Haji. Bukan sahaja mudah malah pendapatan Dividennya antara yang tertinggi di Malaysia. Zakat juga dikeluarkan bagi pihak penabung.... bersih... suci dan halal...

    Hidup pun berkat.

    ReplyDelete
  2. Oi mat sabu bengap. Aku memang tak percaya. Cuba ko tulis apa yg ada dalm prospektusnya. Banyak sangat makan budu...

    ReplyDelete
  3. ini satu usaha untuk menghancurkan melayu, cara yahudi,dan orang melayu harus sedar, apa tujuan comango..UNTUK MENGHACUR KAN ISLAM, apa yang islam larang itu yang di perjuangkan comango..fikir sendiri..comango should be banned..

    ReplyDelete
  4. Comango mahu hancurkan islam.. jelas soal aqidah islam di perleceh leceh, melayu islam harus sedar mainan kumpulan ini..

    ReplyDelete
  5. Saiful Bakhtiar17 March 2014 at 23:39

    Assalamualaikum... saya sebenarnya was2 sangat dgn skim perlaburan pihak PNB ni, pada saya memang betullah Majlis Fatwa Kebangsaan telah meletakkan hukum harus pada perlaburan tersebut, akan tetapi bagaimana pula kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Securities (SC) tentang ketidak patuhan syariahnya perlaburan PNB tu, bukankah SC lebih berkuasa untuk menentukan status setiap pelaburan sesebuah syarikat yg ada di negara kita, dan SC juga ada panel syariah mereka sendiri.
    jadi mana satu yg patut kita ikut Majlis Fatwa Kebangsaan ke Suruhanjaya Securities.

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.