Fungsi-fungsi utama SPAD adalah menasihat dan menyediakan dasar pengangkutan awam darat, membuat perancangan, menjalankan pengawalseliaan dan penguatkuasaan undang-undang, kaedah-kaedah dan peraturan berhubung pengangkutan awam darat.
Kuasa SPAD untuk melaksanakan fungsi-fungsi ini termaktub di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (“Akta PAD”). Penambahbaikkan pengangkutan awam di Malaysia merupakan sebahagian daripada matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara atau lebih dikenali sebagai NKRA, di dalam Pelan Transformasi Kerajaan (ETP), yang diterajui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Berikutan dengan kejadian bantahan 50 pemandu lori tanah dan batuan di JPJ Ta- man Daya, Johor Bahru pada 12 Februari 2014, lalu.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada kenyataan medianya, hari ini. Berkata, Suruhanjaya itu tidak akan berkompromi dengan mana-mana operator atau pemandu lori yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
S.P.A.D telah diberi amanah untuk mengawalselia dan menguatkuasakan undang-undang berkenaan. Pegawai-pegawai SPAD sentiasa dan akan menjalankan tanggungjawab tersebut mengikut prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan.
SPAD kesal dan memandang serius kejadian tersebut. Kesemua 50 pemandu lori ini tidak berpuas hati dengan kekera- pan operasi yang dijalankan oleh SPAD walaupun ianya mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Rekod SPAD menunjukkan sebanyak 674 kesalahan telah dilakukan oleh pemandu pemandu lori di Zon Selatan sejak 2013 sehingga Januari 2014.
Kesalahan yang paling ketara adalah lebih muatan dan tidak mengambil langkah-langkah keselamatan bagi pengguna jalanraya lain.
SPAD amat memandang berat isu lebihan muatan membabitkan lori kerana ianya berisiko tinggi dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Aspek keselamatan pengguna jalanraya lain sentiasa diberi keutamaan oleh semua agensi penguatkuasaan jalanraya.
Sehubungan ini, SPAD ingin menyarankan agar semua pemandu-pemandu lori menghormati undang-undang yang telah ditetapkan bagi mengelak tindakan dari mana – mana agensi penguatkuasaan.
Namun demikian, SPAD juga sentiasa mengamalkan konsep “open door” untuk sebarang perbincangan dan menyeru kepada mereka yang mempunyai masalah atau sebarang kemusykilan untuk datang berbincang dengan pegawai SPAD di pejabatnya yang berdekatan.
ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI
0 comments:
Post a Comment