#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

23 February 2014

SPAD bukan 'Gangster' - @SPADchannel



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu atau pengusaha yang menghalang pegawai S.P.A.D untuk menjalankan tugas di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Berikutan dengan kejadian serangan keatas pegawai penguatkuasa S.P.A.D di Pudu Sentral pada 15 Februari 2014. S.P.A.D amat kesal dan memandang serius kejadian tersebut.

S.P.A.D telah memulakan siasatan keatas pengusaha dan individu terbabit atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas sehingga membawa kecederaan. Selain itu, S.P.A.D berharap pihak PDRM juga akan mengambil tindakan yang sewajarnya keatas individu terbabit, sekiranya didapati bersalah.

Sehubungan ini, S.P.A.D ingin menyarankan agar semua pengendali menghormati undang-undang yang telah ditetapkan bagi mengelak tindakan dari mana – mana agensi penguatkuasaan. SPAD akan terus melipat-gandakan usaha penguatkuasaan bagi menjaga kepentingan rakyat dan hak pengguna yang menggunakan pengangkutan awam darat.

Menemui Pengerusi S.P.A.D, Tan Sri Syed Hamid Albar baru-baru ini berkata, segala tindakkan dilakukan semuanya mengikut peraturan atau 'Standard Operating Procedure' (SOP).

"Kita hendak memenuhi cita-cita kerajaan, untuk membawa kebaikan. Bukannya keburukan" tambahnya lagi.

Tan Sri Syed Hamid juga tegas mengatakan, bahawa tindakan yang dilakukan beliau serta kakitangannya bukan untuk meraih populariti dan bukan 'gangster'. 

Saksikan kenyataan penuh beliau pada video dibawah.


Untuk makluman, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 yang telah diluluskan di Parlimen pada bulan Mei 2010.

Fungsi-fungsi utama S.P.A.D adalah menasihat dan menyediakan dasar pengangkutan awam darat, membuat perancangan, menjalankan pengawalseliaan dan penguatkuasaan undang-undang, kaedah-kaedah dan peraturan berhubung pengangkutan awam darat.

Kuasa S.P.A.D untuk melaksanakan fungsi-fungsi ini termaktub di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (“Akta PAD”). 

Penambahbaikkan pengangkutan awam di Malaysia merupakan sebahagian daripada matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara atau lebih dikenali sebagai NKRA, di dalam Pelan Transformasi Kerajaan (ETP), yang diterajui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Sehubungan itu, S.P.A.D menyeru orang ramai untuk menyalurkan apa saja maklumat berkaitan untuk tindakkan ke talian bebas tol SPAD di 1800-88-9600 atau email ke aduan@spad.gov.my


ARTIKAL BERKAITAN KLIK DIBAWAH:

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.