#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

13 Februari 2014

LIWAT II : Rayuan Anwar Ibrahim Di Tolak. KLIK baca ni!



Percubaan Ketua Pembangkang untuk mengetepikan Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sekali lagi bertemu jalan buntu.

Mahkamah persekutuan yang dianggotai oleh panel lima hakim semalam, dengan sebulat suara menolak permohonan Anwar untuk mengetepikan Shafee dari mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kerajaan terhadap keputusan Liwat II.

Anwar ketika diminta mengulas mengenai keputusan tersebut jelas tidak berpuas hati sambil menuduh Shafee sebagai peguam Umno dan pernah melawannya secara berlebih-lebihan. Selain itu, dia turut melemparkan pelbagai tuduhan kepada peguam kanan itu sebelum ini bagi bertujuan untuk merosakkan kredibiliti dan imej Shafee.

Mengikut rekod, ini adalah merupakan percubaan kedua Anwar untuk mengenepikan Shafie daripada dilantik mengetuai pasukan pendakwa raya. Pada 20 Disember lalu, Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan pertama Anwar untuk mengetepikan Shafee ketika menolak akuan berkanun Mat Zain.

Shafee ketika diminta mengulas kenyataan Anwar itu, menafikan semua tuduhan liar tersebut. Menurutnya, beliau sudah lama mengenali ketua pembangkang itu dan pada satu ketika lebih rapat berbanding tiga perdana menteri sebelum ini dan tidak pernah bermusuh dengan Anwar.

“Dia sudah jadi kawan rapat saya sejak Tingkatan Enam. Jika kamu tanya dia sama ada saya kenal dia, pada satu tahap saya lebih rapat dengan dia berbanding (Tun) Dr Mahathir (Mohamad), (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) dan Najib Abdul Razak." ,” jelas beliau.

Menurutnya, keputusan Peguam Negara untuk melantiknya mengetuai pasukan pendakwaan adalah selari dengan peruntukan yang ditetapkan dan tidak menyalahi undang-undang.

"Peguam Negara mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk melantik sesiapa yang dikehendakinya sebagai DPP," katanya.

Walaupun dituduh sebagai peguam Umno, Shafee menjelaskan beliau hanya bertindak secara telus dan profesional bagi mewakili mana-mana pihak yang inginkan khidmatnya. Beliau turut menjelaskan pernah mewakili parti Pas dan pihak yang menentang kerajaan.

“Dulu saya mewakili SPRM dalam kes Teoh Beng Hock. Saya menang kes itu…” tegasnya lagi.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail melantik Shafee sebagai DPP Julai lepas untuk mengetuai permohonan kumpulan pendakwa bagi kes pembebasan Anwar daripada kes liwatnya.

Persoalannya ialah, mengapakah Anwar begitu takut dengan kehadiran Shafee? Bukan sekali malah telah berulang kali calon bagi kerusi Dun Kajang itu bermain sandiwara dan alasan untuk menangguhkan perbicaraan. Kalau betul Anwar merasakan dia tidak bersalah, mengapa perlu berdolak-dalih dan membazirkan wang yang banyak bagi menampung kos perbicaraan ini?

Walau apa pun, sama-samalah kita saksikan episod perbicaraan yang bakal berlangsung ini. Apakah benar dakwaan yang mengatakan kejadian liwat ini merupakan konspirasi atau sememangnya Anwar merupakan ‘makhluk dua alam’ yang diberikan kelebihan ‘berlakon’ untuk menipu rakyat.

Bak kata pepatah, ‘berani kerana benar, takut kerana salah’.

Reaksi:

0 ulasan:

Catat Ulasan

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.