#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

16 February 2014

#PRKKajang : Rendahnya budaya politik pembangkang. KLIK baca ni!



Apakah kita masih ingat, apabila pakatan pembangkang memulakan kempen awal bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, mereka menjadikan isu kenaikan harga barang dan kos hidup sebagai 'umpan' untuk meracuni pengundi di kawasan tersebut.

Bagaimanapun tindakan pembangkang itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sejak awal tahun lagi, mereka sememangnya berasa gembira dengan apa yang berlaku disebabkan ia boleh dijadikan modal politik.

Pakatan pembangkang langsung tidak mengambil kira usaha berterusan kerajaan dari semasa ke semasa khususnya melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menangani isu itu.

Selain kawalan harga ke atas barang-barang tertentu, kerajaan juga menggunakan pelbagai pendekatan bagi mengurangkan beban rakyat. KPDNKK mengadakan kerjasama dengan beberapa pasar raya besar bagi membolehkan rakyat mendapat barang dengan harga yang rendah manakala Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pula mewujudkan kerjasama dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan FAMA bagi memastikan rakyat memperoleh ikan dan sayur-sayuran segar pada harga berpatutan.

Tidak cukup dengan itu, dari semasa ke semasa, kerajaan melalui KPDNKK bukan sahaja memantau harga barangan malahan mencari pelbagai pendekatan bagi memastikan rakyat tidak berasa tertekan dengan kenaikan harga barang.

Di KPDNKK sebuah war room diwujudkan bagi membolehkan Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek dan pegawai-pegawai mengadakan mesyuarat setiap hari untuk membincangkan isu harga barang ini. Laporan diterima dari seluruh negara dan tindakan segera dilakukan.

Selain itu, bermula daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hinggalah kepada semua menteri Kabinet, mereka turun padang melawat pasar-pasar untuk meninjau harga barang.

Tetapi persoalannya, apa yang pembangkang lakukan dalam usaha bersama-sama menangani masalah tersebut termasuklah juga soal kos hidup?

Apakah mereka pernah mengemukakan apa-apa cadangan termasuk menyerahkan memorandum seperti mana kerajinan mereka menghantar memorandum yang bermotif politik kepada pihak-pihak tertentu? 

Tidak ada. Seperti mana kata Muhyiddin, mereka hanya tahu mencemuh dan menjadikan isu ini sebagai modal politik.

Adalah sesuatu yang malang, apabila Malaysia mempunyai pembangkang yang suka melihat segala-gala dari sudut politik dan bukannya bersedia untuk membantu kerajaan. Mereka lebih ghairah menuduh harga barang naik kerana kelemahan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), biar pun mereka memahami harga barang ditentukan oleh faktor permintaan dan bekalan.

Namun pembangkang sengaja menyembunyikan fakta tersebut kerana dalam fikiran mereka, meracuni fikiran rakyat bagi mendapat kuasa politik adalah lebih penting daripada bersama-sama membantu mengurangkan beban rakyat.

Seperkara lagi, cuba bertanya apakah selama ini kita mendengar pembangkang memuji langkah yang dilakukan oleh kerajaan bagi menangani kos sara hidup rakyat termasuklah terbaru akan melancarkan program MyHome yang membolehkan golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah memiliki rumah kos rendah dengan subsidi diberikan oleh kerajaan mencecah RM30,000? 

Sudah pasti tidak.

Bagi pembangkang, jika langkah dilakukan oleh kerajaan menguntungkan rakyat, ia seolah-olah 'petaka' kerana ia akan menghalang mereka untuk mempengaruhi agar membenci kerajaan BN. 

Begitulah rendahnya budaya politik pembangkang. - Sumber.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.