Menyedari akan kemungkinan kalah di Dun Kajang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim terpaksa menabur janji manis kepada masyarakat India di sana sebagai satu usaha untuk memancing undi.
Anwar ketika menghadiri majlis perjumpaan bersama komuniti India di Kajang semalam dilaporkan berkata, dia mahu membantu menyelesaikan semua masalah di kawasan itu jika berjaya menjadi wakil rakyat kelak.
Antara janji manis yang ditaburkan semalam ialah, kononnya ingin menyelesaikan harga rumah selain mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kajang.
"Kita mesti dengar dan ambil tahu daripada rakyat. Saya datang ke sini bukan atas nama ketua pembangkang saya mahu mintak tolong kalau saya menang PRK Kajang kita angkat Selangor kalau ada cadangan saya terima," katanya.
Persoalannya benarkah Anwar jujur terhadap semua janjinya? Apakah dia akan mengotakan semua janji manis yang ditaburnya itu? Jawapannya sudah tentu tidak!
Kerana ini bukanlah kali pertama Anwar menipu khususnya kepada masyarakat India. Pasti ramai yang masih ingat tragedi yang menimpa masyarakat India di Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor.
Ketika kempen pilihanraya umum ke-12, Anwar secara peribadi telah datang dan berjumpa dengan semua penduduk kampung tersebut dan berjanji akan menyelesaikan masalah yang menimpa mereka.
“Tapi you percaya sama saya. Ketua Menteri, DAP dengan Keadilan kita punya geng juga. Dua minggu lepas menang (PRU12), mesti itu Ketua Menteri atau dia punya wakil akan datang sini. Betul saya cakap, kalau dia tak buat kerja, Ini bukan Anwar” katanya.
Namun sejurus selepas menang, semua masalah yang melibatkan penduduk India di Kampung tersebut bukan sahaja GAGAL diselesaikan. Malah kesemua rumah mereka telah dirobohkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP.
Menurut wakil penduduk, mereka telah bertemu dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada 13 Mac 2008, sebaik sahaja DAP mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah hak milik tanah tersebut.
''Guan Eng ada menyatakan sekiranya tanah tersebut belum dipindah milik, beliau akan menyerahkan tanah itu kepada penduduk kampung," katanya.
Malangnya, kerajaan negeri bertindak menukarkan hak milik tanah itu tanpa pengetahuan penduduk kampung menyebabkan mereka menghadapi pelbagai masalah.
''Ramai penduduk kampung mengalami tekanan dan trauma, kami dianggap sebagai setinggan, jadi di manakah nasib kami sebagai tuan tanah," katanya.
Berikutan itu, mahkamah mengeluarkan notis kepada penduduk supaya mengosongkan tanah itu sebelum 3 Ogos ini bagi membolehkan pemaju memulakan kerja-kerja pembangunan.
Kesimpulannya, di manakah janji-janji yang ditaburkan oleh Anwar sebelum ini? Buat masyarakat India, buat lah keputusan dan pilihan yang bijak, kerana keputusan ada di tangan anda.
ARTIKAL TERDAHULU : KLIKSINI
Tak tahulah perkara itu hanya isu tetapi apa yang dipaparkan dari copy paste ini benar-benar berlaku. Pihak berkuasa tak pasti sama BN atau PR. Mungkin dua-dua tak boleh diharapkan...Ini cerita korbankan orang kampong, bangsa Melayu....Kisah sedih dan malang untuk PRK Kajang..... teringat seorang kenalan menceritakan kisah kawannya. Kawan itu TANAHNYA TELAH DIRAMPAS oleh KERAJAAN begitu sahaja tanpa pampasan satu sen pun. Ini bukan cerita cakap dengar, telah dilihat geran hak milik tanah itu GM5522, Lot 2477 Sungai Sub, Mukim Hulu Langat, Taraf tanah Kawasan Rizab, Tanah Simpanan Melayu, pegangan selama-lamanya. Mereka ini adalah dari keturunan pembesar Daerah Hulu Langat dahulu kala bergelar Dato Sati. Tanah itu diperturunkan kepada anak cucu hinggalah kepada nama Md Yunus bin A.Malik, kemudian kepada Ghazali bin Md Yunos. Sehinggalah ke tahun 2013, tanah masih atas nama mereka dan cukai tanah telah dibayar. Apabila nama itu cuba menduduki tanah hak miliknya, didapati tanah itu telah rosak teruk kerana digunakan secara haram sebagai laluan keluar masuk oleh 9 syarikat quari, yang dipercayai telah terceroboh kawasan hutan simpan Kerajaan. Syarikat ini termasuklah syarikat besar Sg Long. Dan dalam cubaan nama itu untuk duduk diatas tanah hakmiliknya sendiri, setelah tidak tahan menumpang sewa merempat di tanah orang lain, rupa-rupanya dibelakang penceroboh itu, mendapat back-up pejabat tanah, polis termasuklah wakil rakyat kajang yang yang cabut baru-baru ini. Diakhir episod tuntutan tanah itu, tiba-tiba tuan punya mendapati tanahnya telah dirampas oleh kerajaan, apabila cabutan dibuat, statusnya dah jadi "DISAMUN MENJADI HAKMILIK KERAJAAN". Satu sen pun tiada pembayaran. Teringat apa yang Yahudi Israel buat kepada rakyat Palastine, balik kerja tengok tanah dah dirampas, rumah dah diroboh. Maka merempatlah kembali beliau, yang terus senang ialah syarikat cina, yang mungkin akan diberi bantuan lagi oleh kerajaan. Jadi berhati-hatilah wahai pemilik tanah berbangsa Melayu, bila-bila masa sahaja tanah itu boleh dirampas oleh kerajaan untuk memudah-kayakan tauke-tauke besar. Pulak tu katanya, nak tuntut ke Mahkamah perlukan modal besar juga. Kawan ni nak cari makan untuk sendiri pun susah. Nak pergi SPRM dia takut nanti dia pula jadi macam orang salah, maklumlah orang kampung. Hanya sumpahanlah yang terdengar dari mulutnya, haram dan jadahlah mereka yang terlibat dalam perampasan tanah itu, termasuklah bangsa Melayu yang mengaku Islam dalam agensi kerajaan.....bertukar gantilah kerajaan mana pun adalah sama bagi mereka ini yang teraniaya, dizalimi, dirampas hak ini.....tak ada siapa peduli kerana mereka Melayu, Miskin tak boleh bagi apa pun, berbanding Syarikat Sungai Long yang tercatat di bursa saham, milik tan sri, datuk dan yang utamanya, adalah tauke cina.
ReplyDelete