GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

RM2.6 wang 1MDB?

29 Disember 2012

Anak di balun lagi angkara fitnah Felda... Klik saksi video!

Konvoi Jelajah Oren di NS kecoh apabila ratusan orang ramai, sebahagian besar penduduk di situ, menghalang laluan konvoi, kelmarin
"Pembangkang mahu menguasai Felda kerana Felda mempunyai 54 Parlimen dan 92 Dewan Undangan Negeri (DUN).Untuk memenuhi hasrat ke Putrajaya maka salah satu caranya adalah dengan menghancurkan Felda. Sebab itulah mereka menabur pelbagai fitnah terhadap Felda. Malah mereka adakan konvoi Oren untuk masuk ke kawasan Felda untuk menyebarkan fitnah" ujar Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan ketika mengadakan sidang media di pejabatnya di Putrajaya, minggu lalu.

Selanjutnya saksikan video di bawah:



28 Disember 2012

Kecut anuWar dengan 10 nama ini... KLIK!

10 Nama Bakal Hancurkan Politik Anwar

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merangkap Ketua Umum PKR dengarnya setiap kali berkesempatan pulang ke rumah mewahnya yang berharga RM7 juta di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur seringkali melabuhkan pandangannya jauh mengelamun ke luar tingkap jendela.

Entah apa yang dimenungkannya sejak akhir-akhir ini sehingga kerap sangat mengelamun sendirian. Barangkali banyak sangat permasalahan yang sedang berkecamuk mengganggu fikirannya dan sukar untuk dirungkaikan.

Disebalik aktivitinya ke sana ke mari berceramah siang dan malam sambil menabur janji dicapati untuk menawan hati pengundi, ingatkan hatinya makin senang, rupanya makin banyak janji ditaburi makin bertambah parah lamunannya.

Patutlah semenjak dua menjak kebelakangan ini wajahnya makin kusam dan kelihatan serabut, bak kata orang tua-tua langsung tak kelihatan nurnya.

Apapun harapnya laporan berita dari akhbar Utusan Malaysia di muka surat tiga bertarikh 27.12.2012 dengan tajuk

"Sebahagian besar pembelaan Nalla dikekalkan" tidak akan menambah celaru fikirannya, harap begitulah.

Secara ringkas kandungan berita itu menyebut ada 10 nama individu telah disenaraikan oleh Datuk S. Nallakaruppan dalam pembelaannya untuk berdepan dengan saman yang dikemukakan oleh Anwar berikutan dakwaan aktiviti biseksual.

10 nama yang disebut oleh Nalla itu yang dikaitkan melakukan aktiviti seks dengan Anwar terdiri daripada tiga orang wanita dan bakinya adalah lelaki yang sebahagian besarnya dikenali rapat dan mempunyai hubungan istimewa dengan Ketua Umum PKR.

Antaranya ialah Shamsidar Tahrin, Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo @ Anne, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun, Hairany Mat Nafees dan Rashid.

Kesemua 10 orang individu-individu yang namanya disebut itu tidak pun akan dipanggil saksi pembelaan bagi pihak Nalla apabila prosiding perbicaraan mahkamah bermula kelak, sebaliknya menjadi kewajipan Anwar untuk memanggil mereka sekiranya mahu membuktikan dakwaan Nalla adalah fitnah.

Tapi Anwar kekal sebagai Anwar, bijak membelit dan ada sahaja ideanya untuk melepaskan diri.

Berikutan penyenaraian 10 nama ini, Anwar telah mengemukakan pula permohonan untuk menyingkirkan kesemua 10 individu itu daripada penyataan pembelaan Nalla.

Maksudnya, Anwar tidak mahu mana-mana individu itu kelak terpaksa dipanggil semasa prosiding dilakukan, jika itu berlaku Anwar bimbang ia akan membuktikan memang wujud aktiviti biseksual yang dilakukan olehnya.

Walhal, jika Anwar benar-benar tidak melakukan sebarang aktiviti seksual sama ada secara normal atau luar tabie dengan mana-mana wanita dan lelaki seperti didakwa oleh Nalla, sepatutnya Anwar perlu berani memanfaatkan prosiding mahkamah dengan memanggil kesemua mereka sebagai saksi bagi dirinya.

Dengan keadaan sekarang yang mana semua 10 individu itu kekal dalam penyataan pembelaan Nalla, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menerima hakikat kebenaran semakin hampir. Ini tentu sahaja menambah rumitkan lagi fikirannya yang sudah sedia berkecamuk.

Percaturan Anwar sudah menemui kegagalannya, 10 orang individu yang mempunyai hubungan rapat dan erat dengannya kini umpama duri dalam daging yang bakal menghancurkan nyawa politiknya.



26 Disember 2012

Hadi Awang salah? Tanggung laaa!!!

PENDEDAHAN oleh Zainon Ismail @ Cikgu Non, atau lebih dikenali sebagai C.N Al Afghani di dalam buku terbarunya Kafirkah Aku? mencetuskan kembali isu Amanat Hadi Awang 1981.

Desakan C.N Al-Afghan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat itu dan meminta maaf menarik perhatian ramai.

C.N Al-Afghani bukan calang-calang orang. Dia adalah ahli Pas seumur hidup. Dia ahli tegar Pas. Dia pernah berjuang dalam peperangan Afghanistan menentang Rusia, dan dalam konflik Kashmir. Dia seorang mujahidin. Dia pernah ditahan di bawah ISA.

Sekembali daripada jihad Afghanistan dan Kashmir, Cikgu Non mengambil tanggungjawab membela dan menjaga kebajikan balu dan keluarga para syuhada Memali, malah beliau mengahwini salah seorang balu tersebut.

C.N Al Afghan dikenali sebagai seorang yang sangat tegas, istiqamah dan ikhlas!

Beliau mendesak Abdul Hadi menarik balik Amanat Haji Hadi 1981!

? Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

? Percayalah saudara-saudara sekalian.

? Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ?politik suku, agama suku?.

Inilah teks apa yang dikenali sebagai ?Amanat Hadi Awang 1981". Ia sebenarnya adalah sedutan daripada ucapan Presiden Pas itu di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Abdul Hadi, lahir pada 20 Oktober 1947 pada waktu itu baru berusia 34 tahun, selepas kembali daripada Universiti Al Azhar, Mesir (sebelum itu menuntut di Universiti Madinah).
? Amanat Hadi Awang 1981" ini telah dicetak dan disebarkan ke merata pelosok negara oleh Pas. Ia memberi kesan kepada para pengikut yang taksub. Sejak daripada itu, bermulalah episod UMNO dikafirkan! Ahli UMNO dikafirkan! Indoktrinasi yang menghalalkan penentangan terhadap UMNO sebagai jihad, dan mati menentang UMNO adalah syahid per se!

Sembahyang bermakmum dengan imam UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah solat dua imam! Nikah oleh kadi UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah perlunya bernikah semula! Sembelihan orang UMNO haram dimakan, hingga timbul masalah tidak mahu makan masakan orang UMNO! Kenduri orang UMNO haram dihadiri, sehingga berlaku peristiwa pulau-memulau! Jenazah orang UMNO haram disolatkan, sehingga ada imam Pas tidak mahu menyembahyangkan jenazah ahli UMNO! Bercerai suami isteri! Berpecah kaum keluarga! Berpisah anak beranak! Hancur rosak perpaduan kampung dan negara!

Kemuncak kepada kafir-mengkafir ini ialah peristiwa Memali di Baling Kedah pada 19 November 1985. Empat tahun setelah Amanat Hadi Awang 1981 bertebaran dan bersemadi di lubuk pemikiran ahli Pas, Kampung Memali digemparkan dengan peristiwa berdarah pada pagi yang hitam itu.

Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud @ Ustaz Ibrahim Libya, bekas pegawai dakwah Pusat Islam sanggup meninggalkan kerjanya; gaji ribuan dibuang; bilik kerja air-cond ditinggalkan! Ustaz Ibrahim Libya pulang ke kampungnya di Memali dengan harapan dan perjuangan untuk menegakkan sebuah negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam, Amanat Hadi Awang jelas terpampang di dinding pusat kegiatan Kampung Memali.

Dalam peristiwa berdarah 18 November 1985, empat anggota polis Melayu-Islam dibunuh. Pasukan keselamatan mengambil tindak-balas yang berakhir dengan Ustaz Ibrahim Libya terkorban bersama 13 lagi pengikutnya.

Sepantas kilat Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban diisytiharkan mati syahid oleh Pas. Jenazah mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan. Sebaliknya jenazah mereka terus disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Panjang dalam keadaan berlumuran darah!

Apakah yang mendorong Ibrahim Libya mengambil tindakan nekad bertempur dengan pihak polis! dan membunuh empat anggota polis. Anggota polis yang Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat dan Satu Akidah dengan mereka!

Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang 1981, yang menghalalkan jihad terhadap UMNO? Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya beranggapan polis yang dibunuh adalah polis UMNO maka halal dibunuh? Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya merasakan bahawa kematian akibat bertempur dengan polis itu adalah mati syahid? Ini semua adalah persoalan yang hanya Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban sahaja boleh menjawab.

Tetapi yang pastinya, dalam bumi Malaysia negara umat Melayu-Islam ini, ada 14 jenazah umat Melayu-Islam yang tidak dimandikan, tidak dikafankan kerana dikatakan syahid! Adakah umat Melayu-Islam gagal melaksanakan fardhu kifayah? Siapa yang wajar menanggung semua ini di hadapan Allah nanti?

Persoalannya, apakah yang mendorong Abdul Hadi membuat Amanat 1981 tersebut?

Saya yakin Abdul Hadi berpaksikan kenyataan itu kepada kepercayaan kononnya Perlembagaan Malaysia, undang-undang dan peraturan yang diamalkan di negara ini adalah Perlembagaan, undang-undang dan peraturan jahiliah, penjajah dan kafir!

Kerana apa? Kerana kononnya tidak meletakkan al-Quran dan sunah sebagai sumber utama undang-undang. Kerana kononnya ia Perlembagaan, undang-undang dan peraturan yang menolak al-Quran dan hadis! Dan yang paling utama, kerana perundangan jinayat hudud, qisas dan takzir tidak dilaksanakan!

Maka timbullah dakyah dan tohmah konon Malaysia bukan Negara Islam! Malah ditakfirkan Malaysia dan Kerajaan BN pimpinan UMNO. Inilah yang sering dijaja oleh para penceramah, ustaz-ustaz, dan ahli-ahli tegar Pas!

Persoalannya, betulkah dakwaan itu? Betulkah Perlembagaan Malaysia Perlembagaan kafir? Benarkah tidak melaksanakan hudud, qisas dan takzir itu membawa kepada kekafiran? Adakah benar Perlembagaan Persekutuan tidak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam?

Kita tidak perlu pergi jauh. Kita tengok kembali ucapan Abdul Hadi sendiri pada 18 Januari 2003 dalam satu ucapan yang dipanggil Amanat Perdana Pemangku Presiden bertajuk ?Pilihan Raya ke-11: Formula Kemenangan.?

Ucapan sepanjang 13 muka surat itu dibuat sewaktu beliau memangku jawatan Presiden Pas selepas kematian Allahyarham Datuk Fadhil Noor pada 23 Jun 2002 akibat sakit jantung.

Pada waktu itu, Abdul Hadi juga adalah Menteri Besar Terengganu selepas Pas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-10. Pas memenangi DUN Terengganu dalam pilihan raya itu selepas persekongkolan dengan DAP dan Anwar Ibrahim yang baru dipecat daripada UMNO. Tetapi persekongkolan itu menghadapi masalah besar terutama dengan DAP.

Dalam menuju PRU-11 (2004 apabila Kerajaan Pas Terengganu tumbang), Pas mencari formula untuk mengekalkan kemenangan dan meluaskan kejayaan pilihan raya.

Maka Pas membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib; persekongkolan dengan Anwar adalah perlu. Maka demi mencapai formula kemenangan itu, Abdul Hadi berkata di muka surat 10; ?Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-Pas) dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat persekutuan. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini. Seandai menang dalam pilihan raya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!"

Cuba teliti betul-betul petikan ucapan Amanat Hadi Awang 2003 ini dengan Amanat Hadi Awang 1981. Nampak perbezaan fundamentalnya?

Kedua-duanya menyentuh tentang satu perkara: status Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Amanat Hadi Awang 1981, Perlembagaan Persekutuan (berserta undang-undangnya) dilabel sebagai ?kafir, jahiliyah, berbaur penjajah", yang oleh kerana label itu UMNO dikafirkan!

Dalam Amanat Hadi Awang 2003, disebut jelas ?peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan di peringkat Persekutuan"!

Kedua-duanya mengupas perkara yang sama tetapi bercanggah satu sama lain! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?

Atas alasan ini sahaja pun sudah cukup untuk Abdul Hadi wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981, kerana ternyata beliau sendiri sekarang menyanggah dan membatalkan Amanat Hadi Awang 1981 itu melalui Amanat Hadi Awang 2003!

Kedua, adakah tidak melaksanakan hudud, qisas dan takzir itu membawa kepada kekufuran? Adakah tidak mendirikan Negara Islam itu membawa kepada kekafiran?

Kita tidak perlu pergi jauh. Abdul Hadi sendiri pada 20 Disember 2009 menandatangani Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang di Shah Alam Convention Center. Bersama dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, Memorandum Persefahaman itu langsung tidak menyentuh tentang perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam.

Ini kemudiannya diikuti dengan penerbitan Buku Jingga, dan diperkuatkan dengan pelancaran manifesto Pakatan Pembangkang pada 08.09.2011 yang jelas tidak memasukkan pelaksanaan hudud dan penubuhan Negara Islam sebagai agenda.

Malah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh tetap konsisten dengan kenyataan bahawa pelaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam langsung tidak termasuk dalam persefahaman pakatan pembangkang, dan tidak menjadi agenda mereka jika ditakdirkan (na?uzubillah) memenangi PRU-13 dan memerintah Malaysia (na?uzubillah minzalik).

Malah yang lebih jelas ialah kenyataan Abdul Hadi sendiri semasa Muktamar Tahunan Pas 2011 yang jelas menyatakan bahawa ?Pas mengubah dasar kepada negara kebajikan, itu ada dalam Quran. Negara Islam dia (al-Quran) tidak sebut"! Maknanya Negara Islam tidak ada dalam al-Quran. Negara Islam bukan lagi perjuangan Pas. Melaksanakan hudud tidak lagi menjadi agenda Pas bersama rakan sekongkolannya DAP-PKR! Perjuangan menubuhkan Negara Islam dilongkangkan!

Nah, tidakkah itu bercanggah sama sekali dengan Amanat Hadi Awang 1981! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?

Yang jelasnya, dengan pendirian yang kini bercanggah dengan amanatnya sendiri, Hadi Awang wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981 itu!

Apa yang jelas, Amanat Hadi Awang 1981 adalah satu kesilapan besar! Kesilapan yang mencetuskan krisis akidah yang serius kepada umat Melayu-Islam, kesilapan yang menimbulkan perpecahan kepada perpaduan dan ukhuwah umat Melayu-Islam! Kesilapan yang menyebabkan ramai yang merana, sengsara dan menghadapi penderitaan. Kesilapan yang menyebabkan 14 jenazah tidak dimandikan dan dikafankan!

Sebelum meninggalkan kupasan persoalan ini, elok juga kalau ditanya soalan kepada Abdul Hadi:

1. Adakah kafir kerajaan Mesir (negara di mana Abdul Hadi mendapat pendidikan Islamnya) yang kini diperintah oleh Ikhwanul Muslimin dengan Presiden Mursi kerana masih mengekalkan undang-undang penjajah, dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?
2. Adakah kafir kerajaan Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia, kerana masih mengekalkan undang-undang Belanda dan tidak menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud?

3. Adakah kafir Turki, negara umat Islam terbesar dalam Pakatan NATO yang kini diperintah oleh Parti AKP di bawah pimpinan Reccep Tayyib Erdogan yang masih mengekalkan status sekularnya dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

Adakah wajib memerangi orang Mesir, Turki dan Indonesia? Adakah jihad menentang mereka? Adakah syahid jika mati bertempur dengan mereka? Adakah mereka musuh Islam yang wajib ditentang?

Jawapannya kita semua tahu, TIDAK! Mesir negara Islam! Indonesia negara Islam! Turki negara Islam!

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan negara seumpamanya Islam; mengapa Malaysia ditohmah tidak Islam, malah dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan kerajaan seumpamanya tidak kafir, mengapa Kerajaan Malaysia dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesi, Turki dan wilayah seumpamanya tidak wajib diperangi dan ditentang, mengapa harus pula menentang, malah berjihad terhadap Kerajaan Malaysia?

Tepok dada tanyalah iman masing-masing!

Sebab itu saya menegaskan bahawa Abdul Hadi Awang wajib melakukan 4 perkara berikut:

1. Wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981! Beliau wajib membuat pengumuman itu bukan sahaja secara terbuka kepada semua ahli dan penyokong Pas, malah beliau wajib membuat pengumuman itu kepada seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia!

2. Abdul Hadi wajib bertaubat; kerana Amanat Hadi Awang 1981 telah menyebabkan krisis akidah dan perpecahan umat Melayu-Islam yang serius! Ramai yang telah terpesong akibatnya. Abdul Hadi wajib menyesali, memohon keampunan dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu!

3. Abdul Hadi wajib meminta maaf kepada seluruh ahli dan penyokong taksub Pas, seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia. Khususnya beliau wajib meminta maaf kepada keluarga dan waris yang telah terkorban, suami isteri yang telah bercerai-berai, anak yang berpisah daripada keluarga, adik beradik yang bermusuhan, penduduk kampung yang berpecah, para imam yang diaibkan dan dimalukan; pendek kata sesiapa juga yang pernah menjadi korban dan mangsa akibat Amanat Hadi Awang 1981!

4. Setelah itu, Abdul Hadi wajib mengadakan roadshow dan ceramah besar-besaran untuk memperbetulkan semula kesan negatif yang telah berlaku akibat Amanat Hadi Awang 1981. Beliau wajib memperbetulkan semula mentaliti ahli dan penyokong tegar Pas yang rosak akibat amanat itu

Sumber: @ Utusan 

22 Disember 2012

Tak boleh tengok lambang UMNO...? Klik baca ni!


Ketika Hashim Deraman, 56, menjadi penyokong tegar Pas, kebencian terhadap UMNO meruap-ruap dan darahnya bagaikan menyirap apabila soal kebaikan UMNO dan kerajaan didengarinya.

Disebabkan taksub, dia juga membayangkan emosinya terganggu setiap apabila melihat bendera atau lambang UMNO dan Barisan Nasional (BN) di depan mata yang dianggapnya penghalang terhadap perjuangan jihad Pas untuk menegakkan sebuah negara Islam.

''Saya tidak boleh tengok. Ada ketikanya saya kerah budak-budak untuk membuangkan dan saya akan bergalang-ganti menghalang sebarang cubaan untuk menampal atau mengantung bendera atau lambang parti UMNO dan Barisan Nasional," ujarnya.

Kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu menceritakan Amanat Haji Hadi mengukuhkan sokongannya kepada Pas namun akhirnya dia beransur-ansur menyedari ikutan secara membuta-tuli itu suatu yang sia-sia berdasarkan pemerhatiannya terhadap tindak- tanduk para pemimpin Pas.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas mengenai pendedahan bekas aktiviti dan penyokong tegar Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N al-Afgani bahawa puluh ribu pengikut parti itu masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Katanya, apabila Pas semakin galak mempertahankan hubungannya dengan parti seperti DAP, Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), dia mula berfikir apakah masih terpakai amanat itu yang menyentuh hubungan gabungan UMNO dan parti-parti bukan Islam dan perjuangan kabur mereka (Pas).

Beliau juga mula mempersoalkan mengapa harus berterusan membenci UMNO dan penyokongnya yang menerima Islam sedangkan perjuangan Islam Pas semakin reda dan tindak-tanduk pemimpinnya juga mula menampakkan mengejar kebendaan.

''Mengapa mereka masih terus memusuhi UMNO sedangkan (Pas) boleh begitu rapat dengan DAP yang jelas menolak perjuangan ke arah negara Islam. Bagaimana pula sikap kita sama ada ingin memilih calon bukan Islam DAP atau calon Melayu dan Islam UMNO dalam pilihan raya?

''Saya melihat Pas lebih berperanan untuk membantu mengukuhkan DAP dan saya bimbang Pas akan terus tunduk kepada rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang. Saya tidak nampak lagi perjuangan Islam dan jihad Pas," ujarnya.


Artikal & Sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd

Kumpulan Himpunan Hijau ( Lynas ) nak mogok lapar & bakar diri? Baca ni!


Nampaknya, masih ada tangan-tangan ghaib yang berdegil ingin terus mempolitikkan Kilang Lynas di Gebeng walaupun terbukti kilang tersebut menepati tahap keselamatan serta syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa alam sekitar dan badan antarabangsa bagi sebuah kilang kimia.

Usaha untuk menghentikan operasi kilang ini melalui proses mahkamah dan undang-undang gagal memandangkan pihak yang menentang, iaitu Himpunan Hijau tidak mampu mengemukakan sebarang hujah yang bernas dan bukti yang kukuh bagi menyokong tuduhan bahawa kilang tersebut tidak selamat. Manakala, hujah pihak Lynas disokong dengan fakta, angka, serta bukti dari pakar serta pihak berkuasa dan badan antarabangsa.

Taktik Himpunan Hijau ialah membangkitkan keraguan dan prasangka buruk kononnya kerajaan tidak telus dalam meluluskan operasi Lynas. Ini tidak mengejutkan kerana majoriti peserta Himpunan Hijau adalah kaum Cina yang cukup gemar mempercayai apa-apa saja yang buruk tentang kerajaan.

Tidak mengejutkan lebih separuh daripada mereka yang menentang Lynas itu langsung tidak tahu menahu mengenai fakta dan angka mengenai Lynas dan sebaliknya hanya menelan sahaja hasutan bahawa kerajaan Melayu korup sepenuhnya sepertimana yang disogok oleh akhbar berbahasa Cina dan pemimpin rasis kaum itu.

Sikap bodoh sombong atau kiasu ini terserlah dalam laporan akhbar mereka apabila mengambil sikap tidak malu apabila tersalah lapor atau mungkin sengaja melaporkan fakta yang salah iaitu kononnya Datuk Mashal Ahmad, Pengarah Urusan Lynas Corporation berkata bahawa sisa logam tanah jarang tidak boleh dieksport. Datuk Mashal pantas menafikan laporan yang salah tersebut dengan menegaskan bahawa beliau ada menyebut sebanyak 5 kali bahawa sisa berkenaan akan dijadikan produk untuk dieksport, siap dengan penjelasan secara teknikal tentang cara dan bagaimana ia akan dilakukan.

Malangnya, kumpulan Himpunan Hijau ini bengap-bengap belaka dan tidak mampu memahami fakta dan angka. Mungkin mereka hanya bijak mengira wang tetapi tidak cukup bijak untuk memahami sains dan matematik mahupun bahasa yang mudah.

Justeru, mereka terus berdegil untuk menentang Lynas bermati-matian. Jika sebelum ini mereka telah berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur, kali ini mereka bercadang untuk mengadakan mogok lapar selama 100 jam pada 27 Disember depan bermula dengan berkhemah di Dataran Merdeka sebelum memulakan pemanduan ke Gebeng. Dalam protes berjalan kaki sebelum ini, Wong Tack telah disertai oleh 80 orang aktivis.

Menurut Wong Tack, Ketua Himpunan Hijau, untuk protes kali ini pula, mereka menjangka 10,000 kereta akan turut menyertai pada hari tersebut.

Apa yang mengesahkan keraguan kita bahawa ada tangan ghaib di belakang Himpunan Hijau ialah apabila Wong Tack bukan sahaja bercakap mengenai 100 hari menentang Lynas tetapi juga mengenai menjatuhkan ‘kuasa jahat di belakang rejim yang korup’. Kononnya undang-undang telah diceroboh, dan penggubal undang-undang sendiri yang mencerobohnya.

Menurut laman www.fz.com Datuk Ambiga Sreevenasen akan turut serta untuk meraikan ‘kejayaan’ mereka berjalan dari Kuantan ke KL dalam protes sebelum ini. Dengan penyertaan Ambiga, maka terbuktilah akan wujudnya kaitan kumpulan ini dengan rangkaian musuh yang ingin melihat kerajaan Malaysia tumbang.

Jelaslah kini bahawa Himpunan Hijau juga turut memainkan peranan yang mana Ambiga atau BERSIH dan juga SUARAM telah gagal, iaitu memburukkan imej dan nama kerajaan Malaysia. Setakat ini, BERSIH dan SUARAM telah mengakui menerima dana dari rangkaian Yahudi yang beroperasi bersama George Soros dalam merealisasikan agenda menukar kerajaan di negara-negara yang memiliki kepentingan serta tidak sehaluan dengan cita-cita mereka.

Atas prinsip bahawa musuh kepada musuh adalah kawan, maka tidak mustahil Himpunan Hijau juga mempunyai agenda lain selain dari memburuk dan menjatuhkan kerajaan Malaysia. Penulis berkata begini berdasarkan hakikat bahawa ianya disertai hampir 100% kaum Cina yang terkenal dengan sifat rasis, serta hakikat bahawa Lynas diterajui oleh Melayu dengan majoriti pekerja juga adalah Melayu.

Kita tidak boleh mengenepikan kemungkinan penentangan terhadap Lynas ini juga bermotifkan perniagaan dan kepentingan seseorang atau sesuatu pihak.

Perlu dimaklumkan bahawa antara projek yang sedang dibangunkan di kawasan tersebut ialah projek usahasama antara Tan Sri Tiong Hiew King, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Rimbunan Hijau dengan China, iaitu Kuantan Industrial Park (MCKIP) yang mana terletak hanya 1 km dari Lynas.

Jangan juga kita lupa bahawa Lynas juga merupakan pesaing terdekat yang bakal menjejaskan kedudukan China sebagai pengeluar nadir bumi terbesar di dunia.

Mungkinkah projek Lynas telah mengganggu rancangan projek pembangunan masa depan yang diangan-angankan oleh pihak tertentu? Mungkinkah sikap rasis yang terlalu tebal telah meletakkan kepentingan negara China melebihi negara sendiri? Mungkinkah sikap rasis itu juga telah membangkitkan rasa dengki dan iri hati apabila melihat anak Melayu berjaya? Kerana bukan kita tidak tahu bagaimana sakitnya hati kaum Cina terhadap Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary…

Segalanya mungkin.. terpulanglah kepada fikiran masing-masing untuk menyelesaikan teka-teki ini. Yang pasti, Himpunan Hijau bukan berjuang untuk alam sekitar tetapi untuk satu agenda gelap yang berangkai dan bertindih antara satu sama lain.

Justeru, kita alu-alukan rancangan mereka untuk mogok lapar. Seeloknya, mereka teruskan saja mogok lapar itu sehingga 100 hari sama dengan kempen mereka. Setakat 100 jam, tak ada maknanya bagi satu ‘perjuangan yang murni demi alam sekitar’. Lihat saja Mahatma Ghandi yang sanggup bertahan sehingga matlamatnya tercapai.

Atau lebih baik jika kumpulan Himpunan Hijau ini mengugut untuk bakar diri beramai-ramai sekiranya Lynas tidak ditutup. Atau mungkin juga boleh mengugut membunuh diri dengan mendedahkan diri kepada radioaktif bagi memperlihatkan kesannya kepada orang ramai. Cara ini tentu lebih berkesan dan meyakinkan. Apakah Wong Tack tidak mahu menyahut cabaran ini?

21 Disember 2012

Video lucah & perbualan sulit Deepak, rakan Anwar... Klik, saksikan!

Video Lucah Deepak Bakal Keluar...Ada Selera Ke Nak Tonton?

Kekadang rasa simpati pun ada kat penjual karpet bernama Deepak Jaikishan ini.

Sudahlah putar-belitnya mengaitkan Datin Seri Rosmah Mansor dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'kantoi kow-kow' punya, tetapi khabarnya ada satu benda lagi, kalau tersebar, tak tahulah apa nak dikatakan lagi. 

Dengar kata sudah bersebaran satu klip video melibatkan dia dengan seorang wanita yang tidak dikenali indentitinya. Lebih mengaibkan, video tersebut hanya layak untuk dilabekan dalam kategori 18SX! 

Dikatakan aksi melibatkan Deepak berlaku di Singapura tahun lalu dan wanita itu iras Melayu, kata sumber. Tapi sumber itu menjelaskan, kebarangkalian besar ia adalah wanita berketurunan Filipina. Ini kerana, Deepak ini sama juga seperti kebanyakkan lelaki India kaki main yang suka perempuan Melayu kerana bersih kata mereka. 

"Mungkin masa itu tak dapat perempuan Melayu, dia ambiklah perempuan Filipina yang memiliki wajah yang hampir sama," kata sumber itu. Namun sumber itu memberikan amaran..."Ini bukan pro yea bro...ini kalau nak tengok baldi kena siap sebelah...kalau lebih seorang nak tengok...baldi pun kena lebih dari satu,". 

Apa sudah jadi ni? Kalau beginilah gayanya, rasanya elok benarlah kalau Deepak pergi angkat tilam dan batal ke Myanmar dengan kadar segera. Kenapa Myanmar ek? Jawapannya mudah. Dalam wawancaranya dengan media sebelum ini, Deepak asyik sebut nak berhijrah ke negara junta tentera tersebut. 

Mudah saja, kalau nak menipu pun tak menjadi, kemudian ada pula skandal sana sini, rasanya itu jelah pilihan terbaik buat Deepak. Inilah masalahnya bila masalah sendiri tak selesai, sibuk pula nak kaitkan orang lain untuk terbabit sama. Semua orang tahu yang dia dah betul-betul cacing kepanasan sekarang ini. 

Deepak silap apabila merasakan orang-orang PKR termasuk Anwar Ibrahim boleh membantunya 'terlepas' dari segala masalah yang bersarang dan berserabut di kepalanya itu. Mungkin betul mereka-mereka ini boleh membantu, tetapi bantuan mereka itu bukanlah ikhlas, mereka hanya mahu menggunakan dirinya untuk survival politik masing-masing. 

Lepas mereka dapat apa yang mereka mahukan, Deepak semestinya ditingalkan terkontang-kanting seorang diri. Sebab itu awal-awal lagi dah nampak yang Deepak akan dibiarkan bersendirian...lihat saja bila penipuannya berjaya dibongkar, tidak ada langsung rasa simpati puak-puak ini kepada Deepak. 

Anwar awal-awal lagi menafikan perkaitannya dengan penjual karpet itu sedangkan dia bersungguh-sungguh memberitahu pernah mendapatkan bantuan dari Ketua Umum PKR itu. 

Malang sungguh nasib Deepak, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Lepas satu-satu kebodohan Deepak terserlah dengan sendirinya. Harap-harap tiadalah klip video ehem ehem Deepak di pasaran sekarang...kalau betul ada, sekali lagi Deepak kena bola tanggung. 

Yang pasti dengan bentuk badan dan muka yang tak boleh blah itu, orang bukan ghairah menontonnya, orang lagi nak muntah adalah, UWEKKKK!!!! 

Betullah kata pepatah Melayu...terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya! Deepak oh Deepak....

Sumber: http://melayubaru-melayubaru.blogspot.com


VIDEO TERDAHULU:
Pendedahan video penuh pengakuan Deepak seorang peniaga karpet dimana beliau diarahkan Anwar Ibrahim melalui R.Sivarasa untuk menfitnah Najib Razak dan Rosmah Mansor.
Saksikan!

20 Disember 2012

Akibat terpengaruh 'Amanat Haji Hadi'... Jenazah terbiar.


Seorang bekas pemimpin Pemuda Pas hari ini menceritakan pengalamannya menyaksikan perpecahan ketara umat Islam termasuk tindakan seorang imam di kariahnya menolak untuk menguruskan jenazah 'orang UMNO' akibat terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi.

Shahidi Said, 41, memberitahu, arwah bapanya pernah memanggil seorang 'tok guru' yang kuat menyokong Pas untuk menguruskan satu jenazah sebagai menghormati jawatan lelaki tersebut sebagai imam di dalam kariah mereka di Pendang pada penghujung 90-an.

Bagaimanapun, katanya, imam berkenaan tidak datang tanpa alasan.

"Tidak lama kemudian, saya yang masih ahli Pas ketika itu ke rumah imam tersebut dan berbual mengenai ketidakhadirannya untuk menguruskan jenazah berkenaan.

"Imam itu memberitahu saya bahawa dia tidak pergi untuk menguruskan jenazah 'orang UMNO' dengan alasan mereka menolak al-Quran dan hadis. Ini adalah akibat kesan daripada Amanat Haji Hadi," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bekas Ketua Pemuda Pas di salah satu cawangan Pas di Pendang selama empat tahun bermula 1998 itu menceritakan pengalamannya ketika mengulas mengenai pendedahan bekas aktivis dan penyokong tegar Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N al-Afghani bahawa puluhan ribu pengikut parti tersebut masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi.

Shahidi yang lebih mesra dipanggil sebagai ustaz berkata, selepas keluar daripada Pas dia tidak lagi dibenarkan menghadiri kuliah atau pengajian kitab yang dianjurkan oleh parti itu meskipun pada mulanya mereka mengatakan tidak kisah jika dia menyertai UMNO.

Menurutnya, akibat kesan Amanat Haji Hadi juga, kebanyakan mereka menganggap orang yang menyokong UMNO menempah pintu neraka dan tanggapan itu masih wujud hingga hari ini.

Tambah beliau, semasa menjadi ahli Pas sejak 1997 termasuk berada dalam Lajnah Kebajikan Pas kawasan Pendang, pemikirannya banyak dipengaruhi dengan kenyataan dan ucapan pemimpin-pemimpin parti itu.

"Namun selepas saya menyertai UMNO dan berada di dalam parti, baru saya nampak kebenaran kerana perjuanganya adalah benar iaitu demi agama, bangsa dan negara," katanya.

Berikutan itu, Shahidi menyeru penyokong Pas agar kembali kepada landasan perjuangan Islam sebenar dengan tidak terlalu taksub dengan parti itu kerana ia tidak menguntungkan Islam dan orang Melayu.

Katanya, penyokong UMNO dan Pas perlu bersatu atas nama Islam supaya nasib orang Melayu dan Islam terbela di negara ini.

Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd

DENGARKAN RAKAMAN AUDIO 
AMANAT HAJI HADI PADA TAHUN 1981 : UMNO KAFIR!!!

19 Disember 2012

Kali ini, Anwar nampak lebih bergaya... Klik saksi video!


Lihatlah wahai puak-puak pakatan!

Ginilah gaya pemimpin kamu yang kononnya bakal dilantik sebagai PM seperti yang di canang-canangkan kamu tu... 

Lihatlah! Anwar Ibrahim berjoget lagi!!! Kahkahkahh!
Kali ini di Tapah Perak sempena dengan Sambutan Deepavali pada 16 Disember lalu.

 

Klik tajuk dibawah kalau nak tengok yang lain lagi...

16 Disember 2012

Nah..Terbukti Melayu tidak penting bagi DAP. Klik, baca ni!


Kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC)disingkir apabila kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang berlangsung, Sabtu.

Keputusan tersebut sekaligus membuktikan parti dominasi kaum Cina itu tidak memberi laluan kepada mana-mana calon Melayu termasuklah Zairil Khir Johari, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Zairil cuma memperoleh 305 undi manakala Lim meraih 1,576 undi.

Sejumlah 1,823 perwakilan mengundi bagi memilih 20 orang barisan kepimpinan DAP bagi tempoh 2012-2015.

Calon lain yang disingkir ialah Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor (216 undi), Senator Ariffin S.M Omar (748), Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton (347 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121), Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98), Roseli Abdul Ghani (39) dan Harun Ahmad (28).

Zulkifli ketika ditemui berkata mesej yang diperjuangkannya selama 25 tahun untuk menempatkan kaum Melayu dalam CEC parti itu tidak sampai ke peringkat akar umbi.

"Apabila kita katakan Malaysian Malaysia itu, maknanya kita mesti mewakili semua agama, semua bangsa, semua kaum... seimbang. Mesej yang saya sampaikan selama ini belum sampai ke akar umbi. Mereka masih lagi mengundi, memilih pemimpin berpandu kepada bangsa," katanya.

Beliau berkata pemilihan itu juga tidak berlandas kepada kebolehan dan pengalaman calon dalam memperjuangkan parti.

"Belum ada perubahan di situ. Keputusan hari ini (Sabtu) tak de seorang pun calon Melayu... Mungkin pemimpin atasan yang bertanding mesti nak jaga kepentingan masing-masing, bukan kepentingan parti," katanya. - BERNAMA

15 Disember 2012

PAS parti terkuat dalam PR, ternyata 'BOHONG'... Baca ni!

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada Julai lalu pernah mengisytiharkan bahawa PAS merupakan parti yang paling kuat dalam pakatan pembangkang serta menjadi tulang belakang dan tonggak utama kepada Pakatan Rakyat (PR).

Sebulan kemudiannya, kenyataan Hadi itu disokong pula oleh Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali yang sekali lagi menekankan bahawa PAS kekal berperanan sebagai tulang belakang PR.

Dengan kata lain, ia bermaksud PAS lebih dominan dan berkelayakan untuk memandu arah tuju PR berbanding DAP dan PKR dalam pakatan parti yang longgar itu.

Kedua-dua kenyataan dari pemimpin PAS itu timbul selepas wujud kesangsian umum terhadap kemampuan PAS untuk mempertahankan hak orang Melayu Islam dalam pentadbiran kerajaan sekiranya PRU 13 kelak dikuasai oleh PR.

Ramai penyokong dan ahli PAS menarik nafas lega dengan penegasan tersebut sekaligus mengikis rasa rendah diri mereka berikutan dakwaan ramai sebelum ini yang mengatakan PAS hanyalah balaci dan keldai tunggangan kepada DAP dan PKR.

Mereka sedar dan mengerti, jika PAS gagal mendominasi PR serta tidak berupaya menjadi tulang belakang yang menggerakkan kekuatan pakatan itu, bermakna PAS tidak layak mengambil alih peranan UMNO untuk mempertahankan kuasa politik orang Melayu Islam.

Namun kelegaan itu ternyata hanya ilusi semata-mata apabila AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dalam program bual bicara Let Talks mengeluarkan kenyataan bahawa dalam PR tiada parti yang menjadi dominan.

Maksudnya, PAS tidak dominan dalam PR, bukan tulang belakang pakatan tersebut dan langsung tidak layak untuk menjadi ketua sebaliknya dengan pengakuan Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor itu mengesahkan PAS hanya layak menjadi balaci.

Atau lebih tepat lagi PAS adalah balaci DAP kerana terbukti dalam apa sahaja isu parti rasis Cina itu jelas mendominasi PR. Apa sahaja dasar dan prinsip perjuangan PAS yang tidak cocok dengan pendirian DAP, wajib di bakul sampahkan sahaja.
Jadi, ini merungkai banyak tanda tanya kenapa selama ini dalam banyak perkara melibatkan bangsa Melayu dan agama Islam, PAS lebih banyak mengalah kepada DAP termasuklah yang terbaru Kerajaan PAS Kelantan tunduk pada kehendak DAP dalam isu salun rambut.

Pengisytiharan Presiden PAS dan Setiausaha Agungnya konon PAS adalah tulang belakang seraya dengan itu berperanan besar menentukan corak haluan dalam PR ternyata hanya omongan kosong atau dengan kata lain 'BOHONG' dan di lihat sekadar untuk menghilangkan resah ahli dan penyokong PAS sahaja.

Kalau pun benar PAS adalah tulang belakang PR, tidak lebih hanya sekadar selembut tulang belakang sotong saja.

12 Disember 2012

Pembangkang melolong-lolong, takut? Klik, baca ni!



Pembangkang Malaysia adalah contoh manusia dengan mentaliti dunia ketiga tetapi berangan-angan konon mampu memimpin negara menjadi negara maju.  Kononnya merekalah pejuang demokrasi tulen yang membawa slogan kebebasan setara dengan negara maju.  Kononnya merekalah ikon ketelusan dan integriti yang mampu menyelamatkan negara yang telah sedia selamat ini.

Namun, dalam mereka bebas mengutuk, mengecam dan memfitnah apa saja yang berkaitan dengan kerajaan dan Barisan Nasional termasuk anak isteri pemimpin yang tiada kena-mengena dengan politik negara, mereka tidak memberi kebebasan kepada orang lain untuk berbuat yang sama terhadap mereka.  Kerana itu kita melihat mereka bertindak menggelapkan, memboikot, malah membakar akhbar yang tidak menyebelahi mereka.

Walaupun mereka mendabik dada sebagai telus dan adil, tetapi apabila ada laporan yang mampu mengancam kepentingan mereka, akan dituduh mereka sebagai fitnah walaupun ianya benar belaka.  Di masa yang sama pula, media mereka sering melaporkan berita yang tidak benar terhadap orang lain.

Ironinya, kerajaan tidak pernah menutup mulut pembangkang dengan menghalang mereka menyebar fitnah atau membela diri bila diserang.  Akhbar-akhbar pro-kerajaan juga sering memberi ruang kepada kenyataan di pihak mereka, contohnya apabila Hadi Awang menafikan yang beliau ingin menjadi Perdana Menteri setelah kenyataannya di Muktamar PAS mengenai ‘keronokan’ untuk merasa menjawat jawatan tersebut tersebar luas.

Tetapi, akhbar Harakah atau Suara Keadilan langsung tidak pernah melaporkan kenyataan bela diri dari pihak kerajaan.  Contoh paling penting ialah jawapan-jawapan terperinci SPR kepada tohmahan kononnya pilihanraya negara ini tidak bersih.

Begitulah halnya apabila pembangkang menjadikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur sebagai sasaran utama dalam perang politik ini.

Dalam keadaan ekonomi Malaysia yang kekal segar dan rakyat semakin pulih dari mabuk akibat disogok dengan politik jalanan dan keterlaluan pembangkang selama hampir sepenggal, tidak salah jika dikatakan bahawa ‘Datin Seri Rosmah’ kini adalah satu-satunya sasaran yang tinggal yang terus dibedil oleh pembangkang setelah gagal dalam serangan yang lain.  

Apa yang tidak ditohmah pembangkang terhadap wanita pertama ini?  Hampir semua perkataan dan perumpamaan buruk diberikan kepada beliau.  Kononnya beliau boros, sombong, malah digelar ‘puaka’ oleh pembangkang.

Hairan, puaka jenis apa yang membantu menjayakan program-program kebajikan dan kemasyarakatan?   Puaka jenis apa yang menyayangi anak-anak kecil dan membela wanita?  Puaka jenis apa yang memperjuangkan kanak-kanak dengan bakat luarbiasa dan juga kanak-kanak autisme?

Bukankah puaka yang sebenarnya ialah orang yang menafikan segala kebaikan di atas dan menutupnya dengan fitnah yang keterlaluan?  Dan kini puaka-puaka yang sebenar ini ketakutan pula bila Datin Seri Rosmah mengambil keputusan untuk bertindak-balas dan membela diri setelah sekian lama membiarkan dirinya difitnah dan ditohmah semahu-mahunya oleh mereka.

Dalam usaha itu, sebuah buku biografi Datin Seri Rosmah Mansor bakal diterbitkan pada pertengahan Januari depan untuk "menjawab secara telus" isu serta dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan beliau.

Maka pembangkang pun mulalah melolong-lolong menuduh buku tersebut sebagai satu lagi ‘publisiti stunt’ oleh Datin Seri Rosmah.

Nampaknya, ‘keadilan’ dalam kamus pembangkang bermakna seseorang yang difitnah mereka tidak punya hak untuk membela diri dengan apa jua cara.  Oleh itu, mereka memperkecil-kecilkan buku tersebut untuk membangkitkan perasaan prejudis bagi mengelak orang ramai mendapat gambaran sebenar dari pihak yang menjadi sasaran fitnah mereka.

Bagaimanapun, kita percaya rakyat Malaysia rata-ratanya bersifat rasional dan lebih suka mencari kebenaran dengan cara mendengar dari kedua-dua belah pihak daripada menerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh satu pihak.  Jika tidak, mana mungkin Barisan Nasional terus menerajui negara sehingga ke hari ini.  

Justeru, kita menyanjung usaha Datin Seri Rosmah untuk memperdengarkan kisah dari pihaknya sendiri, bagi membantu rakyat mengenali beliau dengan lebih dekat agar tidak mudah diperdaya oleh musuh-musuh politik suaminya yang terdesak akibat ketandusan modal di ambang pilihanraya.



Penjaga gol kebangsaan ( Apek ) pilih Nik Aziz.


Pasangan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek, 23, dan Leuniey Natasha Nazri, 21, memilih Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menikahkan mereka berdua pada 28 Disember ini.

Perkara itu disahkan Pejabat Menteri Besar Kelantan selepas mendapat permohonan daripada keluarga Leuniey dan Apek.

Surat bertarikh 10 Disember lalu ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rushdee Abdullah menyatakan majlis akad nikah akan diadakan di rumah keluarga Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat jam 10 pagi.

Tiga majlis resepsi akan diadakan dengan majlis persandingan perempuan bakal diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember.
Resepsi di pihak Apek pula berlangsung di kediaman keluarganya di Kampung Cherang pada 5 Januari depan.
Pasangan itu turut memilih tarikh 13 Januari depan untuk mengadakan majlis resepsi ketiga.

11 Disember 2012

ISU SAMSENG: Tak semena-mena PAS melancarkan taklimat khas

Sikap Unit Amal PAS
Disebalik momokan propaganda PAS dan PR yang giat menuduh UMNO dan BN sebagai punca wujudnya kegiatan samseng dalam dunia politik, tak semena-mena PAS melancarkan taklimat khas untuk menasihatkan ahli dan penyokongnya supaya berkelakuan baik dan menjauhi gengsterisme.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man mungkin berniat baik mahu mengekang kegiatan samseng politik namun secara tersiratnya ia menunjukkan kepada umum perintis sebenar budaya samseng politik ini dipelopori oleh PAS dan PR.

Lihat sajalah kelakuan ahli dan penyokong PAS sewaktu peristiwa berdarah Memali dulu di mana mereka berhimpun beramai-ramai dengan pedang, keris dan parang hanya untuk mencapai cita-cita negara Islam ala PAS yang akhirnya diakui oleh Presiden PAS, Hadi Awang sebenarnya tidak wujud pun dalam Al-Quran.

Akibat kegelojohan sikap dan tingkap laku samseng itu berbelas orang isteri menjadi balu dan berpuluh anak kecil menjadi yatim. Malah tabung Memali yang mengumpul pungutan berjuta RM juga lesap sedangkan tujuan asal kewujudan tabung itu untuk menjaga kebajikan balu dan anak yatim tersebut.

Begitu juga semasa peristiwa berdarah Lubuk Merbau yang menyaksikan beberapa nyawa melayang gara-gara sikap keras dan kurang ajar penyokong PAS dari luar kawasan yang berlagak samseng dengan bersenjatakan berpuluh bilah parang.

Jika dua peristiwa besar di atas tidak cukup untuk gambarkan kegagalan PAS dalam mentarbiah ahli dan penyokongnya supaya berkelakuan baik dan berjiwa Islamik, barangkali lakonan mati hidup semula berkali-kali yang dijayakan oleh penyokong PAS sewaktu demonstrasi Bersih 2.0 boleh dijadikan sempadan pengajaran.

Atau mungkin juga kegagalan PAS mengawal tingkah laku Unit Amal PAS yang memulakan rempuhan hadangan polis di KLCC semasa demonstrasi Bersih 3.0 beberapa bulan dulu lebih daripada mencukupi untuk membuktikan betapa kelakuan samseng sudah lama mendarah daging dalam perangai pengikut PAS.

Andainya itu belum cukup untuk membuktikan kelakuan ganas sudah sinonim dengan PAS dan PR, apa kata kita toleh semula kejadian ganas peserta Bersih 3.0 yang sengaja membaling kon dan objek keras sehingga kereta polis terbabas dan mencederakan pemandunya.

Tidak cukup dengan balingan dan kekasaran itu, peserta Bersih 3.0 yang terdiri dari penyokong PAS, DAP dan PKR serta NGO proksi mereka melompat-lompat pula di atas kenderaan polis seterusnya menterbalikkan kenderaan peronda itu. Tidakkah ini satu kelakuan ganas dan luar tabie?

Kemudian lihat pula kelakuan jelik dan kurang ajar penyokong PR semasa sambutan ambang malam merdeka tempohari yang dengan biadapnya berbogel menunjukkan punggung di khalayak ramai. Memalukan dan menjelikkan.

Lantaran itu, walaupun dengan wujudnya taklimat anti samseng yang diwar-warkan oleh Ketua Penerangan PAS pusat ini cukup melegakan kami rakyat Malaysia, namun diharapkan biarlah ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Cukup-cukuplah segala macam kelakuan ganas, jelik dan samseng yang sudah mendarah daging dikalangan penyokong PAS dan PR itu dipertontonkan pada khalayak ramai.

Apapun tahniahlah pada Tuan Ibrahim kerana telah menyedari sikap biadap dan samseng yang sinonim dengan penyokong PAS dan PR ini langsung tidak membawa kebaikan sebaliknya mengundang pula imej buruk. Semoga Tuan Ibrahim berjaya dengan misi nasihat baiknya itu.

KLIK & BACA ARTIKAL TERDAHULU : 'Samseng' Perangai Semulajadi Pembangkang

8 Disember 2012

Anwar tak dapat berselindung lagi. Baca ni!

Anwar Ibrahim Bersama B.J Habibie
Anwar Ibrahim adalah seorang manusia yang penakut dan bacul.

Sebagai seorang politikus, nilai ini merupakan intipati kepada wataknya sebagai seorang individu yang membayangi karektor yang lain seperti mementingkan diri sendiri, suka berbohong dan berasa dirinya suci dan tidak berdosa.

Apabila berdepan dengan dua tuduhan meliwat dalam tempoh jangkamasa 10 tahun, beliau merasakan dirinya maksum daripada jenayah tersebut lantas menyalahkan musuh-musuh politik berkonspirasi untuk menjatuhkannya.

Apabila disiar video seks 'chinadoll', Ketua Pembangkang itu dengan muka seposen menafikan bahawa ini adalah satu lagi usaha jahat musuh politiknya khususnya UMNO.

Tatkala Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan yang secara tidak langsung menyerang Islam berhubung kebebasan beragama bagi orang Melayu, beliau mempertahankan pendirian anaknya itu.

Sekali lagi yang menjadi sasaran serangannya ialah UMNO dan yang menerima tempias saman Nurul Izzah ialah akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia.

Begitu juga ketika dipetik oleh akhbar asing berkaitan kenyataannya yang menyokong keselamatan negara haram Yahudi bernama Israel, Anwar dengan cepat menyalahkan akhbar arus perdana kononnya merancang memutarbelitkan apa yang dikatakan.

Tidak cukup dengan itu, apabila media sekali lagi menyiarkan petikan kenyataan Anwar yang menyokong budaya dan amalan LBGT serta menyifatkan undang-undang berkenaan jenayah liwat sudah ketinggalan zaman atau 'archaic', beliau cuba memberi penjelasan yang berbelit-belit seperti juga lidahnya.

Di dalam ucapannya di London, Anwar secara terang menyokong konsep pluralisme agama iaitu dengan meletakkan kedudukan Islam setaraf dengan agama-agama lain.

Ini pun beliau nafikan dengan mengatakan apa ang dimaksudkan bukanlah seperti mana laporan pihak media.

Sekali lagi dakwanya, semua ini adalah komplot UMNO untuk menghalang beliau mara dalam politik untuk menjadi Perdana Menteri.

Kini topeng pluralisme yang dipakai oleh Anwar tidak boleh diselindungkan lagi.

Anwar telah menelanjangkan dirinya sebagai bapa fahaman pluralisme di Malaysia apabila menjemput sahabat karibnya, BJ Habibie berkunjung ke Malaysia beberapa hari lalu kerana kedua-duanya berkongsi pandangan yang sama.

Lawatan bekas Presiden Indonesia yang pertama era pasca Suharto ini bukan kunjungan biasa antara dua sahabat tetapi diselit misi dan agenda yang lebih daripada itu.

Pada ceramahnya di Universiti Selangor (Unisel) Khamis lalu, Habibie telah mendedahkan agenda lawatannya ke negara ini apabila meminta masyarakat Islam khususnya menyokong fahaman pluralisme.

Dalam program pidato anjuran universiti milik kerajaan negeri Selangor itu yanbg berjudul “Habibie Dan Transisi Indonesia Ke Demokrasi”, mantan presiden itu mempertahankan budaya pluralisme yang didakwanya menjadi sebahagian daripada kekuatan sesebuah negara.

Beliau memberi hujah bahawa Indonesia dan Malaysia mempunyai corak budaya sama dan menggesa kepelbagaian ini wajar dipertahankan.

Sememangnya kedua-dua negara adalah dalam rumpun kemelayuan yang sama tetapi mempunyai pendekatan politik yang berbeza.

Jika Indonesia menerima pakai prinsip-prinsip Pancasila sebagai panduan kenegaraannya, Malaysia pula berpegang kepada prinsip-prinsip Rukunegara.

Indonesia tidak meletakkan Islam sebagai agama yang tertinggi di negara itu walaupun ia berbangga sebagai negara yang mempunyai umat Islam teramai di dunia.

Hal ini berbeza di negara ini di mana Islam adalah agama persekutuan dan takrif kemelayuan seseorang dilingakari dengan keintimannya dengan Islam.

Di Malaysia tanpa keimanan kepada Islam, seseorang itu tidak boleh menyatakan dirinya Melayu malah gugur keabsahannya menjadi anggota keluarga besar bangsa itu.

Setelah dikritik keras oleh golongan ulama dan cendikiawan Islam di negara ini, Anwar tidak lagi berani menyuarakan pendapatnya mengenai pluralisme.

Namun keghairahannya untuk terus menyebarluas fahaman songsang ini terus membara di jiwa sehingga terpaksa menyeret kawan baiknya untuk bercakap bagi pihaknya.

Sebab itu Anwar dilabel sebagai sesumpah politik oleh Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Razak kerana sikapnya yang hipokrit dan suka bermuka-muka.

Di depan umat Islam di negara ini, Anwar menunjukkan wajah Islam yang sebenarnya adalah palsu tetapi jejak sahaja kakinya di Washington atau London, barulah topeng yang mendedahkan pendirian yang menyokong Israel, LBGT, liberalisme termasuk pluralisme terdedah.

Mengapa Anwar memilih Habibie untuk bercakap mengenai pluralisme di Malaysia?

Perlu diingatkan pemerintahan Suharto selama lbih tiga dekad tumbang seiring dengan gerakan reformasi jalanan yang diterajui oleh Anwar.

Suharto berjaya dijatuhkan dalam gerakan reformasi yang sama di Indonesia dan diganti oleh Habibie namun reformasi Anwar gagal untuk menurunkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika era Habibie, Indonesia kehilangan wilayah Timur Timur yang dipisahkan menjadi sebuah negara merdeka dipanggil Timor Leste.

Meletakkan Habibie adalah agenda yang terancang oleh pihak Zionis-Yahudi yang ingin memecahbelahkan negara Islam terbesar itu.

Anwar juga ingin diangkat sebagai pemimpin di Malaysia oleh golongan anti-Islam yang sama tetapi berkat kekuatan UMNO dan kepimpinan Dr Mahathir, negara berjaya diselamatkan daripada terjerumus ke dalam kancah kemusnahan.







7 Disember 2012

'Samseng' Perangai Semulajadi Pembangkang


Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas isu kekecohan yang berlaku di Gombak menyifatkan kejadian tersebut sebagai bukti adanya pihak yang akan menimbulkan kekecohan sekiranya PRU 13 dimenangi oleh Pakatan Rakyat(PR).

Maksud Nik Aziz, sekiranya PR berjaya memenangi PRU 13 maka pihak lawan seperti UMNO dan BN akan menimbulkan huru hara.

Nampak sangat Menteri Besar Kelantan itu tidak memahami hujung pangkal isu yang timbul di Gombak semasa siri Jelajah Merdeka Rakyat yang disertai Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim beberapa malam lepas.

Jika Nik Aziz yang terkenal dengan gelaran Mulut Berus itu tahu bahawa punca kekalutan dimulakan oleh puak penyokong PR yang membaling batu, botol air dan lain-lain objek keras ke arah penyokong UMNO dan orang ramai, tentunya dia akan malu sendiri dengan kenyataan gopohnya itu.

Seandainya Nik Aziz tahu kedatangan Anwar dibantah oleh ramai penduduk tempatan kerana majlis anjuran PKR itu diadakan berhampiran kediaman mereka pastinya Nik Aziz tidak berani buka mulut mempertahankan budaya samseng yang dirintis oleh gerombolan penyangak PR.

Namun kita faham, salah satu kelebihan utama Nik Aziz terletak pada keupayaan lidahnya yang pandai memutar belitkan cerita dan memusingkan fakta supaya yang jahat dari PR dapat ditukar supaya kelihatan baik manakala kebaikan dari UMNO pula digambarkan sebagai buruk dan jahat.

Hakikatnya sejarah tidak boleh dibohongi, sudah terlampau banyak peristiwa genting dan kekecohan yang mengganggu ketenteraman awam seringkali dimulakan oleh penyangak-penyangkak dari pembangkang.

Lihat sajalah kejadian di Memali, Baling yang pernah kecoh suatu ketika dulu. Disebabkan sikap taksub penyokong PAS berpegang pada hasutan pemimpinnya, mereka sanggup melancarkan kempen keganasan dengan menentang pihak berkuasa konon atas alasan untuk menegakkan negara Islam ala PAS.

Berbulan-bulan sebelum itu telah berlaku peristiwa tragis Lubuk Merbau yang menyaksikan keganasan penyokong-penyokong PAS yang datang dari luar kawasan atas nama Pemuda Jihad dengan bersenjatakan berpuluh bilah parang sengaja memulakan kekecohan sehingga akhirnya beberapa nyawa melayang.

Sebetulnya, baik ketika UMNO dan BN menang mahupun ketika tewas di Kelantan, Kedah, Terengganu, Selangor ataupun Perak tidak timbul pun sebarang isu huru hara, keganasan atau kekecohan.

Orang UMNO dan majoriti rakyat jarang sangat terjerut dengan emosi menggila, jauh berbeza dengan tingkah laku liar yang sudah sinonim dengan penyokong pembangkang.

Yang meroyan sakan termasuklah baring atas jalan sewaktu kejatuhan Kerajaan DAP PAS di Perak bukannya orang UMNO, tapi orang PAS yang akalnya terencat. Yang sibuk menghasut penyokong berhimpun di tengah bandaraya KL bukannya penyokong BN tapi penyokong PKR, DAP dan PKR.

Hatta yang memulakan kekecohan sehingga menimbulkan kemarahan penduduk setempat semasa pilihanraya kecil di Bagan Pinang kemudian berlakon cedera parah ditetak dengan pedang samurai pun bukan penyokong BN sebaliknya adalah penyokong PR.

Namun seperti mana biasa, bila kekecohan berlaku dan ada yang cedera atau jiwa melayang, maka pihak PAS akan segera menuding jari mengatakan semua itu salah UMNO atau Kerajaan. Tak cukup dengan tipu daya itu, diusung pula penyokong atau ahlinya yang terlibat dalam sesuatu kejadian untuk berceramah sambil mengutip derma untuk poket parti dan pemimpin.

Itu tabie semulajadi pembangkang khususnya PAS yang sudah sinonim dengan budaya samseng dan ganas. Lantaran itu Nik Aziz sewajarnya mencerminkan diri dahulu sebelum membuat andaian buruk pada pihak lain.

Biasa-biasakan diri melihat kain kapan sendiri yang sudah sekian lama koyak sebelum sibuk nak mempertikaikan kain orang lain.

6 Disember 2012

REAL PHOTO: Lembaga di sebalik gambar, mengerikan... Klik lihat ni!

Lihat anak panah merah.

 Gambar di ambil tepat waktu maghrib, sebentar td... 
Tak sangka, dia menjelma...

Nurul Izzah timbul isu tutup masjid pulak... Klik, baca ni!


Kecoh seketika kem penyokong PKR apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah menimbulkan isu kononnya Masjid Ar-Rahman di Universiti Malaya (UM) telah dipaksa tutup oleh Kerajaan Pusat atas sebab politik.

Melihat gaya propaganda PKR berhubung isu ini nampak jalan ceritanya seolah-olah Masjid Ar-Rahman akan ditutup untuk selama-lamanya. Fitnah sebegini semacam dah jadi darah daging anak beranak Anwar Ibrahim agaknya.

Untuk sensasikan lagi cerita maka dicanangkan kepada umum konon arahan penutupan masjid itu datangnya dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan demikian dapatlah diburukkan imej Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Walhal kisah sebenarnya, Masjid Ar-Rahman di UM ini hanya akan ditutup sementara sahaja bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dilaksanakan.

Notis penutupan sementara itu pula datangnya dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk melicinkan proses membaiki kebocoran bumbung, kerosakan pendawaian dan kerosakan paip air yang berlaku di masjid tersebut.

Disamping itu dalam tempoh penutupan sementara ini, tumpuan turut diberikan untuk menyelsaikan masalah limpahan air di sekitar kawasan masjid tatkala hujan lebat. Semua langkah ini jelas bermaksud untuk menjamin keselesaan para jemaah di masa akan datang.

Arahan rasmi dari JAWI itu telahpun dikeluarkan pada 20 November 2012 dan berkuatkuasa pada 1 Disember 2012 sehinggalah jangkaan semua proses baik pulih ini akan selesai sekitar akhir Jun 2013.

Sementara menantikan semua kerja-kerja baik pulih diselesaikan, pihak JAWI menyarankan semua ahli kariah dan jemaah menunaikan solat di masjid-masjid berhampiran.

Misalnya di Masjid Tun Rahah Bangsar Village, Masjid Ikhlasiah Kg. Kerinchi, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Jalan Ara Bangsar, Masjid Negara, Surau Jumaat Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Surau Jumaat Muhammadi Angkasapuri.

Pendek kata, tiada masalah sebenarnya, sebaliknya anak perempuan kepada Ketua Umum PKR itu sahaja menimbulkan polemik untuk kepentingan politik songsang parti anak beranak yang diwakilinya.

Lebih-lebih lagi selama ini imej Nurul Izzah hanya dekat dengan gereja sahaja, termasuklah yang terbaru menyertai forum dalam Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ, Selangor yang baru-baru ini kecoh dengan perakuan Naib Presiden PKR itu yang mahu kebebasan agama turut merangkumi orang Melayu Islam.

Mahu tak mahu, untuk naikkan semula saham politiknya dikalangan orang Melayu Islam maka terpaksalah mempolemikkan isu masjid pula, hatta walau terpaksa melakukan fitnah sekalipun demi kepentingan politik peribadi.

Akhirnya jadilah ibarat tolong 'meruntuhkan' masjid apabila sengaja mencetuskan kesangsian dikalangan orang ramai dengan memesongkan fakta konon Masjid Ar-Rahman akan ditutup selamanya oleh Kerajaan Pusat.

5 Disember 2012

Apa cerita Safie Sali dengan Negeri Johor? Klik,baca ni!

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) terus berbelanja besar dalam persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Semalam, Setiausaha PBNJ, Suhairi Hashim mengesahkan telah mendapat surat pelepasan daripada kelab Liga Super Indonesia (ISL), Arema Indonesia bagi mendapatkan khidmat penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali secara pinjaman musim depan.

Suhairi berkata, surat yang ditandatangani oleh Pengarah Arema, Ruddy Widodo menyatakan, Safee akan menyarung jersi Johor selama setahun bermula dari 1 Disember 2012 hingga 30 November 2013.

“Safee sepatutnya hadir malam ini (semalam) untuk menandatangani kontrak tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan terikat dengan peraturan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang tidak membenarkan pemain kebangsaan keluar daripada kem latihan mereka sepanjang kempen Piala Suzuki AFF 2012.

“Namun, kami (PBNJ) telah mendapat pelepasan daripada Arema yang membenarkan Safee beraksi bersama Johor. Saya ada bukti dan saya boleh tunjuk kepada umum.

SAFEE (kanan) menyerahkan dokumen kontrak kepada presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas menandatanganinya di Wisma FAM, Kelana Jaya malam tadi.
“Jika segalanya berjalan seperti yang dirancang, Safee akan beraksi bersama Johor. Kami memang bersungguh-sungguh untuk membawa masuk Safee dan mahu menyelesaikan perkara ini dalam tempoh dua hari sebab tarikh tutup pendaftaran pemain akan tutup pada 6 Disember (esok),” kata Suhairi ketika ditemui pemberita di Hotel Prince Kuala Lumpur malam tadi.

Terdahulu, sidang akhbar yang dirancang PBNJ untuk majlis menandatangani kontrak Safee tidak dapat diteruskan kerana pemain berusia 28 tahun itu tidak dapat hadir kerana terikat dengan peraturan FAM.

Situasi itu menyaksikan Suhairi bersama Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bergegas ke Wisma FAM, Kelana Jaya malam tadi bagi mendapatkan tandatangan Safee.

Mengulas mengenai yuran pinjaman dan gaji Safee, Suhairi berkata: “Berhubung perkara itu, kami tidak boleh dedahkan dan ia adalah rahsia,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau memberi gambaran bahawa Safee akan mendapat gaji yang lebih baik daripada apa yang diterimanya bersama Arema.

Kosmo! difahamkan Safee ketika ini menerima gaji sebanyak RM90,000 sebulan daripada Arema dan ia memberi bayangan bahawa dia akan menerima gaji sekurang-kurangnya RM100,000 sebulan bersama Johor.

Pada 1 Februari lalu, Safee telah menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun bersama kelab Indonesia itu dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2 juta. Kontrak dua tahun itu termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai yang dibayar oleh kelab, tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh kelab dan penghormatan sebagai kapten pasukan.

Kontrak Safee bersama Arema akan tamat pada 2014.

Sebelum ini, lima pemain kebangsaan iaitu Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak dan Azmi Muslim serta bekas pertahanan Terengganu dan Harimau Muda A, Muslim Ahmad telah menandatangani kontrak untuk beraksi bersama Johor musim depan.

1 Disember 2012

Nah... UMNO Tayang Video PAS di PWTC... Klik!



Isu doa PAS agar Umno dan Barisan Nasional (BN) dihancurkan dan dakwaan bahawa parti itu murtad kerana tidak menegakkan Islam menjadi topik hangat Perhimpunan Agung Umno 2012.
Lebih menghangatkan sesi perbahasan yang masuk hari ketiga dan terakhir itu ialah apabila perwakilan dipaparkan dengan dua klip video yang menunjukkan dua pemimpin PAS berbuat demikian pada muktamar mereka di Kota Baru pada pertengahan bulan lalu.

LANTANG... Wakil Arau Fathul Bari Mat Jahaya bersemangat ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada hari terakhir sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 kali ke-66 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat. 

-fotoBERNAMA

Ketika membahaskan usul agama dan pendidikan, perwakilan Perlis, Fathul Bari Mat Jahya mencuri tumpuan perwakilan apabila menayangkan klip video adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat membacakan doa meminta kehancuran Umno dan BN serta video sidang media Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa Umno sebagai parti murtad.

Paparan video itu ternyata membangkitkan reaksi marah di kalangan perwakilan dan pemerhati Umno sama ada yang berada di dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mahupun yang menyaksikan di ruang legar bangunan tersebut.

Bagaimanapun Fathul yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia menyeru agar pemimpin dan ahli Umno memaafkan PAS dan ahlinya walaupun parti itu sering melabel dan menjatuhkan hukum tertentu terhadap Umno.

"Maafkanlah..maafkan mereka," katanya sambil disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Mengulas lanjut Fathul berkata, berdoa untuk kehancuran dan keburukan orang lain khususnya sesama Islam adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

"Kaedah berdoa itu tidak betul. Sebaiknya kita doakan kebaikan kepada pemimpin kerana apabila seseorang pemimpin itu baik...maka ia akan memberikan kebaikan kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya.

Perdana Menteri pohon maaf atas segalanya... Klik & baca ni!

Sentiasa Merasakan Sebagai Hamba Yang Sedia Berkhidmat Sesama Muslim
Rasulullah bersabda:
” Ya Allah sesiapa sahaja di antara ummatku yang diamanahkan untuk mengurus ummatku lalu ia menyukarkan mereka, maka Engkau sukarkanlah ia. Dan siapa saja yang memudahkan urusan mereka, maka permudahkanlah ( urusan ) dia.








29 November 2012

PAS, penipu... Klik, baca ni!

12 Kali PRU PAS Bohongi Rakyat

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan perasmian serentak Perhimpunan Agung tiga sayap utama UMNO ada menyebut, "Cukuplah. Cukuplah sepanjang 12 kali pilihan raya, 12 kali Pas berbohong kononnya parti itu berjuang untuk menegakkan Islam.

" Beliau berkata demikian ketika merujuk pada hala tuju perjuangan PAS yang ternyata hanya bijak memperalatkan agama Islam untuk kepentingan politik kepartian.

Selanjutnya beliau meminta rakyat supaya mengambil kesempatan PRU 13 nanti untuk memastikan PAS tidak lagi bebas untuk terus berbohong dengan berselindung disebalik retorik agama yang mengelirukan.

Barangkali menyedari betapa pedasnya teguran oleh Timbalan Presiden UMNO itu, tak semena-mena para penyokong PAS dan PR menghamburkan kemarahan mempertikaikannya.

Memang agak pahit untuk penyokong pembangkang menerima kebenaran kenyataan itu sekalipun terbukti benar sejak 61 tahun PAS ditubuhkan hanya gembar-gembur propaganda sahaja yang mampu PAS utarakan kepada rakyat.

Mudah untuk PAS berjanji itu dan ini konon asas perjuangan bersandarkan Islam dan sunnah Rasulullah s.a.w, namun realiti dari segi praktikalnya bab kata Tan Sri Muhyiddin kepada PAS, "jauh panggang dari api,"

Lihat sajalah tindak balas lemah oleh kepimpinan PAS ketika timbulnya isu kebebasan agama yang di suarakan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah, sehingga kini PAS gagal mencapai kata sepakat berkenaan isu itu.

Ramai dikalangan pemimpin PAS lebih gemar mengambil pendirian berkecuali atau hanya berdiam diri sekalipun tahu kenyataan anak sulung Ketua Umum PKR itu besar impak negatifnya terhadap akidah orang Melayu Islam.


Malah dalam menentukan siapa yang sepatutnya menjadi PM sekiranya PR diberi peluang memerintah juga PAS gagal tanganinya dengan berkesan sehingga akhirnya ternampak jelas kuasa pemutus sebenarnya berada di tangan DAP manakala PAS cumalah sekadar balaci sahaja.



25 November 2012

KATA PM: Boleh di adakan PRU Ke-13 Disember Ini?


Pilihan Raya Umum Ke-13 Disember Ini?

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan pada Disember ini, walaupun negara dilanda musim tengkujuh.

Beliau yakin walaupun musim tengkujuh, jentera parti politik yang bertanding mampu menghadapi sebarang kemungkinan.

"Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot," katanya dengan nada berseloroh ketika ditanya sama ada PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat atau Parlimen akan dibiarkan terbubar dengan sendirinya.

Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.

Najib, yang juga Presiden Umno, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada tahun depan jika ia tidak diadakan pada bulan depan.

"Kalau bulan Disember tak ada pilihan raya umum, tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember ini," katanya.

Najib mempunyai masa hingga 28 April tahun depan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-13 sebelum Parlimen terbubar dengan sendirinya, dan Suruhanjaya Pilihan Raya wajib menetapkan tarikh pilihan raya dalam tempoh dua bulan selepas itu.

-- BERNAMA

24 November 2012

Nik Aziz lakukan jenayah? Klik!


Adakah undang undang pada Seksyen 24 ini mengecualikan Nik Aziz dari dikenakan tindakan setelah mengata atau menuduh UMNO murtad dan difahami dengan maksud jelas, semua yang menjadi Ahli UMNO ini adalah mendokung pertubuhan yang murtad... 

Tidak di kira bersalah atau telah menjadi satu kesalahan lagi ke, dengan apa yang telah dilakukan Menteri Besar Kelantan ni?

Klik, lihat & baca ENAKMEN di bawah:


22 November 2012

Perhimpunan Bogel Depan Parlimen? Klik, baca ni!


Selepas kegagalan demonstrasi Bersih 2.0, Bersih 3.0 serta Bersih Ambang Malam Merdeka yang berakhir dengan pelbagai aksi ganas dan memalukan, kini kempen berjalan kaki pula dianjurkan oleh pihak pembangkang kononnya demi menyelamatkan alam sekitar dan nyawa manusia.

Kempen perarakan berjalan kaki yang disertai beberapa puluh orang peserta itu kini dalam perjalanan dari Kuantan ke Dataran Merdeka dengan anggaran jarak perjalanan sejauh 300km sempena bantahan terhadap kilang pemprosesan bahan nadir bumi (rare earth) Lynas Advanced Material Plant (LAMP).

Jangkaan awalnya mereka akan sampai di Dataran Merdeka pada 25 November 2012, sesudah itu keesokan harinya mereka mahu berkonvoi untuk berhimpun pula di Bangunan Parlimen bagi menyampaikan bantahan terhadap Lynas.

Mengikut laporan terkini pula, perancangan berarak ke Bangunan Parlimen telah dibatalkan sebaliknya diganti pula dengan rancangan ala anti PTPTN yakni dengan berkhemah di Dataran Merdeka.

Tika ini bahan nadir bumi banyak diproses oleh negara China yang memonopoli dan menguasai sekitar 90-97% pengeksportan bahan tersebut untuk menampung keperluan industri pembuatan elektronik serta pelbagai lagi bidang lain.

Kira-kira dua minggu lalu, Mahkamah Tinggi dalam keputusannya telah membenarkan kilang Lynas beroperasi selepas menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) oleh tiga penyokong PR yang berasal dari Kuantan.

Keputusan tersebut disambut gembira oleh kira-kira 500 orang pekerja dan kakitangan Lynas yang sebahagian besarnya adalah anak tempatan dan terdiri daripada kalangan orang Melayu Islam.

Masing-masing tidak lupa menadah tangan memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Illahi sambil linangan air mata luruh satu persatu membasahi bumi, satu reaksi spontan yang agak menyentuh hati.

Berbeza pula dengan sekumpulan kira-kira 200 orang penyokong PR khususnya daripada Cina DAP dan Cina PKR serta NGO HIJAU Anti Lynas yang turut berhimpun di perkarangan mahkamah yang sama, suasana agak hiruk piruk dengan nada kemarahan dan protes selepas keputusan penghakiman Mahkamah diketahui.

Tidak cukup dengan itu, lima hari kemudiannya NGO HIJAU Anti Lynas yang pro PR mengambil langkah songsang yang dikira satu penghinaan terhadap Mahkamah apabila melancarkan kempen berjalan kaki sejauh 300km sebagai bantahan terhadap Lynas.

Semua peserta perarakan berjalan kaki anti Lynas itu tidak datang sehelai sepinggang. Pelbagai gadget elektronik seperti Iphone, Galaxy Tab, Ipod serta pelbagai SmartPhone dan lain-lain yang komponen dalamannya diperbuat dari bahan nadir bumi dibawa bersama. Bila terluang masa, mereka mengemaskini akaun sosial facebook dan tweeter untuk menghebahkan aktiviti mereka dan menghubungi kaum keluarga dengan menggunakan pelbagai gadget elektronik. 300km berjalan kaki membantah pemprosesan bahan nadir bumi dengan membawa bersama-sama elemen nadir bumi dalam poket dan beg masing-masing.

Haru. Nampak sangat betapa hipokritnya golongan yang membantah kilang pemprosesan nadir bumi Lynas. Pemimpin PR serta penganjur gimik murahan berjalan kaki ini mungkin merasakan tindakan mereka akan menarik perhatian khalayak umum, itu biasalah sebab sudah menjadi resam pembangkang di negara kita ini gemar tenggelam dalam lamunan syok sendiri.

Tanpa mereka sedari, lebih banyak tindakan kebudak-budakan yang mereka lakukan semakin membogelkan diri mereka sendiri. Malah mengundang perasaan mual dan pandangan jelik dari masyarakat umum terhadap parti pembangkang.

Sama ada perhimpunan di Bangunan Parlimen ataupun perkhemahan di Dataran Merdeka yang mana satu menjadi kenyataan, maknanya tetap sama seperti kita tengok sekumpulan manusia berhimpun atau berkhemah sambil berbogel mendedahkan sikap hipokrit masing-masing.

Bukan begitu?












DAP lebih 'berkuasa' jika Anwar jadi PM... Baca ni!

Tunku Abdul Aziz
Rakyat di negara ini khususnya masyarakat Melayu diingatkan tidak ghairah menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sehingga sanggup memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (gambar) berkata, perkara itu memandangkan sekiranya Anwar dipilih menjadi Perdana Menteri, pihak yang sebenarnya berkuasa adalah DAP.

Menurutnya, Anwar memperalatkan DAP untuk mencapai cita-citanya sebagai Perdana Menteri manakala DAP pula mempergunakan Anwar untuk menjadi parti nombor satu di negara ini.

"Mereka saling mempergunakan asalkan impian masing-masing untuk berkuasa akan menjadi kenyataan. "Orang Melayu jangan tertipu dengan menyangka Anwar akan berkuasa, akhirnya kuasa tersebut akan diberikan kepada parti yang didominasi kaum Cina.

"DAP juga akan rasa selamat sekiranya memilih Anwar berbanding calon daripada Pas kerana mereka tidak perlu 'terbeban' dengan penubuhan negara Islam atau pelaksanaan hukum hudud," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendirian Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menolak cadangan akar umbi Pas baru-baru ini supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mengulas lanjut, Tunku Abdul Aziz berkata, Pas hanya tiket untuk DAP dan PKR memastikan kemenangan dalam pilihan raya dan mereka langsung tidak berminat terhadap prinsip Islam parti tersebut.

"Lihat sahaja sehingga hari ini, mereka tidak dapat mencapai sebarang persetujuan berhubung pelaksanaan hukum hudud atau penubuhan negara Islam. Mereka hanya minat dengan undi orang Islam sahaja, untuk itu mereka memerlukan Pas.

"Pas harus sedar perkara ini dan kembali kepada agenda asal mereka, jangan biar terus dipergunakan," tegasnya.

Dalam masa sama, beliau turut memberi amaran negara akan porak-peranda sekiranya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri.

"Negara ini akan hancur jika Anwar memerintah, jika tampuk pemerintahan jatuh ke tangan pembangkang, kita hanya boleh menyaksikan keadaan huru-hara. "Pembangkang bukan mahu mengubah nasib rakyat di negara ini, mereka hanya mahu berkuasa demi kepentingan diri sendiri dan bukan demi rakyat.

Jangan tertipu," ujarnya.

Sumber: Utusan.

21 November 2012

Nik Aziz & Nik Razi mula nak lari dari kenyataan... Dayus!


Selepas masyarakat umum dikejutkan dengan doa politik kepartian oleh PAS yang mendoakan kehancuran saudara seagama, sama seperti firaun dan Namrud dihancurkan oleh Allah s.w.t, kini tukang canang doa itu, Nik Razi Nik Mat jadi tak senang duduk dibuatnya.

Tiba-tiba sahaja Nik Razi meminta orang ramai menghentikan polemik dan spekulasi isu doa politik yang dibacanya selepas solat Hajat di Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PAS di Kota Bharu beberapa hari lepas.

Dalam kenyataannya kepada akhbar Sinar Harian, katanya, isu tersebut sudah sampai ke kemuncaknya dan tiada apa lagi yang perlu diperkatakan. Ringkas kata, Nik Razi tidak mahu isu itu terus diperbesarkan.

Menurutnya lagi, "sudah cukup apa yang dilaporkan oleh media mengenai bacaan doa terbabit dan saya mengakui saya membacanya tanpa dipengaruhi sesiapa pun."

Akhirnya selepas dengan sengaja mencuit kemarahan ramai, tersedar juga dari kebangangan sendiri. Tahu juga takut melihat reaksi spontan rakyat.

Dayus rupanya, tak berani nak menegakkan 'kebenaran' doa yang dia sendiri bacakan tanpa hikmah dan langsung tidak mempunyai ciri nur dakwah itu.

Atau sebenarnya wujud tekanan dari pihak atasan PAS yang tidak senang melihat isu doa politik itu semakin hari semakin mencalar imej PAS sebagai sebuah parti politik yang didakwa membawa panji-panji Islam?

Pun begitu jika membuat kenyataan yang bunyinya semacam mengalah itu diharapkan akan membuatkan khalayak umum melupakan isu ini, tentu sekali tidak.

Khalayak ramai tidak lupa, sudah acapkali PAS mempergunakan agama, solat hajat serta doa-doa tertentu untuk tujuan membangkitkan sentimen keagamaan umat Islam untuk kepentingan politik kepartian PAS.

Sebelum ini, PAS melalui Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat yang juga adalah abang kepada Nik Razi pernah menggunakan taktik tidak berhikmah ini dengan membacakan doa supaya dipecahkan perut Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Namun bila ia menyebabkan orang awam menjadi jelik dan meluat dengan gaya politik memperalatkan sentimen keagamaan itu dan kesannya semakin melebarkan jarak masyarakat umum dari PAS, akhirnya Nik Aziz dengan selambanya menafikannya. Dayus juga.

Dalam pada itu, disebalik kehangatan isu doa politik tiba-tiba pula Nik Aziz menafikan pernah menuduh UMNO telah murtad dari Islam. Katanya kepada Sinar Harian Online, berita yang menyebut beliau mendakwa UMNO telah murtad adalah fitnah rekaan sahaja.

Tabiat biasa Nik Aziz macam itulah, bila kenyataannya menjadi hangat dan mengundang kemarahan ramai, kalau dia tak putar belitkan jawapan pembelaannya untuk menegakkan benang basah, lain caranya dia akan tuduh media telah memfitnahnya.

Skrip sama sejak dulu hingga sekarang, tak pernah berubah. Malu hendak mengaku kesilapan hasil dari keegoaan sendiri. Sekarang penyakit menyalahkan orang lain di atas keceluparan mulut sendiri dah berjangkit pada adiknya.

Lengkaplah sudah kedua-dua manusia paling bongkak atas muka bumi ini sebagai adik beradik paling dayus, gemar mengata buruk pada orang lain tapi bila mendapat reaksi balas dan kecaman ramai, terus menggelupur sampai terbelit diri sendiri.

20 November 2012

PAS yang 'KO' kerana zalim... Baca ni!


Para pemimpin PAS dalam reaksi mereka mempertahankan doa BN KO yang dibacakan Nik Razi Nik Mat, adik kepada MB Kelantan itu beralasan doa tersebut menepati senario negeri Kelantan yang kononnya tertindas dan dizalimi UMNO dan BN.

Siapakah sebenarnya yang sedang menzalimi rakyat? Dan siapakah yang sedang memerintah Kelantan tika ini?

Sejak 22 tahun lalu PAS adalah pemerintah di Kelantan dengan diketuai Nik Aziz sebagai MB, jika lojik menzalimi rakyat Kelantan mahu digunapakai, sewajarnya ia ditujukan pada Nik Aziz dan PAS.

Yang menyebabkan tanah negeri dan rakyat Kelantan seluas 716.8 ekar di Lembah Sireh dipindah milik tanpa mengikut peraturan bukannya disebabkan oleh Kerajaan Pusat pimpinan BN, sebaliknya dilakukan oleh pemimpin PAS yang menguasai Kerajaan Negeri.

Tidakkah ini jelas satu kezaliman dan pecah amanah. Tatkala rakyat memberi amanah menjaga harta negeri, tapi pemimpin PAS pula sesuka hati memindah hak milik tanah kepada syarikat swasta.

Yang terlibat menyerahkan hak pengurusan tanah seluas 80,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat Cina Singapura dan Cina DAP ialah pimpinan PAS negeri sehingga kesannya rakyat yang meneroka kawasan tersebut menderita manakala tanah adat Orang Asli pula semakin mengecil.

Apakah itu bukan satu kezaliman apabila hak rakyat dinafikan sedangkan syarikat swasta dan orang luar pula diberi perhatian sehingga mampu mengaut untung berjuta ringgit?

Yang mengakibatkan hampir 40% rakyat Kelantan masih dibelenggu dengan masalah bekalan air bersih semuanya disebabkan kegagalan urus tadbir pemimpin PAS, bukannya pemimpin BN.

Tidakkah ini menzalimi rakyat sedangkan tanggungjawab kerajaan negeri sepatutnya mengambil berat permasalahan rakyatnya?

Hatta kerugian hampir RM50 juta wang rakyat yang terpaksa dibayar pampasan kepada syarikat Thames Water dari England (KWSB) juga disebabkan kecuaian kerajaan negeri pimpinan PAS Kelantan.

Sia-sia saja hampir RM50 juta hangus begitu sahaja, sedangkan dengan wang tersebut jika bijak diuruskan boleh diguna pakai untuk menyediakan paip saluran air bersih yang panjangnya berpuluh kilometer dan mampu menyenangkan beribu buah keluarga yang sekarang ini menghadapi masalah bekalan air.

Demikian halnya dengan permasalahan pekerjaan sehingga memaksa ratusan ribu rakyat Kelantan terpaksa merantau ke negeri-negeri lain. 22 tahun PAS memerintah, jumlah perantau bukannya kian menurun sebaliknya saban tahun terus meningkat.

Bukankah ini zalim namanya apabila kerajaan negeri gagal membantu menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya?

Siang dan malam para pemimpin PAS cuma tahu berceramah sambil si petugas PAS mengusung uncang dan tin milo meminta rakyat menyumbang duit kepada parti. Apa rakyat dapat? Air liur saja.

Amanah yang rakyat berikan kepada PAS di Kelantan sengaja diabaikan dengan berselindung disebalik kopiah dan serban serta ceramah politik, tidak selamanya rakyat akan tertipu dengan permainan politik sebegitu.

Sebetulnya, yang sebenar-benarnya sedang menzalimi rakyat tika ini tidak lain dan tidak bukan ialah pemimpin PAS sendiri. PRU 13 kelak yang akan KO bukannya BN ataupun UMNO, sebaliknya PAS.

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.