GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

26 January 2011

" Kalau tak mau orang kata kat kita gila, jangan kita kata kat orang la PAS oiii..."


Apa yang Nik Aziz tak kata kepada parti UMNO ? CELAKO & pergi jahanam , UMNO kafir .......itu cakap orang bersopan ke PAS oiii ?






Nik Aziz ungkapkan perkataan celako , pergi jahanam itu tak celupar ke ? 
Selama ini Nik Aziz kata kepada UMNO tidak pernah pun beliau tarik balik perkataannya itu....

Mael Pengerang:
Sendiri mau ingat la...

25 January 2011

Doa Syiah Khawarij Azariqah???


Adakah doa dari puak Azariqah ini akan diperkenankan oleh Allah swt???. Kita tunggu keputusan PRK Tenang nanti.
 
 


Undi calon PAS mendapat barakah??? Ehemmm!!!
Sumber imej dari: Mohd Sayuti Omar (MSO)



Ini doa untuk kaum Khawarij Azariqah sendiri
Sumber imej dari: DIMENSI

Azariqah ini adalah salah satu cabang puak Syiah Khawarij yang banyak menyimpang dengan ketuanya bernama Abu Rashid Nafi bin Azraq. Kumpulan ini pernah berkuasa di Persia selama 17 tahun.

Antara kepercayaan golongan ini ialah:-

1. Setiap Muslim lain yang berbeza dengan keyakinan Azariqah adalah dianggap musyrik

2. Sesiapa yang tidak mahu memasuki golongan ini darahnya halal untuk ditumpahkan.

3. Mereka menganggap Saidina Ali bin Abi Thalib adalah kafir manakala pembunuhnya pula; Abdul Rahman Maljam sebagai pahlawan, dan mati syahid.

4. Kelompok ini juga mengharamkan kelompok bersolat bersama Muslim lain.

5. Kelompok ini juga mengharamkan perkahwinan dari golongan mereka dengan Muslim di luar kelompok.

6. Mereka juga mengharamkan kelompok mereka memakan daging sembelihan oleh Muslim yang lain;

7. Mereka menganggap pelaku dosa besar adalah kafir dan kekal dalam neraka.

8. Mereka meniadakan hukum bagi penzinaan dan tiada hukuman rejam bagi lelaki, tetapi bagi penzina wanita hukum dan hukuman tetap dilaksanakan.
 
Di petik dari : mulutmelayu-REALITI

24 January 2011

VIDEO PAS BERDOA di PRK Tenang...



Rasulullah ketika berdakwah di Thaif kena baling batu dengan orang kafir quraisy pun,nabi boleh lg doa beri hidayah kepada kaum kafir quraisy,doa beri hidayah bukan doa untuk kehancuran...

Adakah PAS tidak ingat dengan ini semua???

Bertaubat la...

23 January 2011

Tenang: Roket Di Junjung,Bulan Gerhana

Sekitar penamaan calon di Tenang,
terbukti khawarij tunggangan DAP.

Apek DAP tak payah buat kerja susah susah,tidor lagi bagus,khawarij PAS tunggangan mereka tolong kempen Middle Malaysia walaupun yang bertanding adalah PAS.




Berebut kuasa politik dengan menggunakan kaedah agama bukan baru bagi umat Islam. Menggunakan agama Islam untuk desepsi politik bermula di antara pengikut Syaidina Ali dan pengikut ummaiyah dan terhasilnya Aliran Syiah. Kerakusan kuasa pol...itik Nasionalisma Arab dalam Islam wujudnya Aliran Wahabi. Kerakusan untuk berkuasa menggunakan atas nama Islam di Negara Malaysia wujudnya Parti Politik PAS. Manusia senang ditipu, yang kena tipu akan menipu yang lain yang belum kena tipu. Parti Politik Islam PAS cuma berfungsi untuk inginkan kuasa politik tetapi ramai di antara kita tidak faham apakah erti sebuah Pari Islam dan Parti Politik Islam. Pas cuma sebuah parti politik seperti PKR atau pun DAP atau BN. Tidak lebih dari itu. Pas tidak akan membawa ummat Islam kemana-mana seperti Di Afganistan Taliban janji bukan main hebat tentang Islam tetapi apabila dapat kuasa apa yang terjadi?.

 Adakah doa sebigini yang terbaik bagi PAS... 

20 January 2011

ANWAR TERUS KECICIRAN... Siapa Anwar???

21 DALIL PAS ADAKAH PARTI ISLAM...

Atau PARTI AJARAN SYAITAN lidah bercabang ....WalHARAmu ..... WalHALALku .............


Berikut adalah himpunan dalil yang menunjukkan PAS adalah antara perkara-perkara ajaib di dunia ini, di samping Taj Mahal dan Piramid;

PADA MULANYA…

01- Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)


KEMUDIANNYA..

PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.

PADA MULANYA…

02- Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

KEMUDIANNYA..
Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

PADA MULANYA…

03- PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”

KEMUDIANNYA..
Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

PADA MULANYA…


04- PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga ?Babi”

KEMUDIANNYA..
Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?!Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.

PADA MULANYA…

05- PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA..

Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.

PADA MULANYA…


06- Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

KEMUDIANNYA..

Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

PADA MULANYA…


07- Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA..

Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

PADA MULANYA…
08- PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”

KEMUDIANNYA..
PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

PADA MULANYA…

09- PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA..
PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

PADA MULANYA…

10- PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

KEMUDIANNYA..
PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)

PADA MULANYA…


11- PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

KEMUDIANNYA..
PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.

PADA MULANYA…

12- PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA..
Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

PADA MULANYA…


13- Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.

KEMUDIANNYA..

PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

PADA MULANYA…

14- PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara

KEMUDIANNYA..

PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

PADA MULANYA…

15- PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”

KEMUDIANNYA..

PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

PADA MULANYA…

16- PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”

KEMUDIANNYA..

PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

PADA MULANYA…

17- PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”

KEMUDIANNYA..PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah.

PADA MULANYA…


18- PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

KEMUDIANNYA..

PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

PADA MULANYA…

19- Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

KEMUDIANNYA..
PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.

PADA MULANYA…

20- PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam

KEMUDIANNYA..

PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

PADA MULANYA…

21- PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

KEMUDIANNYA..
PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.

by: penulis_cyber

Nak demam, Debat la.... Ohhh tidak... bincang je kata Anwar

Kalau dah belit...belit jugak...
Takut terlondeh la tu...


KLIK SINI n9kini.com - 11 Jan 2011
Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai kemampuan melaksankan pelan 100 hari seperti yang dibentangkan pakatan pembangkang itu...

 KLIK SINI n9kini.com - 20 Jan 2011
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai “Pelan 100 Hari” pembangkang sebaliknya hanya mahu berbincang...
Bagaimana Anwar kononnya berlagak jaguh mahu berdebat dengan Ds Najib sedangkan PM baru saja berdehem Anwar terus buat "U -Turn".

Ds Najib berkata, Anwar tidak perlu berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu 'demam' jika dibongkarkan ketika berdebat.

Tiba tiba Anwar berubah rentak,apa rahsia yang Anwar takut sangat didedahkan oleh Ds Najib?
Sebelum ini begitu garang menyinga sekarang ini kecut tak keruan.

Orang ini yang menghancurkan ekonomi negara mahu berbicara soal ekonomi?Sejarah membuktikan Anwar sendiri merosakkan negara semasa menjadi TPM dan Menteri Kewangan.

Retorik Anwar tiada kesudahan,mahu berlagak hebat kononnya beliaulah penyelamat dunia.Inilah kononnya yang dikatakan "anugerah tuhan" yang lagaknya bak sesumpah.

Sumber lain : KLIK SINI - PISAU.NET 

19 January 2011

PRK Tenang : Sah!!! anak tempatan menjadi calon BN

BN telah mengumumkan calon muda dan berwibawa berumur 39 tahun, seorang profesional yang sebelum ini bertugas sebagai penolong pegawai daerah  (ADO) di Rengit...

Mohd Azhar bin Ibrahim, orang muda, berpendidikan dengan lulusan luar negara dan tokoh disegani di sekitar Labis menjadi calon pilihan BN. Apatah lagi bukan mudah, walaupun sekarang selesa sebagai ADO, dengan jawatan dan gaji yang baik, namun sanggup letak jawatan demi untuk rakyat Tenang, perjuangan demi agama, bangsa dan negara tetap didahulukan. Inilah semangat yang orang muda patut tunjukkan.. sirih pulang ke ganggang!!!


Mungkin inilah yang diwarisi daripada bapanya, Beliau yang merupakan anak kepada tok penghulu Ibrahim seorang tokoh politik UMNO dan Barisan Nasional yang pernah menjadi wakil rakyat lewat 80an dulu. Bapa beliau merupakan seorang yang dihormati dan disegani.


Lawan beliau ialah bukan anak tempatan, berasal dari Ledang. Seorang bekas guru yang meletak jawatan 24 jam kerana kemaruk nak menjadi calon PAS. Dahlah bekas guru, tak reti bersyukur, makan gaji, dapat elaun itu dan ini.. kalau bonus dapat sikit.. siap maki hamun lagi...memang inilah dia perangai orang PAS...


BN memilih calon yang tepat untuk berhadapan calon PAS.. orang muda lawan orang muda dan anak tempatan lawan bukan anak tempatan..

18 January 2011

ANALISIS POLITIK: PAS Akan Jadi Mangsa Korban Politik DAP-PKR



PAS perlu melupakan agenda penubuhan negara Islam yang menjadi cita-cita parti Islam itu jika terus bersama pakatan pembangkang, kata penganalisis politik.

Ini kerana, menurut mereka, PAS sering kali ditentang hebat oleh rakannya iaitu DAP mengenai agendanya dan tiada gunanya PAS terus berada dalam gabungan tersebut jika benar-benar mahu meneruskan agenda negara Islam.

"PAS tidak perlu bermimpi bahawa DAP akan menerima agenda negara Islam yang diperjuangkannya kerana DAP dari dahulu lagi tetap dengan agenda negara sekular. Adalah lebih baik PAS berjuang sendirian dan keluar daripada pakatan pembangkang bagi mengekalkan survival parti.

"PKR pun tak ada kenyataan rasmi yang mengatakan mereka menyokong agenda yang dibawa PAS. PAS akan menjadi korban politik mereka (DAP dan Parti Keadilan Rakyat-PKR) jika terus bekerjasama dengan pakatan," kata penganalisis politik Asri Salleh ketika dihubungi Bernama.

Pensyarah Sains Politik di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun, Terengganu itu juga berkata sekiranya terus berada dalam gabungan tersebut, agenda PAS untuk menubuhkan negara Islam lebih kepada retorik semata-mata bagi mengekalkan kuasa dan sokongan parti itu.

Beliau berkata agenda negara Islam yang diperjuangkan PAS juga terpaksa dibelakangkan kerana perlu mendokong agenda yang dipersetujui bersama DAP dan PKR.

"Jadi PAS terpaksa berkompromi menggadai dasar perjuangannya demi politik. Pada saya, PAS akan menjadi lebih baik jika berada di luar pakatan pembangkang berbanding berada di dalamnya yang dikhuatiri akan menghancurkan parti itu kelak," katanya.


Pada 9 Jan lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan akhbar berkata bahawa PAS akan tetap melaksanakan agenda negara Islam dan tidak akan tunduk terhadap sebarang tekanan termasuk daripada rakan dalam pakatan pembangkang.

Namun, Abdul Hadi menerusi blognya keesokannya, menafikan laporan akhbar itu yang disifatkannya tidak benar, sebaliknya menjelaskan bahawa PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan yang ingin dilaksanakan adalah semestinya dalam ruang lingkup perlembagaan dengan Islam sebagai agama rasmi negara.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin juga berpendapat bahawa PAS perlu keluar dari gabungan DAP dan PKR yang dilihat semakin menghancurkan parti itu.

Katanya, agenda negara Islam yang disuarakan PAS termasuk baru-baru ini dilihat bertujuan bagi menguji penerimaan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

"PAS mula dilihat mahu lari dari pakatan itu dan mula membangkitkan mengenai negara Islam. Pada saya ini adalah tanda-tanda PAS nak keluar dari pakatan pembangkang," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata sekiranya pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang, PAS tetap akan menjadi parti yang ketiga dalam gabungan itu ekoran mempunyai bilangan kerusi yang sedikit.

"Tidak ada ruginya PAS keluar. Nak bincang pasal negara Islam mestilah dengan parti Melayu. PAS jika bersama Barisan Nasional (BN), pasti dia akan mendapat tempat yang lagi bagus. Dalam pakatan tak dapat apa-apa. Jadi elok fikirkan mengenai kerajaan perpaduan demi kepentingan rakyat," katanya.
- Bernama.
Punca segala masalah yang dihadapi Pas sekarang.... Kerana Al-Jub... sokongan  terhadap Pas semakin merosot....
AL-KISAH....
Pemimpin Pas pusat tidak berani bersuara untuk meninggalkan pakatan supaya kekal bersendirian, kerana tidak mahu dilihat oleh penyokong sebagai menentang Mursyidul Am parti itu – Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Walau pun ramai antara mereka tidak senang dengan telatah pemimpin dan dasar perjuangan pakatan, tetapi kerana Nik Aziz masih berkeras mahu sekandang dengan DAP dan PKR, maka hasrat membebaskan Pas dari cengkaman dua parti berlainan dasar itu tidak mampu dilakukan.

Malah untuk bersuara pun tak berani. Kecut dan takutkan herdikan Nik Aziz yang garang dan bengis apabila ada yang berani tegur dan kritik pemimpin dari PKR atau DAP. Apatah lagi kalau dibangkitkan soal membawa Pas keluar pakatan.

Buktinya, Timbalan Presiden Nasaruddin Isa pernah kena ‘balun’ oleh Nik Aziz hingga tepersok ke sudut. Sampai hari ini Nasa masih tidak berapa disenangi oleh puak Nik Aziz.

Kebergantungan Hadi Awang selaku Presiden Pas kepada Nik Aziz menghairankan ramai orang. Mereka yang pernah menyokong Pas dulu berasa hairan kenapa Hadi begitu tunduk dan lentok bila berdepan dengan teguran Nik Aziz.

Terbalik kuang.... macam Nik Aziz pulak yang lebih berkuasa daripada Hadi....

Hakikatnya, nyatalah bahawa kesediaan Pas kekal bersekongkol dengan DAP dan PKR dalam pakatan yang tidak berdaftar itu memungkinkan Pas semkin merosot dari segi politik yang memerlukan sokongan rakyat, terutamanya kaum Melayu.

Selagi Nik Abdul Aziz masih hidup, selagi itu Pas tidak akan berjaya ditarik keluar daripada kandang pakatan.


Dipetik dari SATU MELAYU....

SAJAK UNTUK MU ANWAR.....


SAJAK ,KUASA SI NYAMUK
KERANA SI NYAMUK LAH KAU HILANG JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI
KERANA SI NYAMUK KAU MENYEMBAH BUMI
KERANA SI NYAMUK KAU TERKURUNG DALAM PAGAR BESI
KERANA SI NYAMUK KAU MAKAN HATI
KERANA SI NYAMUK KAU JADI GILA BABI
KERANA SI NYAMUK KAU TAK DAPAT TIDUR DGN SHIDAH LAGI
KERANA SI NYAMUK ORG KENAL KAU SEBAGAI AGEN YAHUDI
KERANA SI NYAMUK KAU TERPAKSA SEMBAH DAP
KERANA SI NYAMUK DIRI KAU DI LIHAT KEJI
KERANA SI NYAMUK KAU GIGIT JARI
KERANA SI NYAMUK MUKA KAU RISAU SAMPAI PUCAT LESI
KERANA SI NYAMUK ORG TAU KAU MAIN DILUAR TABII
KERANA SI NYAMUK KAU DIGELAR SIKUNYIT ABADI
KERANA SI NYAMUK ORG PANGGIL KAU PEROSAK BUMI
KERANA BISA SI NYAMUK LAH KAWAN-KAWAN BAIK KAU DTG MENCARI UMMI
KERANA KEIKHLASAN NYAMUK JUGALAH KAWAN-KAWAN BAIK KAU SANGGUP JADI SAKSI, TAK KE PELIK KUASA ILAHI
AKHINYA KERANA SI NYAMUK KAU AKAN MATI
( DARI SEGI KARIER POLITIK MU) 
BERKUBUR, TALQIN BUAT ANUuuuuu ...WAR.
MA ROB BU KA , MANA HANG SUKA , SHURGA ATAU NERAKA, 
JAWABLAH WAHAI ANU...WAR

nukilan : UMMI HAFILDA

17 January 2011

Anwar, Bila Nak Saman Ummi?


 
Ummi Hafilda ni siapa?  Kecik je kalau diikutkan kedudukkan dalam masyarakat, dibandingkan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan lain-lain, tak terkecuali Ahmad Shabery Chik yang Anwar pernah berdebat di kaca TV. 

Tapi yang kecik inilah Anwar paling takut sekali.
Kenapa dan mengapa Anwar pilih untuk takut dengan nyamuk?  Itu yang kita nak bongkar dalam penulisan hari ini.

Sebelum ini siapa yang tak kenal dengan Anwar - raja saman, pantang ‘orang berkenaan’ ada sebut nama dia sikit, dia akan saman walaupun kawan tu hanya menjawab soalan pemberita. 

Terutama Tun Dr Mahathir, jangan salah cakap je, nescaya saman akan menyusul, paling koman pun ugutan nak menyaman seperti dalam kes komen Tun pasal kes Anwar yang didedah Wikileaks.  Dengan Perdana Menteri pulak, dia cabar untuk debat soal 100 hari janji kosong pembangkang kalau berjaya memerintah negara. 

Beza dengan dia yang banyak masa, Perdana Menteri ada tanggungjawab yang lebih besar untuk menguruskan negara ini dibanding berdebat dengan bekas banduan yang disahkan mahkamah sebagai peliwat. Buang masa satu hal, buat jatuh maruah satu hal lain.

Pendek kata, Anwar suka tunjuk berani (saman) dan bagus (debat) dengan orang-orang besar (gajah).
Alih, bila Ummi Hafilda desak dia untuk debat, dia gigil, dia takut, dia paranoid sampai diberitakan dimasukkan ke hospital di Kuantan dalam perjalanan balik dari Terengganu, kenapa?  

Kalau ikutkan bahasa, nyamuklah paling senang nak bunuh, pakai tangan boleh, pakai Ridesect boleh atau habeh tidak pakai kelambu tapi yang itu kecik dan senang dihapuskan itulah si Anwar takut.  Dengan orang besar dia berani pulak.

Depan media Anwar cakap cabaran Ummi Hafilda nyamuk tapi lepas tu Anwar masuk hospital, tak faham lagi apa maksud?

Bukan setakat terkucil, berita mengenainya pun jarang-jarang kita baca dalam media pembangkang terutama selepas sidang media Ummi tempoh hari.  Berbeza bila Rahimi Othman buat press conference mengenai dia ditahan dan dipaksa membuat cerita meliwat Saiful oleh Latheefa Koya, banyak berita mengutuk Rahimi oleh media pembangkang. 

Tapi tidak kali ini.

Semua ini buat kita yakin bahawa sememangnya Anwar dipihak yang salah dan Ummi dipihak yang betul.  Satu-satunya jalan ialah Anwar membuktikan kepada dunia bahawa Ummi salah dengan membuat ujian DNA membuktikan Afifa itu bukan anaknya, itu penting, yang lain tu berperang sangatlah di mahkamah.

Ada berani ka?  Mau lawan ka?
 
Sumber dari MyKMU.net

PRK TENANG: BIODATA CIKGU MALA - CALON PAS DI TENANG!!


 
Pengumuman nama Normala, 38, yang juga Ketua Muslimah PAS Labis, dibuat di Labis, Ahad oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis yang turut dihadiri oleh presiden Keadilan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan penasihat DAP Lim Kit Siang.Bukan dulu PAS tidak membenarkan orang perempuan jadi pemimpin ke?? Dengan kata lain tak boleh jadi calon. Dibacanya hadis “Lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita”. Kenapa sekarang boleh pulak??
 

Dikenali lebih mesra dengan nama Cikgu Mala, beliau merupakan salah satu nama yang telah disenarai pendek oleh parti tersebut bagi menghadapi calon BN pada pilihan raya kecil yang akan dilangsungkan pada 30 Jan nanti.
Bukan setakat itu saja, malah wanita tidak dibenarkan kerja malam. Itu dulu rupanya tapi sekarang, boleh pulak? Sekarang dah ada wakil rakyat perempuan pluak…Apa ni?? Apa dah jadi dengan PAS, sekejap boleh sekejap tidak.

Alasan kononnya untuk kesesuaian dengan keadaan masa sekarang, untuk menjaga kaum wanita…Kalau gitu sama lah dengan alasan yang diberikan oleh UMNO dulu…Tapi waktu itu kenapa PAS menentang dan tak dapat terima? 
 
Kalau ikut biodata Cikgu Mala, si kacang lupakan kulit ni bekas guru yang mendapat pendidikan di Maktab. Ramai kaum wanita yang memohon jadi cikgu dan tercicir tetapi cikgu ini dah dapat melawan kerajaan pulak! Ikutilah biodata Cikgu Mala penderhaka lupa diri. Barisan Nasional (BN) pula akan mengumumkan calonnya pada Rabu nanti.

Biodata Cikgu Mala.. >>KLIK DISINI<< 

Di petik dari : Malaysia United

16 January 2011

Lubang Kubur Tok Guru Makin Sempit




Apa kita panggil ruang seluas 6 kali 8 kaki dengan lorong bermacam-macam saiz dan ada yang hanya seluas 3 kaki di hadapannya. Itulah dia keluasan ruang niaga di Bazaar Tok Guru di Kota Bharu yang tidak ubah akan menjadi kubur pemberian Nik Abdul Aziz kepada peniaga-peniaga Melayu Kelantan.

Pada 12 Januari 2011, lebih kurang 300 orang peniaga Pasar Lama MPKB telah membuat demonstrasi di Kota Bharu kerana tidak berpuas hati dengan Bazaar Tok Guru. Para peniaga ini adalah diantara rakyat Kelantan yang telah diperdayakan oleh manifesto pilihanraya PAS 2008.

Saya telah menulis panjang lebar berhubung dengan skandal Bazaar Tok Guru ini dan apabila saya dedahkan bagaimana rakyat Kelantan kerugian RM50 juta akibat Bazaar Tok Guru angkara menantu Nik Aziz, akhirnya Nik Aziz tiada pilihan melainkan menandatangani surat pemecatan menantu kesayangannya dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Hari ini, tiada penyelesaian yang dapat dilihat oleh peniaga terbabit sebagai penunaian janji oleh Kerajaan PAS Kelantan. Semua perbincangan dan dialog menemui jalan buntu kerana Kerajaan PAS Kelantan tidak dapat mencari jalan menunaikan janji pilihanraya itu. 

Akhirnya, wakil Kerajaan PAS Kelantan hanya mampu memaki para peniaga dan menuduh mereka sebagai tidak bersyukur. ‘Bagi betis hendak peha’ kata mereka.

‘Suruh exco tu bagi betis dia!’ kata saya kepada seorang wakil peniaga. ‘Mari kita pakat takir (cincang) betis dia dengan kapak,’ tambah saya.

Lubang Kubor Tok Guru itu hari ini sudah 95% siap. Bagaimanapun ianya di dalam keadaan yang menyedihkan. Bukan sahaja sempit dan tidak selesa untuk peniaga tetapi beberapa keretakan pada konkrit dapat dilihat di sana sini.



Apabila peniaga mengadu soal ruang niaga yang sempit dengan laluan  selebar 3 kaki sahaja, jawapan yang diberikan ialah, ‘jadikan ruang bazaar ini sebagai showroom, barang simpan di stor tempat lain’. Ini bererti setelah membayar di antara RM70 ribu ke RM80 ribu untuk setiap ruang niaga ‘showroom’ 6 kali 8 kaki ini, peniaga terpaksa pula mencari tempat lain untuk menyimpan stok mereka.

Selain daripada itu, pihak pemaju juga telah menghantar pelan berlainan kepada Jabatan Bomba yang menunjukkan ruang laluan seluas 8 kaki. Sedangkan setelah pembinaan dibuat, ruang laluan hanya seluas 3 kaki. Sehingga kini pihak Bomba belum lagi melawat ke bazaar itu.

Situasi ini amat merisaukan peniaga disebabkan ia amat merbahayakan bukan sahaja diwaktu malapetaka tetapi juga kemalangan boleh  berlaku apabila pengunjung sesak di bazaar ini.

Maka sesuailah bazaar ini dengan jolokan Lubang Kubur Tok Guru. Hadiah PAS Kelantan untuk peniaga Melayu Kota Bharu. Penuh dengan resipi membawa petaka dan boleh juga membiakkan maksiat bila ruang sempit dilalui lelaki dan wanita bukan muhrim. Dari pasar lambak, boleh jadi pasar gesel punggung.

Di petik dari: http://kickdefella.wordpress.com













15 January 2011

Anwar lari dari berdebat dengan UMMI.. PAS yang menjawab...

Apa pulak Anwar ni... Kemana lag i nak pegi tu?
Jawab la...
Dia punya kes... PAS di suruh jawab..
Nyamuk ke PAS tu???

KEMAMAN:15 Jan – “Itu hanya soal nyamuk”, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas cabaran Ummi Hafilda Ali untuk berdebat dengannya berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau.

Ummi Hafilda yang merupakan adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998.

Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran debat itu ketika ditemui pada majlis “Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno” di Kampung Geliga, di sini, hari ini yang dirasmikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai cabaran debat yang dibuat oleh Ummi Hafilda pada Khamis lepas itu, Anwar berkata beliau menyerahkan kepada Presiden PAS untuk menjawab isu berkenaan.

Abdul Hadi sebelum itu ketika ditanya berhubung kenyataan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar, Azmin, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, peguam Karpal Singh dan parti PAS kerana salah laku mereka terhadapnya pada 1997, berkata: “Itu nyamuk saja yang dilepaskan, jadi biarlah nyamuk yang jawab”.

Daripada jumlah RM700 juta itu, Ummi Hafilda berkata, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu berhubung skandal seks.

Ummi Hafilda berkata, saman berjumlah RM200 juta terhadap Karpal, RM100 juta terhadap Wan Azizah dan RM100 juta lagi terhadap PAS.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. 

Dipetik dari: n9kini.com : KLIK SINI

BLOGGER PRO PAKATAN DEGIL & KHIANAT - Nik Aziz


KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meng­ingatkan blogger di negara ini supaya tidak menulis isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Beliau berkata, peringatan itu bagi menyedarkan golongan terbabit agar tidak menyalahgunakan kemahiran dan kemajuan teknologi sehingga menyinggung perasaan pihak lain.

“Usahkan blogger, anak kita pun kalau buat salah kita marah. Kita bagi penerangan, sama ada dia nak dengar atau tidak, itu dia punya pasal.

“Macam kita dengan saing (kawan), kalau dia buat salah kita kena tegur. Kalau tak dengar juga, nak buat macam mana. Dia tanggung dosa,” katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah mingguan di Medan Ilmu, di sini, semalam.

Nik Aziz menyatakan demikian ketika diminta mengulas tujuan rancangan pertemuannya dengan 180 penulis blog dan pengguna Facebook pro-Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.
 
 KLIK DIBAWAH UNTUK SETERUSNYA...

 

Tak habis-habis dengan tunjuk sikap biadap...

Assalamualaikum...
Hari ini kawan betul terkedu bila terbaca 1 artikal yang membangkitkan isu azan di masjid harus di perlahankan...
Tak kiralah dari pehak mana pun... Sebagai muslim kita harus bantah tindakan ini... 100% bantah!!!

Untuk paparan penuh sila

Dah tak da keja lain ke puak-puak ni..
Tak habis nak menggugat institusi agama orang lain..

14 January 2011

ISU MPSJ : APA TINDAKAN PAS ?



Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1) Saya meneliti akan perkembangan terbaru mengenai isu larangan Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Ronie liu yang mengarahkan agar Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk menarik balik arahan melarang orang Islam berkerja di tempat yang menyediakan minuman keras.

2) Cuba kita teliti akan kronologi isu ini.

a) Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi.

b) Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

c) Menurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas “inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan”.

d) Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya.

3) Semalam Exco Kerajaan Negeri Selangor telah meminta agar MPSJ membatalkan penguatkuasaan tersebut dengan serta merta.





4) 2 hari lepas, Setiausaha Agung Pas iaitu Dato Mustafa Ali telah meminta agar Pas Negeri Selangor untuk berpegang kepada prinsip yang telah diamanahkan oleh parti.

5) Isu MPSJ ini telah mengimbau semula akan cerita rampasan arak di kedai 7-11 yang pernah kecoh pada tahun lepas.

6) Persoalan saya, adakah Parti Pas akan tunduk kepada arahan YB Ronie Liu atau mereka akan mempertahankan MPSJ ?

Petikkan dari: sohaimi-shahadan.blogspot.com

Malaysian Instinct laman web picisan jalanan



Aku memang pernah dengar pasal Malaysian Instinct ini yang kononnya nak lawan dengan Malaysian Today dan Malaysian Insider , news portal internet. Aku juga sering masuk ke portal Malaysian Insider dan Malaysiakini tapi tak pernah masuk ke Malaysian Instinct entah kenapa aku sendiri tidak tahu dan hari ini kali pertama aku masuk laman web ini walaupun aku geli untuk masuk laman web ini. Aku tahu ini laman web budak budak belaan Khir Toyo yang sekarang ini sedang di dakwa di mahkamah dan Mukhriz. - baca sini

Budak budak dia sekarang ini sedang meracau dan termasuklah Toyol belaan Khir Toyo si Parpukari yang sedang sedap menkedarah duit Khir Toyo.

Bukan aku nak cakap apa lah. Bila aku tenguk tahap artikel yang disiarkan oleh Malaysian Instinct ini aku rasa amat malu dan memualkan . Aku memang lah tidak kenal rapat dengan Dato' Zaki tapi aku ada mengikuti banyak perkembangan Dato' Zaki yang mana Ahad ini beliau akan mengadakan satu program "Amal Ride For Gaza" yang akan mengumpulkan dana untuk rakyat Palestin.

Datuk Zaki memang orang yang sibuk kerana beliau adalah seorang Eksekutif Direktor kepada MRCB. Beliau juga adalah seorang ED yang berjaya dan komited dengan tugasnya di MRCB. Namun dalam kesibukan beliau masih dapat meluangkan masa untuk menguruskan kerja parti. Hubungan beliau dengan Tengku Adnan amat baik dan mereka tidak punyai masalah langsung.Mereka sering meluangkan masa bersama untuk mebincangkan hal hal parti.

Adalah bodoh bagi Malaysian Instinct yang cuba menabur fitnah untuk melagakan Datuk Zaki dengan Tengku Adnan yang mana portal ini tidak langsung membuat home work" tentang hubungan Datuk Zaki dengan Tengku Adnan.Nampak sangat portal ini tidak ada kualiti dan standard dan bagaikan portal jalanan yang tidak bermaruah. Di sini aku menyeru kepada semua pembaca elok lah boikot Malaysian Instinct yang tidak bemoral dan bermaruah ini yang cuba memfitnah pemimpin UMNO kerana dendam peribadi. Sungguh memalukan . itu saja yang dapat aku katakan.

Hei kalau korang tak percaya klik kat Malaysian Inctinct kemudian "refresh" kembali , ha tenguk lah naik angka user seribu orang lagi. Kah kah kah kah.... sebenarnya tak sampai pun 2 orang dalam web mereka.

Petikan dari : KOLE AYAN

Akhirnya tahu siapa sebenarnya ANWAR...




13 January 2011

Umi Hafilda Pula Cabar Anwar, Azmin Debat Kes Liwat 1998






PETALING JAYA: 13 Jan – Selepas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat, muncul pula Umi Hafilda Ali membuat cabaran sama kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Umi Hafilda yang merupakan saksi utama kes perbicaraan liwat melibatkan Anwar pada tahun 1998 itu turut mencabar abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali untuk turut serta dalam debat itu.
Beliau mendakwa, debat berkenaan bagi menjelaskan kebenaran semua fakta yang dibongkarkan 13 tahun lalu yang dikatakan fitnah.
“Selama 13 tahun saya mendiamkan diri dan pelbagai perkara buruk terpaksa saya telan dan sudah tiba masanya saya menegakkan kebenaran dan membersihkan nama saya.
“Kalau benar saya menfitnah mereka, saya cabar mereka untuk berdebat dengan saya. Buktikan kepada semua rakyat negara ini bahawa semua kata saya adalah fitnah,” ujarnya.
Beliau membuat cabaran itu pada satu sidang media yang diadakan di sini pada Khamis.
Ditanya mengenai mengapa beliau mengambil masa selama tiga belas tahun untuk bertindak, Umi berkata, selama ini dirinya bersabar kerana mendengar nasihat ibunya yang tidak mahu melihat mereka adik beradik mengeruhkan hubungan yang sedia buruk.
Namun katanya, kemunculan semula dirinya bukan untuk mencari publisiti tetapi adalah untuk membersihkan namanya dan tidak mahu masyarakat Melayu dan negara ini terus tertipu dengan propaganda pihak tertentu.
Umi turut mencabar Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk melakukan sumpah di dalam masjid bagi menafikan semua dakwaan terhadap suaminya itu.
Umi mendakwa Wan Azizah tahu mengenai suaminya dan hanya mendiamkan diri bagi kepentingan politik.
“Dia tahu siapa ‘anugerah’ itu yang sebenarnya dan segala aktiviti yang dilakukan. Jika semua dakwaan itu tidak benar saya cabar dia (Wan Azizah) bersama-sama Anwar dan Azmin untuk bersumpah di dalam masjid sambil menjunjung Al-Quran jika mereka berada di pihak yang benar,” katanya.
Pada sidang media yang sama, Umi yang ditemani peguam peribadinya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mengesahkan akan meneruskan saman RM700 juta terhadap lima individu yang dinamakan sebelum ini.
Mereka adalah Anwar dan Azmin (RM300 juta), Karpal Singh (RM200 juta) serta Wan Azizah dan parti Pas masing-masing RM100 juta.
Menurut Umi, pihaknya sedang menguruskan dokumentasi perundangan kes itu dan akan menfailkannya dalam masa terdekat.
“Kita akan maklumkan pada media mengenai saman itu dan yang pasti dalam masa terdekat ini,” katanya.
Umi turut memberitahu, semua bukti dan saksi-saksi penting akan dibawa ke mahkamah pada perbicaraan itu nanti.
Malah katanya, akan ada kemungkinan beliau akan memanggil ahli keluarganya sendiri sebagai saksi pada perbicaraan itu nanti.
“Saya ada bukti dan saksi yang tidak mereka jangkakan. Kita tunggu dan lihat,” ujarnya.

Sumber: http://n9kini.com

ANWAR MAKAN PENAMPAR SELIPAR JEPUN!!!


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kalau si Ketua Penipu rakyat itu ada maruah, sudah tentu tindakan Bekas Ketua Pembangkang Selangor ini akan memberi tamparan hebat buat beliau.

Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata beliau telah memulangkan sementara pingat Darjah Kebesaran Negeri Selangor yang membawa gelaran 'Dato Seri'.

Bekas Menteri Besar itu menulis dalam blog beliau bahawa tindakan itu diambil selepas beliau dihadapkan ke Mahkamah berhubung tuduhan rasuah.

Katanya, beliau telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor bagi memaklumkan perkara tersebut dalam bulan Disember yang lalu.

Semalam Dewan DiRaja Selangor telah memperkenankan pemulangan sementara itu bagi pingat Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S).


Ini baru betul seorang yang taat setia kepada Sultan. Bukan macam Khalid Ibrahim dan pemimpin lain dalam pakatan Pembangkang.

Kata taat setia, tapi dalam hati tak ikhlas. Kalau Anwar berani ambil tindakan sebegini, buat lah. Nak tengok jugak. Sejauh mana beliau sanggup menyerahkan pingat dan pangkat yang beliau miliki hari ini.

Tapi sayang. Anwar tidak ada maruah untuk ambik langkah seperti ini. Maruah keluarga pun dia tak mampu nak pertahankan. Inikan pula maruah diri sendiri. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Sumber: SEMUT HITAM

Ummi saman Anwar, Wan Azizah, Karpal, Pas RM700 juta




Ummi Hafilda Ali (gambar) akan memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; peguam Karpal Singh dan Pas, Khamis ini.
Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.
Beliau memberitahu, saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.
“Beliau (Karpal) gembira dengan pendedahan itu dan mendesak di Parlimen agar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil tindakan. Tetapi apabila tindakan diambil, beliau pusing 360 darjah untuk membela Anwar pula sehingga saya menjadi mangsa keadaan.
“Saya ambil tindakan saman ini setelah hilang sabar dengan Anwar dan konco-konconya yang kian angkuh,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ummi Hafilda menambah, saman RM100 juta pula dibuatnya terhadap Dr. Wan Azizah kerana Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tahu apa yang berlaku tetapi tidak mahu mendedahkan kebenaran menyebabkan dia difitnah terlibat dengan konspirasi yang menjatuhkan imejnya.
Katanya, Pas pula disaman RM100 juta kerana mereka pernah menghantar Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu bertemunya juga pada 1997 untuk mendapatkan cerita sebenar.
“Apabila sudah tahu segalanya, beliau merupakan orang pertama menggelar Anwar sebagai peliwat di Parlimen. Alih-alih, setelah segalanya terbongkar, Pas dan Mohamad Sabu sokong Anwar pula,” tegasnya.
Ditanya mengapa baru sekarang tindakan saman itu dibuat, beliau memberitahu, selama ini masih terdapat pertimbangan dalam dirinya berhubung penglibatan darah daging sendiri, Azmin Ali dengan PKR.
“Emak saya juga menasihatkan supaya bersabar dan menyerahkan kepada Tuhan selain sentiasa mendoakan agar Azmin bertaubat.
“Tetapi setelah Azmin dan PKR kian melampau termasuk mahu menghapuskan ketuanan Melayu, saya rasa cukuplah. Apa hendak jadi, jadilah. Saya mengisytiharkan mereka sebagai musuh dan perlu ditentang habis-habisan,” katanya.

12 January 2011

ANWAR GERSANG NAK BERDEBAT......!!!!!


Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim telah mengaburi mata rakyat dengan pelbagai alasan dan penipuan yang telah dilemparkan oleh beliau. Seperti janji 16 September ada lah pembohongan yang besar dan perbuatan khianat beliau.

Kini Anwar mencabar berdebat pula dengan Dati'Sri Najib, sebelum Anwar Hadi Awang yang mengajak berdebat. Macam-macam mereka ini mahu mengaburi mata rakyat dengan membangkitkan isu ekonomi negara yang dulunya Anwar pernah memegang jawatan Menteri Keuwangan selama 8Thn.



Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Senator Ezam Mohd Noor telah mengingatkan kepada Dato'Sri Najib supaya mengendahkan cabaran daripada Ketua Umum PKR itu. Ezam mengatakan tentang pembohongan yang yang dibuat di Selangor dengan berjanji membawa pelaburan Arab yang melabur bebilion ringgit walaupun selepas dilantik Penasihat Ekonomi Selangor, tetapi janji itu tidak ditunaikan.

Ezam mengingatkan "Perdana Menteri dan seluruh negara jangan melayan cabaran seorang pemimpin yang mempunyai banyak masaalah seperti ini".
KLIK DISINI

Sumber :MAYA DELIMA

10 January 2011

Melayu dalam PR sanggup membiarkan dirinya menjadi ‘keldai’ serta ‘dicucuk hidung’ oleh DAP


Kebelakangan ini banyak isu-isu dan kejadian-kejadian yang menjijikkan serta memualkan berlaku di kelompok pembangkang seperti perselisihan faham diantara ahli, penderhakaan, penghinaan keatas martabat agama.

Tapi kawan hairan dengan sikap angkuh serta ego masyarakat yang sebangsa dan seagama dengan kawan seperti tidak sedar dengan sebab musababnya...

Kerana taksub dengan perjuangan peribadi atau individu.... Buta sudah mata... Pekak telinga jadinya...

Yang menyakitkan hati, ada isu atau pun cerita yang berlaku di dalangi oleh pehak tertentu...

Terutama DAP... Yang sememangnya tidak mahu melihat bangsa melayu terus kehadapan... Dan nyata menolak agama Islam untuk terus menjadi agama rasmi Persekutuan kita...

Tapi.... puak-puak melayu PR terus membutakan mata, tetap menutup dan memekakkan telinga.

Malah menyanjung dan terus mengagungkan kumpulan puak-puak DAP yang entah apa lagi niatnya terhadap bangsa dan agama kita...

Antara isu yang terbaru, kawan terbaca... Jelas,terang lagi di suluh-suluh KLIK SINI  

Di akui banyak pehak antaranya KLIK SINI

 

Haiii...entahlah...
Bukaklah mata tu...
Korek la telinga tu...
Jangan sanggup dan membiarkan bangsa & agama kita dijadikan 'keldai' atau lembu yang 'dicucuk hidungnya'....

9 January 2011

Anwar Penipu... Untuk apa DIPERCAYAI lagi???


Cuba kita senaraikan peristiwa yang memang diketahui dengan jelas Anwar menipu:-

1. Bukti 12 Kotak bukti rasuah era mahathir, KENCING !!!

2. Akuan Sumpah Azizan, KENCING !!!

3. Akuan Sumpah Umi Hafilda, KENCING !!!

4. Anwar & Keracunan Arsenik , KENCING !!!

5. Awar & Kerusi Roda @ patah tengkok, KENCING !!!

6. Permohonan Maaf Ghafar Baba, KENCING !!!

7. 16 Sept tubuh Kerajaan Baru Malaysia, KENCING !!!

8. DYMM menyokong Kerajaan Baru 16 Sept, KENCING !!!

9.ATM sokong Kerajaan Baru 16 Sept , KENCING !!!

10.”We Got the Numbers”, KENCING !!!

11. Konspirasi membunuh Anwar sejurus Saiful membuat Laporan polis, KENCING !!!

12. Isu Apco, KENCING !!!

13.FELDA Bengkrap KENCING!!!

14. Akuan Sumpah Rahimi, KENCING !!!

15. Akuan Sumpah Rasid, KENCING !!!

16. Ketelusa Pemilihan PKR 2010, KENCING !!!

17. Katanya dia tak kenal Saiful, KENCING.

18. Mengaku tidak akan bertanding dengan Tun Ghaffar utk jawatan Timb.Pres.UMNO, KENCING.

19. Mengaku tak songlap wang rakyat, tetapi pengakuan Dato Murad menyimpan RM3 billion utk boss, KENCING.

20. Melibatkan DS Najib dgn pembunuhan Altantuya, KENCING.

(tolong sambung lagi untuk pengetahuan rakyat)

21. Berjanji dengan penduduk kg buah pala sebelum PRU12. Kg buah pala tinggal kenangan. KENCING

22. Berjanji (sebelum dipecat)tetap kan setia pada PM walaupun akan dipecat. KENCING

23. Kata ‘LAWAN TETAP LAWAN’ tapi yang terjadi, TANGGUH TETAP TANGGUH. KENCING

(Tuan-tuan dijemput untuk menambah senarai KENCING Anwar)

Jika 1 insiden TIPU, 2 insiden TIPU, 3 insiden TIPU. ADAKAH LOGIK insiden berikutnya , TIDAK tipu?
Untuk apa DIPERCAYAI lagi???

8 January 2011

LIHATLAH SESUMPAH DALAM PELBAGAI GAYA ,SUKA PAKSA ORANG BUAT PENGAKUAN BERSUMPAH, TAPI DIA SENDIRI PALING TAKUT BERSUMPAH KERANA TAKUT DI MAKAN SUMPAH MEMANG DIA SAMPAH

Salam, subhanaullah, amin, amin,syukur kehadrat ilahi dan merasa amat terharu kerana ramai yg telah mendapat hidayah dan petunjuk dari Yg Maha Esa, di mana kedudukan cerita saya,dan siapa kah yg di pihak benar atau siapakah pengkhianat negara?Dari ratusan komen-komen yg saya terima dapat saya rumuskan di sini majoriti masyarakat telah berpihak kepada saya ,berbanding dahulu di mana perjuangan saya hanya bersandarkan kekuatan semangat juang serta sokongan moral dari keluarga dan pertolongan dari Allah swt.Terimakasihlah di atas segala nasihat, pandangan, pujian ,sokongan dan yg penting segala doa-doa dari anda semua terutama untuk negara tercinta.

Bagi yg masih blurr,bengap, samdol bin bahlol, ego,angkuh,biadap dgn kata-kata kesat, bawak-bawaklah bersolat, berzikir ,beristifar, berselawat ,baca quran banyak-banyak supaya jiwa anda lebih tenteram,lebih ikhlas mendengar pandangan orang, supaya hati lebih bersih berbaik sangka dengan orang dan yg penting supaya anda di beri hidayah siapakah yg anda dukung dan siapakah yg anda sanjung.

Kepada yg dok bertanya kenapa sekarang cerita dah basi, orang tak mau dengar, hanya mereka-mereka yg takut dengan kebenaran dan hakikat bahawa pemimpin pujaan mereka tak lebih dari sesumpah yg akan bertukar -tukar wajah dan imej mengikut keadaan setempat dan suhu sheikh nya di tahap mana, kalau dia dah naik sheikh , maka paham-paham je lah segala kopiah, segala serban akan tercampak bertaburan.

Mengetahui sejarah, mengkaji sejarah dan menilai sejarah amat penting wahai penyokong-penyokong tegar aljuburin, contohnya bagaimana kemerdekaan di capai hasil bermandikan darah dato nenek moyang kita dahulu kala menentang penjajah, bagaimana peristiwa 13 mei 1969 boleh berlaku rusuhan kaum,dll agar semua peristiwa pahit itu menjadi iktibar untuk kita supaya lebih peka, lebih patriotik,lebih berhati-hati dan lebih menghargai kestabilan ,keamanan dan kejayaan-kejayaan yg telah kita raih selama ini.Jangan lah kerana nila setitik maka rosak susu sebelanga.Renung-renungkan lah, maka wajib saya membongkar semula peristiwa paling pahit di alaf siber yg penuh kontroversi ketika aljuburin di dakwa di mahkamah pada 1998.Ramai terutama generasi muda hari ni yg masih tidak mengerti mengapa simunafik dipecat, dibicarakan dan dipenjarakan.

Apa pun layan lah video di bawah ini bagi kita menilai siapa sesumpah ini,cakap banyak-banyak pun masih ada yg tak sudi nak baca,atau masih bengap nak menerima atau sengaja taksub gila atau dah memang sama-sama suka sejenis.Waulahhualam.

Lihat dan dengar sendiri, betapa dia punya besar pembohong ,apa yg dia kata dia tak buat, itulah amalan dia hari-hari,apa yg dia fitnah dan kutuk orang itulah yg dia dok buat siang malam, bila dia bercakap sahaja ,satu perkataan pun kita tak boleh percaya dan harus dibuang di tong sampah.Anu War, Anu War nama pun dah membawa maksud perang, berperang dengan dosa=dosa dan hipokrasi bagi menutup dosa-dosanya,sanggup dia menjual nama allah seperti dalam video bila dia berkata bersyukur kepada allah sepanjang 8 tahun jadi menteri kewangan satu saham pun dia tak ambik sekeping tanah pun dia tak ambik ,RAJA PUTAR ALAM DUNIA NO 1 PADAHAL BERBILLION DIA BAWAK LARI, BAGI KEKASIH HATI PUN BERJUTA-JUTA SEPERTI BUKTI YG DITUNJUKKAN, ITU TAK TERMASUK KRONI-KRONI DAN FAMILI FAMILI TERMASUK PAK BRAHIM JADI CHAIRMAN IOI BERAPA BANYAK SUDAH SAPU DAAAA.Memanglah satu saham dia tak nak ambik sebab sikit dia cuma sapu yg besar saje yg cecah berbillion-billion.LEBIH ULAR DARI ULAR.HARAP SATU HARI NANTI TERBELITLAH LIDAH DIA TU BILA MENIPU, MENGUTUK DAN MEMFITNAH ORANG.

Video yg satu lagi dibawah menunjukkan bagaimana si setan ni dok merenyeh bini orang dan juga jantan ,salah seorang isteri orang politik juga, selera dia ni mengalahkan Tiger woods,jadi apa lah gelaran kita nak bagi dia ya atas selera seksnya yg tiada batasan jantina dan dalam usia 64 tahun, rumah kata pergi, kubur kata mari, mari ,mari dia masih TERUJA PASAL SEKS EKSOTIK NI, ada tak rasanya pakar-pakar atau ustaz-ustaz perubatan islam boleh mengubatkan penyakit ketagihan seksnya yg melampau tu.
BEKAS TPM YG TERLAMPAU........Kesian ikan sepat kering,tapi dia ni pun satu penyakit jugak ,dia tau segalanya,tapi sama-sama plastik, sama-sama hipokrit,semata-mata berangan nak jadi WANITA PERTAMA.Tak kisahlah laki nak tibai sape pun janji aku kaya raya, keturunan aku kaya-raya, pergi mana -mana orang sanjung, orang raikan, orang cium tangan,aku peduli apa, hati sakit tapi aku glamour begitulah si jijah ni, Anuar shaari dgn ezam kenal sangat sikap plastik si zizah ni,seperti dalam penerbangan ketika pergi berjumpa Estrada bekas Presiden Filipina dulu,(kaki betina yg anak haramnya saje 17 orang, org mcm tu pun jijah gi jumpa minta pandangan, restu sifu lah kot) bersama Anuar Shaari, bekas setiausaha sulitnya dia berkata dengan begitu bersemangat, KAK WAN YAKIN KAK WAN AKAN CIPTA SEJARAH MALAYSIA, KAK WAN AKAN JADI PERDANA MENTERI WANITA PERTAMA DI MSIA, SEBAB TENGOKLAH RANSANGAN RAKYAT BERIFORMASI DI SANA SINI......KEH KEH KEH ADA HATI RUPANYA.CAKAP PUN TAK PANDAI,BERANGAN TAK SUDAH LAKI BINI NI.

DAH MEMANG JODOH LAH TU, PEREMPUAN YG JAHAT HANYA UNTUK LELAKI YG JAHAT , KALAU BAIK TAK KAN KAWIN LARI KOT, LAYANnnnnnnnnnn

Ewah, ewah pandai kau beronggeng ya juburin,kelassssss first class punya SESUMPAH, BILA MASUK MASJID BACA KHUTBAH PUN HUH, MACAM MALAIKAT HIDUP ,KALAU BERPIDATO PUNYA LAH BERAPI-RAPI SAMPAI KAK KIAH, KAK JOYAH, KAK TIMAH TURUT BERSIMPATI DAN MEMBENCI PEMERINTAH HINGGAKAN BURUNG YG TENGAH TERBANG PUN BERHENTI DAN MERAUNG SEPUAS HATI SAMPAI HUJAN SEBAB KESIAN TERTIPU SI ANU (WAR) KENA ANIAYA KONONNYA, KESIAN BURUNG KENA TIPU..........LAYANNN LAH KAU PENYOKONG TEGAR YG BUTA PERUT, BUTA HATI, BUTA MATA , BEBAL FIKIRAN.

Mari kita semua belajar nyanyi dan menari dari cikgu tari serba boleh depan boleh belakang boleh, AL SHEIKH Al ANU WAR AL JUBURIN  YG TERLAMPAU.......................LAYANnnnnnn

Sumber Dari; http://srikandi7.blogspot.com












SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.