RM2.6 wang 1MDB?

17 Januari 2011

Anwar, Bila Nak Saman Ummi?


 
Ummi Hafilda ni siapa?  Kecik je kalau diikutkan kedudukkan dalam masyarakat, dibandingkan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan lain-lain, tak terkecuali Ahmad Shabery Chik yang Anwar pernah berdebat di kaca TV. 

Tapi yang kecik inilah Anwar paling takut sekali.
Kenapa dan mengapa Anwar pilih untuk takut dengan nyamuk?  Itu yang kita nak bongkar dalam penulisan hari ini.

Sebelum ini siapa yang tak kenal dengan Anwar - raja saman, pantang ‘orang berkenaan’ ada sebut nama dia sikit, dia akan saman walaupun kawan tu hanya menjawab soalan pemberita. 

Terutama Tun Dr Mahathir, jangan salah cakap je, nescaya saman akan menyusul, paling koman pun ugutan nak menyaman seperti dalam kes komen Tun pasal kes Anwar yang didedah Wikileaks.  Dengan Perdana Menteri pulak, dia cabar untuk debat soal 100 hari janji kosong pembangkang kalau berjaya memerintah negara. 

Beza dengan dia yang banyak masa, Perdana Menteri ada tanggungjawab yang lebih besar untuk menguruskan negara ini dibanding berdebat dengan bekas banduan yang disahkan mahkamah sebagai peliwat. Buang masa satu hal, buat jatuh maruah satu hal lain.

Pendek kata, Anwar suka tunjuk berani (saman) dan bagus (debat) dengan orang-orang besar (gajah).
Alih, bila Ummi Hafilda desak dia untuk debat, dia gigil, dia takut, dia paranoid sampai diberitakan dimasukkan ke hospital di Kuantan dalam perjalanan balik dari Terengganu, kenapa?  

Kalau ikutkan bahasa, nyamuklah paling senang nak bunuh, pakai tangan boleh, pakai Ridesect boleh atau habeh tidak pakai kelambu tapi yang itu kecik dan senang dihapuskan itulah si Anwar takut.  Dengan orang besar dia berani pulak.

Depan media Anwar cakap cabaran Ummi Hafilda nyamuk tapi lepas tu Anwar masuk hospital, tak faham lagi apa maksud?

Bukan setakat terkucil, berita mengenainya pun jarang-jarang kita baca dalam media pembangkang terutama selepas sidang media Ummi tempoh hari.  Berbeza bila Rahimi Othman buat press conference mengenai dia ditahan dan dipaksa membuat cerita meliwat Saiful oleh Latheefa Koya, banyak berita mengutuk Rahimi oleh media pembangkang. 

Tapi tidak kali ini.

Semua ini buat kita yakin bahawa sememangnya Anwar dipihak yang salah dan Ummi dipihak yang betul.  Satu-satunya jalan ialah Anwar membuktikan kepada dunia bahawa Ummi salah dengan membuat ujian DNA membuktikan Afifa itu bukan anaknya, itu penting, yang lain tu berperang sangatlah di mahkamah.

Ada berani ka?  Mau lawan ka?
 
Sumber dari MyKMU.net
Reaksi:

0 ulasan:

Catat Ulasan

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.