#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

14 January 2011

ISU MPSJ : APA TINDAKAN PAS ?



Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1) Saya meneliti akan perkembangan terbaru mengenai isu larangan Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Ronie liu yang mengarahkan agar Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk menarik balik arahan melarang orang Islam berkerja di tempat yang menyediakan minuman keras.

2) Cuba kita teliti akan kronologi isu ini.

a) Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi.

b) Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

c) Menurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas “inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan”.

d) Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya.

3) Semalam Exco Kerajaan Negeri Selangor telah meminta agar MPSJ membatalkan penguatkuasaan tersebut dengan serta merta.





4) 2 hari lepas, Setiausaha Agung Pas iaitu Dato Mustafa Ali telah meminta agar Pas Negeri Selangor untuk berpegang kepada prinsip yang telah diamanahkan oleh parti.

5) Isu MPSJ ini telah mengimbau semula akan cerita rampasan arak di kedai 7-11 yang pernah kecoh pada tahun lepas.

6) Persoalan saya, adakah Parti Pas akan tunduk kepada arahan YB Ronie Liu atau mereka akan mempertahankan MPSJ ?

Petikkan dari: sohaimi-shahadan.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.