#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

5 January 2011

PRK Tenang: Anwar putar belit isu SUK Selangor , bercanggah kenyataan akhbar Istana Selangor


Semalam ceramah Anwar Ibrahim telah bermula di DUN Tenang iaitu di Felda Chemplak. Sudah dijangka Anwar akan memutarbelitkan isu perlantikan SUK Selangor kepada penyokong2 taksub PAS di Tenang .



"Pagi tadi Menteri Besar mengadap Tuanku Sultan dan Tan Sri Khalid (Ibrahim) diberitahu baginda tidak masuk campur dalam perlantikan ini. Jadi sekarang mudah bagi Menteri Besar untuk terus berunding dengan SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) untuk selesaikan masalah ini," kata Anwar dihadapan lebih 2,000 penyokong Pakatan Rakyat dan peneroka pada Majlis Mesra Bersama Rakyat di Dataran Niaga, Felda Cempelak di Labis malam tadi.




Dakwaan Anwar Ibrahim dalam video ini jelas bercanggah dengan laporan berita hari ini diambil daripada kenyataan akhbar Istana Selangor yang mengatakan bahawa Sultan Selangor murka dan berkecil hati ekoran sikap pentadbiran Abdul Khalid yang mempertikaikan dan enggan menerima pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah diperkenankan oleh baginda.

Memetik kenyataan berita :

Menurut Mohamad Munir, semasa perjumpaan Sultan Selangor dengan Menteri Besar hari ini, baginda ada bertanya mengapa kerajaan negeri tidak mahu menerima pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK.

‘‘Tuanku ada bertanya, mengapa tidak suka Khusrin, adakah dia ada melawan tetapi Menteri Besar tidak kata apa-apa,” katanya.

Beliau juga berkata baginda dilaporkan bertitah, tindakan sebegitu boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik, di samping mewujudkan suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam Negeri Selangor
.KLIK DI SINI



Anwar kantoi lagi bohong ! Sebenarnya isu SUK Selangor ini mudah saja iaitu Pakatan tidak mahu Datuk Khusrin Munawi sebagai SUK bukan masalah MB Selangor tidak tahu ke tak tentang perlantikan itu . Selepas itu mereka hendak langgar pulak undang2 tubuh kerajaan negeri yang sediaada .


Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di peringkat Kerajaan Persekutuan. Bab 3 LII (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor menyebut:

“Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan


Sumber : http://sejarahmelayu.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.