#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

4 January 2011

Kenapa Harimau Malaya dan Bukannya Harimau Malaysia?

Belia di Sabah teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, tetapi mahu gelaran “Harimau Malaya” yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan “Harimau Malaysia”.
Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan pihak media.
-Berita Harian
Kenapa nama Harimau Malaysia tak digunakan?
Ramai orang salah faham mengenai nama Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan bola sepak Malaysia. Nama gelaran Harimau Malaya sebenarnya diambil bersempena dengan nama spesies harimau yang hanya wujud di Semenanjung Malaysia iaitu Harimau Malaya atau nama saintifiknya Panthera tigris jacksoni atau Panthera tigris malayensis. Dalam logo PDRM, Maybank, Proton dan FAM sendiri, lambang Harimau Malaya ini digunakan.
Persoalannya sekarang, wajarkah nama Harimau Malaya itu ditukar nama kepada Harimau Malaysia yang tidak membawa apa-apa erti kepada kita? Hanya sekadar nama rekaan sebabnya spesies Harimau Malaysia tidak wujud.
 
Ini dia rupa Harimau Malaya
Komen tebabo di forum Cari:
Belia ni kena rajin sikit baca Wikipedia. Harimau Malaya ni nama spesies harimau. (Panthera tigris jacksoni) memang wujud.
Besok besok kalo tukar nama team kebangsaan kepada Orang Utan, Belia-belia bandar marah pulak sebab kenapa tak letak nama Orang Bandar instead of Orang Utan.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.