Sumber imej dari: Mohd Sayuti Omar (MSO)
Ini doa untuk kaum Khawarij Azariqah sendiri
Sumber imej dari: DIMENSI
Azariqah ini adalah salah satu cabang puak Syiah Khawarij yang banyak menyimpang dengan ketuanya bernama Abu Rashid Nafi bin Azraq. Kumpulan ini pernah berkuasa di Persia selama 17 tahun.
Antara kepercayaan golongan ini ialah:-
1. Setiap Muslim lain yang berbeza dengan keyakinan Azariqah adalah dianggap musyrik
2. Sesiapa yang tidak mahu memasuki golongan ini darahnya halal untuk ditumpahkan.
3. Mereka menganggap Saidina Ali bin Abi Thalib adalah kafir manakala pembunuhnya pula; Abdul Rahman Maljam sebagai pahlawan, dan mati syahid.
4. Kelompok ini juga mengharamkan kelompok bersolat bersama Muslim lain.
5. Kelompok ini juga mengharamkan perkahwinan dari golongan mereka dengan Muslim di luar kelompok.
6. Mereka juga mengharamkan kelompok mereka memakan daging sembelihan oleh Muslim yang lain;
7. Mereka menganggap pelaku dosa besar adalah kafir dan kekal dalam neraka.
8. Mereka meniadakan hukum bagi penzinaan dan tiada hukuman rejam bagi lelaki, tetapi bagi penzina wanita hukum dan hukuman tetap dilaksanakan.
Di petik dari : mulutmelayu-REALITI
ko ni main petik je statement tu... lol
ReplyDelete