#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

14 Januari 2011

Malaysian Instinct laman web picisan jalanan



Aku memang pernah dengar pasal Malaysian Instinct ini yang kononnya nak lawan dengan Malaysian Today dan Malaysian Insider , news portal internet. Aku juga sering masuk ke portal Malaysian Insider dan Malaysiakini tapi tak pernah masuk ke Malaysian Instinct entah kenapa aku sendiri tidak tahu dan hari ini kali pertama aku masuk laman web ini walaupun aku geli untuk masuk laman web ini. Aku tahu ini laman web budak budak belaan Khir Toyo yang sekarang ini sedang di dakwa di mahkamah dan Mukhriz. - baca sini

Budak budak dia sekarang ini sedang meracau dan termasuklah Toyol belaan Khir Toyo si Parpukari yang sedang sedap menkedarah duit Khir Toyo.

Bukan aku nak cakap apa lah. Bila aku tenguk tahap artikel yang disiarkan oleh Malaysian Instinct ini aku rasa amat malu dan memualkan . Aku memang lah tidak kenal rapat dengan Dato' Zaki tapi aku ada mengikuti banyak perkembangan Dato' Zaki yang mana Ahad ini beliau akan mengadakan satu program "Amal Ride For Gaza" yang akan mengumpulkan dana untuk rakyat Palestin.

Datuk Zaki memang orang yang sibuk kerana beliau adalah seorang Eksekutif Direktor kepada MRCB. Beliau juga adalah seorang ED yang berjaya dan komited dengan tugasnya di MRCB. Namun dalam kesibukan beliau masih dapat meluangkan masa untuk menguruskan kerja parti. Hubungan beliau dengan Tengku Adnan amat baik dan mereka tidak punyai masalah langsung.Mereka sering meluangkan masa bersama untuk mebincangkan hal hal parti.

Adalah bodoh bagi Malaysian Instinct yang cuba menabur fitnah untuk melagakan Datuk Zaki dengan Tengku Adnan yang mana portal ini tidak langsung membuat home work" tentang hubungan Datuk Zaki dengan Tengku Adnan.Nampak sangat portal ini tidak ada kualiti dan standard dan bagaikan portal jalanan yang tidak bermaruah. Di sini aku menyeru kepada semua pembaca elok lah boikot Malaysian Instinct yang tidak bemoral dan bermaruah ini yang cuba memfitnah pemimpin UMNO kerana dendam peribadi. Sungguh memalukan . itu saja yang dapat aku katakan.

Hei kalau korang tak percaya klik kat Malaysian Inctinct kemudian "refresh" kembali , ha tenguk lah naik angka user seribu orang lagi. Kah kah kah kah.... sebenarnya tak sampai pun 2 orang dalam web mereka.

Petikan dari : KOLE AYAN
Reaksi:

0 ulasan:

Catat Ulasan

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.