GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label TURUN. Show all posts
Showing posts with label TURUN. Show all posts

30 July 2014

Pimpinan begini yang di gila-gilakan 'Macai Fuckatan'?



Buruknya perangai orang PKR
Lagi Pendedahan PANAS & Luahan Hati Mantan Setpol MB PAS Kedah tentang PKR.

Saya tak berhasrat membuka pekung atau mengungkit. Tapi bila Saifudin dan Rafizi mula mengungkitkan stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar.

PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati.

Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU-12 dulu adalah hari membilang kerusi. MB akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada?

Di mana Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR yang minta PAS contohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu?

Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR Kedah melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang.

Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim. Masa itu Rafizi dan Saifuddin ada di mana?

Sorang Adun yang kuat menahan diri daripada memakan umpan supaya melompat, menghadapi kes kahwin kali kedua tidak register pulak...lalu jadi senjata musuh untuk mengugutnya supaya menukar kem. Akhirnya DSAI arahkan dia meletak semua jawatan, walaupun Ustaz Azizan berpendapat cukuplah kalau lepaskan jawatan exco sahaja.

DSAI tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau. Daripada hari pertama melarikan dia daripada satu komplot BN yang bersiap membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuknya, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, hotel persembunyiannya, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung!

PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki Adun PKR yang belum melompat...

PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang Adun PKR yang telah keluar iklan insolvensi (kebankrapan) di akhbar hampir seratus ribu. MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran Adun-adunnya ?

Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap dan terbuka. Tugasan ini tidak perlu dilakukan pun jika Adun-Adun PKR tidak membuat honar dan bertemu berunding dengan broker di Kelab Cinta Sayang! Sebulan lebih mereka ke hulu ke hilir meninggalkan keluarga dan kerja, PKR di mana?

PAS terpaksa merangkak untuk mencari dana beratus ribu lagi untuk menjaga bekas Adun yang Anwar arahkan meletak jawatan selepas dia balik dari persembunyian di India, atas janji mereka kepada pengorbanannya.

Uruskan belanja dan keperluan bulanannya sehingga habis penggal, termasuk penyediaan tempat tinggal (rumah) dan hutang piutangnya! Bukan sedikit, beratus ribu! PKR di mana masa itu? Bukanlah dia orang PKR?

Saya tidak bermaksud mengecilkan pengorbanannya, saya salute kesanggupannya, tapi sayang! PKR di semua peringkat telah mengabaikan nasibnya yang telah berkorban untuk partinya. Ada sesiapa dari PKR yang pernah bertanya khabar anak isterinya?

Selama dua bulan lebih dia dalam pelarian atas kehendak PKR di India, anak isterinya tinggal di mana? Kamilah yang menguruskannya!

Pernahkan Rafizi atau Saifuddin atau Anwar ambil sekeluarga India yang anak-anaknya sedang membesar, bapanya hilang entah ke mana, keselamatan tidak terjamin, budaya dan agama jauh berbeza, tinggal serumah, sedapur, sebilik mandi dengan mereka?

Pernahkan penganut hindu yang taat, berada dalam tekanan, dalam serba kepayahan, menempatkan 'tokong' dan bersembahyang di ruang tamu rumah Rafizi di depan anak dan isterinya? Saifuddin pernah basuh tilam dan lantai bekas kencing budak kaum India di rumahnya? Peduli pun tidak, apalagi bertanya!

Apa lagi PKR buat untuk Kedah?

Sepanjang sejarah PR jadi kerajaan di Kedah, ada kes tuntutan perjalanan bulanan sorang sorang Exco dari PKR jauh melebihi gaji dan elaunnya... Pegawai-pegawai kerajaan pun terkejut dan mengadu. Elaunnya sekitar RM17 ribu, tuntutan perjalanannya pernah mencecah RM23 ribu! Siapakah yang menutupi keaiban besar ini?

Lima Adun PKR yang asal dan seorang yg menang PRK Bukit Selambau, enam semuanya pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri! Tidakkah ini pelik! Topidak bertolak ansurkah PAS dengan PKR dalam hal sebesar ini? Siapakah yang mengizin/mengarahkan tolak ansur ini kalau bukan Presiden PAS, tempat tumpah kesetiaan dan kepatuhan MB Kedah masa itu.

Mungkin tak cukup kerusi Exco, berebut pulak hendakkan senator sampai seorang Ketua Cabang keluar parti sewaktu PRK Bkt Selambau. Mereka menuntut macam-macam keistimewaan untuk diri dan kaumnya yang belum dapat dipenuhi, MP Padang Serai keluar parti. MP yang jarang pedulikan kawasan, tidak pernah turut serta dalam program peringkat kawasan dan negeri, tapi meminta peruntukan itu dan ini, akhirnya melompat jugak...

Adakah Rafizi atau Saifuddin datang bertanya khabar tentang karenah orang-orangnya? Adakah Saifuddin atau Rafizi tampil meminta maaf di atas karenah yang dibuat oleh Adun-adun PKR yang PAS terpaksa tanggung di Kedah? Tak pernah walaupun sekali...!

Belanja program parti PKR pun minta daripada PAS, termasuk belanja kotinjen PKR Kedah ke PRN Sarawak. MB terpaksa secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu permohonan sebuah syarikat yang mewakilinya, atas alasan PKR tiada belanja nak uruskan parti. Bila lulus dengan harga yang sama dengan pihak lain (RM16 ribu sehektar), diulang lagi memohon pengurangan harga pula. PAS Kedah tidak pernah mengambil kesempatan jenis ini! PKR tidak malupun untuk mengulang meminta.

Ahli2 Majlis PBT PKR hampir sama ramai dengan PAS walaupun kerusi mereka hanya lima berbanding PAS 16, MKK pun begitu juga... Belum saya ceritakan gelagat ahli majlis PKR yang berniaga dan melindungi perniagaan atas kapasiti mereka di PBT.

Ustaz Azizan terpaksa menebal muka mempertahankan pencalonan Darjah Kebesaran (Dato') untuk orang-orang besar PKR di hadapan Tuanku Sultan memandangkan belum ada jasa untuk disenaraikan. Hanya ada jawatan dalam parti yang jarang diambil kira oleh pihak istana. Saya boleh senaraikan penerimanya kalau mahu, termasuk yang bercakap pandai itu. Mereka meminta secara direct dan indirect...

Bintang-bintang dan pingat yang lebih kecil tak perlulah di sebutkan. Berebut-rebut dan merajuk kalau tak dapat, marah kalau orangnya tak lekat, mahunya pada pingat dan kebesaran bagai semut menghurung gula!

PKR seperti orang lumpuh daripada leher sampai ke kaki dengan semua karenah ini. Semuanya PAS yang kena jaga, kena bela, kena suap, terpaksa tanggung, terpaksa telan! Tetapi lagak pemimpinnya seperti raja. PAS buat macam-macam untuk menjaga maruah PKR, menjaga maruah kerajaan PR dalam keadaan mereka melompat dan menuntut segala macam...

Dengan karenah yang berbagai-bagai itu, patut saja mereka tidak ikut campur dalam krisis yang dicetuskan oleh seorang Adun PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan MB!

Kalaulah PKR menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah, cuba bilang kerusi PAS Selangor hari ini dan kira juga kerusi PKR di Kedah masa itu. Jangan lupa masukkan sekali yang melompat dan membuat onar!

Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB Kedah masa tu?

Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?

Kekalahan PR Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah Adun dan MP PKR yang melompat. Ia membangkitkan kebencian dan meluat.

Walaupun menang di kerusi mereka apabila mengemukakan semua muka baru, bekas-bekas Adun yang tidak dicalonkan melepaskan semua jawatan dalam parti. Pengundi melayu yang menyimpan geram dan meluat dengan gelagat PKR menghukum calon-calon PR di kawasan-kawasan melayu, PAS lah yang menanggung akibatnya! Ada hati nak mengungkit? Tak malu?

Hari ini tokoh yang mengarahkan PAS Kedah terus bersabar, mengarahkan MB Kedah terus bertolak ansur untuk memelihara kukuh Pakatan Rakyat di Kedah pada waktu lalu sedang diberi kata dua, di suruh menjawab itu dan ini hanya kerana dia menyatakan keputusan partinya.

Saya menanggung perit yang tersimpan selama ini hanya kerana susuk ini yang mengarahkan MB meraikan saja kelemahan, menutup kekurangan dan menampung apa yang kurang pada mereka. Itulah dakwah politik kita masa itu. Itulah toleransi Presiden PAS yang dipatuhi oleh Almarhum Ustaz Azizan.

Tak ada sedikit rasa malukah dengan kebaikannya selama ini mengarahkan segala kelemahan dan kekurangan malah kesialan kamu diraikan saja malah ditutup? Bila lemah meruntun bila rasa kuat mula jalannya pun mulalah mendongak!

SANUSI MD NOR, MANTAN SETPOL USTAZ AZIZAN RAZAK

#MP : “Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hati ku. .. Kikikikiii!!! 

KLIK tengok pulak ni... Kerasnya amaran DAP terhadap PAS.  Nk tunggu lagi? Tinggalkan saja la!!! Selanjutnya KLIKSINI

21 December 2013

Himpunan Guling Kerajaan akan berselindung di sebalik Himpunan TURUN. KLIK baca ni!


Himpunan ‘Turun’ Hanya Akan Tambah Beban Rakyat

Media pembangkang pada masa ini sedang sibuk mempromosikan Himpunan ‘Turun’ iaitu satu gerakan membantah kenaikan harga barang.

Khabarnya, himpunan ini juga membawa matlamat untuk menggulingkan kerajaan.

‘Turun’ bakal diadakan pada malam tahun baru iaitu 31 Disember, pada jam 8.00 malam. Setakat ini, lokasi perhimpunan belum lagi diumumkan.


Bagaimanapun, kita yakin pembangkang akan menggunakan strategi yang sama iaitu ‘menumpang tempat di mana orang ramai berhimpun’ sempena menyambut tahun baru.

Ini bagi mengelakkan malu sekiranya jumlah peserta tidak memberangsangkan, selain memudahkan mereka membuat kecoh dan huru-hara. Ia juga bagi memudahkan liputan dibuat oleh media asing bagi menggambarkan seolah-olah Malaysia berada dalam keadaan yang tidak selamat.

Strategi kotor pembangkang ini dengan dengan sendirinya membuktikan hipokrasi mereka dalam memperkatakan tentang nasib rakyat. Apa yang jelas, pembangkang hanya inginkan publisiti murah sambil menangguk di air keruh.

Hakikatnya, jika benar mereka prihatin, mereka tidak akan mengadakan demonstrasi, apatah lagi di malam tahun baru yang mampu menggugat kestabilan dan memburukkan imej negara di mata asing.

Bukan mereka tidak tahu bahawa tindakan sedemikian hanya akan mengundang risiko negara kehilangan pelaburan dan mengalami kemusnahan. Sekiranya ini berlaku, yang akan menanggung akibatnya ialah rakyat juga.

Tiada siapa dapat menafikan bahawa peningkatan harga barang setakat ini tidak menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia. Kita percaya tahun baru ini juga akan disambut meriah seperti biasa. Dalam kata lain, secara dasarnya, tiada siapa yang perlu melakukan perubahan drastik semata-mata untuk ‘menyesuaikan’ diri dengan peningkatan kos sara hidup.

Namun, jika pembangkang berjaya membuat huru-hara dan menggulingkan kerajaan pada malam 31 Disember ini, maka bersedialah kita ke arah kehidupan yang benar-benar sukar.

Kita telah melihat sendiri bagaimana nasib rakyat di negara-negara yang telah ‘berjaya’ menggulingkan kerajaan. Tidak ada satu pun dari negara-negara itu yang memperlihatkan nasib rakyat yang lebih baik dari sebelumnya.

Semuanya menyaksikan kemusnahan yang bertimpa-timpa dan kesusahan yang berpanjangan. Iraq, Mesir, Libya, misalnya terus meraba-raba mencari pegangan untuk bangun berdiri kembali. Sehingga kini, keadaan masih terus buruk dan lebih buruk berbanding sebelum kerajaan digulingkan.

Apabila sesebuah kerajaan digulingkan secara kekerasan perkara yang pertama berlaku ialah pelabur akan lari yang mana menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan.

Industri pelancongan juga akan terjejas teruk dan negara akhirnya kehilangan pendapatan.

Lalu, siapapun yang menjadi pemerintah pada ketika itu, akan terpaksa menggunakan segala rezab yang ada dan membuat pinjaman bagi memulihkan keadaan. Ini bermakna, tanggungan yang lebih untuk kerajaan dan rakyat juga akan menanggung kesengsaraan.

Sekarang cuba bayangkan ia berlaku di Malaysia. Sudah tentu negara yang telah musnah tidak mampu memberi pendidikan peringkat rendah dan menengah secara percuma lagi.

Kerajaan juga tidak lagi mampu membantu bumiputera dan tidak lagi mampu meneruskan saki baki subsidi. Bumiputera akan kehilangan daya beli dan perniagaan kaum lain juga akan terjejas teruk. Bank-bank pula pastinya akan mengetatkan syarat-syarat pinjaman dan rakyat akan semakin tertekan.

Akhirnya, perjuangan himpunan untuk membantah kenaikan harga barang tadi, hanya membawa kenaikan harga barang yang lebih tinggi dan seterusnya kepada kesukaran untuk hidup.

Senario ini bukanlah satu gambaran untuk menakut-nakutkan sesiapa tetapi ia adalah sesuatu yang pasti berlaku sekiranya kerajaan sesebuah negara digulingkan dengan kekerasan.

Justeru, kita menyeru kerajaan dan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas untuk mencegah pembangkang dari melakukan kemusnahan.

Contohilah cara Singapura menangani karenah perusuh baru-baru ini. Buktikan yang kerajaan bukan mengejar populariti tetapi hanya melakukan apa yang terbaik untuk negara ini.


MP: Taktik basi... Himpunan Guling Kerajaan akan berselindung disebalik Himpunan TURUN.... Percaya lah!

ARTIKAL TERDAHULU : KLIK SINI


SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.