#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

GST : Cukai Barang dan Perkhidmatan


Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)


GST merupakan satu "sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia."

Dapatkan maklumat berkaitan GST melalui laman web berikut:

KLIK SINI : http://gst.customs.gov.my/en/Pages/default.aspx

Atau jika anda masih tidak pasti apakah itu GST. Soal Jawab berikut mungkin boleh membantu:

Apakah pengumuman Kerajaan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)?
Kerajaan mencadangkan cukai jualan (5%) dan cukai perkhidmatan ( 10%) dimansuhkan. Kedua-dua cukai akan digantikan dengan GST.

Mengapa kerajaan melaksanakan GST?
Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada.

Kerajaan mengatakan bahawa cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan.

Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.

Apakah kadar GST?
Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%.

Bagaimana kadar ini berbanding dengan negara-negara lain?
Kerajaan berkata kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.

Bilakah GST akan berkuatkuasa?
Mulai 1 April 2015.

Apa yang dikenakan GST ?
Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan.

Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal?
Tidak semestinya. Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.

Dalam ucapan Najib, beliau mengatakan bahawa barangan makanan asas tidak dikenakan GST (beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan)

Selain itu, barang dan perkhidmatan yang dikecuali adalah:

  • Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna.
  • Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: Pengeluaran pasport, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah.
  • Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya.
  • Jual beli dan sewa rumah kediaman.
  • Perkhidmatan kewangan terpilih

Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?
Ya. Kerajaan merancang untuk pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini. Pertama, Kerajaan akan memberi bantuan tunai sekali RM300 kepada penerima BR1M.

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama?
Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai.

Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu akan dikaji.

Pendapatan bercukai dinaikkan kepada melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%

Bagaimana pula dengan perniagaan?

  • Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016
  • Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
  • Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015
  • Potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015
  • Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015
  • Geran latihan GST RM100 juta
  • Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan

Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian?
Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST.

Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST?
Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa GST terbukti ialah" telus, berkesan dan sistem cukai yang adil"

Adakah harga barangan naik?
Dalam ucapan beliau, Najib berkata pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.

Beliau juga berkata perubahan harga barang atau perkhidmatan apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum. Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.

Najib juga telah memberi amaran kepada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan sewenang-wenangnya. Kerajaan juga berjanji untuk sentiasa memantau harga dan usaha penguatkuasaan akan dipertingkatkan.

Apa lagi yang Kerajaan akan lakukan dalam pelaksanaan GST?
Satu jawatankuasa pemantauan GST akan ditubuhkan. Ia akan dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Kedua dengan ahli-ahli dari agensi-agensi kerajaan yang lain, serta pihak industri dan NGO. - 
Sumber



Selanjutnya ikuti maklumat dibawah:





Penggunaan Air :
Tidak dikenakan cukai / GST

Penggunaan Elektrik:
Tidak dikenakan cukai / GST
(Kadar 200 kWh pertama)



☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

INFO & MAKLUMAT TERKINI
AKAN DI KEMAS KINI
DARI MASA KESEMASA
DI RUANGAN INI.

Terima Kasih Kerana 
Sentiasa Bersama Disini
( Ruangan MP & GST )

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.