GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label Tun M. Show all posts
Showing posts with label Tun M. Show all posts

5 December 2018

#BantahICERD : "Beta sudah sedia!” - TMJ

Mejar Jeneral Tunku Ismail

1. “Bila kaum sudah tidak saling menghormati, maka akan timbul masalah.. Tapi apapun, Beta sudah sedia!”

2. Ini adalah amaran keras dari Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail kepada mereka yang masih keras kepala ingin mencabar kedudukan orang Melayu di negara ini.

3. Golongan yang tidak tahu bersyukur ini berlagak seperti tanah ini tiada Raja, seperti Malaysia ini mereka yang punya.

4. Baru beberapa bulan menang pilihanraya, sudah mahu menghapuskan hak orang Melayu yang asalnya dari beribu-ribu tahun dahulu.

5. Amaran keras dari Tunku Mahkota Johor ini juga menandakan bahawa Institusi Beraja sedang murka dan tidak akan berdiam diri jika hak Melayu dicabar.

6. Ia juga adalah tanda sokongan Baginda kepada orang Melayu yang kini sedang bangkit untuk menentang agenda jahat seperti ICERD.

7. Daulat Tuanku. Kami sebagai rakyat akan menjunjung titah Tuanku dan akan bersama-sama menjadi benteng mempertahankan institusi kedaulatan Melayu dari sebarang ancaman.

4 December 2018

#BantahICERD : 8 Sebab Himpunan 812


8 SEBAB KENAPA PERLU SERTAI HIMPUNAN UMMAH 8 DISEMBER 2018

Ayuh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik untuk kita turun beramai-ramai dan berhimpun secara aman pada 8 Disember ini dengan berpakaian putih dan mengibarkan jalur gemilang  bagi tujuan berikut:

1. Mensyukuri kejayaan membantah ICERD yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan mampu meruntuhkan 61 tahun keharmonian kaum di Malaysia.

2. Menolak sebarang usaha Kerajaan PH untuk meratifikasi Konvensyen-Konvensyen Antarabangsa  lain berkenaan Hak Asasi Manusia yang tidak secocok dengan acuan Malaysia yang berpaksikan Islam, martabat Bumiputera dengan keunikan pelbagai agama dan bangsa.

3. Membantah segala dasar Kerajaan PH yang membelakangi prinsip Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

4. Menyanggah pendirian PH yang lebih mengutamakan janji-janji manifesto berkaitan ratifikasi ICERD dan Konvensyen Hak Asasi Manusia yang lain berbanding janji-janji yang menyentuh kepentingan rakyat.

5. Meluahkan rasa terkilan dan dukacita terhadap kegagalan Kerajaan PH menunaikan janji-janji Manifesto PRU14 lalu berkaitan kehidupan rakyat termasuklah janji berkaitan PTPTN, pemansuhan tol, penurunan harga minyak dan meringankan kos sara hidup rakyat. 

6. Mempamerkan semangat patriotik dan kecintaan kita sebagai rakyat Malaysia berbilang agama dan bangsa yang mengutamakan keamanan dan kehormonian.

7. Menentang keras sebarang bentuk ancaman dan cubaan memainkan sentimen perkauman dan agama di kalangan rakyat sekaligus menjunjung kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kekuatan negara selama ini.  

8. Menzahirkan semangat solidariti rakyat Malaysia yang mendambakan penyatuan ummah dan pemerkasaan integrasi kaum bagi memastikan kesinambungan kesejahteraan negara sejak merdeka lagi. 

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
3 Disember 2018

17 March 2017

#PartiBunga : Kelibat Songsang Mahathir Menghantui Ahli Dan Sekutunya...


Wabak Keluar Parti PPBM & DAP Berpunca Dari Mahathir

Amalan  politik songsang akhirnya memakan diri kepada sesiapa sahaja yang mengamalkannya.

Antara yang tergolong dalam “maksud” atau terma songsang adalah seperti yang diamalkan oleh  Mahathir sendiri.

Anak didik Mahathir juga telah songsang dua kali, dua kali juga kena masuk penjara.

Umpama gadis OKU yang membawa kereta melawan arus , begitulah politik Mahathir hari ini.

Apa tidaknya , berpuluh tahun mengajar setiap ahli parti UMNO supaya membenci DAP dan Anwar, kemudian berakhir dengan tuan punya badan yang mengajar kebencian itu pula yang menjilat semula apa yang diajarkan.

Itulah contoh politik soangsang.

Maka atas sebab itu jugalah apa yang dikatakan oleh  Mahathir hari ini, dianggap sampah sahaja kerana esok lusa atau mungkin lima tahun lagi dia akan kata yang sebaliknya pula.

Hanya orang yang tidak periksa otak sahaja akan mempercayai kata kata Mahathir. Malah ajakan Mahathir supaya membenci Najib pun ramai orang tidak akur kerana mereka lebih kenal Mahathir dari penyokong Mahathir sendiri.

Ada yang sudah buat teori jika esok lusa Mahathir U-Turn suka Najib  “kita semua habuk pun tidak dapat”.

Maka tidak salahlah orang tidak mahu dengar kata Mahathir lagi.

Bayangkan ketika  di London pada tahun lepas, di hadapan pelajar ketika di tanya siapa calon Perdana Menteri pembangkang oleh wartawan , Mahathir menjawab orangnya adalah “Muhyiddin”.

Tetapi beberapa hari kemudian di Kuala Lumpur, katanya belum ada nama calon lagi dan tumpuan adalah untuk tumbangkan Najib terlebih dulu.

Khabar terkini, ramai ahli parti PPBM sudah mula hendak keluar parti.

Malah sebelum habis panas pun sudah ada yang keluar dari parti PPBM tetapi tanpa membuat pengumuman.

Selain itu, yang tidak pernah masuk pun umum keluar iaitu Khairuddin Hassan dan yang baru masuk sudah keluar iaitu Ezam Mohd Nor merangkap Ezam Kotak.

Begitu parahnya parti milik Mahathir. Bahkan bukan sahaja kejadian keluar parti terjadi kepada parti PPBM, parti yang berkait "bau hanceng" Mahathir juga mengalami “virus” keluar parti iaitu DAP.

Antara sebab disebut ahli DAP adalah kerana rasa tertipu dengan kepimpinan DAP.

Di mana mereka dididik sekian lama bahawa Mahathir itu seorang yang diktator, amal kronisma dan perkauman, tetapi akibat amalan politik songsang Kit Siang menerima Mahathir dalam dakapannya, lalu menghilangkan kepercayaan "grass root" DAP.

Mahathirlah punca 182 orang ahli DAP dan 4 orang wakil rakyat DAP keluar parti di Melaka.

Kini , parti PPBM yang baru setahun jagung sudah bermasalah seolah olah parti itu sudah wujud lama.

Parti bunga parti baru , tetapi memiliki bagasi yang besar.

Kepimpinannya mahu kaut semua pemuda menyertainya. Caranya dengan memacing keahlian baru dengan mengumpan dinosour tua sebagai maskotnya.

Selain pemimpin zaman dinosour, PPBM juga memiliki masalah moral dan penyelewengan wang.

Muhyiddin akan hadapi isu nafsu di Mahkamah Syariah Johor, dan Mahathir bakal mengadap RCI isu seleweng wang BNM. Itulah bagasi parti PPBM.

Ada juga yang memasuki parti PPBM tanpa membatalkan nama mereka dari UMNO. Apakah niat mereka?

Adakah atas sebab tidak yakin dengan parti bunga dan jika apa apa terjadi boleh lompat semula ke dalam UMNO?

Di jangkakan akan ada lebih ramai ahli DAP akan keluar parti dan begitu juga dengan parti milik keluarga Mahathir.

Amat sah sekali mereka keluar kerana Mahathir, kerana tidak pandai menjaga ahli yang sedikit.

Mahathir sibuk pergi ke merata negara memburukkan Najib dan UMNO atas pentas, tetapi terlupa pentas yang dia pijak sedang roboh hendak membenamnya.

Pasti sekali, jika apa apa terjadi kepada PPBM, Mahathir akan kembali kepada pelan asalnya iaitu letak anaknya Mukhriz di tempat kawasan selamat yang dikuasai DAP.

Tetapi apa akan terjadi kepada ahli PPBM yang lain? Fikir sendirilah, UMNO yang dia tunggang sekian lama memperkayakan dia dan anak beranak serta kroni pun dia tidak ada kesetiaan.

Masakan parti hidup segan mati tak mahu ini dia hendak kisah sangat.

Ahli seluruh negeri Kedah pun hanya ada 6,700 orang ahli sahaja. Di Jerlun hanya ada 1,700 sahaja. Semalam keluar 500 orang di Baling, sudah 7% dari jumlah ahli di Kedah.

Wabak ini akan berterusan dan tidak boleh diubati. Ianya akan merebak dan terus merebak. Bunga akan layu tersadai di tepi roket sahaja selepas ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB332, Jumaat
17 Mac 2017

#GengFuckatan : Berpakat Sekadar Untuk Menang?


Mahathir Mahu Tiru BN, Bukan Tiru DAP, Apa Sudah Jadi?'

Sebagai pemimpin parti, biasanya mereka akan merencanakan strategi tersendiri untuk menang pada pilihan raya.

Bukannya cara meniru bulat-bulat gaya parti lain lebih-lebih lagi parti yang dulu disertainya tetapi kini dibenci, sebenci bencinya.

Itulah gaya Mahathir yang mahu Pakatan Harapan pembangkang, DAP, PKR dan PAN meniru gaya Barisan Nasional (BN) jika mahu menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Namun begitu, dengan apa gaya sekali pun mereka rencanakan... Sebaliknya, kesepakatan antara mereka dilihat HKhanya sekadar untuk menang (pilihanraya) sahaja.

Lepas menang,  masing masing ada agenda masing masing. Selanjutnya klik link dibawah ;
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1432427903444349&id=697192853634528

1 December 2015

TUN M: Tak henti-henti memfitnah. Bertaubatlah!!!


Sangat menyedihkan bilamana Tun sanggup menabur fitnah demi menyingkirkan Perdana Menteri dan menubuhkan Council of Elders yang akan mengawal Perdana Menteri boneka beliau.

Banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blog terbarunya dikitar semula, tidak tepat dan separuh benar yang disensasikan demi mempengaruhi sentimen dan emosi ahli UMNO untuk menentang kepimpinan Perdana Menteri.

Jangan kata PM tidak jawab, dia dah jawab berkali-kali, tetapi Tun yang tidak pernah menghentikan desakan beliau.

Antara isu yang diulang-ulang, malah dikatakan satu tuduhan dan fitnah adalah seperti berikut.. KLIKSINI.

21 October 2015

Jangan percayakan Tun M?


Ketiga tiga pihak di atas terus mengulang ulang tuduhan terhadap 1MDB dengan bahan cerita yang dikitar semula kerana kehabisan modal.

Mereka mengejar masa kerana bimbang kepada dua perkara berikut;
a. Bimbang rasionalisai 1MDB akan berjaya. Justeru perlaksanaannya mesti disabotaj.
b. Bagi memastikan Najib digulingkan sebelum akhir tahun.

Selanjutnya KLIKSINI - http://www.suara.tv/2015/10/20/jangan-percaya-sarawak-report-tun-mahathir-dan-tony-pua/

23 July 2015

#KekalNajib : Bicara Perdana Menteri di hari ulang tahun kelahirannya. KLIKSINI!



Selamat Menyambut
Hari Ulang Tahun Kelahiran Mu
Datuk Seri Najib Tun Razak Ke-62
Pada hari ini 23 Julai 2015

Ikuti bicara mengenai keperluan bagi golongan tua memberi ruang kepada golongan muda untuk berdikari.
Oleh : Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak 


Transkrip:

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.


Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Baru-baru ini anak perempuan kesayangan saya telah pun selamat diijabkabulkan. Sebagai ibu bapa, adalah amat sukar untuk saya melepaskan anak saya walaupun sudah dewasa.

Meskipun dengan hati yang berat, tetapi bila sampai pada masanya, saya tetap terpaksa melepaskan anak saya untuk berdikari dan untuk mengharungi dunia ini.

Wawasan 2020 adalah sebuah visi yang telah ditetapkan pemimpin terdahulu untuk kesejahteraan generasi masa hadapan.

Bagi mencapai cita-cita ini, generasi baru perlu diberikan ruang secukupnya untuk meneruskan usaha ini. Susah-senang, turun-naik, pahit-manis perlu dialami sendiri oleh generasi pelapis ini kerana jiwa mereka semakin matang dan kental dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

Orang muda perlu sentiasa menghormati segala nasihat dan pandangan mereka yang lebih tua kerana luasnya pengalaman mereka, tetapi yang tua juga perlu mempertimbangkan keadaan dan cabaran yang telah berubah di arus peredaran zaman.

Kadangkala yang tua tidak senang dengan cara orang muda sekarang yang berbeza dari zaman mereka, betul atau salah keputusan dibuat orang muda itu terpulang kepada setiap individu untuk menilai.

Adalah lumrah bagi yang tua bersifat melindungi terhadap yang muda. Namun, apabila tiba masanya untuk melepaskan yang muda untuk berdikari, maka, lepaskanlah.

Sekian sahaja dari saya,

Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh




18 July 2015

1MDB: Keluar 'Waran Tangkap' Tun M?


Mengikut perkembangan dan hebahan berita isu kemelut antara Tun M dan DS Najib sebelum ini, berikut antara yang terbaru ingin MP kongsikan kepada semua.

Rahsia sudah mula terbongkar. Pesuruhjaya Polis Thai Diraja, Lt Jen Prawut Thavornsiri,telah mengadakan sidang akhbar pada 1.00 petang di Bangkok dengan mengesahkan beberapa bukti yang sangat kukuh.

Berdasarkan kepada semua bukti tersebut maka wujud satu konspirasi yang sangat kompleks untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya melalui 1MDB, yang jelas merupakan satu tuduhan palsu.
“Kita mempunyai identiti mereka dan ia akan didedahkan dalam mahkamah terbuka apabila aplikasi untuk waran tangkap telah diserahkan… walaubagaimanapun identiti mereka telah didedahkan di negara anda (Malaysia),” kata Lt Jen Prawut.
Menurut sumber dalaman polis Thailand, beberapa nama telah disebut dan nama yang tersenarai akan disiasat yang mana waran tangkap mungkin akan dikeluarkan untuk membawa mereka ke Thailand bagi tujuan pendakwaan.

Mereka terdiri daripada Clare Rewcastle Brown, Tong Kooi Ong, Ho Kay Tat, Tony Pua, Sufi Yusof, Kamal Sadiqque dan Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Nah... Nama Tun M pun ada tersenarai? Untuk ketahui berita sepenuhnya, klik dan layari sumber yang MP terima ... KLIKSINI, 

13 July 2015

#KekalNajib : KANTOIII Ujud pertemuan sulit antara puak DAP dengan Xavier Justo - Polis Thai



Agenda politik DAP yang konon katanya halus dan sangat berkesan sehingga katanya mampu memecah belah UMNO melalui media sosial, sudahnya 'kantoi' begitu saja.

Di laporkan, pihak Polis Thai telah dapat pengesahan dari 'Director of International Cooperation' Polis Singapura bahawa wujud pertemuan sulit antara Xavier Justo dengan puak-puak DAP iaitu Tony Pua, Tong Kooi Ong, Ho Kay Tat dan Claire Brown di hotel Fullerton, Singapura. 

Polis Thai turut akui bahawa mereka semua terlibat dalam jenayah mencuri, memalsu dan mengubah suaikan dokumen PetroSaudi. 

5 July 2015

KENYATAAN TERKINI: "Bersedialah untuk berdepan tindakan undang-undang." - @NajibTunRazak


"Amat dikesalkan untuk melihat Tun Mahathir cuba untuk merosakkan negaranya sendiri dalam media antarabangsa sebagai sebahagian daripada dendam politik peribadi." (selanjutnya KLIKSINI)
 - Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Luar Malaysia. 
 
Dari hari ke hari, mereka bertindak semakin 'melampau'. Sanggup cemarkan maruah negara, demi mencapai hasrat melangit untuk tumbangkan seseorang. 

Namun apa sekali pun, yang benar... Akan menerima kebenarannya. Yang salah, tetap akan bertemu hukumannya. 

Untuk pengetahuan umum... Berikut adalah kenyataan terkini Datuk Seri Najib yang dikeluarkan, malam kelmarin;


1. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini,pelbagai tuduhan - semuanya tidak berasas dan kebanyakannya mengarut - dilakukan terhadap saya dan keluarga.

2. Serangan bermula apabila saya enggan melaksanakan tuntutan peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad.Saya enggan kerana berasa adalah tidak wajar bagi Malaysia ditadbir secara proksi.

3. Tun kemudian mencipta krisis apabila tanpa usul periksa mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedangkan hakikatnya ia adalah hutang yang diaudit dan disokong oleh aset diaudit bernilai RM51 bilion.
4. Dakwaan terbaharu ialah kononnya saya mengambil dana berkaitan kerajaan untuk kepentingan peribadi.Saya percaya Tun berada di belakang pembohongan ini, berganding bahu dengan pihak asing termasuk blog politik Sarawak Report yang semakin diragui kredibilitinya.
5. Saya ingin berterus terang : Saya tidak pernah mengambil dana demi kepentingan peribadi seperti didakwa seteru politik - baik daripada 1MDB,SRC International atau entiti lain,seperti mana disahkan oleh semua syarikat terbabit.
6. Jelas sekali,tuduhan palsu seperti ini adalah sebahagian daripada kempen terancang sabotaj politik untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi.
7. Mereka yang membuat dakwaan itu tidak pernah mengetengahkan sebarang bukti.Apa yang kita dengar hanyalah dakwaan berasaskan kebocoran dokumen dan penyiasat tanpa nama.Tiada sekali pun sumber dokumen ini ditampilkan,manakala dokumen berkenaan juga tidak pernah dikemukakan untuk pengesahan pihak berkuasa.

8. Seperti diketahui,beberapa dokumen yang menjadi asas dakwaan kebelakangan ini dilaporkan telah diubah.Individu yang membocorkan dokumen ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa di luar negara kerana cuba memeras ugut bekas majikannya.Hakikat ini besar kesannya terhadap kesahihan dokumen berkenaan dan mereka yang menggunakannya untuk memburuk-burukkan kerajaan serta negara kita.
9. Mereka yang terus melancarkan serangan ini perlu bersedia untuk berdepan tindakan berikutan perbuatan mereka.Taktik kotor - termasuk taktik jenayah dalam beberapa keadaan - untuk menumbangkan kerajaan akan gagal.Dalam beberapa keadaan,mereka bakal berdepan tindakan mengikut peruntukan undang-undang.
10. Malang sekali serangan palsu bertubi-tubi yang didorong kepentingan peribadi ini berlaku pada ketika Malaysia memiliki pelbagai kelebihan unik - kedudukan sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini dan status negara maju yang semakin hampir dicapai.Saya kekal dengan fokus untuk membangunkan negara demi rakyat
- Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia 

13 June 2015

TUN M : "Beliau mahu saya letak jawatan kerana saya menolak tuntutan peribadinya" - @NajibRazak



Tentunya ramai yang tertanya-tanya apa yang buat Tun Mahathir menyerang Perdana Menteri kebelakangan ini... Pergolakkan 2 pemimpin ini juga telah mengundang kekeliruan rakyat hingga timbul berbagai spekulasi yang memeningkan kepala.

Berikut kenyataan eksklusif MP paparkan, jawapan dari YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak, yang di petik terus daripada blog NajibRazak.com.


Ramai yang bertanya – apa yang mendorong Tun Mahathir menyerang Perdana Menteri? 

Jawapannya adalah: 

1. Beliau mahu saya meletakkan jawatan, sebagaimana beliau mahu Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan kerana saya menolak untuk melaksanakan tuntutan peribadinya.

2. Saya menolak kerana ia adalah tugas saya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara demokratik untuk memimpin negara ini dan melakukan apa yang saya percaya adalah baik untuk negara ini, bukan untuk seorang individu. Saya tidak percaya yang rakyat mahu seorang mantan Perdana Menteri memerintah melalui proksi.

3. Tun mencetuskan krisis apabila beliau secara melulu mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1MDB dan aset kewangan syarikat, bernilai kira-kira RM16 bilion, adalah tidak bernilai. Kenyataan-kenyataan tersebut adalah palsu dan menyebabkan suasana panik yang tidak sepatutnya.

4. Sekiranya Tun berpegang pada fakta dan menjelaskan bahawa RM42 bilion sebenarnya hutang, maka itu lain kisahnya. Ini adalah kerana syarikat biasanya harus mempunyai aset yang bernilai lebih tinggi sebagai cagaran terhadap hutangnya. Dalam kes 1MDB, hutang RM42 bilion disokong oleh RM51 bilion aset seperti yang dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan 1MDB bagi 2014. Tetapi beliau memilih untuk tidak mengendahkannya

5. Adalah salah bagi Tun membuat dakwaan palsu bahawa RM42 bilion, atau RM27 bilion selepas beliau mengubah angka itu, adalah “hilang”. Selepas 1MDB mendedahkan di mana beradanya RM42 bilion itu, Tun kemudiannya berkata beberapa bilion pula telah hilang. Perubahan angka dan hujah-hujah ini mencetuskan keraguan yang serius terhadap tuntutan beliau. Disebabkan beliau merupakan bekas ketua kerajaan, sentimen pasaran dan rakyat telah dipengaruhi secara negatif.

6. Sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan bahawa semua entiti di bawah bidang kuasa kerajaan, bukan sahaja 1MDB, ditadbir dengan baik. Atas sebab inilah saya mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan siasatan ke atas 1MDB, dan laporan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) yang dwipartisan untuk penelitian telus. Jika terdapat pihak yang terlibat dalam salah laku, saya akan memastikan undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian.

7. Jika Tun benar-benar mahukan jawapan kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan, beliau hanya perlu menunggu beberapa siasatan – oleh Ketua Audit Negara, Bank Negara dan PAC – untuk membuat kesimpulan. Bagaimanapun, beliau nampaknya tidak percaya kepada institusi-institusi dan pihak berkuasa yang sah, atau berminat dengan jawapan mereka.

8. Ini kerana serangan Tun ini pada hakikatnya tidak didorong oleh 1MDB – beliau hanya menggunakan syarikat itu sebagai alasan dan cuba menjatuhkan Perdana Menteri yang sedang berkhidmat. Jika 1MDB tidak pernah wujud, Tun akan mencari alasan lain.

9. Ia memalukan apabila Tun sekali lagi, telah berpaling menentang kepimpinan partinya sendiri. Serangan umum hanya akan merosakkan UMNO, kerajaan dan akhirnya Malaysia. Kelakuan tidak wajar ini akan menjadi catatan tambahan yang mencemarkan legasi beliau.

10. Tun mengatakan BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi sejak bilakah seorang individu mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak yang mengundi? Pembangkang berada dalam keadaan huru-hara, dan memandangkan perpecahan dalam ideologi asas gabungan mereka, akan berlaku kelumpuhan negara jika mereka memegang tampuk pemerintahan. Jika Barisan Nasional kekal bersatu dan membuktikan diri sebagai pemerintah terbaik bagi tahun-tahun akan datang, saya percaya rakyat akan membuktikan bahawa dakwaan Tun adalah salah, pada pilihan raya akan datang – selepas didedahkan bahawa dakwaannya itu adalah palsu dan didorong oleh kepentingan diri sendiri, bukan demi kepentingan Malaysia.

Sumber : NajibRazak.com

20 May 2015

TUN M : "Bila orang terima BR1M, mereka suka.." kata Setiausaha Agung MCA


Sejak dari awal pelaksanaan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hinggalah hari ini, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad tidak henti-henti menunjukkan tentangannya terhadap skim itu dengan mengemukakan pelbagai kenyataan dan alasan.

Baru-baru ini juga, beliau  mendakwa pemberian BR1M turut memalaskan rakyat.
   Antara yang terkini, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam program Bicara Negara di Ipoh, kelmarin sekali lagi membangkitkan isu BR1M dengan satu kenyataan mendakwa masyarakat Cina tidak menyukai pemberian wang tunai di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan oleh kerajaan itu.

Namun, dakwaan tersebut ditolak pihak MCA dan menganggap ianya suatu pandangan yang tidak berasas.

Setiausaha agungnya Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, Dr Mahathir perlu memberikan fakta di sebalik dakwaaannya kerana belum ada orang Cina yang menzahirkan rasa tidak gembira dengan BR1M.

"Ini pandangan yang tiada sokongan asas, kerana jika berkata demikian, perlu ada angka kata orang suka. Saya rasa ini saja cakap Dr Mahathir." kata Datuk Seri Ong.

"Kalau hendak menjadikan kenyataan ini benar, perlu disokong dengan angka," tambah beliau ketika ditemui media di Ibu Pejabat MCA di Kuala Lumpur,semalam.

Berhubung dakwaan dimana pemberian BR1M itu satu rasuah, beliau berkata sebagai pemimpin MCA, beliau belum pernah mendengar cakap dari kaum Cina mengatakan ianya satu rasuah.

"Saya tidak pernah dengar cakap-cakap (rasuah) sedemikian daripada penerima. Orang yang tidak terima boleh cakap macam-macam. Orang yang menerima, saya tidak pernah dengar mereka kata itu rasuah.

"Orang yang terima, pandangannya tepat. Orang yang tidak terima mungkin iri hati. Itu tidak tepat. Tanya pada orang yang menerima.

"Ia menjadi satu mekanisme bagi menangani kos sara hidup, BR1M bukan sahaja di amalkan di Malaysia... Tetapi juga di negara maju seperti Hong Kong dan Taiwan juga buat."

Tujuannya sama, untuk ekonomi aktif,” katanya.

Berbalik kepada soal penerimaan BR1M oleh kaum Cina yang layak, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata...

"Bila orang terima BR1M, mereka suka.... Contohnya di kawasan saya, tahun pertama saya serah dengan tangan saya, semua terima, semua suka. Itu pandangan saya," jelasnya yang juga ahli Parlimen Tanjung Malim.



7 January 2014

KALIMAH ALLAH: Marina lantang membela Kristian? KLIK baca ni!


Selain pembangkang, antara pihak yang turut teruja memburukkan imej JAIS dan Islam ialah NGO yang membawa perjuangan liberal iaitu kebebasan tanpa had serta kesamarataan dalam beragama.

Bukan hanya tidak menghormati... Malah pihak ini, langsung tidak mahu mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara. Sekali gus menidakkan undang-undang dan perlembagaan.

Sejak akhir-akhir ini, kedua-dua mereka iaitu pembangkang dan NGO liberal ini dilihat sedaya upaya mencuba untuk cetuskan ketegangan antara Islam-Kristian melalui berbagai cara. Modus Operandi mereka ialah dengan menggerakkan laman-laman sosial peribadi mereka untuk memperlekeh dan menghina Islam bagi mengundang tindak-balas.

Dan apabila pihak berkuasa mengambil tindakan, mereka akan menuduh kerajaan Islam sebagai zalim dan berat sebelah.

Lepas itu, mula bertindak burukkan kerajaan dan undang-undang negara di peringkat antarabangsa dengan tujuan memberi tekanan agar undang-undang berlandaskan Islam dilonggarkan. (KLIK)

Kononnya perubahan perlu di buat, bagi memastikan hak asasi setiap golongan di Malaysia terjamin dan tiada lagi diskriminasi.

Namun apa pun kenyataanya, mereka tetap dengan mengambil pendirian untuk membentuk sifat berat sebelah dalam setiap isu Islam-Kristian.

Hinggakan dah jelas pihak mereka melanggar undang-undang. Boleh lagi tunjukkan sikap seolah-olah  langsung tidak berbuat salah, yang disalahkan hanya Islam dan umat Islam semata-mata.

Justeru, kita ingin bertanya kepada wakil NGO liberal bernama Marina ni... Yang begitu lantang membela Kristian dan menghentam JAIS dalam isu ini.

Apakah benar Marina memperjuangkan hak asasi manusia atau sebenarnya berjuang menentang Islam?

Isu kalimah Allah bermula tanpa alasan yang jelas.

Selama ini rakyat Malaysia tenang dan aman mengamalkan kepercayaan masing-masing atas dasar saling menghormati. Tiada siapa yang mencabar sesiapa, atau dengan sengaja menimbulkan ketegangan dengan ‘mencuit’ agama lain.

Rakyat yang rasional tertanya-tanya, sudah sekian lama menyebut ‘Father’ kenapa perlu ditukar kepada ‘Allah’?

Mungkin juga Marina boleh bantu pihak Kristian, menjawab soalan yang menyemakkan kita ni.

Di samping itu, kita mintaklah sekali Marina jawab soalan ini...

Kenapa Marina tak pernah persoal dan tiada sekali pun mengherdik anak-anak Cina DAP yang menghina nama Allah SWT dan Rasulullah di laman-laman sosial mereka?

Termasuklah dalam isu tuntutan Kristian menggunakan kalimah Allah... Kenapa Marina tidak pernah sekali pun kita nampak ada bersama semasa kumpulan-kumpulan pejuang Islam laungkan bantahan terhadap biadapnya tuntutan itu?

Nak di ikutkan, banyak lagi persoalan di kepala kita yang sehingga kini Marina (NGO liberal) dan pihak Kristian masih tidak dapat menjawab.

Dan, kita ingin sekali mahu tahu serta memahami, adakah Kristian sengaja mencari gaduh dan kenapa Marina nampak begitu berat sebelah?

Apakah Marina sudah terkena sindrom gila glamour atau sememangnya gila? Selanjutnya KLIKSINI...

MP: Manusia yang tiada jatidiri, enggan menerima dirinya sendiri dan juga budaya serta adat kaumnya, secara semulajadinya adalah manusia yang keliru. Kekeliruan yang berserta dengan keangkuhan akhirnya membawa kepada kebodohan...


5 January 2014

PANASSS!!! Marina hilang terus rasa hormat. KLIK baca ni!


Haramjadah jadinya...
Bila langsung dah hilang hormat.
( KLIK )


Ini jawapannya...

"Dan sekiranya anda tidak menerima jemputan saya anda mesti (sekurang-kurangnya ) membayar Jizyah ( penghormatan ) kepada Kerajaan Islam ( sebagai ganti dilaksana perlindungan nyawa dan harta anda) , jika tidak anda adalah dengan ini diberi amaran dan akibatnya berbahaya", kata Rasulullah.

Ini perjanjian yang wajib kita genggam!


Marina bersama bunga di tangan di perkarangan gereja katolik Our Lady of Lourdes. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 Januari, 2014

Selanjutnya KLIKSINI


2 November 2013

#SaveGaza : TERKINI! Bila-bila masa saja mereka diratah Zionis. Bantulah!


Gaza yg keluasannya 3 suku dari bandar Klang. Kirinya laut dan border berwarna purple adalah tembok setinggi 3 tingkat binaan Zionis.

Satu2nya jalan menghubungkan dgn dunia luar adalah melalui Rafah dan terowong2 disitu.

Setelah kejatuhan Presiden Mesir Dr Morsi, pintu Rafah ditutup dan terowong2 dimusnahkan oleh tentera Mesir sendiri. Bantuan utk Gaza lumpuh 100%.

Malam kelmarin wakil dr MAPIM memberitahu dikhabarkan lebih 1000 buah kereta kebal Israel di tempatkan di Rafah. Ini bermakna umat Islam Gaza telah terkepung dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diratah oleh Zionis.

Mungkin inilah antara agenda mereka menggulingkan Dr Morsi.

Saya hanya menyampaikan apa yg telah disampaikan pd saya dan jemaah yang lain oleh wakil MAPIM tentang amanat Perdana Menteri Palestin. 

"Kami tidak meminta kamu datang bersama2 kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini untuk mempertahankan tanah umat Islam,tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doa lah senjata paling hebat yg tidak ada pada org kafir. 

Selain itu bantulah apa saja yg kamu termampu dan tolong sebarkan tentang kami kpd semua umat Islam kerana kami terkepung utk memberitahu kpd dunia".

Jika itu juga tidak mampu kamu lakukan bagaimana kamu ingin menjawab dihadapan Allah kelak?".

Sila sebarkan jika anda peduli...

Hj. Nazri Deraman,
Pengerusi Cakna Palestin

31 October 2013

GST: HANGATTT!!! Anwar tampar mulut puak-puaknya? KLIK baca ni!


AKetua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai April 2015 merupakan sistem cukai yang efisyen namun beliau menggesa kerajaan mengambilkira beberapa faktor sebelum melaksanakannya.


“Saya akui memang saya pernah bersetuju dengan pelaksanaan GST pada 1993 ketika Tun Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan. Ketika saya ambil alih Kementerian Kewangan pada 1998, saya tidak pun laksanakan GST kerana kita ada catat lebih kecil pendapatan.


Nahhh... Ini merupakan satu tamparan hebat kepada puak-puak Pakatan Haramjadah di luar sana. Setelah berbondong-bondong kutukan mereka lontarkan kepada GST dan kerajaan akhirnya terdiam bila Anwar Ibrahim spin puji GST dek kerana dikaitkan dengan persetujuannya dengan perlaksanaan GST pada 1993 ketika Tun Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan.
Bukan Anwar Ibrahim kalau tak menipu. 

Spin jangan tak spin yeop. KLIK SINI!!!
Kah kah kah...


11 October 2013

PEMILIHAN UMNO 2013: Pilih yang 'BIJAK, BERANI, BENAR'


PETANG semalam, saya diajukan dengan 'chai' calon-calon yang akan bertanding pemilihan Pemuda, Puteri dan Wanita esok.

'Chai' adalah senarai calon yang diingini oleh pihak tertentu untuk 'disogokkan' kepada ribuan perwakilan mengundi.

Senarai ini diharapkan, kalau tidak semua, dapat menduduki 20 kerusi barisan Exco tiga sayap parti ini.

Di sebalik 'chai' yang tertera di atas sekeping kertas kecil, saya ingin menarik perhatian kepada perwakilan yang akan mengundi esok betapa mereka perlu meletakkan individu-individu 'yang betul' dalam saf Pemuda, Wanita dan Puteri. Pastikan mereka ini yang benar-benar mahu berjuang untuk UMNO. Jadi sebenar-benarnya orang UMNO.

Saf Exco yang bakal diketengahkan nanti mestilah yang berkeupayaan memahami gelombang era Internet dan laman sosial yang kian menuntut kualiti pemikiran kehidupan sekarang. Barisan Exco tiga sayap ini harus mendalami kehendak-kehendak orang Melayu, limpahan anak muda yang semakin meningkat dalam senarai daftar pengundi dan kepentingan keharmonian kehidupan semua kaum.

Perjuangan yang akhirnya sudah tentu untuk terus memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 dalam majoriti tercantik perlu dimulakan dari sekarang.

UMNO memerlukan pemikiran pejuang mudanya yang strategis, yang tidak lagi berjuang cara lama. Buangkanlah taktik dan strategi tidak praktikal untuk menambat hati pengundi. Buanglah elemen sebegini seperti mana yang sempat saya temui dalam catatan sebuah blog:

"Teringat ketika di Felda Chemplak Barat, pada satu malam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Tenang yang lalu. Malam itu seorang pemimpin kanan DAP dijadualkan berucap di kubu kuat UMNO.

"Di seberang lorong tempat pemimpin DAP itu dijadualkan berceramah, berdiri sekumpulan tidak lebih 12 orang Pemuda UMNO dengan lengkap beruniform Pemuda UMNO dan Pemuda BN. Mereka ke situ bukan untuk mendengar ceramah pemimpin DAP terbabit tetapi untuk menzahirkan protes mereka terhadap kedatangannya ke kawasan Melayu.

"Beberapa ketika sebelum pemimpin DAP itu tiba, beberapa ketua mereka dilihat sedang berunding dengan pihak polis yang melingkungi mereka. Tindakan polis melingkungi bukanlah bagi menghalang mereka mara ke hadapan sebaliknya bagi menjaga keselamatan mereka. Bahkan jika polis tidak berbuat demikian, dipercayai mereka akan lari lintang-pukang bila melihat sekumpulan tidak lebih 30 orang berkopiah merenung mereka.

"Penceramah akhirnya tiba dan ketika berada bersama sedozen pemuda UMNO itu, masih boleh mendengar dengan lantang dan lancar ceramah pemimpin DAP itu. Bagaimana dengan suara protes sedozen Pemuda UMNO itu? Bermula dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan berakhir dengan zikir dan selawat, mereka tidak membawa sebarang impak melainkan hanya untuk diri mereka sahaja.

"Akhirnya pemimpin DAP itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana sudi hadir sama di dalam ceramahnya."

Cuma yang hairannya mengapa sedozen Pemuda itu memakai uniform UMNO/BN dan mengapa mereka tidak berpakaian seperti penduduk Felda dan berdiri bersama orang ramai. Adalah lebih berkesan jika pemimpin DAP itu melihat penentangan terhadapnya datang dari orang-orang Felda.

Esoknya, seorang penduduk ahli UMNO kawasan itu mengajak kesemua pemuda tadi menyertainya untuk mendengar ceramah pimpinan Pas di Tenang Station. Syarat yang diletakkan ialah mereka mesti berdiri di saf paling hadapan dan memakai baju biasa.

Dan apabila mendengar tuduhan yang tidak benar dilemparkan oleh penceramah, angkat tangan dan dengan sopan memohon penjelasan atau membetulkannya.

UMNO mencari 'harimau' dalam saf sayapnya.
Senang cerita calon yang 'Bijak, Berani, Benar'

Jangan tesalah pilih seperti calon dalam artikal ini.. KLIK SINI

30 September 2013

PEMILIHAN UMNO 2013: Calon berani dan lantang berhadapan pembangkang...

#36 : POLITIK BIJAK... BERANI... BENAR...

Menjinakkan parti pembangkang pada senario politik hari ini bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh malahan ia hampir mustahil. Sebagai rakyat yang pada hari ini mampu mendapat maklumat hanya di hujung jari, kadang kala berasa lemas dan gerun dengan serangan-serangan pembangkang terhadap UMNO terutamanya.

Namun berbekalkan iltizam dan corak kepimpinan berpolitik secara bijak, berani dan benar, DS Azalina melihat semua ini adalah intipati sebagai seorang ahli politik dan ia hanya mampu dilakukan jika seseorang ahli politik itu mempunyai semangat seperti kata-kata tersebut - Politics is the art of the possible.

Gayanya yang sentiasa bertenaga, kejujurannya dalam berbicara dengan ide-ide yang bernas, seorang yang bijak, berani dan lantang berhadapan pembangkang adalah ciri-ciri yang ada pada DS Azalina Syed Othman. Pada hari ini beliau telah diberi pengiktirafan ke satu tahap ke hadapan apabila beliau telah dilantik mengetuai Pengerusi Kaukus Wanita Parlimen Malaysia bagi penggal ke-13.


"Matlamat saya adalah lebih kepada mewujudkan persefahaman di antara semua wakil rakyat tidak kira Barisan Nasional (BN) ataupun pembangkang, agar isu-isu yang menyentuh tentang wanita dapat dibahas serta ditangani sebaik mungkin.," katanya.

Kaukus itu diwujudkan pada 2008 dan dianggotai semua anggota parlimen wanita bagi memperjuangkan pelbagai isu berkaitan wanita selain memperkasakan lagi wanita di negara ini yang merupakan tunjang utama dalam pembangunan negara.

Pada penggal ke-13 kali ini, kaukus itu dianggotai 23 anggota parlimen wanita dari pihak BN mahupun Pakatan Pembangkang dan mereka adalah;

MP Barisan Nasional
1. Datuk Seri Azalina Syed Othman - Pengerusi
2. Datuk Halimah Mohamad Sadique
3. Dato Noraini Ahmad
4. Datuk Rohani Abdul Karim
5. Datuk Noriah Kasnon
6. Dato Rosnah Abdul Rashid Shirlin
7. Datuk Azizah Mohamad Dun
8. YB Datin Linda Tsen Thau Lin
9. Pn Rubiah Hj Wang
10. Nancy Shukri
11. Datuk Mary Yap Ken Jin
12. Puan Mas Ermieyati Samsudin
13. Normala binti Abdul Samad
14. Norah binti Abdul Rahman

MP Pakatan Pembangkang - 3 adalah daripada PKR (3), PAS (2) dan DAP (4).
1. Fuziah Salleh (PKR) - Timbalan Pengerusi
2. Nurul Izzah Anwar (PKR)
3. Zuraida Kamaruddin (PKR)
4. Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS)
5. Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS)
6. Teresa Kok (DAP)
7. Alice Lau (DAP)
8. Teo Nie Ching (DAP)
9. P Kasthuriraani (DAP)


Datuk Azalina ketika memberi pendapatnya yang bertajuk " On being a woman politician and fighting for women's rights". Di antara kata-katanya;

" I BELIEVE NOT IN NUMBERS BUT I BELIEVE IN THE PERFORMANCE OF WOMEN AND THE RESPECT FOR WOMEN IN THE POSITION OF THE EMPOWERMENT AND POWER"

"ISSUES ON WOMEN'S PERSONALITY ITSELF... YOUNG GIRLS ABILITY TO PARTICIPATE IN SPORTS, A YOUNG GIRL ABILITY TO HAVE THE RIGHT TO PLAY, A YOUNG GIRL'S SAFETY..."

"OVERALL THE BIGGEST DIFFICULTY IS... TO RAISE ISSUES AND BEING CONVINCED ON WHAT YOU SAY..."

Penyertaan wanita di bidang politik masih rendah.
Perwakilan wanita-wanita dalam politik adalah merupakan salah satu petunjuk yang membuktikan komitmen masyarakat di dalam memperkasakan wanita. Penglibatan wanita-wanita di dalam proses-proses membuat keputusan yang berdasarkan politik boleh membantu memastikan penghapusan ketidaksamaan yang dihadapi oleh wanita-wanita.

Semenjak merdeka, bilangan calon wanita yang telah dipilih untuk memasuki badan-badan pembuat keputusan politik di Malaysia semakin bertambah, tetapi hanya pada kadar yang sederhana dan masih berada di tahap yang rendah. Pada tahun 1990, hanya 5 peratus ahli-ahli parlimen terdiri daripada wanita. Bilangan ini telah berganda sebanyak 10 peratus pada tahun 1999 tetapi ia telah kekal di tahap tersebut walaupun selepas pilihanraya umum pada tahun 2004.

Dengan pendidikan di peringkat yang tinggi, yang seringkali melepasi lelaki, adalah diharapkan wanita-wanita dapat melibatkan diri dengan sepenuhnya di setiap peringkat politik.

Pada masa lalu wanita telah diambil ringan dengan hanya mengikuti pandangan politik suami, abang-abang atau rakan lelaki mereka, tetapi wanita profesional kini mampu mempunyai fikiran mereka sendiri mula mempersoalkan dan menilai setiap apa yang berlaku terutama perjalanan politik hari ini.

Apakah Wanita UMNO telah berubah sesuai dengan tuntutan semasa ini?

Kata-kata Tun Mahathir;

"Saya masih ingat tentangan oleh Wanita apabila cadangan untuk menubuhkan Puteri dibincangkan dalam Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Wanita berpendapat Puteri tidak perlu kerana mana-mana wanita boleh menyertai Wanita UMNO. Tetapi ramai yang berminat untuk menyertai UMNO tidak senang untuk menyertai Wanita UMNO, menyertai kumpulan yang jauh lebih tua daripada mereka dengan kepimpinan yang tidak berubah tahun demi tahun.

Mereka berpendapat mereka tidak akan berpeluang menyuarakan pendapat mereka, jauh sekali daripada menjadi pemimpin. Mereka perlu berada dalam Wanita bertahun-tahun sebelum dapat memain peranan yang bermakna.

MT membuat keputusan untuk menubuhkan Puteri dan ramailah yang berminat daripada generasi muda yang menyertai Puteri dan menyumbang kepada kecergasan UMNO."


Mengambil kira rekod dan tradisi dalam Wanita UMNO, sejak dahulu lagi hanya pemimpin wanita yang telah terbukti sumbangan dan perjuangannya dalam parti akan diangkat sebagai ketua.

Jika menyusur perjuangan dan pencapaian Azalina di dalam politik, apakah DS Azalina menepati kata-kata Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO dapat berbangga dengan seorang ahli politik seperti DS Azalina yang telah berjaya menawan dan seterusnya menjinakkan ahli-ahli parlimen wanita dan inilah yang dikatakan politik bijak, berani dan benar...


5 September 2013

Pindaaan Akta Jenayah 1959: Polis diberi "taring' untuk lebih berkuasa. KLIK baca ni!


Pindaaan Akta Jenayah 1959 Sememangnya Dinanti-nantikan.


Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk meminda Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 sememangnya patut di sokong penuh dan disambut seluruh rakyat. 

Sudah sampai masanya akta tersebut perlu dirangka semula dengan menumpukan kepada aspek serta langkah pencegahan jenayah dengan lebih berkesan.

Semenjak penghapusan Akta Pencegahan, peningkatan kadar jenayah di seluruh pelusuk negara, terutama sekali jenayah pembunuhan berleluasa disana sini. Hidup rakyat mula dibelenggu keresahan dan kebimbangan.Walaupun ia dilihat sebagai pembunuhan terancang iaitu antara kumpulan kongsi gelap, namun ia tidak mampu menenangkan rakyat.

Rata-rata masyarakat kini berada dalam keadaan takut setelah menyedari bahawa kongsi-kongsi gelap berada di mana-mana saja di kalangan rakyat biasa.

Berterima kasih kita kepada Datuk Seri Zahid, yang tegas memperlihatkan kesedaran, keprihatinan dan komitmen yang tinggi untuk membanteras jenayah serta membendung kegiatan kongsi-kongsi gelap.

Pengumuman beliau mengenai deraf pindaan Akta Pencegahan ini, ketegasan
 beliau sudah pasti mendapat pujian ramai dan tentu sekali dapat pertingkatkan persepsi positif serta keyakinan rakyat terhadap kerajaan, pada hari ini. 

Dengan harapan, kerajaan dapat mengabaikan sahaja suara-suara sumbang pembangkang yang kebiasaan bertentang pendapat terhadap melaksanakan kenyataan yang diumumkan oleh Datuk Seri Zahid ini.
Sebab apa yang kita sentiasa dapat lihat, peningkatan kadar jenayah sememangnya dialu-alukan pihak pembangkang kerana ia memberi mereka peluru untuk memburuk-burukkan kerajaan. 

Ini terbukti (KLIK) apabila beberapa pemimpin pembangkang tampil secara nyata untuk membela penjenayah serta mempersoalkan tindakan tegas pihak polis. Jelas sekali, pembangkang sedikit pun tidak peduli akan nasib rakyat asalkan mendapat sedikit keuntungan politik.

Ternyata pembangkang punyai niat jahat disebalik desakkan untuk penghapusan Akta-akta Pencegahan dan ISA suatu ketika dahulu. Terbukti segala desakan pembangkang itu tidak membawa kebaikan kepada sesiapa, malah membawa mudarat yang besar kepada kita.

Dengan itu, mari kita menyokong sepenuhnya Datuk Seri Zahid untuk merangka pindaan Akta Pencegahan Jenayah dalam memberi kuasa yang lebih menyeluruh kepada PDRM untuk membendung dan membanteras jenayah.

Berikan "taring' kepada PDRM untuk mencegah jenayah dengan lebih berkesan.

Sememangnya pindaan terhadap kuasa Polis dalam membanteras dan mencegah jenayah yang sedia ada itu penting bagi kita perkukuhkannya selepas Ordinan Darurat (EO) dan Akta Kediaman Terhad (RRA) 1933 dimansuhkan.



Demi keamanan, ketepikanlah semua perbezaan pendapat dan juga ideologi politik apabila menyentuh tentang keselamatan negara.



26 August 2013

Kerajaan Malaysia tidak meneruskan penyertaan dalam rundingan TPPA...? KLIK baca ni!

KERAJAAN PATUT BERHENTI DARIPADA BERAHSIA - Tun M.
Asalamuaalaikum...

"Kerajaan tidak patut berahsia kerana ia melibatkan rakyat Malaysia," kata bekas Perdana Menteri.

"Menyembunyikannya daripada pengetahuan awam bermaksud terhadap perkara dalam perjanjian itu yang (perunding) tidak mahu orang awam tahu," kata Mahathir, yang telah membaca keseluruhan 29 bahagian dalam perjanjian itu.

"Perjanjian ini akan meningkatkan import kita dan mengurangkan eksport. Ia tidak bagus untuk kita. Saya secara tidak langsung mem
beritahu kerajaan supaya tidak tandatangan perjanjian ini. (Tun Dr Mahathir)

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) -12 negara 
Selepas kegagalan dalam menentukan haluan agenda perdagangan dunia dalam perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Amerika Syarikat (AS) sekarang sedang berusaha memperluaskan pengaruh perdagangannya melalui Perjanjian Persahabatan Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA).

Adalah diharapkan kerajaan dapat teliti agenda tersurat AS melalui perjanjian TPPA ini. Ia dirunding antara Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam.

Ia adalah sebahagian usaha korporat gergasi AS yang mendesak kepada agenda memperluas dan mengukuhkan penguasaan mereka dengan mengetepikan hak warga dunia negara Selatan. Apa yang kita bimbangkan Malaysia akan menandatangani rundingan TPPA yang dijangka dimeterai pada Oktober 2013 di Brunei.

Perjanjian itu antaranya akan melibatkan peraturan ubat generik yang murah dan mempunyai kandungan dan kesan sama dengan ubat asli tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini. Ini bermakna ubat hanya boleh dibeli secara langsung daripada syarikat farmasi asal yang akan menyebabkan kos ubat mahal.

Ini berlaku kerana dalam perjanjian TPPA dalam Hak Harta Intelektual ke atas ubat dikuatkuasakan untuk melindungi syarikat gergasi farmaseutikal antarabangsa. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari USA yang menerima subsidi tinggi akan dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.

Termasuk dalam agenda rundingan TPPA ialah juga bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain akan berhadapan persaingan pasaran terbuka. Persoalannya sejauh manakah industri perkhidmatan kita sedia berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini?

Apa yang harus diketahui rakyat Malaysia ialah rundingan TPPA ini sangat berisiko tinggi untuk Malaysia kerana klausa yang terkandung di dalamnya boleh merangkumi hampir semua industri dan mewujudkan persaingan yang akan merugikan ekonomi tempatan.

Seperti FTA, kesan perjanjian TPPA akan berakhir dengan kerugian yang akan ditanggung oleh usahawan tempatan serta membebankan kualiti hidup rakyat dan meningkatkan kos hidup rakyat keseluruhannya.

Terdapat agenda-agenda dalam pelaburan yang hendak diwujudkan tidak dipersetujui oleh negara seperti Australia dan New Zealand kerana menggugat kedaulatan negara tersebut dalam hak membuat keputusan.

Jika Australia dan New Zealand dua buah negara maju pun menolak isu-isu pelaburan seperti layanan status tempatan maka Malaysia juga harus memikirkan mengenainya.

Sehubungan itu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membuat gesaan supaya:

• Rundingan TPPA ditangguh sehingga segala teks dan semua dokumen relevan mengenainya didedahkan kepada penelitian orang awam dan NGO.

• Rundingan berhubungan dengan pelaburan seperti status layanan tempatan yang merugikan itu harus dibuang daripada TPPA. Namun jika kerajaan ingin teruskan dalam bahagian berkaitan pelaburan, perkara-perkara seperti penyelesaian pertikaian antara pelaburan dan negara dikecualikan sebagaimana dilakukan Australia.

• MITI harus memberi penerangan mengenai hal ini.
Pada asasnya TPPA adalah versi baru dari FTA dengan USA. Perjanjian FTA menerima bantahan pelbagai pihak yang akhirnya tidak ditandatangani oleh Malaysia dan FTA mengikut jadual asalnya.

Malah kebanyakan isu dan isu kandungan TPPA adalah perkara-perkara yang diutara dan dirundingkan dalam Perjanjian Langkah-Langkah Pelaburan Berkaitan dengan Perdagangan (TRIMs), Perjanjian Hak-Hak Harta Pemilikan Intelektual Berkaitan Dengan Perdagangan (TRIPs), Perjanjian Perdagangan Berkaitan dengan bidang Perkhidmatan (TRiS) serta perjanjian perdagangan dengan pertanian yang terkandung dalam WTO.

Berdasarkan kepada perkara-perkara di atas adalah diharapkan kerajaan Malaysia tidak meneruskan penyertaan dalam rundingan TPPA sehingga analisis terperinci dapat dihasilkan untuk dibahaskan kepada umum mengenai kebaikan dan keburukan perjanjian TPPA tersebut.
Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia mendesak supaya tidak menanada tangani perjanjian tersebut

Waasalam.

Sumber: 
Kelab Antii Anwar Ibrahim III

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.