#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

4 December 2018

#BantahICERD : 8 Sebab Himpunan 812


8 SEBAB KENAPA PERLU SERTAI HIMPUNAN UMMAH 8 DISEMBER 2018

Ayuh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik untuk kita turun beramai-ramai dan berhimpun secara aman pada 8 Disember ini dengan berpakaian putih dan mengibarkan jalur gemilang  bagi tujuan berikut:

1. Mensyukuri kejayaan membantah ICERD yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan mampu meruntuhkan 61 tahun keharmonian kaum di Malaysia.

2. Menolak sebarang usaha Kerajaan PH untuk meratifikasi Konvensyen-Konvensyen Antarabangsa  lain berkenaan Hak Asasi Manusia yang tidak secocok dengan acuan Malaysia yang berpaksikan Islam, martabat Bumiputera dengan keunikan pelbagai agama dan bangsa.

3. Membantah segala dasar Kerajaan PH yang membelakangi prinsip Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

4. Menyanggah pendirian PH yang lebih mengutamakan janji-janji manifesto berkaitan ratifikasi ICERD dan Konvensyen Hak Asasi Manusia yang lain berbanding janji-janji yang menyentuh kepentingan rakyat.

5. Meluahkan rasa terkilan dan dukacita terhadap kegagalan Kerajaan PH menunaikan janji-janji Manifesto PRU14 lalu berkaitan kehidupan rakyat termasuklah janji berkaitan PTPTN, pemansuhan tol, penurunan harga minyak dan meringankan kos sara hidup rakyat. 

6. Mempamerkan semangat patriotik dan kecintaan kita sebagai rakyat Malaysia berbilang agama dan bangsa yang mengutamakan keamanan dan kehormonian.

7. Menentang keras sebarang bentuk ancaman dan cubaan memainkan sentimen perkauman dan agama di kalangan rakyat sekaligus menjunjung kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kekuatan negara selama ini.  

8. Menzahirkan semangat solidariti rakyat Malaysia yang mendambakan penyatuan ummah dan pemerkasaan integrasi kaum bagi memastikan kesinambungan kesejahteraan negara sejak merdeka lagi. 

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
3 Disember 2018

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.