GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label FIC. Show all posts
Showing posts with label FIC. Show all posts

20 April 2017

#FELDA #FGVH tak terbina dan berjaya ditangan pembangkang


Peneroka FELDA memperoleh ganjaran daripada penyenaraian itu, bukan kerugian.

Terdapat dakwaan kononnya peneroka Felda sudah kehilangan wang berikutan penyenaraian FGV dan harga saham menurun.

Saham FGV disenaraikan pada harga RM4.55 dan sebaik sahaja selepas penyenaraian, ia melonjak sehingga RM5.46. Ia kekal melepasi harga IPO untuk 9 bulan sebelum menyusut berikutan harga minyak sawit dunia menurun dan pengeluaran yang berkurangan akibat dari El Nino yang menyebabkan kemarau dan cuaca panas yang luar biasa.

Hari ini harga saham FGV adalah RM2.05.

Sebaik penyenaraian, Felda meraih kira-kira RM5.5 bilion. Satu pertiga darinya atau RM1.7 bilion terus disalurkan kepada peneroka melalui bonus ‘durian runtuh’ sebanyak RM15,000 bagi setiap keluarga.

Setiap keluarga juga diberikan pinjaman tanpa faedah di mana mereka hanya membayar RM50 sebulan untuk tempoh 72 bulan bagi melanggan 800 saham FGV, atau kos sebanyak RM3,640 bagi setiap keluarga.

Sejak disenaraikan, FGV telah membayar 8 dividen berjumlah 44 sen setiap saham, pulangan sebanyak RM352 bagi 800 saham terbabit.

Selain itu, ketika penyenaraian FGV, Felda dan anak syarikatnya memegang hampir 730 juta saham dalam FGV. Daripada dividen 44 sen sahaja, ia menerima RM320 juta. Jumlah ini turut diagihkan kepada peneroka sehingga RM2,200 setiap keluarga.

Koperasi Permodalan Felda turut diberikan sejumlah wang dan 200 juta saham semasa penyenaraian FGV. KPF juga menerima sekurang-kurangnya RM90 juta dalam bentuk dividen. Selain itu, KPF juga menerima wang RM2.2 bilion dari FGV selepas penjualan 51% saham Felda Holdings kepada FGV.

Maka, dari penyenaraian FGV itu, peneroka menerima manfaat berikut:

1. RM15,000 dalam bentuk bonus

2. RM2,000 (daripada 800 saham biarpun harga menurun dari RM4.55 kepada RM2.05)

3. RM352 dividen diterima

4. RM2,200 bayaran dari Felda sebagai dividen FGV

5. Jumlah yang diagihkan oleh KPF dengan keluarga peneroka

Maka, sehingga kini, peneroka telah menerima perolehan sekurang-kurangnya RM15,552 setiap keluarga, dan bukannya rugi. Ini tidak termasuk berapa yang diagihkan oleh KPF dengan peneroka.

Wang ini tidak mungkin diperolehi tanpa penyenaraian FGV.

Ini adalah tambahan kepada bonus insentif tetap yang diberikan bagi produktiviti dan Hari Raya yang dibayar terus oleh Felda, dengan kali terakhir adalah antara RM300 hingga RM800 bagi setiap keluarga pada Januari 2017 dan bonus RM500 bagi bonus Hari Raya pada Jun 2016.

Disebalik hasutan berterusan pembangkang kononnya peneroka Felda mengalami kerugian, ia sebenarnya adalah fitnah untuk mengapikan kemarahaan orangramai untuk kepentingan politik mereka kerana kononnya peneroka kehilangan wang akibat dari penyenaraian FGV dan penyusutan harga saham.

Peneroka sebaliknya memperoleh ganjaran daripada penyenaraian itu, bukan kerugian.

Pembangkang tidak pernah henti untuk menghasut rakyat tiap-tiap hari dengan pelbagai fitnah dan penipuan.

LSS.

31 August 2015

#GenerasiKe2Felda : Harga Rumah Turun Lagi!


   "Kerajaan banyak membantu golongan peneroka Felda kerana mereka adalah kumpulan yang tahu menilai erti "mensyukuri nikmat" yang diperoleh mereka hari ini "  - Perdana Menteri 

Menurut kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin.apa yang dilakukan kerajaan untuk golongan peneroka Felda hari ini adalah sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa. 

Katanya peneroka Felda sedar sejak 59 tahun lalu, hanya kerajaan sedia ada hari ini yang mampu mengubah nasib mereka di kawasan luar bandar. 

"Sebab yakin kerajaan boleh membantu mereka, hari ini mereka menuai, dulu merangkak bertatih, kini kita mampu bersaing di peringkat dunia, siapa berjasa kepada peneroka Felda, adakah yang buat perhimpunan Bersih 4 itu nak bantu orang di luar bandar...tidak," katanya. 

Sekali lagi beliau mengumumkan harga baharu rumah untuk generasi kedua Felda yang boleh dibeli dengan harga antara RM60,000 hingga RM70,000 seunit. 

Najib berkata sebelum ini di bawah Program Perumahan Generasi Kedua Felda, beliau telah mengumumkan penurunan harga rumah dari RM120,000 kepada RM90,000 untuk pembinaan kira-kira 20,000 unit rumah untuk generasi kedua peneroka.

"Pada masa akan datang, kita akan bina lebih banyak rumah dalam lingkungan RM60,000 ke RM70,000, kita kurangkan sedikit bahan dan reka bentuk daripada 1,100 kaki persegi kepada 850 kaki persegi, yang mustahak rumah mampu disewa dan dibeli generasi kedua Felda," katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Peneroka Felda peringkat Kebangsaan 2015 bertema "Mensyukuri Nikmat" di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di sini.

Najib berkata beliau yakin program baharu itu akan mendapat sambutan yang baik daripada anak-anak peneroka Felda yang masih lagi mencari rumah sendiri.
Selain bantuan projek perumahan, beliau berkata banyak lagi bantuan kerajaan untuk generasi baharu golongan peneroka Felda akan dilaksanakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam bajet 2015 seperti bantuan pengajian tinggi generasi baru RM51.5 juta dan banyak lagi bantuan lain.

"Di bawah program dana khas pelajar cemerlang Felda, seramai 11 anak, cucu dan kakitangan peneroka Felda mendapat tempat di beberapa universiti terkemuka di luar negara termasuk tiga orang dalam bidang peubatan di Royal College of Surgeons di Ireland," katanya.

21 July 2015

FGV: Perluaskan Ladang Felda di Indonesia



Mengulas rancangan dan tujuan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) membeli tanah seluas 420,000 hektar daripada PT Eagle High Plantations (EHP) di Indonesia. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata cadangan tersebut dibuat setelah FELDA menghadapi kekangan untuk menambah keluasan ladang di negara ini.

"Ketiadaan tanah sesuai bagi memperluaskan sektor perladangan sedia ada menyebabkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) adakan cadangan untuk melabur di Indonesia."

PT Eagle High Plantations (EHP) 
Beliau merangkap Pengerusi FELDA juga berkata, FELDA beralih ke Indonesia kerana kedudukan negara tersebut paling hampir dengan negara ini.

"Lagipun kita memang sudah mempunyai ladang di Kalimantan,”ujarnya lagi.

Tanah seluas 420,000 hektar tersebut juga dikatakan sesuai untuk tanaman tebu dan boleh menampung keperluan kilang gula milik MSM Malaysia Holdings Berhad, anak syarikat FGV selain tanaman sawit.


Tan Sri Isa Samad bersama isteri Puan Sri Bibi Sharliza melayan tetamu
di majlis rumah terbuka beliau.
Menurut Tan Sri Isa, pada masa ini FELDA belum memiliki ladang tebu.

“Ini antara faktor yang FGV lihat untuk pelaburan di Indonesia itu. Kita juga berharap dengan penglibatan kita dengan EHP ini kita dapat memasuki pasaran Indonesia yang besar bagi memasarkan pelbagai produk FELDA termasuk minyak masak dan sebagainya.

Walau bagaimana pun, pihaknya sedang menunggu pandangan pihak ketiga dalam perkara ini dan ia akan dibawa pada mesyuarat agung luar biasa bulan depan, 
jelasnya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau, semalam.


Terdahulu (KLIKSINI), YAB.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut menyatakan, dimana kerajaan menerusi FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akan melakukan penelitian sebaik mungkin sebelum membuat keputusan berhubung perkara itu.

"Pembelian itu tidak dilakukan secara terburu-buru kerana perlu mengambil kira manfaatnya kepada pelbagai pihak khususnya peneroka FELDA dari segi keuntungan yang bakal diperoleh." jelas DS Najib.

Baru-baru ini juga (KLIKSINI), Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) telah membawa 50 wakil peneroka terdiri daripada kepimpinan peneroka dari 11 wilayah Felda dan Wanita Felda, termasuk ahli Majlis Belia Felda Malaysia selain beberapa pengurusan tertinggi syarikat perladangan itu bagi melawat ladang kelapa sawit dan tebu milik PT Eagle High Plantations (EHP) di Indonesia.

10 July 2015

FGV : 50 wakil peneroka FELDA dibawa tinjau ladang milik PT Eagle, Indonesia.



Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) membawa lima puluh wakil peneroka FELDA terdiri daripada kepimpinan peneroka dari 11 wilayah FELDA, Majlis Belia Felda Malaysia dan Wanita Felda selain beberapa pengurusan tertinggi syarikat perladangan itu ke Indonesia bagi tujuan melawat ladang kelapa sawit dan tebu milik PT Eagle High Plantations (EHP) di negara itu.

Kumpulan pertama sudah pun diterbangkan ke Indonesia pada Rabu dan kumpulan seterusnya berlepas semalam untuk bersama-sama dibawa meninjau kawasan tanah dan ladang tebu yang dijangka diambil alih FGV.

Pengambilalihan tersebut dikatakan penting, terutama dalam membantu menstabilkan saham FGV yang menurutnya sentiasa dijadikan isu dan kritikan pihak tertentu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim yang turut sama dalam lawatan tersebut berkata lawatan tiga hari itu bertujuan memberi pemahaman kepada semua wakil peneroka tentang potensi pengambilalihan ladang tersebut yang akan memberikan keuntungan kepada FGV untuk jangka masa panjang.

"Kita lihat Indonesia ada potensi besar dalam bidang hiliran, biodiesel dan sebagainya yang menjadi kekuatan FGV pada masa ini," katanya.

PT Eagle High Plantations (EHP)
Bila mana perjanjian dengan syarikat negara jiran (EHP) itu dimeterai, FGV akan memiliki kepentingan ke atas lebih 420,000 hektar tanah ladang yang mampu menghasilkan pulangan lumayan, sekali gus melonjakkan saham FGV.

Beliau berkata FGV dijangka mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) Ogos ini, dengan pemegang saham FGV akan menentukan sama ada syarikat itu wajar meneruskan pengambilalihan itu atau sebaliknya.

EHP memiliki ladang sawit seluas 425,000 hektar, dengan 67% di Kalimantan dan selebihnya di Papua New Guinea (9%), Sulawesi (19%) serta Sumatera (5%).


8 July 2015

#FGVH : RM 900 untuk peneroka FELDA berhari raya.


DS NAJIB TUN RAZAK menyampaikan replika cek duit raya dan dividenFGVH kepada
Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Samsudin Othman (dua dari kanan) sambil
diperhatikan MBN9 DS Mohamad Hasan serta Pengerusi FELDA, Mohd. Isa Abdul Samad - UTUSAN
"Peneroka yang bersama Felda layak terima dividen sebanyak RM600 dan RM300 duit raya...yang tidak bersama Felda, tidak akan terima (dividen dan duit raya)," 

- Datuk Seri Najib Tun Razak

Seramai 98,688 peneroka Felda menarik nafas lega, setelah mendengar pengumuman YAB. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dimana pada 13 Julai ini, pembayaran dividen Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) berserta duit raya sejumlah RM900 bagi setiap peneroka berkata ia melibatkan pembayaran dividen FGV berjumlah RM59,212,800 serta duit raya RM29,606,400.

Jumlah keseluruhan pembayaran dividen Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dan duit raya yang boleh dikatakan 'durian runtuh' kepada warga FELDA sebanyak RM88.8 juta.

Peneroka yang tidak bersama Felda ialah mereka yang tidak menanam semula bersama Felda atau tidak menghantar hasil ladang kepada Felda, berurus niaga tanah tanpa kebenaran dan menyaman Felda.

.Kita perlu bersama Felda, jangan banyak sangat ragam, songel...sebenarnya yang mengelirukan orang Felda ini ialah orang yang datang (ke Felda), menjadi makhluk perosak, dialah yang meracuni fikiran sehingga kita buat yang baik pun mereka kata sebaliknya," kata Perdana Menteri ketika berucap merasmikan program Ihya' Rahmat Ramadan warga Felda peringkat kebangsaan di Felda Pasoh 4, semalam.
Dalam pada itu, Najib menyeru peneroka untuk terus bersama Felda dan menyokong segala usaha yang dilaksanakan agensi itu dalam meningkatkan pendapatan warganya.

Beliau turut berkata Felda mempunyai pelbagai perancangan untuk menambah punca pendapatan sekalipun menghadapi kekangan dari segi faktor ketiadaan tanah untuk dimajukan sebagai ladang di negara ini.

Katanya FGV merancang membeli tanah seluas 420,000 hektar di Papua New Guinea yang mampu menjana hasil sekali ganda berbanding di negara ini, berdasarkan jenis tanah gunung berapinya yang subur.

Selain itu, katanya pihak FGV juga bercadang membeli 37 peratus ladang milik syarikat Indonesia, PT Eagle High Plantation bernilai USD680 juta untuk pelaburan jangka panjang.

"Bagaimanapun, kita belum putuskan secara muktamad, kita mesti buat penilaian dahulu untuk tentukan harga terbaik, bila dah ada kata sepakat barulah kita buat keputusan muktamad...harap boleh buat keputusan tak lama lagi," katanya.

FGV juga, kata Najib merancang memasuki pasaran Indonesia bagi memasarkan pelbagai produk Felda termasuk minyak masak.

Beliau berkata kesemua pelaburan itu jika berjaya dimuktamadkan dijangka mampu meningkatkan pendapatan warga Felda selain mengukuhkan saham FGV.

Turut hadir bersama kira-kira 5,000 peneroka ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

24 June 2015

Kejatuhan nilai ringgit tambah baik eksport FGVH


Banyak sangat pihak-pihak yang tertentu terutama pembangkang membangkitkan isu-isu FELDA untuk dijadikan alasan untuk menjatuhkan kerajaan. Sampai tahap sanggup menyebarkan dakyah fitnah untuk mengaburi mata rakyat dan meraih sokongan.

Kali ini kejatuhan nilai ringgit menjadi berita baru yang cuba dikaitkan dengan turun naiknya ekonomi Felda Global Vanture Holding.(FGV).

Namun, apa yang berlaku keadaan tersebut tdak akan menjejaskan perniagaan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) namun sebaliknya menambah baik eksport perladangan syarikat itu.

Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata syarikat tersebut kini sedang dalam usaha untuk menambah sumber pendapatannya melalui sektor perladangan yang menyumbang sebanyak 75 peratus kepada sumber kewangan syarikat.

Mohd Isa berkata keputusan untuk meluaskan kawasan ladang di Indonesia seperti yang dilaporkan baru-baru ini adalah berikutan kawasan yang terhad di semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Sebelum ini FGV dilaporkan sedang menimbang untuk membeli 37 peratus kepentingan dalam PT Eagle High Plantations Tbk Indonesia, sayap perladangan milik Rajawali Group, yang bernilai US$680 juta.

Pada 12 Jun lepas, ia telah memeterai perjanjian dasar induk dengan Rajawali Group bagi cadangan pembelian berkenaan.

Menurut FGV, angka itu dicapai antara lain dengan menimbang transaksi perladangan kelapa sawit yang dilaksanakan sejak 2013, seperti pengambilalihan New Britain Palm Oil Ltd (NBPOL) oleh Sime Darby pada 2014 dan Unico-Desa Plantations Bhd oleh IOI Corporation Bhd, serta urus niaga yang dijalankannya sendiri.

“Sebelum ini kita Felda Global Ventures telah mempunyai sekitar 20,000 hingga 30,000 ekar di Kalimantan Indonesia dan kini kita dalam perbincangan dengan PT Rajawali,” katanya pada majlis berbuka puasa, di sini, pada Selasa.

Bagaimanapun, katanya, perkara ini akan di dibawa ke mesyuarat agung luar biasa pada bulan Ogos ini.

23 June 2015

FGVH :Bayar zakat RM 23 juta bukti FELDA belum rugi.



Kejayaan Kumpulan FELDA sebagai sebuah syarikat konglomerat Melayu terbesar memang menjadi perhatian ramai pihak. 

Terutamanya mereka yang tidak senang dengan kejayaan syarikat serta orang-orang Melayu di negara ini. Umum ketahui hampir semua akhbar-akhbar pembangkang cuba berusaha keras untuk menjatuhkan kredibiliti FELDA di mata orang Melayu agar ianya ditolak.



Namun, biarpun pelbagai tohmahan dan fitnah yang dihadapi kumpulan ini hingga ada yang menyebar dakyah mengatakan FELDA akan 'bankrup'... Sebaliknya Kumpulan FELDA masih berjaya membayar zakat perniagaan bagi tahun 2014 sebanyak RM 23 Juta. Pembayaran oleh Kumpulan FELDA ini merupakan antara yang terbesar diterima oleh Lembaga Zakat pada bagi tahun ini.

Pemberian Zakat ini jelas membuktikan dimana FELDA masih terus mempunyai hasil keuntungan dan tidak sepertimana yang diheboh pihak pembangkang, sebelum ini.


Jumlah keseluruhan zakat perniagaan yang dibayar oleh FELDA

Cuba kita fikirkan sejenak, jika betul apa yang dicanang oleh pihak pembangkang bahawa Kumpulan FELDA ini satu syarikat yang mencatatkan kerugian yang besar, bagaimana pula FELDA boleh membayar zakat sebanyak RM 23 juta?

Apa pun, syabas dan tahniah MP ucapkan kepada Felda Global Vanture Berhad (FGV) yang terus berjaya memacu FELDA ke persada dunia. Terus memertabatkan nama bangsa dan negara... Sesungguhnya kejayaan mereka, kejayaan bagi kita semua.


5 June 2015

FELDA: Datuk Faizoull tidak dilantik semula sebagai Ahli Lembaga Pengarah


Datuk Haji Faizoull Ahmad
Pada Mesyuarat Agung Tahunan Keempat (ke-4) Syarikat yang akan diadakan pada 2 Jun 2015, lalu. Ahli Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dengan resolusinya telah menetapkan, atas saranan Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan, bahawa tidak menyokong pemilihan semula Datuk Haji Faizoull Ahmad memandangkan beliau tidak lagi memegang jawatan Pengarah Besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) termasuk kedudukan beliau sebagai pengarah syarikat MSM Malaysia Holdings.

Syarikat itu turut berkata, resolusi untuk melantik semula 
Datuk Haji Faizoull Ahmad sebagai pengarah MSM pada Mesyuarat Agung Tahunan itu juga tidak dijalankan kerana beliau dianggap telah bersara sebagai ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.Datuk Faizoull memulakan langkahnya berkhidmat dengan Felda sejak tahun 1986 dan diakui mempunyai pengalaman kerja yang begitu luas setelah memegang pelbagai jawatan ketika bersama Felda.

Antaranya, beliau adalah bekas pegawai pentadbiran Jabatan Belanjawan dan Jabatan Sosial, Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, Pengarah Jabatan Inovasi dan Pembangunan Generasi Baru Felda dan Timbalan Ketua Pengarah Felda (Pembangunan Komuniti).

Sebelum ini, Datuk Faizoull telah digantung dari berkhidmat selama 2 bulan oleh Felda atas arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bermula Disember 2014 lalu.


Beberapa sumber mengesahkan, penggantungan serta merta terhadap beliau adalah disebabkan kes yang berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara (KLIK) dan bukannya ada kena mengena dengan isu pertembungan dalaman antara beliau dengan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sepertimana yang digembar-gemburkan mulut politik pembangkang.

Beliau turut diarah pihak JPA untuk menjawab surat tunjuk sebab yang diberikan kepadanya dalam tempoh 21 hari.

Pada masa yang sama, Felda mendapati beliau yang sebagai Pengarah Besar Felda ketika itu, telah melakukan hal-hal yang bertentangan dengan polisi organisasi lembaga berkenaan.

Antaranya, menaikkan pangkat beberapa kakitangannya dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh beliau sendiri yang mana sepatutnya di pengerusikan oleh Tan Sri Isa Samad dan ahli-ahli Lembaga Pengarah Felda yang lain.

Felda Global Ventures Sdn Bhd memiliki 40,03% daripada MSM Holdings Bhd, manakala FGV Holdings Bhd memiliki 10.97% dan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd 20%.
- Sumber

Berikut MP sertakan NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-4 MSM MALAYSIA HOLDINGS BERHAD






1 June 2015

#FGV : Felda Salur Bantuan Untuk #PelarianROHINGYA



Kerajaan dan pelbagai pihak serta individu dan beberapa pertubuhan termasuk syarikat perniagaan terus menggerakkan usaha berikan bermacam bentuk bantuan kepada pelarian Rohingya yang berdepan dengan kepayahan bagi meneruskan kehidupan.

Ini termasuklah Felda Global Venture Holding Bhd. (FGV). Mengambil peranan di atas nama kemanusiaan, FGV turut tidak ketinggalan menghulurkan bantuan kemanusiaan melalui MERCY Malaysia sebagai tanda sokongan terhadap usaha yang berterusan dalam menjalankan operasi bantuan sekaligus bantu meringankan tanggungan serta beban mangsa yang dilaporkan semakin ramai terkandas membanjiri perairan negara, ketika ini.

Hal ini telah di nyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Mohd Emir Mavani Abdullah melalui kenyataan media yang telah disiarkan melalui laman portal FGV pada 28 Mei, lalu seperti berikut:




30 May 2015

FITNAH FELDA : Presiden 'ANAK' Mazlan Aliman Bersalah


Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) diwakili oleh peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Nor Emelia Iszeham, berjaya membuktikan kesalahan dilakukan oleh Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman bersama Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. atas sebab mengeluarkan pernyataan-pernyataan yang berunsurkan fitnah serta berniat jahat bagi merendah-rendahkan imej dan merosakkan reputasi FELDA di mata masyarakat.

Pada 20 Julai 2009, FELDA telah memfailkan saman terhadap Mazlan dan penerbit buku bertajuk "FELDA. Dulu tolong Sekarang Ah Long" dan mendakwa buku yang di terbitkan mereka itu adalah fitnah dengan mengatakan lembaga itu adalah Ah Long atau pemberi pinjaman wang haram dengan kadar faedah yang terlampau tinggi.

FELDA dalam kenyataan tuntutannya mendakwa buku itu menggambarkan FELDA bakal mengaut keuntungan yang banyak daripada pelbagai rancangan kemajuan sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya hidup miskin akibat salah laku plaintif, dan mereka tidak ubah seperti hamba abdi ekoran dasar yang didakwa menindas.

Dalam pada itu, Hakim Mahkamah Tinggi memerintahkan Mazlan Aliman juga sebagai
 Ahli Jawatankuasa Pusat PAS dan syarikat buku terbabit, membayar RM350,000 bagi ganti rugi am dan teruk kepada FELDA kerana bersalah memfitnah lembaga berkenaan dalam sebuah buku.

Hakim, Datuk Su Geok Yiam turut memerintahkan Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. membayar kos guaman sebanyak RM150,00 kepada Felda

Selain itu, hakim juga mengarahkan kedua-dua mereka dapat memberikan butir-butir penjualan buku serta membayar keuntungan daripada jualan buku tersebut termasuk faedah 8% dari tarikh buku dijual sehingga tarikh keputusan kepada FELDA.

Hanipa Mahidin sebagai peguam mewakili Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. tidak hadir di Mahkamah untuk mendengar keputusan ini.

22 May 2015

#FGVH : FELDA bentuk satu lagi hasil untuk warganya... Pembangkang bikin apa?


Di saat, saham Felda Global Venture Holding (FGVH) sedang merosot disebabkan keadaan semasa global yang tidak memihak kepada industri sawit dan bukan kerana salah urus sepertimana dakyah dan tohmahan pembangkang, kebelakangan ini.

Anak syarikat FGVH yang juga pengeluar minyak sawit mentah terbesar dunia, FGV Applied Technologies (FGVAT) telah mencetuskan satu lagi inovasi terbaru dimana tandan buah kelapa sawit yang sebelum ini hanya dibuang atau dibakar akan dicipta menjadi 'Palet' sebagai sumber bahan api yang lebih berharga dan bakal menjadi sumber pendapatan baru bagi Felda Global Venture (FGV), pada masa akan datang.

Bagi program penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan 'Pelet' sebagai bahan api berkualiti tinggi dengan mengguna pakai teknologi TORWASH ECN pada tempoh selama 18 bulan itu. FGVH diwakili anak syarikatnya, FGV Applied Technologies (FGVAT) telah mengikat perjanjian kerjasama dalam satu majlis menandatangani MOU dengan Pusat Penyelidikan Tenaga Belanda (ECN), kelmarin

GAMBAR BERSAMA: DARI kiri,

Ketua Kounsil FGVH Abu Bakar Isa Ramat, Palaniappan, Presiden dan Ketua Pegawai
Eksekutif FGVH Mohd Emir Mavani Abdullah, Ketua Pegawai Operasi ECN Robert Kleiburg,
Pengarah Urusan ECN China Levien de Legé dan Ketua Pegawai Eksekutif FGVAT
Syed Salim Syed Ali di Majlis menandatangani perjanjian kerjasama FGVH-ECN
di Kuala Lumpur, kelmarin.



Sepertiman kenyataan Ketua R&D dan kelompok Perkhidmatan Agri FGV, S Palaniappan, dengan teknologi TORWASH itu, ia boleh mengubah tandan kosong kepada 'Palet' sebagai bahan bakar berkualiti tinggi yang dikatakan boleh menghasilkan tenaga letrik.

"Bahkan teknologi yang sama juga boleh digunakan bersama dalam loji tenaga arang batu." ujar S Palaniappan,

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi ECN Robert Kleiburg berkata, teknologi yang mereka bangunkan masih perlu melalui demonstrasi pertama. 



Oleh itu, perkongsian dengan FGV sangat penting untuk bekerjasama dengan FGV bagi memastikan demonstrasi ini berjaya,” jelasnya lagi.

"Perolehan global industri tenaga masih boleh diperbaharui dan terbukti dengan pertumbuhan perolehan global sebanyak AS$40 bilion pada 2004 dan terus menunjukkan peningkatan yang amat besar mencecah AS$300 bilion pada tahun lalu," tambahnya.

Apa yang pasti, dengan adanya teknologi pembuatan 'Pelet' untuk bahan api ini, ia tentunya akan meningkatkan nilai tambah industri sawit negara, kelak.




FGVH turut menjangkakan potensi pasaran yang besar untuk pelet bahan api berkualiti tinggi ini dan untuk permulaan, ia mengintai peluang untuk menembusi Korea Selatan dan Jepun dengan permintaan untuk pelet bahan api, terutama bagi tenaga alternatif mesra alam dan rendah karbon yang semakin meningkat penggunaannya diperingkat antarabangsa.

Selari dengan aspirasi global FGVH untuk mewujudkan produk biomas yang lebih mapan dan menguntungkan, sebuah kilang perintis TORWASH akan dibina di kilang Pusat Teknologi Biomas (MBTC) berdekatan dengan Kompleks Penyelidikan PPTR FGV di Tekam, Pahang.

Kilang yang bakal dibina ini dijangka bakal menjana kira-kira RM10 juta bagi setiap kilang dalam tempoh setahun. 


Siapa sangka tandan buah kelapa sawit yang sebelum ini hanya dibuang atau dibakar ini akan di ubah menjadi sumber bahan api ataupun 'Palet' yang lebih berharga dan bakal menjadi sumber pendapatan baru bagi Felda Global Venture (FGV).

Menerusi program ini dipahamkan, semua Harta Intelek (IP) dan kajian yang dihasilkan akan menjadi hak milik bersama FGVH dan ECN.- Sumber

..............................................................................................
#PENDAPAT MP: 
Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan dan FELDA tidak duduk daiam usaha mencorak masa depannya apabila terbentuk satu lagi inovasi terbaru dimana memberi nilai tambah pada industri sawit melalui industri hiliran dengan menghasilkan 'Palet' berasaskan tandan kosong yang selama ini terbuang begitu saja... Kejayaan ini, tentu sekali dapat membantu meningkatkan pendapatan pemain industri sawit negara, khususnya warga FELDA.

Ia jauh sekali kalau nak kita bandingkan dengan tingkah laku puak-puak parti pembangkang yang hanya sentiasa kesana kemari menyalak menghasud rakyat dengan fitnah dan dakyah. Habuk pun takde!

Kononnya nak menyelamatkan masyarakat FELDA... Apa yang nak diselamatkannya?


26 April 2015

#PRKRompin - PAS Mula Hasud Generasi Ke-2 Felda


Tindakkan meraih sokongan serta undi dengan taktik 'politik kotor' sememangnya bukan suatu perkara pelik dalam amalan parti pembangkang tiap kali pilihanraya diadakan.

Sikap gemar menyebar fakta palsu serta memutarbelitkan sesuatu isu terus menjadi lagu wajib dan menjadi kebiasaan dalam kegioatan politik mereka.

Tanpa ada rasa malu dan bersalah memutar belit fakta hingga sanggup menabur fitnah dan tuduhan liar terhadap BN dan UMNO tiap kali berada dipentas ceramah mereka.

Persoalannya disini, adakah di benak pikiran mereka semua rakyat khususnya pengundi yang ada itu semuanya 'bodoh' atau sememangnya mereka sengaja ataupun suka memperbodoh-bodohkan?

Terkini, dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin, baru-baru ini. Pihak pembangkang (PAS) sekali lagi bertindak menarik perhatian pengundi dengan membuat serangan terhadap BN mendakwa kerajaan pusat gagal menyediakan rumah generasi kedua melalui FELDA seperti yang telah dijanjikan.

Namun, serangan PAS itu segera dibidas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Abdul Samad dengan mendakwa pembangkang sengaja menimbulkan kekeliruan mengenai isu rumah generasi kedua FELDA semata-mata bertujuan untuk mempengaruhi golongan muda supaya tidak mengundi Barisan Nasional (BN) dalam PRK Rompin yang akan berlangsung pada 5 Mei depan,

Tan Sri Isa bersama calon BN, Datuk Hasan Arifin bagi PRK Parlimen Rompin
pada majlis pecah tanah Dewan Semai Bakti Keratong 10 hari ini.
- Foto BERNAMA
Dalam sidang media kelmarin, pada program Pecah Tanah Dewan di Keratong 10, Tan Sri Isa membuat penjelasan berkata, sebanyak 9,000 unit rumah untuk generasi kedua sudah mendapat kelulusan kerajaan untuk dibina tetapi terpaksa dihentikan seketika kerana terdapat masalah berkaitan penjualan.

“Kita dah mula bina dan sebanyak 9,000 unit rumah dah diluluskan tapi kita berhentikan seketika. Kita mahu selesaikan cara penjualan rumah tersebut,” katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan telah membuat keputusan untuk menggunakan konsep sewa beli terhadap rumah tersebut. Anak generasi kedua yang difikirkan sesuai akan duduk dan sewa dulu rumah tersebut. Selepas lima tahun sekiranya mereka mahu memilikinya, mereka boleh membelinya.

“Tetapi kalau dalam tempoh dua tahun mereka nak beli, kita akan jual ikut kemampuan mereka,” tambah Tan Sri Isa.

Tan Sri Isa samad berkata, FELDA terpaksa menggunakan konsep sewa beli kerana timbul kekangan dalam soal pembelian rumah apabila terdapat golongan muda yang berkemampuan tetapi tidak mempunyai penyata pendapatan.

“Kita guna konsep ini terlebih dahulu kerana kita difahamkan ramai yang berkemampuan untuk membeli tapi tak ada penyata gaji,” kata beliau.

Sebanyak 20,000 unit rumah yang disasarkan untuk dibina akan dimulakan tidak lama lagi. Kerja-kerja pembinaan akan dimulakan dalam dua tiga bulan lagi, jelasnya.

"Kita juga sedang memohon pinjaman bank dan saya rasa ia tak ada masalah,” kata Tan Sri Isa.

Tindakkkan menyebarkan dakwaan tanpa usul periksa dan tidak berasas yang dllakukan PAS seperti sebelum ini (KLIKSINI), jelas menunjuk sifat sebenar PAS yang mana ianya tidak pernah kenal erti serik melakukan perkara serupa dengan membuat fitnah juga tuduhan melulu terhadap FELDA. 

Biarpun beberapa kali diheret kemuka pengadilan dan dikenakan hukuman denda berjuta ringgit kerana bersalah, Sikap PAS masih lagi berada ditakuk yang sama,

#MP: Nah... Inikah sikap kepimpinan parti yang harus kita terima dan patut kita pilih untuk mentadbir Rompin? Susah, kalau dah menjadi sifat ni... 
Renung-renungkan lah..!

15 April 2015

FELDA seluruh negara sokong Perdana Menteri tanpa berbelah-bahagi.


TAN SRI MOHD. ISA ABDUL SAMAD (tiga dari kanan) menerima memorandum
tanda sokongan masyarakat Felda terhadap kepemimpinan Najib daripada
Datuk Dr.Shamsul Anwar Sulaiman (dua dari kiri) yang juga mewakili
generasi baharu Felda selepas perjumpaan khas dengan pemimpin peneroka
di Felda Keratong Tiga, Rompin, Pahang, kelmarin.
Majlis penyerahan me­morandum tanda sokongan ma­­­syarakat FELDA terhadap ke­­pemimpinan Najib juga telah dilangsungkan dan di sampaikan oleh Shamsul Anwar kepada Mohd. Isa sebagai Pengerusi FELDA baru-baru ini.

Setelah mendapat pen­jelasan yang mendalam, ma­syarakat FELDA faham dan akan terus menyatakan taat setia serta sokongan berterusan terhadap kepemimpin­an Perdana Menteri.

Kepemimpinan 11 buah wilayah tanah ran­ca­ngan FELDA di seluruh negara me­nya­takan sokongan padu yang tidak berbelah-bahagi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana masyarakat FELDA begitu yakin dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib.FELDA pasti akan terus membangun dengan jayanya.

Bukan hanya itu, Datuk Seri Najib juga dilihat telah menguruskan negara dalam landasan betul biarpun timbul beberapa masalah dan percaya apa yang berlaku akan dapat diselesaikan dengan baik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Menurut Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, pihaknya tidak melihat sebarang masalah dalam kepemimpinan Na­jib dan berpuas hati dengan apa yang dilakukan kerajaan dalam membangunkan Felda.

“Kami sentiasa mengenang ja­­sa Perdana Menteri terhadap masyarakat FELDA sejak beliau mula mengetuainya pada 2004.

“Saya melihat teguran dan kritikan yang dibuat terhadap Per­dana Menteri adalah hak ma­sing-masing. Tidak ada masalah dan kita (FELDA) akan jelaskan segala isu yang timbul dan saya sendiri sudah pun menjelaskan kepada masyarakat FELDA mengenai isu seperti cukai barang dan per­khidmatan (GST), 1Malaysia Deve­lopment Berhad (1MDB) dan kes Altantuya Shaariibuu,” jelas Tan Sri Abdul Samad Isa.

Selain ketua peneroka di 11 wi­layah tanah rancangan, so­kongan itu juga dizahirkan oleh Maj­lis Belia Felda Malaysia (MBFM), Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda dan Gabungan Pemikir Profesional Felda (Gapr
of).

9 April 2015

FITNAH FELDA: Hukuman Bayar Ganti Rugi Setiausaha Agung PAS Dan Harakah Kekal


MP yakin ramai diantara kita masih ingat bagaimana PAS dan PKR menuduh FELDA menjual minyak sawit Malaysia ke Israel pada tahun 2012 yang berakhir dengan keputusan bersalah keatas mereka setelah keputusan mahkamah menetapkan ianya satu tuduhan serta fitnah semata-mata terhadap FELDA.Baru-baru ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bersama empat individu yang lain cuba membuat rayuan semula keatas hukuman yang dikenakan terhadap mereka. Malangnya usaha mereka gagal dan tidak berhasil,

Ia berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak rayuan mereka dan mengekalkan sabitan Mahkamah Tinggi sekaligus mengarahkan Mustafa Ali membayar gantirugi RM100,000 dan empat yang lain membayar RM30,000 setiap seorang sebagai tuntutan ganti rugi kerana memfitnah FELDA seperti yang di putuskan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, YA. Heng Cheong 30 April, tahun lalu.


Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim sebulat suara menolak rayuan pemimpin PAS, Mustafa Ali dan empat defendan lain iaitu ketua pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, editor Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Tahun lalu FELDA menang saman dalam kes ini (kliksini), setelah mendengar hujah kedua-dua pihak serta bukti yang ada, Yang Arif Heng Cheong memutuskan hukuman bersalah terhadap pemimpin kanan PAS dan empat yang lain kerana mendapati dakwaan mereka tidak benar dan mampu menimbulkan 'fitnah' terhadap FELDA menerusi dua artikel yang disiarkan lidah rasmi PAS kononnya FELDA menjual minyak sawit mentah ke Israel.


Kata YA. Heng Cheong lagi artikel itu didapati memfitnah FELDA dan semua defendan gagal membuktikan pembelaan keistimewaan bersyarat serta komen yang adil.


Pada 7 Januari 2013, Felda memfailkan saman terhadap keenam-enam mereka termasuk bekas setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail berhubung artikel bertajuk ‘2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak ke Israel’ dan ‘BN Jangan Tipu Rakyat’ bertarikh 27 November 2012, yang disiarkan dalam Suara Keadilan juga kumpulan Akhbar Harakah kerana menerbitkan semula isu yang serupa dalam beberapa artikel akhbar Harakah antara 26 dan 29 Nov 2012. (kliksini)


FELDA mendakwa fitnah itu menjejas reputasinya dan mendakwa kesemua defendan sengaja berbuat demikian bagi menghancurkan kepercayaan serta keyakinan rakyat demi meneruskan agenda tersendiri dan kepentingan peribadi.

Sedangkan Felda tidak pernah menjual minyak sawit mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, Datuk Rohana Yusof dan Dr Prasad Sandosham Abraham mengenepikan tuntutan saman FELDA terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, (Anak), Mazlan Aliman.ekoran ucapan Mazlan dalam satu perhimpunan haram di hadapan pejabat Felda pada 23 November 2012  (kliksiniyang turut disiarkan dalam akaun laman sosial Facebook beliau bertajuk ‘Bukti Felda jual minyak sawit mentah (MSM) ke Israel’.


Mazlan berjaya membuktikan pembelaan keistimewaan bersyarat dan komen yang adil berdasarkan isu kepentingan awam.

Sebelum ini pada 21 April 2013, tuntutan saman fitnah terhadap pihak PKR
 telah diselesaikan secara baik dengan persetujuan menarik balik semua kenyataan yang disiarkan sebelum ini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong telah merekodkan penghakiman persetujuan di antara FELDA dan pihak PKR yang diwakili Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution, yang bersetuju dengan terma-termanya membawa kepada pengakuan kesal PKR serta mengakui dan menerima bahawa FELDA tidak pernah menghantar minyak mentah kepada Israel sebaliknya ia dihantar kepada Palestin.


Saifuddin Nasution yang mewakili pihak PKR turut akui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak sawit mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel dan bahawa Felda dan Felda IFFCO Oil Products Sdn Bhd adalah dua entiti sah yang berasingan.

........................................................


#MP : Ni la PKR... Lepas 2 tahun korang fitnah FELDA, dah busuk nama FELDA korang jaja satu malaysia, baru nak menyesal... Memfitnah ni dah macam menjadi makanan bagi puak-puak fuckatan ni,(kliksini) Termasuklah PAS yang katanya memperjuangkan Islam pun boleh buat kerja-kerja 'fitnah' macam ni. Hancusss!




25 March 2015

FGV: Kini ceburi bidang software perbankan kewangan bersama SIP


Baru-baru ini FGV mengeluarkan satu kenyataan dimana anak syarikatnya Felda Prodata Systems Sdn Bhd dan Silverlake Innovation Partners Sdn Bhd (SIP) telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) untuk meneroka peluang perniagaan dalam aplikasi (software) kewangan dan perbankan.

Seperti yang dilaporkan portal The Edge Markets, tempoh kerjasama akan meliputi tempoh 6 bulan untuk melihat perkembangannya dan sudah tentu akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi untuk melihat hasilnya.

Sistem ini akan diaplikasikan didalam urusan perbankan Islam. Menurut FGV juga, anak syarikatnya Felda Prodata System Sdn Bhd akan dipertanggungjawabkan untuk bekerjasama dengan SIP untuk tujuan tersebut.

SIP merupakan sebuah syarikat yang mengendali konsultan dalam bidang software perbankan kewangan yang mana dimiliki oleh Taikun Teknologi, Goh Peng Ooi dari Silverlake Group.

10 March 2015

KES RASUAH : Tiada Apa Perlunya Dirahsiakan FELDA


Heboh diperkatakan tentang isu penahanan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikat FELDA kerana disyaki lakukan penyelewengan wang dalam pembelian sebuah hotel di Port Dickson bernilai lebih kurang RM40 juta sebelum ini, di sahkan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tersiarnya kenyataan ini juga, tentu sekali dapat menjawab beberapa tuduhan yang tersebar di media sosial bahawa FELDA dan juga pihak SPRM cuba merahsiakan kes ini daripada pengetahuan pihak media, sebelum ini.
Untuk keterangan serta pengetahuan umum. Berikut MP lampirkan (bawah) kenyataan media SPRM yang telah dikeluarkan secara rasminya, semalam.


Walau bagaimanapun, status siasatan masih diteruskan. 

Dalam menegakkan integriti dan menambah kredibitliti, tiada apa perlu dirahsiakan terutama sekali kes melibatkan salahguna kuasa, terutama salahlaku yang membabitkan penyelewengan dan rasuah.

FELDA dan FGVH turut membuktikan ketegasannya dalam hal-hal sebegini apabila bertindak menandatangani ikrar integriti korporat dengan pihak SPRM pada tahun 2012 lalu.  Langkah tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan bagi memastikan syarikat dan anak-anak syarikat yang berada dibawah naungannya akur kepada undang-undang terutamanya membabitkan isu perolehan selain dapat menambah kekuatan organisasi tersebut bagi mengatasi masalah kebocoran (daripada segi kewangan) serta dapat meningkatkan hasil syarikat.

27 February 2015

FIC: Buka Restoran Pertama Di Jeddah.


Setelah memiliki hotel di London (baca di sini) dan memiliki Encorp Berhad, sebuah syarikat gergasi hartanah di Malaysia, kini Felda Investment Corporation
Sdn Bhd (FIC) telah membuka restoran pertama Malaysia di Jeddah.

FIC adalah anak syarikat FELDA yang bertanggungjawab dalam aktiviti perniagaan bukan perladangan dan kini terlibat dalam pembangunan hartanah, hospitaliti dan aktiviti pelaburan strategik.

Perancangan membuka restoran di Jeddah ini telah dicadangkan sejak Februari tahun lalu berikutan sambutan menggalakkan terhadap masakan Melayu yang ditawarkan restoran Felda D’Saji di Mekah. Malahan cadangan ini telah mendapat sokongan Konsulat Malaysia di Jeddah dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Pada masa yang sama, Restoran Felda D'saji telah pun bertapak di Mekah dan dari inspirasi itulah maka membuka restoran di Jeddah pula. Restoran dengan 112 tempat duduk yang terletak hab komersil paling eksklusif di Jeddah, Tahlia Street, dikendalikan oleh Felda D'Saji Sdn Bhd, anak syarikat Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd.

Tahlia Street, Jeddah juga dikenali sebagai Prince Mohammad bin Abdulaziz St., terletak di tengah-tengah Jeddah dan daerah paling kaya di Arab Saudi. Di sini juga terletaknya kawasan membeli-belah dengan butik bagi jenama seperti Prada, Gucci, Versace, Cartier, Chanel, Louis Vuitton, Dolce & Gabbana, Ralph Lauren and Giorgio Armani


Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad telah melancarkan restoran di Jeddah baru-baru ini dan yakin peluang terbaik untuk Malaysia dan Arab Saudi mengukuhkan hubungan dengan pencambahan antara budaya. Turut hadir ialah Konsul Besar Malaysia di Arab Saudi, Khalid Abbasi dan Ketua Pegawai Eksekutif FIC, Mohd Zaid Abdul Jalil.

Restoran ini merupakan tambahan kepada pelbagai pilihan makanan di Jeddah, terutama sekali kerana FIC dan D'Saji bukan sahaja mahu menarik pelanggan Malaysia dan Asia tetapi juga mahu memanfaatkan kedudukan Jeddah sebagai pintu masuk ke Arab Saudi.

Walaupun Felda sedang mengalami cabaran perniagaan di sektor perladaganan, dengan pelaburan hartanah dan hospitaliti menunjukkan Felda akan sentiasa berdaya saing. Ini menunjukkan kepelbagaian sektor perniagaan terutama hartanah dan hospitaliti yang dijalankan Felda mampu meletakkan kedudukannya sentiasa mampan dan bertahan di dalam apa jua keadaan.

13 February 2015

Makmal Transformasi PLKN Di Laksanakan


Dengan tujuan bagi mendapatkan maklum balas dari semua pihak yang berkepentingan berhubung transformasi yang ingin  dilaksanakan terhadap Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada masa hadapan. Makmal Transformasi PLKN diujudkan dan dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, DS Hishamuddin Tun Hussein, hari ini.

Perlaksanaan makmal ini juga bermatlamat untuk menghasilkan satu resolusi yang seterusnya dibentuk menjadi "blueprint" bagi menjayakan transfirmasi PLKN.

Makmal Transformasi PLKN ini akan berlangsung selama 5 minggu bermula 23 Februari sehingga 28 Mac 2015. Seramai 85 orang pihak berkepentingan yang terdiri daripada wakil kementerian, pihak swasta, badan bukan Kerajaan (NGO), pemain-pemain industri, golongan muda, operator kem PLKN, Alumni PLKN, jurulatih PLKN serta pihak ibu bapa bakal terlibat sepanjang pengajuran dijalankan.


Makmal Transformasi PLKN ini akan dilaksanakan dengan Kerjasama Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Kementerian Belia Dan Sukan dan PEMANDU. Fokus perbincangan adalah tertumpu kepada perkara pokok utama iaitu modul latihan, pengurusan sumber dan penjenamaan komunikasi.

Perlaksanaan makmal ini amat penting dan kritikal selaras dengan hasrat Perdana Menteri sewaktu ucapan Bajet 2015, yang mengumumkan strategi pertama di dalam Pelan Transformasi Belia Negara, iaitu untuk mengkaji semula PLKN dengan satu konsep baru yang menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan.


Turut hadir di dalam majlis berkenaan ialah Menteri Belia Dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin dan tidak ketinggalan Pengerusi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.

 

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.