Di sebalik kematian Osama, memperlihatkan satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.
Ia adalah selaras dengan prinsip agama Islam di mana perbuatan membunuh orang awam adalah dilarang dan ditegah dengan kerasnya oleh agama Islam.
Osama telah menggunakan Islam dalam perjuangannya dan telah memberi imej yang cukup negatif dan buruk terhadap Islam.
Sebagai negara di mana majoritinya umat Islam, kita mesti juga menunjukkan pendirian kita yang mana dalam kita memartabatkan Islam, dalam kita memperjuangkan ketidakadilan dan sebagainya, kita mesti berpegang pada prinsip yang dibenarkan atau selaras dengan kehendak Islam..
Serangan 9/11 di bangunan Pusat Dagangan Dunia New York pada 2001 yang dirancang oleh Osama tidak boleh diterima oleh sesiapa yang mempunyai nilai ketamadunan dan juga tidak boleh diterima di sisi agama Islam.
Sesuatu ketidakadilan tidak boleh diperjuangkan menerusi penggunaan kekerasan atau melalui perbuatan membunuh orang awam yang tidak berdosa.
Rakyat negara ini perlu menolak sebarang bentuk keganasan kerana kebijaksanaan berdasarkan pendekatan Wassatiah atau kesederhanaan dapat mencapai sesuatu yang diperjuangkan.
Mudah-mudahan, dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad, kelmarin.
..........................................................................................................................
Kata Kawan:
Emm... Fahami & ambik la iktibar diatas kes kematian Osama ni.. Terutama di ingatkan kepada pemimpin serta puak-puak pembangkang negara... Jangan nak menganas saja!!!
Osama lebih mulia disisi Allah
ReplyDeleteNajib lebih mulia disisi Rosmah
Yang mana satu kamu pilih