GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label SPAD. Show all posts
Showing posts with label SPAD. Show all posts

9 August 2015

#OpsTEGAS : 12 'Kereta Sapu' Tumpas - SPAD


Biar pun amaran telah dikeluarkan berkali-kali, selain beberapa tangkapan yang serupa dibuat sebelum ini... Perkhidmatan membawa penumpang awam tanpa lesen Grab Car dan UBER terus berdegil dan seperti tak pernah serik 
menjalankan perkhidmatan haram sebagai kenderaan pengangkutan awam apabila 12 buah kenderaan kepunyaan Grab Car dan Uber ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), baru-baru ini.
12 yang terbabit pada 'Ops Tegas' pihak SPAD ditahan di sekitar Sunway, Times Square, Damansara, Kelana Jaya, Puchong, Bangsar dan Subang. Antara jenamanya ialah 4 buah Perodua MyVi, sebuah Perodua Axia, Sebuah Proton Preve, sebuah Toyota Camry, sebuah Toyota Vios, sebuah Honda Jazz, sebuah Honda City, sebuah Hyundai Elantra dan sebuah Chevrolet. 

Tindakkan tegas pihak SPAD terhadap 12 buah kenderaan ( Grab Car-11 dan UBER-1 ) atas kegiatan 'teksi sapu' dengan menjalankan perkhidmatan kenderaan awam tanpa lesen/permit pengendali, kesemuanya disita dan dibawa ketapak sitaan SPAD sebelum kes dibawa ke mahkamah untuk proses pendakwaan.

Berikut antara gambar-gambar kenderaan yang ditahan dan disita pihak penguatkuasaan SPAD pada 'Ops Tegas' tersebut. 








 
 

29 July 2015

Penggunaan Toyota Innova bukan kehendak SPAD - Dr Syed Hamid Albar




Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Dr. Syed Hamid tidak menolak kemungkinan pada masa depan SPAD akan menimbangkan penggunaan kereta yang lebih kecil dan murah bagi golongan pengusaha dan pemandu teksi yang kurang berkemampuan.

Menurut beliau, kita hendaklah menyokong kereta nasional. Tetapi Innova dikeluarkan di negara kita dan juga menyumbang kepada ekonomi negara kerana Permodalan Nasional Berhad (PNB) ada kepentingan dalam UMV Toyota.


Ditanya sama ada dia tidak bimbang kemungkinan akan ada pihak yang cuba memainkan isu ini... 


Beliau berkata, "Saya fikir dekat Malaysia sekarang banyak tukang spin. Kita jangan khuatir soal spinners. Kita mesti tengok bagaimana kita dapat meningkatkan perkhidmatan teksi di negara ini yang telah diberikan imej yang kurang baik.

"Malah apa yang saya buat pun orang selalu spin. Semasa saya lancarkan Exora sebagai TEKS1M dulu pun orang gelar saya penjual kereta Exora. Jadi saya sudah biasa," katanya dalam nada seloroh.

Setakat ini SPAD telah mengeluarkan 1,382 lesen untuk TEKS1M. SPAD juga telah menerina 3,367 permohonan untuk migrasi dari lesen teksi lama kepada TEKS1M.


Sementara itu presiden UMW Toyota, Datuk Ismet Suki berkata pihaknya telah menerima 300 tempahan bagi Toyota Innova TEKS1M. Katanya pihaknya mensasarkan sebanyak 700 unit akan ditempah sehingga akhir tahun ini.

Keputusan penggunaan Toyota Innova adalah sebagai model tambahan bagi Teksi 1Malaysia (TEKS1M) dan bukannya menggantikan Exora yang digunakan sebelum ini.

Tan Sri Dr Syed Hamid Albar juga berkata, keputusan itu dibuat bukan atas kehendak suruhanjaya tetapi atas permintaan pengusaha dan pemandu teksi supaya mereka mempunyai pilhan.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Toyota Innova sebagai TEKS1M di Petaling Jaya, pada Selasa. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.

Syed Hamid turut menafikan keputusan itu ada kena mengena dengan senario politik sekarang di mana berlaku pergeseran antara pengerusi proton, Tun Dr Mahathir dengan Perdana Menteri.


"Saya tak terfikir pun. Kita mengambil masa yang amat panjang memikirkan perkara ini. Kita menyokong industri kereta nasional. Kita tidak boleh menggantikan Exora dengan Toyota. Ini adalah pengelebaran bekalan untuk kegunaan teksi.

"Kita tak mahu terlibat dalam apa-apa perkara politik. Ia tak ada kena mengena dengan politik. Ia adalah proses transformasi dan kami memberi peluang kepada pengguna membuat pilihan," katanya.

16 July 2015

OPS SERKAP : Kelibat SPAD melegakan penumpang pulang berhari raya.


Kelibat anggota penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di stesen Pudu Sentral hari benar-benar melegakan para pengguna pengangkutan awam (bas) yang sibuk untuk pulang ke kampung sempena menyambut Hari Raya.

Tindakkan SPAD yang pastinya menjaga keselamatan penumpang setiap kali musim perayaan amat dihargai.

Demi keselamatan dan keselesaan para pengguna, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membuat pemantauan OPS SERKAP di Pudu Sentral, sepanjang hari ini.


Operasi itu bertujuan untuk memantau penjualan tiket musim perayaan serta perjalanan bas-bas menuju destinasi masing-masing..apa yang dilakukan SPAD ini adalah untuk memastikan kes penipuan penjualan tiket pada musim perayaan dapat dikurangkan.

Menurut Pengarah Penguatkuasaan SPAD, Dato' Che Hasni yang ditemubual sejurus pemantauan Ops Serkap, berkata, operasi ini dilaksanakan bertujuan memastikan rakyat yang hendak balik ke kampun selamat.
Pengarah Penguatkuasaan SPAD, Dato' Che Hasni 
"SPAD telah memulakan operasi sejak 10 Julai hingga 26 Julai. Sejak ops ini dilancarkan SPAD telah memeriksa tidak kurang 2,800 kenderaan bas dan juga teksi." tambah beliau .

Sepanjang OPS siang tadi, anggota SPAD memeriksa pergerakan bas dengan memastikan cukai jalan, permit dan segala syarat dipatuhi sebelum memulakan perjalanan.

"Daripada jumlah tersebut, SPAD telah mengenalpasti 160 kesalahan berbagai yang melibatkan Bas dan teksi. Tumpuan utama kita adalah di terminal kerana di sini merupakan tumpuan rakyat untuk balik ke kampung." kata Che Hasni


Sepanjang operasi ini, SPAD mengesan beberapa kesalahan yang dilakukan company bas dalam penjualan tiket mereka. Namun SPAD memberi kelonggaran dan menegur pihak bas bagi menambahbaik sistem maklumat pada tiket.


Che Hasni menjelaskan antara kesalahan yang terdapat pada tiket ialah maklumat tidak lengkap seperti waktu, tarikh, platform, nombor tempat duduk, terminal, nombor pendaftaran bas tidak lengkap.

Mengikut syarat SPAD, setiap tiket tidak digalakkan ditulis dengan tangan kerana ianya mendedahkan kepada penipuan.


9 July 2015

Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) mulakan operasi esok- SPAD


Ada 'pramugari' dan 'pramugara' dalam ETS Gold
Satu lagi kemudahan pengangkutan untuk awam yang dinanti-nantikan pengguna, khususnya penduduk utara tanahair akan beroperasi setelah mendapat pelepasan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat memulakan perjalanan awamnya pada hari esok, 10 Julai 2015.

Perkhidmatan tren Elektrik (ETS) yang canggih dan lebih pantas dari Kuala Lumpur - Padang yang awalnya dijadualkan beroperasi pada 1 Julai lepas terpaksa ditangguh berikutan beberapa syarat keselamatan dan piawaian belum lengkap untuk ianya benar-benar boleh digunakan kepada pengguna.

ETS kini selamat untuk dinaiki
Bagi pihak SPAD, faktor keselamatan penumpang tentunya menjadi keutamaan. Bukan soal meluluskannya dengan segera atau tidak.

Istimewanya perkhidmatan ETS ini, kelajuannya menjimatkan waktu perjalanan kepada penumpang dimana perjalanan dari stesen Kuala Lumpur ke Padang Besar hanya mengambil masa empat jam 45 minit sahaja..

Tempat duduk dengan ruang luas dan selesa
Reka bentuk yang menarik.
Memandangkan ETS ini mempunyai reka bentuk dalamannya yang lebih selesa dan pantas... Tentu sekali ia akan mendapat sambutan dan menjadi pilihan ramai pada musim cuti perayaan Aidilfitri yang akan tiba, tidak lama lagi.


ETS yang mempunyai 6 gerabak dan mampu memuatkan seramai 312 penumpang bagi setiap perjalanannya ini akan berhenti di semua stesen utama termasuk Ipoh dan Butterworth.

Bagi operasi permulaan ini, ETS hanya menawarkan jadual perjalanan sehala satu kali dalam sehari iaitu satu perjalanan dari Stesen Kuala Lumpur ke Padang Besar dan sekali perjalanan dari Stesen Padang Besar ke Kuala Lumpur.


1 July 2015

Isu permit perjalanan teksi Johor Bahru-Singapura ditangani segara - SPAD


Perkhidmatan teksi Johor Baharu-Singapura dilaporkan terjejas berikutan masalah permit yang tamat tempoh. ekoran situasi tersebut, 200 pemandu teksi JB-Singapura dan lebih 1,000 pengguna perkhid­matan itu mengalami kesukaran. memasuki negara berkenaan.

Ia berikutan permit kebenaran memasuki Singapura itu tamat pada 31 Mei lepas dan kemudian disambung hanya untuk tempoh sebulan sehingga semalam, dan kesemua teksi Johor Baharu-Singapura tidak dapat memasuki republik berkenaan sejak 12 tengah malam kelmarin.


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dalam memberi maklumbalas melalui kenyataan medianya hari ini, bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan POS Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi mendapatkan permit perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura pada 2 Julai. (esok)

SPAD tetap bersedia menyelesaikan permasalahan permit perjalanan teksi Johor Bahru-Singapura secepat mungkin dan menjelaskan bahawa perkhidmatan teksi akan tetap diteruskan.

"Isu mengenai penyerahan permit kepada pemandu teksi Johor dijangka selesai dalam jangka masa satu hingga dua hari," menurut kenyataan medianya itu.

SPAD berkata bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan teksi merentasi sempadan itu, sokongan daripada pihak teksi Singapura telah diterima.


Ini bermakna tidak akan ada gangguan perkhidmatan teksi dari Singapura ke Larkin dan Larkin ke Singapura," kata SPAD

Isu mengenai penyerahan permit kepada pemandu teksi Johor dijangka akan selesai dalam jangka masa 1 hingga 2 hari.

18 June 2015

TAHNIAH : Khidmat Tan Sri Dr. Syed Hamid dilanjutkan 2 tahun lagi. - SPAD


Sejak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ditubuhkan pada 3 Jun 2010, buat kali keduanya Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar diberi kepercayaan sebagai Pengerusi suruhanjaya tersebut setelah perkhidmatannya dilanjutkan lagi dua tahun berkuatkuasa 4 Jun lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan SPAD, "Pelanjutan perkhidmatan Tan Sri Syed bakal memberi lebih masa kepada beliau untuk meneruskan transformasi penambahbaikan standard sistem pengangkutan awam darat di negara ini"

Tan Sri Dr, Syed Hamid Albar
Sejak SPAD ditubuhkan, bermacam-macam transformasi telah dilakukan. Baru-baru SPAD melancarkan Bas Rapid Transit yang pertama di Asia Tenggara...tujuannya untuk menampung permintaan perkhidmatan disamping dapat mengurangkan masalah kesesakan terutamanya pada waktu puncak apabila rakyat mahu menggunakan perkhidmatan LRT.

Selain memajukan infrastruktur berkaitan pengangkutan awam, SPAD turut menjaga kebajikan pemandu-pemandu pengangkutan awam sejajar dengan kehendak semasa.

Buktinya, pada tahun ini SPAD telah menaikkan kadar tambang teksi sepertimana yang dikehendaki persatuan-persatuan teksi di Malaysia. Biarpun mendapat reaksi pelbagai dari rakyat, SPAD tetap meneruskan atas kapasiti menjaga kebajikan pemandu teksi tanahair.


Bukan mudah tugas dan peranan SPAD...menjaga kebajikan pengguna, pemandu dan kemajuan pengangkutan awam..malah, SPAD turut menggariskan akta dan peraturan untuk dipatuhi semua pemandu pengangkutan awam...

Diharapkan dengan pelanjutan kontrak Tan Sri Syed ini dapat meneruskan agenda pentransformasian pengangkutan awam negara ke tahap lebih berkualiti. 

MP mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tan Sri Syed atas pelanjutan kontrak ini.


8 June 2015

GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel



Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur di perkenalkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat  pada 31 Ogos 2012 dengan hanya dua laluan iaitu Laluan Hijau dan Laluan Ungulaluan KLCC-Bukit Bintang dan Pasar Seni-Bukit Bintang ) ketika itu.

Dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kelolaan RapidKL. Perkhidmatan bas bandar GoKL di ujudkan tidak lain dari untuk memberi kemudahan pengguna penganggkutan awam di kota terutama warga kerja di sekitar kawasan Central Business District (CBD) Kuala Lumpur.


Melalui penilaian prestasi yang telah dijalankan keatas Laluan Hijau dan Unggu oleh pihak SPAD semenjak mula beroperasi, demi meningkatkan kadar penggunaan perkhidmatan GoKL ke tahap yang optima. SPAD telah melaksanakan penambahbaikkan dengan menambah Laluan Merah dan Biru pada 1hb Mei 2014. (selanjutnya KLIK)

Menyediakan perkhidmatan ini adalah merupakan sebahagian daripada Pelan Transformasi Kerajaan dalam usaha mempertingkatkan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di kawasan CBD Kuala Lumpur. Kesemua laluan, meliputi kawasan tumpuan orang ramai seperti pejabat-pejabat, terminal pengangkutan awam, pusat membeli-belah serta tempat-tempat pelancongan yang menarik dan berdasarkan kaji selidik, perkhidmatan Go KL telah dinaiki hampir 20,000 penumpang 
setiap hari.

Namun begitu, bagi usaha meningkatkan mutu serta penambahbaikan bas bandar GoKL... Demi rakyat, langkah kerajaan khususnya SPAD takkan terhenti setakat itu. 




20 buah bas baharu GoKL bagi menggantikan bas yang telah beroperasi sepanjang laluan Biru dan Merah daripada 1 Mei, 2015 lalu, diperkenalkan hari ini.

Bas baharu yang mematuhi piawai NGV EURO 5 mempunyai kapasiti bagi 65 penumpang. Selain dilengkapi dengan internet WiFi, tempat kerusi roda, ‘ramp’ dan lantai rendah bagi kemudahan warga emas dan OKU.


Bagi meningkatkan tahap keselamatan, setiap bas baharu dilengkapi 4 kamera CCTV, sistem audio bagi mengumumkan semua hentian atau destinasi dan sistem penjejakan GPS. 
Warga kota sekarang boleh menikmati pengangkutan yang lebih baik dengan pengenalan 20 bas GoKL baharu oleh SPAD yang berupaya memberikan mod pengangkutan yang selesa dan lebih selamat, terutama pada masa puncak. 


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, SPAD En. Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal dalam kenyataan media SPAD baru-baru ini berkata, dengan adanya 20 bas baharu ini dianggarkan seramai 27,000 penumpang akan menggunakan perkhidmatan GoKL setiap hari. 

“Ini secara terus meningkatkan lagi kawasan perkhidmatan GoKL bagi memberikan ketersambungan kilometer pertama dan akhir kerana adanya 70 hentian sepanjang laluan-laluan GoKL. Ini termasuk stesen-stesen LRT dan KTM Komuter di dalam bandar dan menjadi sebahagian daripada integrasi sistem pengangkutan awam", tambahnya lagi. 


"Sehingga kini, Kerajaan, melalui SPAD, telah melabur RM28.4 juta bagi pengoperasian perkhidmatan bas GoKL. Perkhidmatan bas percuma GoKL diadakan sebagai alternatif berdaya maju dan ekonomi bagi kegunaan warga kerja, membeli belah, pelajar dan juga pelancong di dalam kawasan perniagaan pusat," jelas En.Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.


Sempena pengenalan bas baharu dan galakkan kepada pengguna terhadap perkhidmatan bas percuma GoKL tersebut. SPAD juga mengumumkan peraduan #GoKLNow melalui laman 'twitter'nya (klik @SPADchannel) dengan menerusi tunjuk bakat kreatif anda merakam gambar-gambar atau video ketika menaiki bas bandar GoKL.


Maklumat tambahan mengenai peraduan (dari 1 Jun sehingga 26 Jun 2015) tersebut boleh didapati di laman Facebook SPAD atau klik logo GoKL diatas.SPAD berharap agar masyarakat mengambil maklum akan perkara ini. Dalam masa yang sama, pihak SPAD juga ingin menyeru pengguna untuk terus menikmati kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan ini seterusnya dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan terus berusaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan bas Bandar GO KL ini, menjadi perkhidmatan bas dalam bandar yang mudah diakses, selamat, selesa dan dapat diguna ramai.


2 June 2015

BRT : Perkhidmatan 'Bas Elektrik' pertama dilancarkan hari ini


Demi keselesaan rakyat Malaysia, melalalui projek pengangkutan awam. Kerajaan melahirkan satu lagi kemudahan baru dinegara ini dan yang pertama di Asia Tenggara iaitu Perkhidmatan Bas Elektrik, Bas Rapid Transit (BRT).

Siang tadi, majlis pelancarannya dirasmikan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan penuh gemilang sekali. Kemudahan baru ini akan menggunakan laluan khas sepanjang 5.4 KM yang mana melalui kawasan Bandar Sunway dan USJ.


Kemudahan ini dijangka akan memberi manfaat kepada 500,000 orang penduduk. 

Dalam ucapannya siang tadi, Najib mengumumkan bahawa pengguna akan menikmati perkhidmatan ini secara percuma selama dua bulan...

BRT ini akan melalui tujuh buah stesen disepanjang laluannya iaitu Sunway-Setia Jaya,­ Mentari, Lagoon, Sunmed, Sun U-Monash, South Quay dan USJ 7..Kemudahan pengangkutan awam ini telah menelan belanja sebanyak RM634 juta yang mana dijalankan di bawah konsep perkongsian sektor awam dan swasta melibatkan Prasarana dan Sunway Group Berhad...


Antara keistimewaan yang terdapat dalam perkhidmatan BRT ini ialah mesra orang kurang upaya (OKU) dan ianya menghubungkan pengguna ke kawasan perumahan, premis perniagaan, institusi pendidikan, hospital, pusat beli-belah, stesen Komuter serta Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan landasan khas..kemudahan lain yang terdapat dalam projek BRT ini ialah 1,153 ruang letak kenderaan, laluan pejalan kaki, sistem kamera litar tertutup, kios, lif dan kerusi roda untuk OKU.

Apa yang pentingnya di sini adalah dengan pelaksanaan perkhidmatan ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar Lembah Klang..Ini kerana perkhidmatan ini beroperasi daripada 6 pagi hingga 12 tengah malam....

Syabas kerajaan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat kerana berjaya mencetuskan satu lagi projek Tranformasi Pengangkutan Awam sekaligus memertabatkan nama Malaysia.

1 June 2015

KTMB kena patuhi syarat pengoperasian semula 'tran' Gemas-Gua Musang serta Kemubu-Bukit Abu - SPAD


KTMB Perlu Patuhi Ketetapan Yang Di Peruntukkan Dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010

Penghujung 2014 lalu, pantai timur telah di timpa tragedi banjir luar biasa dan dikatakan antara yang terburuk dalam sejarah negara sejak 1969. Kelantan antara negeri menghadapi keadaan terburuk apabila banjir turut membawa sama lumpur sehingga melenyapkan lebih 1500 buah rumah manakala seluruh negeri itu lumpuh sama sekali.

Bagi perkhidmatan pengangkutan awam darat, KTMB di laluan pantai timur antara yang paling terjejas dan lumpuh teruk akibat di tengelami banjir dasyat sehingga awal 2015 yang lalu.

Jambatan besi untuk laluan tren di Kemubu putus akibat arus deras
Banyak stesen yang mengalami kerosakan teruk dan terpaksa ditutup kerana dinaiki air dan banjir lumpur, manakala ada sebahagian struktur landasan musnah antaranya jambatan besi untuk laluan tren di Kemubu, hanyut terputus akibat arus deras.

Akibatnya, perkhidmatan itu terpaksa dihentikan serta merta untuk kerja-kerja baik pulih dan dijangkakan mengambil masa dalam tempoh setahun, lamanya. Mungkin akan lebih lama sekiranya melibatkan faktor-faktor lain seperti struktur tanah dan naik taraf kawasan landasan dan diiring dengan penambahbaikan supaya bencana pada masa depan jika berulang tidak melibatkan kerosakan teruk seperti dialami baru-baru ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut menganggarkan kerugian lebih RM250 juta akibat kerosakan infrastrukturnya di negeri-negeri Pantai Timur yang dilanda banjir.



Sebelum ini, penduduk setempat menjadikan perkhidmatan rel KTMB sebagai mod pengangkutan awam mereka yang utama.

Namun begitu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengambil jalan penyelesaian jangka pendek dengan mengadakan perkhidmatan bas henti-henti di beberapa daerah yang terjejas sementara perkhidmatan rel sedang dipulihkan. (KLIKSINI)




Sepertimana yang dinyatakan pihak SPAD melalui kenyataan medianya, baru-baru ini. Pada 21 Mei 2015 lalu, SPAD telah menjalankan pemeriksaan landasan yang terbabit dengan terperinci. 

Lanjutan itu, KTMB telah membentangkan kepada SPAD pada 25 Mei 2015 mengenai kerja baikpulih dengan memberi fokus kepada pemulihan sementara landasan di antara Gemas-Gua Musang dan Kemubu-Bukit Abu, untuk mengembalikan keadaan landasan kepada tahap selamat bagi penggunaan dan operasi tren.

Kerja-kerja pemulihan sementara landasan tersebut merangkumi kerja-kerja seperti pelebaran semula longkang, pengukuhan struktur landasan dan cerun, selipar kayu dan klip landasan yang baru.

Antara 10 stesen yang rosak teruk akibat dilanda banjir di pantai timur 2014 yang lalu.

Kerja-kerja pembaikan secara keseluruhannya di sepanjang koridor yang terjejas teruk akibat banjir akan dijalankan oleh kontraktor yang dilantik Kementerian Pengangkutan Malaysia dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2017.

KTMB dengan itu merancang untuk memulakan operasi secara separa sebelum kerja-kerja keseluruhan pembaharuan landasan siap, dengan jaminan bahawa langkah-langkah kawalan yang ketat akan diutamakan.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil maklum bahawa KTMB telah mengemukakan perancangan pengoperasian semula perkhidmatan tren antara Gemas-Gua Musang serta Kemubu-Bukit Abu; yang dicadangkan akan bermula pada pertengahan bulan Julai 2015, setelah kerja-kerja pemulihan sementara landasan siap dijalankan.

Bagi memastikan langkah-langkah kawalan serta persediaan untuk operasi secara separa dibuat dengan rapi, KTMB perlu mematuhi keperluan yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pengankutan Awam Darat sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Sejurus itu KTMB harus mengemukakan semula permohonan bagi pembukaan separa landasan serta operasi tren tersebut kepada SPAD setelah kerja-kerja pemulihan dilaksanakan berserta dokumen sokongan dan pengesahan perunding bebas bahawa keadaan landasan telah diperiksa dan selamat untuk kembali beroperasi.

Oleh itu, tarikh bagi pembukaan landasan dan perkhidmatan tren di sektor Gemas-Gua Musang dan Kemubu-Bukit Abu akan ditentukan oleh SPAD setelah KTMB memenuhi semua kerja pemulihan sementara landasan tersebut serta syarat-syarat keselamatan yang telah ditetapkan oleh SPAD.

Sebagai operator yang dilesenkan oleh SPAD, KTMB akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap aspek-aspek keselamatan, penyelenggaraan dan operasi tren.

26 May 2015

ISU ROHINGYA : 'ASEAN' perlu ambil langkah terbaik. - Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar



Berikutan kebanjiran pelarian Rohingya ke Malaysia dan rantau ini, sebagai pengerusi negara-negara Asean, Malaysia perlu mengambil langkah terbaik menyelesaikan masalah berkenaan.dan harus memanggil mesyuarat tergempar dengan semua negara anggota ASEAN bagi membincangkan isu pelarian Rohingya itu.

Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar, Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai Rohingya, berkata tidak ada cara lebih baik untuk menangani isu itu selain melibatkan semua pihak yang terbabit.

Tan Sri Syed turut menegaskan bahawa, ASEAN tidak boleh pandang remeh isu pelarian Rohingya dan perlu berfikir atas dasar kemanusiaan dan perlu melihat hingga ke akar sebab perkara ini berlaku.

Setakat ini, kita telah menyaksikan lebih seribu pelarian Rohingya mendarat secara haram di Pulau Langkawi kerana lokasinya paling utara dekat sempadan Thailand yang kemudian ditahan dan ditempatkan di Depoh Tahanan Jabatan Imigresen di Belantik, Kedah," katanya lagi.

"Etnik Rohingya kini tidak diterima negara Myanmar berikutan isu pelarian, dan kedua adalah pemerdagangan manusia. Isu ini penting dan sekiranya tidak diatasi, ASEAN akan berhadapan dengan pelbagai masalah," jelas Tan Sri Dr. Syed Hamid.


Beliau berkata demikian ketika apabila ditanya selepas melancarkan pakaian seragam baru kakitangan kaunter Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sempena ulang tahun pertama pejabat SPAD di Kelana Jaya

Tindakkan menukar pakaian seragam yang baru itu adalah antara usaha SPAD bagi meningkatkan identiti korporat mereka.

Sebagai Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar berkata, selain profesionalisme dan peningkatan mutu perkhidmatan kepada pelanggan, SPAD telah melakukan pelbagai penambahbaikkan di pejabatnya termasuk pengenalan sistem rating dan maklumbalas daripada pelanggan dan sistem pengurusan 'queue'.


Majlis perasmian yang juga disempurnakan oleh Pengerusinya itu, turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal, Ketua Pegawai Pembangunan, Dr. Prodyut Dutt dan Ketua Bahagian Operasi, En. Halim Husain.

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.