#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

29 July 2015

Penggunaan Toyota Innova bukan kehendak SPAD - Dr Syed Hamid Albar




Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Dr. Syed Hamid tidak menolak kemungkinan pada masa depan SPAD akan menimbangkan penggunaan kereta yang lebih kecil dan murah bagi golongan pengusaha dan pemandu teksi yang kurang berkemampuan.

Menurut beliau, kita hendaklah menyokong kereta nasional. Tetapi Innova dikeluarkan di negara kita dan juga menyumbang kepada ekonomi negara kerana Permodalan Nasional Berhad (PNB) ada kepentingan dalam UMV Toyota.


Ditanya sama ada dia tidak bimbang kemungkinan akan ada pihak yang cuba memainkan isu ini... 


Beliau berkata, "Saya fikir dekat Malaysia sekarang banyak tukang spin. Kita jangan khuatir soal spinners. Kita mesti tengok bagaimana kita dapat meningkatkan perkhidmatan teksi di negara ini yang telah diberikan imej yang kurang baik.

"Malah apa yang saya buat pun orang selalu spin. Semasa saya lancarkan Exora sebagai TEKS1M dulu pun orang gelar saya penjual kereta Exora. Jadi saya sudah biasa," katanya dalam nada seloroh.

Setakat ini SPAD telah mengeluarkan 1,382 lesen untuk TEKS1M. SPAD juga telah menerina 3,367 permohonan untuk migrasi dari lesen teksi lama kepada TEKS1M.


Sementara itu presiden UMW Toyota, Datuk Ismet Suki berkata pihaknya telah menerima 300 tempahan bagi Toyota Innova TEKS1M. Katanya pihaknya mensasarkan sebanyak 700 unit akan ditempah sehingga akhir tahun ini.

Keputusan penggunaan Toyota Innova adalah sebagai model tambahan bagi Teksi 1Malaysia (TEKS1M) dan bukannya menggantikan Exora yang digunakan sebelum ini.

Tan Sri Dr Syed Hamid Albar juga berkata, keputusan itu dibuat bukan atas kehendak suruhanjaya tetapi atas permintaan pengusaha dan pemandu teksi supaya mereka mempunyai pilhan.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Toyota Innova sebagai TEKS1M di Petaling Jaya, pada Selasa. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.

Syed Hamid turut menafikan keputusan itu ada kena mengena dengan senario politik sekarang di mana berlaku pergeseran antara pengerusi proton, Tun Dr Mahathir dengan Perdana Menteri.


"Saya tak terfikir pun. Kita mengambil masa yang amat panjang memikirkan perkara ini. Kita menyokong industri kereta nasional. Kita tidak boleh menggantikan Exora dengan Toyota. Ini adalah pengelebaran bekalan untuk kegunaan teksi.

"Kita tak mahu terlibat dalam apa-apa perkara politik. Ia tak ada kena mengena dengan politik. Ia adalah proses transformasi dan kami memberi peluang kepada pengguna membuat pilihan," katanya.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.