#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

26 July 2015

Isu Star Cruises : Salah BN?


Biasa la tu.... Kerajaan mana ada yang betul. Semuanya salah, setiap kemudahan yang Kerajaan buat atau beri semuanya puak-puak ni bedal. Tak tau malu la katakan.

Terkini, Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyalahkan kerajaan pusat atas penamatan Star Cruises di Pulau Pinang telah memalukan diri sendiri..

Beliau mula menyalahkan pihak kerajaan dan BN apabila Star Cruises telah menamatkan pelayarannya di P.Pinang. Perkara ini diakui sendiri oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA, Tan Teik Cheng. Begitulah tradisi mereka, kalau tak salahkan BN, siapa lagi?

Apa yang sebenarnya, keputusan Star Cruise untuk menamatkan perkhidmatan di Pulau Pinang sejak 15 Julai adalah keputusan perniagaan di mana mereka ingin menumpukan laluan pelayaran di antara Taiwan-Jepun..

Perkara ini jelas dan hal ini juga turut di sanggah Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui 'Kenyataan Akhbar' yang tercatit di bawah:

KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA
 
Dengan merujuk kepada satu kenyataan yang dibuat oleh YB Lim Guan Eng baru-baru ini , Ketua Menteri Pulau Pinang, menuduh Kementerian Pengangkutan mensabotaj industri pelancongan Pulau Pinang berhubung dengan penamatan Star Cruises dari Pulau Pinang, Kementerian Pengangkutan ingin menyatakan dengan jelas, fakta-fakta seperti berikut: 
1. Merujuk kepada satu laporan berita baru-baru, pengendali kapal pelancongan telah menyatakan dengan jelas bahawa keputusan untuk memindahkan kapal pelancongan mereka ke pelabuhan asal di Xiamen, China adalah keputusan perniagaan semata-mata dan mereka juga sedang mengkaji untuk melayari perairan Asia Pasifik. 
2. Keputusan ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk mengoptimumkan kapasiti armada dan memenuhi permintaan bermusim pasaran. 
3. Oleh itu, jelas dakwaan bahawa kekurangan insentif daripada Kementerian Pengangkutan serta mempersalahkan sepenuhnya adalah tidak berasas. 
4. Sebenarnya, MOT telah mengecualikan kapal persiaran dari polisi "cabotage" di mana kapal persiaran tidak dikehendaki untuk memohon lesen perkapalan tempatan ketika berulang-alik antara dua atau lebih pelabuhan di Malaysia. 
5. Ini merupakan satu lagi usaha yang jelas oleh Kementerian bagi menggalakkan pelancongan pelayaran. 
6. Apa yang perlu ditekankan adalah hakikatnya bahawa Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) memang perlu dinaik taraf. 
7. Meletakkan dua buah kapal pelayaran yang besar pada waktu yang serentak di SPCT yang dermaganya berkeluasan 400 meter adalah sukar memandangkan kekangan keluasan ruang dan ini telah memberi kesan secara tidak langsung di pelabuhan SPCT. 
8. Bagi menampung lebih banyak kapal dan kapal yang lebih besar, keperluan untuk memperbesarkan pelabuhan tersebut perlu dilakukan dengan kadar segera. 
9. Walau bagaimanapun, sekatan dari segi keluasan tanah adalah punca halangan. 
10. Sejak tahun 2010, apabila SPCT mula beroperasi, Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang telah memohon untuk hak milik tanah dikeluarkan bagi meluaskan terminal pelayaran. 
11. Keengganan Kerajaan Negeri untuk mengeluarkan geran tanah telah menghalang usaha kami bagi meningkat dan menaik taraf kemudahan yang selaras dengan wawasan kami di mana ia bukan sahaja bagi mengekalkan syarikat kapal persiaran sediada tetapi juga untuk menarik syarikat lain menjadikan Pulau Pinang sebagai pangkalan mereka dan juga pelabuhan persinggahan. 
12. Kementerian berminat untuk membangunkan terminal, bagaimanapun, jelas sekali ia bukanlah usaha di satu pihak sahaja, dan kami perlukan kerjasama dari pihak Kerajaan Negeri juga. 
13. Oleh itu, tuduhan-tuduhan yang tidak berasas terhadap Kementerian adalah benar-benar tidak bertanggungjawab. 
14. Kementerian ingin menggesa semua pihak untuk mendapatkan penjelasan sebelum membuat sebarang kenyataan, dan di dalam kes ini, dengan jelas sengaja mewujudkan kekeliruan di kalangan orang ramai dan juga pelabur. 

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.