#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

10 July 2015

“Nyawa Dihargai, Selamat Ke Destinasi, Kemeriahan Dirasai” - Dato Sri Liow Tiong Lai


Setiap tahun Kerajaan melalui Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan bila menjelang musim perayaan. Ini membuktikan betapa pihak kerajaan memandang serius isu keselamatan jalan raya terutamanya di musim perayaan. 

Dengan tema “Nyawa Dihargai, Selamat Ke Destinasi, Kemeriahan Dirasai”, kempen tahun ini menekankan kepada keselamatan semasa berada di jalan raya supaya pengguna selamat sampai ke destinasi untuk menyambut Hari Raya bersama kaum keluarga dan rakan taulan.


"Langkah yang diambil oleh JKJR dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan kematian sempena Aidilfitri tahun ini dengan melibatkan sokongan pelbagai Kementerian, Jabatan, agensi kerajaan dan agensi swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) ini adalah amat bertepatan," kata YB Dato Sri Liow Tiong Lai ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Dan OPS Bersepadu Peringkat Kebangsaan sempena Hari Raya Aidilfitri 2015, di Terminal Bersepadu Selatan, semalam.


YB. Dato Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan.
Bagi mendapat hasil lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. program-program berkaitan kempen keselamatan jalan raya terus diperhebatkan.Tahun ini juga, kerajaan telah merencana lebih banyak program dengan berteraskan advokasi dan penguatkuasaan.

Pada setiap kempen yang dijalankan, Kementerian Pengangkutan akan bekerjasama dan bergerak bersepadu sebagai satu pasukan dengan pelbagai kementerian antaranya Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Kementerian Kerja Raya (KKR) serta agensi-agensi seperti JKR, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam, JKJR dan JPJ.


Dalam perkembangan yang sama, DS LiowTiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan bertegas, kerajaan akan tetap menguatkuasakan serta menyegerakan pemakaian tali pinggang penumpang tempat duduk belakang kenderaan.
Katanya, kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa terbabit berjaya memupuk kesedaraan dan sikap memakai tali pinggang pemandu dan penumpang hadapan sesebuah kenderaan tetapi pemakaian tali pinggang penumpang belakang sangat mengecewakan.
"Cuba bayangkan 90 peratus pemandu dan penumpang hadapan memakai tali pinnggang, tetapi hanya tujuh hingga sembilan peratus penumpang dewasa belakang sahaja memakai tali pinggang sejak ia dilancarkan pada tahun 2009.
"Ini isyarat rakyat tidak menyambut baik pemakaian tali pinggang tempat duduk belakang kenderaan. Saya dah tegaskan bahawa kerajaan akan menguatkuasakan secara tegas peraturan ini." 
DS Liow Tiong Lai memakaikan tali pinggang keselamatan kerusi kanak-kanak kepada Muhammad Rayyan Danish Khairul Anuar (tengah) pada majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan OPS Besepadu Peringkat Kebangsaan sempena Hari Raya Aidilfitri 2015 
Menurut beliau, kerajaan juga belum bersedia untuk mewajibkan penggunaan kerusi bayi dalam semua kenderaan berikutan faktor kos ekonomi yang masih dianggap sebagai kekangan oleh pengguna.
"Bagaimanapun program advokasi dan kempen mengenai pentingnya keselamatan penumpang bayi menerusi kerusi bayi khas terus ditekankan dan dididik secara berterusan." tambahnya.
Bermacam cara kerajaan lakukan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya... Namun, DS Liow berpendapat tanpa kerjasama semua pihak, perkara ini tidak dapat dilakukan dengan jayanya.

"Saya juga ini ingin menzahirkan rasa gembira dengan pendekatan yang diambil dalam operasi penguatkuasaan pada masa ini di mana badan-badan penguatkuasaan seperti JPJ, PDRM dan SPAD bekerjasama sebagai satu pasukan." ujar beliau.
Menyentuh mengenai kempen keselamatan kali ini, beliau berkata, pada 15 dan 16 Julai 2015 serta pada 24 dan 25 Julai, larangan ke atas kenderaan barangan akan dikuatkuasakan oleh JPJ dan PDRM Ini bertujuan untuk mengelakkan risiko berlakunya kemalangan akibat percampuran trafik antara kenderaan berat dengan kenderaan ringan selain daripada mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Tambahan lagi, Kementerian Kerja Raya (KKR) juga akan mewartakan penurunan had laju sebanyak 10 km/j bagi Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri mulai 10 hingga 25 Julai ini.

Sehubungan itu, had laju bagi Jalan Persekutuan akan diturunkan kepada 80 km/j manakala bagi Jalan Negeri akan diturunkan kepada 70 km/j.

Tahun lalu, berteraskan 5 tonggak strategik. Kementerian Pengangkutan telah melancarkan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020Pelan ini dirangka agar aspirasi kementerian untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya dapat direalisasikan.




Ia terbukti dengan penurunan indeks kematian bagi setiap 10 ribu kenderaan berdaftar di Malaysia kepada 2.90 kematian pada tahun 2013 berbanding 4.51 kematian pada tahun 2004.

"Saya percaya, indeks ini akan mencatatkan penurunan saban tahun sekiranya kita berganding bahu dan menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan usaha dan kerjasama yang utuh." kata DS Liow.

Menurut beliau lagi, dengan penglibatan pihak swasta dan korporat turut sama menjalankan kempen, ia pasti akan menjadi sumber inspirasi kepada pihak lain bagi mengadaptasi keselamatan jalan raya sebagai salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR).

"Kerajaan sentiasa menggalakkan dan menyokong inisiatif dan langkah positif yang dijalankan oleh sektor swasta dan NGO dalam bersama-sama menghidupkan kempen keselamatan jalan raya dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama untuk menjayakan kempen keselamatan jalan raya kali ini." 
jelas Dato Sri Liow Tiong Lai.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.