GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label TIBAI. Show all posts
Showing posts with label TIBAI. Show all posts

4 June 2015

Putus 'Tahaaluf Siyaasi'.. PAS 'baru sedar' DAP tolak Islam?


Dewan Ulama PAS Pusat sebulat suara meluluskan tanpa bahas usul supaya parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Bagaimanapun Dewan itu mahu PAS kekal dalam Pakatan Rakyat bersama Parti Keadilan Rakyat.

“Menyedari DAP secara berterusan dan konsisten melakukan pelbagai provokasi terhadap kedudukan PAS dan Pakatan Rakyat, Dewan Ulama PAS ke-54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat,” kata Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS, Mokhtar Senik.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pahang berkata demikian ketika menyampaikan usul tergempar Dewan Ulama PAS Pusat.

Usul berkenaan kemudian diterima tanpa bahas apabila 644 perwakilan bangun sebagai tanda bersetuju dengan laungan takbir.

Terdahulu perwakilan Perak, Nor Azli Musa ketika tampil untuk membahaskan usul berkenaan bagaimanapun berkata: “Saya tidak mahu berucap, tapi saya menyeru semua perwakilan dan pemerhati bangun sebagai tanda kita semua bersetuju dengan usul ini, takbir!"

Berikut Usul Tergempar Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat ke-54 yang bersidang pada 3 Jun 2015/16 Syaaban 1436 H di KUIZM, semalam.

Tahaaluf Siyaasi (Kerjasama Politik) Dengan DAP:

1. Menyedari bahawa DAP sebagai rakan kerjasama politik PAS menerusi Pakatan Rakyat secara rasmi telah memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Pusat selaku ketua kepada parti.

2. Menyedari juga bahawa Pakatan Rakyat di Sarawak dan Sabah telah dibubarkan ekoran tekanan daripada DAP.

3. Menyedari bahawa DAP telah melangkaui batasan daripada hanya tidak bersetuju kepada menentang dan mengkritik secara lantang dan keras serta melobi ahli-ahli PAS untuk menolak usaha memperkasakan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang telah dikanunkan pada 1993 sebelum penubuhan Pakatan Rakyat.

4. Menyedari bahawa DAP menerusi Lim Kit Siang dalam satu soalan rasmi ke Parlimen bertarikh 18 Mei 2015 melakukan provokasi terhadap usaha PAS Kelantan untuk meminda perlembagaan bagi melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia dengan cuba menyifatkannya sebagai bertentangan dengan semangat kenegaraan dan boleh memecah-belahkan negara.

5. Menyedari bahawa DAP secara konsisten dan berterusan menyerang Presiden PAS dengan pelbagai tohmahan dan kutukan.

6. Menyedari bahawa DAP secara berterusan dan konsisten melakukan pelbagai provokasi terhadap kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

7. Menyedari bahawa DAP telah gagal untuk berpegang kepada prinsip "setuju untuk tidak bersetuju" dalam prinsip dan perjuangan bersendiri setiap parti dalam Pakatan Rakyat seperti perjuangan untuk melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam.

8. Menyedari bahawa antara syarat-syarat Tahaaluf Siyaaasi (kerjasama politik) dengan parti yang tidak berlandaskan Islam mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk pelaksanaan Islam serta mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dipertahankan.

9. Menyedari bahawa sebahagian syarat-syarat keharusan kerjasama politik dengan parti tidak Islam telah dilanggar oleh sebahagian ahli PAS antaranya intimak (penggabungan diri) dan walak ahli hendaklah kepada parti Islam.


Maka Muktamar Dewan Ulamak PAS kali ke 54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat.

......................................................................................
#MP:
Sejak mula lagi kita lihat keputusan PAS membuat 'tahaaluf siyaasi' dengan DAP adalah satu keputusan politik yang amat cetek.. PAS seperti tidak mengenali siapa DAP yang sejak dulu memusuhi Melayu dan Islam. Tidak hirau apa orang kata, tolak segala teguran dan pesanan. Berdampinglah macam mana pun, air dengan minyak takkan bisa bersatu. Namun PAS langsung tidak ambil peduli, masih tetap memilih untuk 'ber Tahaaluf Siyaasi' dengan DAP... Jom kita saksi kembali video, apa kata Presiden PAS Haji Hadi Awang
, suatu ketika dulu...



6 May 2015

#PRKPermatangPauh : Ini Pilihan Tepat, Cukup La...

"Calon BN... Calon KITA"














Parti PR Berbalah. Pemimpin PR Celaru...
Penyokong PAS demo anti-PKR di Pulau Pinang
Saksikan video ini...











KLIK saksikan video di bawah:
PKR bergaduh dengan PAS di #PRKPermatangPauh
Kecoh!!!






JADI...
#PilihBN #UndiBN #Vote4Mie #CukuplahKamiPulak 











MAKA...
YANG TEPAT, TAK PERLULAH PILIH PKR...




PILIHLAH SUHAIMI... 
UNDILAH BARISAN NASIONAL





KLIK Saksikannya!
VIDEO KHAS UNTUK PENGUNDI PERMATANG PAUH

11 April 2015

BONGKAR DAP: "Saya merupakan orang yang merancang segala-galanya.." - Razali



Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman membongkar modus operandi partiDAP menawan Putrajaya.Mohamad Razali membuat ceramah ini yang dirakamkansecara audio di satu tempat di ibu kota pada 27 Mac 2013.



Sinopsis

Pada 13 Mei 2011,Mohamad Razali telah tampil membuat laporan polis
di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut,Georgetown di mana beliau turut mengesahkan beliau merupakan salah seorang peserta dalam pertemuan paderi di Pulau Pinang,
5 Mei 2011 yang ‘berdoa’ mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia
Majlis ‘doa’ itu diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi di sebuah 
otel Red Rock di Jalan Macalister,Pulau Pinang.Berikut adalah ringkasan modus
operandi DAP sebagaimana yang didedahkan Mohamad Razali :



1) Menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dalam tempoh 10 tahun 

2) Malaysia sebagai sebuah negara Republik 

3) Melantik Yang Dipertua Negeri daripada kalangan orang Cina sahaja 

4) Menghapuskan Sistem Raja Berperlembagaan dan menghina Institusi 
Beraja Malaysia adalah dari keturunan lanun/perompak 

5) Melantik satu Presiden diberikan kepada orang Cina 

6) Azan tidak dibenarkan dan diharamkan 

7) Pertandingan Tilawah Al-Quran diharamkan 

8) Mengharamkan Persatuan Kebajikan Islam & Dakwah Islamiah 
Malaysia 
(PEKIDA) dan Persatuan Pribumi Perkasa (PERKASA) 

9) Perkahwinan campur digalakkan 

10) Kebebasan beragama & menggalakkan pluralisme 

11) Bahasa Inggeris sebagai bahasa kebangsaan 

12) Mata pelajaran Pendidikan Islam akan dimansuhkan dalam 
sistem pendidikan Malaysia 

13) Chin Peng, Pemimpin Tertinggi Parti Komunis Malaya (PKM)
akan dibawa ke Malaysia dan diberikan gelaran Tun. 

14) MARA akan ditutup dan nama MARA akan dihapuskan dianggap
sebagai rasis. 

15) Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) sepenuhnya akan diterajui oleh orang
Cina dan India. 

16) Lagu Negaraku dan bendera Malaysia akan diubahsuai
dan digantikan dengan Lagu Malaysia baru. 

17) Rejimen Askar Melayu akan ditukar dan dibuang perkataan Melayu 

18) Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan dipegang o
leh orang Cina sahaja. 

19) Mengurangkan kakitangan kerajaan terumatanya kakitangan Melayu.
Contohnya Kementerian Pendidikan. 

20) 3 agensi; Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Biro Tatanegara 
(BTN) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan ditutup 

21) Dua hari perayaan orang Kristian; “Good Friday” dan “Easter Day” akan
diumumkan cuti umum

 22) Base tentera Israel akan diwujudkan 

23) Majlis Agama Islam akan dibubarkan digantikan Majlis Antara Agama 

24) Mahkamah Syariah akan digantikan Mahkamah Sivil 

25) Menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) 

26) Parti yang berteraskan agama seperti PAS akan digantikan kepada 
parti yang lebih liberal 

27) Perintah buka banyak warganegara kepada negara Taiwan, Hong Kong

dan Singapura memohon sebagai rakyat Malaysia 

28) Membuat persempadanan semula di kawasan bandar sahaja

29) Melantik Menteri Agama Malaysia yang baru kepada orang Cina.
Manakala Timbalan Menteri Agama kepada orang India



Transkrip ceramah :

Pengerusi Majlis : Bismilahirahmanirahim…Alhamdulillah.Yang kita hormati saudara Mohamad Razali bin Abdul Rahman,penceramah undangan kita.Elok juga saya mengenal beliau sepintas lalu.Beliau merupakan salah seorang mantan Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam dalam parti DAP suatu ketika dahulu. Dan banyak soal-soal, perkara-perkara strategi dalam parti DAP, kemungkinan beliau akan kemukakan.Jadi,itu sedikit latar belakang.Mungkin dia akan memperkenalkan dirinya masa sesi beliau dan sejurus selepas itu, saudara-saudara,tuan-tuan dan puan-puan sekalian diberi ruang sepenuhnya untuk mengemukakan soal jawab yang berkaitan dengan ceramah ataupun ucapan yang telah disampaikan oleh beliau.Dan saya rasa, saya tidak mahu mengambil masa yang begitu panjang. Dengan segala hormatnya majlis menjemput dan mempersilakan saudara Mohamad Razali bin Abdul Rahman untuk menyampaikan ceramah beliau, dipersilakan.

Mohamad Razali bin Abdul Rahman : Bismilahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatulahiwabarakatuh. Syukur Alhamdulillah, dengan limpah kurniaan dan izin-Nya dapat kita bertemu pada pagi ini. Ini merupakan kali pertama saya berada di Putrajaya. Kali pertama dalam hidup saya.Mungkin tuan-tuan dan puan-puan tertanya-tanya saya, siapa ni, tiba-tiba berada di hadapan tuan-tuan dan puan-puan untuk memberi satu taklimat.Terlebih dahulu di sini, saya ingin memperkenalkan diri sayalah siapa.Saya Mohamad Razali. Saya anak anak jati Pulau Pinang.

Lahir di Pulau Pinang,besar di Pulau Pinang, belajar di Pulau Pinang.Telah pun berumah tangga, mempunyai dua orang cahaya mata, seorang sahaja isteri ya.Saya ini bekas…bekas ahli DAP.Dalam DAP ini, untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, banyaklah jawatan-jawatan penting yang saya pegang semasa saya berada dalam pentadbiran DAP ataupun pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.Saya ini merupakan bekas Setiausaha Politik kepada ataupun lebih dikenali sebagai Lim Guan Eng. Pegawai Tugas-tugas Khas dia.

Saya juga merupakan bekas Ketua Organisasi DAP Bahagian Jelutong.Setiausaha Publisiti DAP Negeri Pulau Pinang, Timbalan Ketua Pemuda Bahagian Pulau Pinang. Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Jelutong.Selepas itu, saya merupakan Pengarah Pilihan Raya untuk DUN Sungai Pinang di Pulau Pinang ini.Lepas itu,Pegawai Khas kepada YB Jeff, Ahli Parlimen Jelutong juga. Timbalan Pengerusi Melayu Pulau Pinang dan saya jugalah Timbalan Pengarah Strategi untuk pilihan raya negeri untuk tahun lalu. Saya juga telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Strategi dalam DAP ialah satu jawatankuasa, minta maaf..yang dilantik oleh Guan Eng.


G17

Dalam DAP ini ada tujuh belas (17) orang pakar strategi yang dilantik oleh Setiausaha Agung DAP.Lima belas (15) orang Cina, seorang (1) India dan seorang (1) Melayu. Saya merupakan wakil orang Melayu yang berada dalam G 17.G17 ini untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan adalah merupakan satu jawatankuasa sulit, hanya Setiausaha Agung dan pemimpin-pemimpin tertinggi saja yang ada, yang lain semua tak ada.Kami dilatih oleh pakar-pakar daripada luar negara. Saya dilatih hampir tiga tahun oleh pihak Israel. Tiga tahun saya berada di bawah naungan pihak Israel. Latihan yang saya terima semuanya berbezalah daripada US,UK,Australia, Jerman, Kanada, Belgium. Di Malaysia ini, kami sempat buat di tiga tempat saja.Satu di Pulau Pinang. Lepas itu kami buat di Hotel Shangg di Johor dan satu lagi di Selangor di Hotel Quality Shah Alam. Lain semua di luar negara.Saya kata saya dilatih tiga tahun oleh pihak Israel,jadi ideologi saya dengan tuan-tuan dan puan-puan berbezalah.

Saya cuma terima dua ideologi saja.Satu Malaysian Malaysia dan lagi satu fahaman Zionis. Lain..semua saya tolak.Saya tolak semua.Dua ini saja yang saya terima.Saya lebih pentingkan parti saya ni daripada anak ke..bini ke..family ke segala-galanya, parti its more semua important bagi saya.Ini merupakan taklimat saya yang ke 105 dalam masa tiga bulan saya merantau hampir ke seluruh pelusuk tanah air. Ini yang ke 105 pada pagi ini.Jadi, saya di sini ingin berkongsilah pengalaman saya, apa yang saya diajar oleh pihak-pihak Yahudi. Tugas utama saya tuan-tuan dan puan-puan. Tugas utama saya semasa saya berada dalam Kerajaan Negeri adalah merancang bagaimana nak mengusir orang Melayu ni keluar daripada Pulau Pinang. Saya tak tuduh orang lain, saya tak kata orang tu baik, orang tu tak baik. Saya adalah orang yang terlibat secara langsung isu tanah-tanah orang Melayu di Pulau Pinang ini. Isu di Pokok Assam di Jelutong, isu di Balik Pulau, Bayan Mutiara pelupusan masjid yang berharga RM 125 juta ini. Sayalah orang yang terlibat secara langsung yang merancang supaya kita tukar tapak masjid itu ke bangunan komersial. Sayalah orangnya.

Gaji RM20, 000 sebulan

Saya ni bekerja di dua tempat.Satu dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan lagi satu dengan Ivory Property, salah satu pemaju yang terkenal di Pulau Pinang yang telah mengambil projek Bayan Mutiara.Saya dibayar hampir RM12,000 oleh Kerajaan Negeri dan RM4,000 oleh Ivory Property.Lebih kurang RM16,000 tak termasuk dengan elaun ataupun benda-benda lain lah.Boleh dikatakan RM20,000 lah sebulan.

Cukup mewah semasa saya berada dalam kerajaan DAP ini,cukup mewah, terlalu mewah.Apa yang saya tak ada,semuanya saya dapat.Saya ni merupakan anak emaslah orang kata kepada Lim Guan Eng. Tapi saya tidak akan muncul di hadapan, tidak pernah muncul di hadapan.Selalunya akan berada di belakang tabir sahaja.Saya tidak dibenarkan muncul di hadapan.Ini merupakan Ketua Pakar Strategi DAP,Tony Pua Ahli Parlimen Petaling Jaya.Di bawah dialah kami enam belas (16) orang berada. Dia cukup pakar.Ini manusia yang cukup berbeza.

Cara pemikiran dia, idea dia, lain daripada yang lain.Saya duduk dengan dia hampir tiga tahun. Memang tahulah cara dia. Berbeza, dia merupakan manusia yang cukup uniklah bagi saya. Pemikiran dia ni terlalu geniuslah. Susah nak dapat orang macam dia ni.Tapi apa nak buat, dia berada dalam parti DAP. Cukup berbeza. Satu manusia yang cukup istimewa Tony Pua ni.Itu untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan. Di sini, saya ingin berkongsi satu pengalaman saya, apa latihan yang diberi oleh pihak Yahudi.

Dia cakap, cara-cara kita nak dapatkan idea atau ilham, katalah kita ada satu masalah tapi kita tak tahu jawapannya.Kita tak tahu cara nak menyelesaikan. Dia kata, cukup mudah. Cukup mudah dia kata. Gunalah tiga benda ni saja, dia kata kita boleh dapat jawapannya. Kita dapat tiga jawapan, pilihlah satu jawapan yang terbaik.

Dia kata yang pertama, kalau kita ada satu masalah tak tahu jawapan. Semasa kita nak tidur pada malam hari tu,ambillah sekeping kertas dengan pen, letaklah di sebelah kiri kita dan kita tidurlah sambil memikirkan masalah yang belum dapat jawapan. Kita tidur macam biasa tapi kita fikir masalah yang kita tak dapat jawapan. Di tengah-tengah malam masa kita tidur tu, jawapan pertama yang kita akan dapat. Confirm jawapan pertama yang akan kita dapat, dia kata, bangun dan tulislah pointnya, dia takut bangun pagi kita akan lupa. Lepas itu tidurlah seperti biasa. Yang kedua dia kata, semasa kita mandi di pagi hari.

Masa kita mandi di pagi hari tuan-tuan dan puan-puan,minda kita pada masa itu akan terbuka cukup luas. Masa tu tuan-tuan dan puan-puan cuba fikirlah masalah tu, Jawapan yang kedua akan dapat.Yang ketiga dia kata, semasa kita membuang air besar.Bila dia kata air besar,kami pun gelak.

Merepek Yahudi ni,takkan masa buang air besar pun dapat idea.Dia rasa marah.Dia rasa kami yang tujuh belas ni (gelak), dia rasa tercabar. Dia bagi satu soalan kat kami suruh buat ketiga-tiga cara ni, esok pagi mailah dengan jawapannya. Kami buat. Tujuh belas orang ni buat. Benda ni berlaku di Hotel Shangg, Perak.Kami buat ketiga-tiga benda ini. Esok pagi tuan-tuan dan puan-puan, tujuh belas orang mendapat jawapan. Jawapan kami cukup berbeza, tujuh belas orang ni tetapi matlamat yang sama.

Kalau tuan-tuan tak percaya, cubalah malam ni, tak salah kita cuba. Cuba sekali cukup, tengok kelainannya macam mana, berbeza. (Tayangan gambar) Sebelah Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau merupakan Pengarah Urusan Ivory Property yang telah mengambil projek Bayan Mutiara. Bayan Mutiara ni bukan diberi secara open tender. Kita bincang tentang isu ini pada 26 Mac 2009 di Medan, Indonesia. Saya telah membuat rombongan ni pergi ke Medan antara Ivory Property dengan Kerajaan Negeri. Kita telah pergi ke Medan berbincang, tiga hari dua malam di sana.


Rampas tanah Melayu

Kami telah berbincang tiga hari dua malam. Itu tidak diberi open tender. 2009, kita dah set dah nak bagi dekat Ivory Property. Harga sekaki tanah di Pulau Pinang, di tempat itu berharga RM420 sekaki tanah harganya.

Bayangkanlah, projek itu bernilai lebih RM1 billion pada masa itu. Sekarang lebih lagi. Memang tak diberi open tender, dah diset kita akan bagi dekat Ivory Property. Sayalah orang yang terlibat. Sayalah orang tengah antara Kerajaan Negeri dengan Ivory Property untuk projek Bayan Mutiara. Begitu juga dengan projek-projek lain yang sedang rancak sekarang. Sedang diusahakan terutamanya di bahagian Batu Feringgi tu,Island Resort Moon Light Bay..semua itu merupakan sayalah orang yang terlibat.

Walaupun tak dapat kelulusan disebabkan lereng bukit tapi saya berjaya menggunakan kuasa yang ada kat saya mempengaruhi Kerajaan Negeri supaya memberi kelulusan kepada Ivory Property. Banyaklah saya buat di sana tuan-tuan dan puan-puan. Merampas tanah-tanah orang Melayu, merobohkan kedai-kedai orang Melayu, sayalah orangnya.

Kalau kami tahu dia tu tak sokong Pakatan Rakyat, tak sokong DAP, kami akan pastikan kedai dia akan diroboh walaupun dia ada lesen ke apa, kita akan cari teknikal apa pun untuk merobohkan kedai dia atau sekurang-kurangnya menyaman dia, bagi denda. Macam tu cara kami. Kalau dia tu merupakan penyokong Pakatan Rakyat,you tak ada lesen pun tak ada masalah,kita akan benarkan you berniaga.Contoh saya boleh bagi.

Tuan-tuan kalau pi ke Pulau Pinang,pergilah ke Jalan Yong Len berhampiran dengan Hotel Sunway, di sana merupakan penyokong-penyokong tegar DAP yang berniaga di sana.Mereka tidak mempunyai lesen ke apa,tak ada.Disebabkan mereka hardcore DAP, kita sanggup tutup jalan daripada pukul 4 petang hingga 12 malam untuk memulakan mereka berniaga. Sebab depa penyokong DAP.

Kalau penyokong UMNO ke Barisan Nasional ke,padah akan menanti dia. Sampai macam tu saya buat. Saya merupakan orang yang merancang segala-galanya. Akan memberi nasihat kepada Lim Guan Eng atau Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Merekalah yang akan menjalankan tugas ini tapi kami tujuh belas orang (17) ni tak akan muncul. Begitu juga di Selangor tuan-tuan. Tony Pua, Ronnie Liu merupakan pakar strategi DAP.

Hanya dua. Salah seorang Ahli Parlimen dan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Mereka ini yang berada dalam kepimpinan G17, yang lain itu semua merupakan orang-orang biasa saja.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa berada di Sibu sebagai Timbalan Pengarah Strategi untuk Pilihan Raya Negeri pada tahun lalu. Saya sepatutnya berada di Sibu hampir dua minggu. Lepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. Semasa dewan DUN dibubarkan saya berada di Shanghai, China atas urusan rasmi kerja saya. Jadi, saya agak lewat sikit datang ke Sibu.

Apabila saya sampai di Sibu, tempat tinggal ataupun bilik hotel yang sepatutnya disediakan oleh DAP ini, telah pun diambil alih oleh rakan saya daripada Selangor.

Jadi, kita maklumlah bila dah bubar dewan tu, hotel penuh tiba-tiba, rumah sewa apa pun tak ada. Saya sampai di Sibu pukul 12 tengah hari sampai malam ni saya tak tahu nak duduk mana. DAP berusaha carikan satu tempat tinggal untuk saya. Tak dapat juga. Last, pukul 7.30 malam, barulah DAP membuat satu keputusan

15 June 2014

Anwar kena 'belasah' lagi? Klik saksi video disini!



Anwar kena belasah dengan pemberita BBC !!!

Anwar ke England untuk memburukkan Malaysia, sebaliknya dalam temuramah BBC Anwar dibelasah bertubi-tubi oleh pengacanya. 



Antaranya adalah:

1. anwar tuduh kerajaan kejam, tetapi pengacara berkata dia lawan mahkamah, bukan kerajaan, 'sebagai contoh beberapa kali bukti dikemukakan di mahkahmah memang anwar meliwat'.

2. orang melaysia sudah menyampah dengan anwar dan demo jalanan kerana seperti anwar ingin elak dari isu peribadinya.

3. kata anwar menang undi popular. ia tak di layan kerana sistem di sana England juga tidak mengira kemenangan melalui undi popular.

4. anwar tuduh kerajaan kuku besi, tetapi tidak cukup bukti terus menukar kepada topik mh370. pengacara perli "interesting you brought up mh370" dan terus mengatakan malaysia menanganinya dengan baik.

5. kemudian pengacara menegur mengapa anwar sanggup mempolitikkan isu seperti mh370 demi kepentingan politiknya.

Maka Anwar pun balik ke Malaysia tanpa sambutan "hidup anwar". yang menyambutnya Chegu Bard, itu pun kena tindakkan displin oleh PKR kerana buat laporan pemilihan PKR penuh rasuah dan penyelewengan dan rasuah. 
Nak mengadu la tuuu... Samo yo lahhh!!!




7 March 2014

#LIWAT II : Kenyataan Saiful setelah Anwar bersalah . KLIK baca ni!



Kenyataan Saiful Bukhari Azlan.
Selanjutnya baca dibawah: 


ARTIKAL BERKAITAN KLIKSIN

18 December 2013

Demo Malam Tahun Baru: Helah mengangkat Anwar sebagai PM. KLIK baca ni!


Seperti ada yang tidak kena, apabila portal dan blog pembangkang begitu kecoh mempromosikan satu himpunan yang akan diadakan menjelang tahun baru ini.

Tidak ketinggalan para pencacai mereka turut menyebarkan poster, risalah dan semua yang berkaitan dengan himpunan yang bakal diadakan itu.

Yang menghairankan ialah, mengapakah malam menjelang tahun baru dipilih sebagai tarikh untuk mengadakan himpunan tersebut? Pelik bukan!

Namun apabila diteliti ia mungkin ada kaitan dengan beberapa program himpunan yang tidak mendapat sambutan sebelum ini. Sekiranya kita imbau kembali, sejurus selepas pakatan pembangkang GAGAL merampas tampuk pemerintahan negara melalui proses pilihan raya umum ke-13 lalu, beberapa siri himpunan dan demonstrasi jalanan telah diadakan.

Malangnya boleh dikatakan hampir kesemuanya GAGAL mendapatkan sambutan seperti yang diharapkan.

Sebagai contoh, demonstrasi jalanan #Black505 (KLIK) yang diadakan kononnya untuk membantah keputusan pilihan raya itu hanya mampu mengumpulkan sekitar 10 ribu sahaja berbanding beberapa siri demonstrasi yang diadakan sebelum ini.

Paling menarik, portal-portal yang menjadi lidah rasmi pembangkang juga GAGAL memberikan angka sebenar jumlah orang ramai yang hadir pada himpunan tersebut.

Malaysiakini sebagai contoh mengatakan kehadiran adalah sekitar 20 ribu orang, manakala Harakahdaily melaporkan seramai 55 ribu dan diikuti dengan Keadilandaily yang menganggarkan kehadiran sekitar 30 ribu orang.

Ketidakseragaman dalam menetapkan angka sebenar atau setidak-tidaknya yang paling hampir itu membuktikan bahawa mereka sendiri seakan tidak percaya dengan jumlah kehadiran pada program tersebut.

Tidak lama selepas, mereka turut menganjurkan himpunan yang kononnya mewakili suara anak muda, untuk berhimpun di hadapan bangunan Parlimen bagi membantah upacara angkat sumpah yang akan dijalankan.

Namun rata-rata di kalangan seakan terpedaya dengan sandiwara pembangkang, apabila dimaklumkan bahawa Anwar turut mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat, walaupun sebelum ini Ketua Pembangkang itu adalah merupakan dalang utama yang menghasut rakyat agar menolak sistem demokrasi yang diadakan.

Pada satu ketika, dia meminta agar sistem demokrasi itu ditolak, namun dalam masa yang sama dia tetap mengangkat sumpah.

Paling menarik, sejurus selepas upacara itu, kumpulan anak muda yang berkumpul di hadapan parlimen itu dikejutkan dengan penyebaran gambar yang memaparkan Anwar sedang tertawa riang ketika menghadiri majlis minum pagi bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri.


Mungkin disebabkan rasa tertipu dengan sandiwara Anwar, mereka yang berhimpun akhirnya mula bersurai seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa.

Terbaru, pakatan pembangkang mengadakan satu lagi himpunan kononnya bagi membantah kenaikan cukai taksiran yang diadakan di padang dataran Dewan Bandar raya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut.

Malangnya, program yang diadakan itu sekali lagi GAGAL mendapat sambutan.

Pihak media melaporkan hanya sekitar 400 orang sahaja yang hadir bagi menyokong isu yang dibawakan itu. Walaupun sebelum ini, pihak penganjur begitu bersungguh-sungguh mempromosikan program tersebut dengan tujuan menarik minat dan sokongan rakyat khususnya penduduk dan warga ibu kota.

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan, mengapakah malam tahun baru menjadi pilihan untuk mengadakan demonstrasi?

Jawapannya mudah, pakatan pembangkang nampaknya telah mula belajar dari kesilapan.

Mereka memilih malam tahun baru kerana, pada ketika itu ramai di kalangan warga kota khususnya anak-anak muda akan hadir bagi meraikan sambutan ambang tahun baru.

Secara kebiasaannya mereka akan hadir beramai-ramai bagi menyaksikan program-program yang telah diaturkan seperti persembahan muzik, beramai-ramai mengira detik berakhirnya tahun 2013 dan disusuli dengan acara kemuncak persembahan bunga api.

Dalam erti kata lain, sekiranya demonstrasi yang bakal diadakan itu GAGAL mendapat sambutan, namun kehadiran ribuan masyarakat yang ingin meraikan sambutan tahun baru dapat digunakan bagi menipu jumlah angka kehadiran.

Ini kerana, mereka sedar semakin hari rakyat sudah mula muak dan bosan dengan pelbagai isu retorik dan sandiwara yang sering dimainkan sebelum ini.

Malah mereka juga sudah mula menyedari perjuangan yang sering dilaungkan oleh Anwar bukanlah untuk membela nasib rakyat, namun hanya untuk memastikan impiannya bergelar Perdana Menteri tercapai.

Huhhhh!!! Kerja bodoh.


ARTIKAL TERDAHULU: KLIK SINI.

29 November 2013

Kali ini Anwar tak laku... KLIK baca ni!


KEMELUT PKR SABAH BUKTI ANWAR SUDAH TIDAK LAKU 

Tindakan 11 ketua cabang PKR Sabah keluar parti termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri membuktikan betapa porak perandanya keadaan dalaman parti itu.

Apabila perkara ini berlaku kepada sebuah parti yang kononnya berbangga kerana mengaku bersifat reformis, rakyat akan mula meragui kenyataan tersebut.

Benarkah PKR sebuah parti reformis yang dikatakan dinamis, manusiawi dan bervisi seperti yang diwar-warkan selama ini?

Atau PLR sebenarnya hanyalah parti picisan yang menggunakan sloganan dan semangat berkobar-kobar untuk menutup kelemahan pemimpin-pemimpinnya.

Pertama apa yang berlaku menunjukkan sifat politik Sabah yang berlainan sekali dengan Semenanjung atau pun Sarawak.

Sebelum dan semasa kempen Pilihan Raya Umum 13 lalu, pakatan pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim menjadikan Sabah sebagai sasaran dengan harapan dapat merampas negeri itu dari tangan Barisan Nasional.

Anwar menimbulkan banyak isu yang kebanyakan adalah fitnah dan propaganda semata-mata untuk mengaburi fikiran rakyat Sabah.

Kononnya jika pembangkang menang harga minyak akan diturunkan malah royalti minyak akan dinaikkan kepada 20 peratus daripada 5 peratus.

Isu pendatang asing juga digembar-gemburkan sehingga satu suruhanjaya ditubuhkan kerajaan pusat untuk menyiasat dakwaan pemberian kad pengenalan kepada warga Filipina dan Indonesia.

Ini tidak termasuk lagi dakwa dakwi lain seperti kemiskinan, rasuah dan sebagainya.

Namun apa jua tuduhan yang dilemparkan kepada BN, rakyat Sabah bijak memilih yang mana satu permata yang masa satu kaca.

Selama BN memerintah Sabah hingga ke hari ini, politik negeri itu stabil kerana ia amat faham mentadbir sebuah negeri yang didiami oleh pelbagai etnik dan suku kaum.

Berbeza pula dengan Anwar, PKR, Pas dan Dap yang hanya mahu mengeksploitasi rakyat Sabah dalam percaturan mereka untuk menguasai negeri itu.

Pembangkang tidak faham langsung selok belok dan sepak terajang Sabah yang begitu kompleks sekali hinggalan seringkali berlaku pertelagahan antara kumpulan-kumpulan berbeza latarbelakang dalam parti yang sama.

Dalam hal PKR ianya berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap bekas pembelot UMNO, Lajim Ukin sebagai pengerusi PKR Sabah oleh Anwar.

Kumpulan yang keluar parti itu mendakwa mereka telah berhempas pulas berjuang untuk menghidupkan PKR Sabah tetapi Anwar memilih bulu untuk mengangkat mereka yang mempunyai nama, pangkat, kedudukan dan lebih-lebih lagi wang ringgit.

Anwar sudah tidak peduli lagi golongan reformis yang menjadi teras kepada pergerakan jalanan yang diwujudkan belasan tahun lalu.

Seperti juga di Sabah, sikap pilih kasih Anwar berlaku di mana-mana sahaja termasuk di Semenanjung dan Sarawak.

Contoh di Pahang, di Pahang beliau melantik Fauzi Abdul Rahman, bekas rakan kelas sekolah dan juga universiti walaupun rakannya itu amat dibenci oleh ramai pemimpin PKR Pahang termasuk juga dari Pas dan Dap.

Tetapi orang seperti inilah yang diangkat oleh Anwar atas dasar pilih kasih dan kronisme yang kononnya amat ditentang oleh beliau.

Ini tidak termasuk memposisikan anggota keluarga terdekat seperti isteri dan anak dalam jawatan tinggi parti.

Seolah-olah di dalam PKR, tidak siapa boleh bersuara terhadap apa yang dilakukan oleh Anwar walaupun beliau memegang satu jawatan yang tidak pun dilantik oleh perwakilan parti!

Tindakan 11 ketua cabang PKR Sabah adalah tanda-tanda Anwar bukan sahaja sudah tidak laku di negeri itu tetapi anggotanya sendiri sudah hilang keyakinan terhadap stail kepimpinan beliau.

Persoalannya apa agaknya akan berlaku sekiranya Anwar bertanding sebagai presiden parti tahun depan menggantikan isterinya?

Dengan ketiadaan Dr Wan Azizah Ismail sebagai presiden, sudah tentu Anwar akan menggunakan kuasa sepenuhnya untuk membersihkan PKR daripada kroni-kroni yang menyokong isterinya dahulu.

Akan bertambah kecamuklah keadaan dalaman parti dan akhirnya berkuburlah PKR.

Malah Perdana Menteri semasa sidang akhbar bersama ketua-ketua cabang tersebut membayangkan akan terjadi gelombang kedua yang lebih besar bakal melanda PKR Sabah dalam masa terdekat.

Elok sajalah Anwar berundur dari menerajui PKR dan terus bersara daripada dunia politik untuk selamanya.

Tunaikanlah janji yang dibuat untuk menjadi pensyarah di Amerika Syarikat jika gagal untuk menjadi perdana menteri.

Anwar perlu membuat muhasabah diri sama ada dirinya masih diterima oleh penyokong-penyokong lagi dalam dunia politik kini yang sudah berubah.

Beliau perlu menganalisa sama ada seorang yang sudah menjangkau usia 67 tahun boleh diterima oleh generasi muda yang mempunyai pelbagai citarasa politik yang jauh berbeza daripada generasi seangkatan dengannya.

21 November 2013

Bagi Anwar, apa ada hal menipu ni... KLIK baca sini!


Dasar Penipu!!! Anwar Terpaksa Buat Pusing 180 Darjah.

Ramai yang ketawa terbahak-bahak dengan kenyataan Anwar terbaru Anwar berhubung isu pengundi hantu seramai 40,000 orang yang diterbangkan khas dari Bangladesh bagi membantu parti Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum yang lalu.

Setelah gagal memberikan bukti yang sahih terhadap dakwaan tersebut, Anwar akhirnya terpaksa ‘pusing 180 darjah’ dengan mengatakan ia adalah manipulasi penulis Umno.

Anwar juga dilaporkan berkata, bahawa pembangkang tidak pernah menuduh kerajaan membawa sebanyak 40,000 warga Bangladesh tersebut sebaliknya hanya menyentuh tentang dakwaan membawa pengundi dari luar pada hari membuang undi awal.

Sedangkan sekiranya kita teliti, ia adalah merupakan kenyataan Anwar yang kemudiannya dilaporkan dalam semua media rasmi pembangkang termasuk Keadilan Daily dan Malaysiakini. Tidak cukup dengan itu, laporan tersebut turut dimainkan dalam portal-portal antarabangsa seperti Straits Times Singapore, Telegraph, UK, dan sebagainya.

Berikut adalah link kepada semua laporan yang dinyatakan tadi.

Straits Times Singapore

http://www.stasiareport.com/the-big-story/asia-report/malaysia-elections/news/story/foreigners-flown-malaysia-vote-bn-anwar-2013

Telegraph, UK

http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/malaysia/10036283/Malaysias-opposition-leader-Anwar-Ibrahim-aims-to-seize-final-chance.html

Wall Street Journal

http://online.wsj.com/news/articles/SB10001424127887323687604578468953798092968

China Post

http://www.chinapost.com.tw/asia/malaysia/2013/05/03/377577/Malaysia-coalition.htm

The Economist

http://www.economist.com/node/21577375/comments

Korean Press

http://e.koreanpress.net/detail.php?number=1341&thread=

Sedangkan menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof ketika diminta mengulas kenyataan Anwar itu mengatakan, pihaknya mempunyai segala rekod termasuk rakaman video tentang kenyataan Anwar berhubung kemasukan pengundi hantu dari luar menggunakan pesawat Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan AirAsia Berhad (Air Asia).

"Saya cukup pelik apabila ada orang yang sanggup menafikan perkara yang pernah disebut apatah lagi perkara itu diulang-ulang walaupun telah dinafikan kami dan kerajaan.

Hakikatnya ini bukanlah kali pertama, dia berbohong kepada rakyat. Jika 16 September 2008 kita menyaksikan bagaimana Anwar berbohong kononnya pembangkang akan menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) terbongkar, kini selepas PRU-13 sekali lagi tembelang pembangkang terdedah.

Semalam media arus perdana melaporkan, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menafikan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya sebanyak 40,000 rakyat negara itu mengundi dalam pilihan raya umum lalu.

Najib dalam pertemuannya dengan Sheikh Hasina ketika lawatan rasmi beliau ke negara itu memberitahu, pemimpin Bangladesh berkenaan turut menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan dakwaan kononnya rakyatnya terbabit dalam proses pengundian di negara ini.

Malah sebelum ini tohmahan pembangkang itu telah mencetuskan kemarahan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman yang menyifatkan tuduhan pembangkang itu sebagai tidak berasas dan hanya dibuat oleh golongan yang tidak berakal.

Beliau berkata, adalah mustahil untuk kerajaan Malaysia membawa masuk seramai 40,000 rakyat Bangladesh yang didakwa menjadi pengundi hantu di negara ini dalam tempoh yang singkat.

"Bagi saya, pihak yang membuat tuduhan tersebut adalah 'gila' dan menggunakan hak bersuara mereka dengan cara yang salah serta tidak profesional," jelasnya.

Paling menarik, Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming sebelum ini turut mengatakan bahawa dakwaan kononnya wujud pengundi hantu dalam kalangan warga Bangladesh dan berlaku gangguan bekalan elektrik adalah tidak benar dan turut diakui oleh Pas.

"Setakat yang saya tahu, tidak ada pengundi asing (warga Bangladesh) atau gangguan bekalan elektrik. Jadi saya bersetuju dengan pandangan mereka (Pemantau)," katanya sebelum ini.

Malah kenyataan itu turut disokong oleh salah seorang pemimpin yang meminta agar namanya tidak disiarkan.

"Terlalu sukar untuk menipu menggunakan pengundi warga asing atau gangguan bekalan elektrik, “ katanya.

MP: Puak-puak pakatan haramjadah ni, masih tak mengaku bercakap tentang 40 ribu tu ke? Nak aku siarkan satu persatu artikal dari blog-blog pro pembangkang yang ada tu?  Jangan cite banyak laaa... Belambak brooo!!!

ARTIKAL BERKAITAN : KLIK SINI

24 October 2013

Dasyat!!! Mudahnya turunkan harga 'Petrol'..! KLIK baca ni!


PETROL PRICE CONTROL

kalau betul.....why not try?.....

Tolong baca sampai habis*.buah fikiran yg sangat baik*.mari kita renung
dan fikir fikirkan*kemudian kita lakukan.

Idea daripada orang-orang yang kerja kat PETRONAS - price control

Idea yang sangat menarik? Tapi adakah ianya berkesan?
Nampaknya menjelang tahun depan harga petrol akan menghampiri RM 3.00.
Mahu supaya harga petrol turun? Kita perlukan satu tindakan bijak dan
bersepadu.

Philip Hollsworth menawarkan idea bagus ini. Ianya LEBIH BERKESAN
berbanding kempen jangan beli petrol pada hari tertentu' yang
dilakukan pada April atau Mei lalu. Syarikat minyak hanya akan
mentertawakan seba b merekatahu dengan tidak membeli petrol, kita akan
menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan pengguna sendiri
berbanding penjual.

Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang
benar-benar berkesan.Sila teruskan membaca dan ambillah bahagian
dalam rancangan ini.

Mengikut kenyataan dari negara-negara pengeluar minyak anggota OPEC
harga seliter petrol adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja. Tetapi
syarikat-syarikat pembekal minyaklah yang mengaut keuntungan besar
dari situasi sekarang ini.
Kita sebagai pengguna perlukan tindakan agresif untuk 'mengajar'
mereka bahawa PEMBELI juga ada kuasa untuk yang mengawal harga, bukan
penjual sahaja.

Dengan harga petrol yang naik begitu tinggi sekarang ini, kita
pengguna perlu bertindak segera. Satu cara yang disarankan untuk
menurunkan harga petrol ialah dengan memberikan tamparan 'market
leader' industri berkenaan, iaitu dengan tidak membeli petrol dari
penjual tertentu. Ini dapat kita lakukan tanpa menyusahkan diri kita
sendiri.
Ideanya begini :-

Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli petrol dari TIGA SYARIKAT
MINYAK TERBESAR DIDUNIA iaitu

1) ESSO/MOBIL
2) SHELL
3) PROJET
Tiga syarikat gergasi inilah yang sebenarnya mengawal harga runcit
petrol dan mengaut keuntungan untuk diri mereka sendiri.
Jika mereka tidak merasa penjualan petrol mereka menurun secara
tiba-tiba sedangkan pesaing mereka akan terus maju, mereka akan mula
menurunkan harga. Dan jika mereka berbuat demikian yang lain akan
turut serta. Tetapi, untuk kaedah ini memberi kesan, kita kena
memberitahu berjuta pembeli ESSO/MOBIL,SHELL dan PROJET.

Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan disini caranya:-
Saya menghantar mesej ini kepada ramai orang.Jika setiap kita
menghantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (30 x 10 = 300)?
Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (300
x 10 = 3,000)? dan seterusnya. Sebaik mesej ini sampai kepada generasi
penerima yang ke 6, ia sebenarnya telah disebarkan kepada lebih TIGA
JUTA pengguna petrol. Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan ialah :
1) Menghantar mesej ini kepada 10 orang atau lebih, itu saja.
2) Berhenti dengan serta merta membeli petrol dari ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.
Itu sahaja.....
Berapa lama ia akan berlaku? Jika setiap kita menghantar email kepada
10 orang dalam satu hari, semua 3 JUTA orang akan dapat dihubungi
dalam masa 8 hari sahaja.

Saya cabar anda, jangan sangka anda tiada kuasa, bertindak secara
bersama. Ia pasti akan membuahkan hasil.
Jika anda terima sar ana n ini, sila sebarkan email ini.
TOLONG KEKALKAN KOMITMEN ANDA SEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGA DALAM
LINGKUNGAN 80 SEN SELITER.
Mudah saja, anda cuma perlu....... ......

1. Forwardkan email ini kepada kawan-kawan dan kenalan,
2. Beli petrol dari PETRONAS , dan CALTEX sahaja .....jauhi diri anda dari lain-lain stesyen petrol, selain dari nama ini.

SUMBER - Idea dari Pekerja2 PETRONAS,CALTEX

MP: Tepuk dada.. Tanyalah selera tu ye!
Lu pikir laaa sendiri!!!

5 October 2013

Anwar sedar yang dia sudah tua... KLIK tengok ni!


Hari ini kita dapat melihatkan sendiri lebih jelas wajah tegang terbaru Bang Non di Parlimen selepas beliau muncul tanpa memakai cermin mata besar seperti sebelum ini . 

Bagi gua.., nak ubah muka ke apa, itu hak Anwar lah.. Mungkin Anwar sedar yang dia dah tua dan makin tak hensem.., pasal tu lah dia ambil inisiatif untuk tegangkan balik apa yang dah kendur.


Tapi heran jugak lah kann.., sebelum ni yang gua tahu hanya kaum pompuan je yang risau bila timbul kedut dimuka dan makin hilang cantik bila dah berusia.. 
Rupanya Anwar pun sama.. KLIK


Dalam usia 65 tahun , kedut tak ada beb .. hidung pulak semakin besar ..hahaha

Selanjutnya KLIK SINI




SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.