GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label GST. Show all posts
Showing posts with label GST. Show all posts

29 October 2017

#Bajet2018: Ini Manfaat Yang Bakal Kita Terima.


Pada 27 Oktober 2017 Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah membentangkan #Bajet2018 di Dewan Parlimen

Tema bagi #Bajet2018 iaitu:

"Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50"


Marilah sama-sama kita fahami #Bajet2018 dan manfaat yang bakal kita terima tidak lama lagi.

Berikut dikongsikan teks ucapan penuh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Selanjutnya sila KLIK disini:

Untuk ringkasan pengumuman, anda boleh rujuk infografik berikut.


Untuk pelbagai maklumat lain tentang #Bajet2018, anda boleh terus ke laman rasmi #Bajet2018.

Sila klik disini:
 www.treasury.gov.my .

24 April 2015

#PRKRompin : Pembangkang gasak GST dalam kempen PRK.


Sehingga kini ada peruncit menjadikan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang termasuk barang yang tidak sepatutnya dikenakan cukai itu.

Hal ini turut diperbesar-besarkan pihak pembangkang dalam kempen mereka di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan Rompin yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Bagi mengulas tindakan PAS yang menjadikan GST sebagai isu dalam kempen PRK Parlimen Rompin itu perkara tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong berkata, punca harga barang naik mendadak bukan kerana Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti yang didakwa pembangkang tetapi angkara sesetengah peruncit yang menaikkan harga barang atas alasan pelaksanaan cukai itu.

Datuk Wee yang juga Timbalan Presiden MCA, berkata rakyat Malaysia harus memahami dahulu GST supaya tidak tertipu dengan hasutan pembangkang yang menggunakan isu cukai itu untuk meraih undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin
.

Datuk Ir Dr Wee Ka Siong berkempen di Rompin, walaupun pengundi Cina hanya 3%
daripada jumlah pengundi Parlimen Rompin, namun undi mereka menjadi 
faktor penentu PRK kali ini. 

"Peruncit yang ambil kesempatan GST (GST) ini dan bukan cukai itu menjadi punca sebenar harga kenaikan barang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bersama pengundi PRK Rompin di Bilik Gerakan MCA Rompin di sini, semalam.

PRK Rompin yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Datuk Hasan Arifin dan calon PAS, Nazri Ahmad.

Pengundi Cina hanya 1,352 orang atau tiga peratus daripada 53,294 pengundi di dalam Parlimen Rompin.



18 March 2015

Ahli Parlimen Kota Tinggi menolak tanggapan Rafizi menyatakan GST membebankan...

Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid
Ahli Parlimen Kota Tinggi 
Sekalipun kerajaan tidak mempunyai jawapan terhadap semua persoalan, dalam konteks sejarah negara Malaysia, sudah terbukti selama ini kerajaan yang memerintah berjaya menangani aspirasi rakyat terbanyak. Sejak sekian lama, kerajaan bersungguh untuk mewujudkan ekosistem terbaik bagi merealisasikan hasrat menjadi sebuah negara maju serta berpendapatan tinggi.

Sebagai sebuah kerajaan, sudah tentu mahukan kehidupan rakyat hari ini lebih baik daripada hari semalam dan kehidupan mereka pada masa depan akan lebih baik lagi daripada hari ini. Ke arah matlamat itu, pastinya segala rancangan dibuat menjanjikan kejayaan serta kemajuan buat kita semua.

Termasuklah GST, antara rancangan ataupun produk terbaru yang ingin dilaksanakan kerajaan, saban hari ditentang dan dijadikan bahan tohmahan pihak pembangkang. Walaupun dah berbagai kempen dijalankan, dari papan tanda, sesi penerangan, iklan TV/Radio, Internet dan bermacam-macam lagi lah... Kerajaan tetap dipersalahkan.

Apa saja kerajaan / BN buat semua bangkang! Pendek kata apa saja masalah yang mereka hadapi dalam kehidupan seharian semuanya berpunca daripada salah kerajaan, BN atau UMNO yang memerintah pada hari ini.

Setakat ini, kita mendapati sebanyak 160 negara telah laksanakan GST...

Daripada jumlah 160 itu, 8 negara yang melaksanakan GST bukanlah negara angota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB dan daripada jumlah 193 negara anggota PBB pula sebanyak 41 sahaja negara, belum melaksanakan GST.

Antaranya Malaysia dan telah bercadang untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST pada 1 April ini. Mengikut beberapa fakta yang di sebut, ternyata sistem cukai ini (GST) bukannya suatu perkara baru yang sengaja diada-adakan oleh Barisan Nasional sebagai kerajaan yang memerintah Malaysia ketika ini

Pendek kata perlaksanaan GST akan menguntungkan semua pihak, kerajaan dan rakyat. Ya, dalam apa sistem sekalipun, ada kelemahan tapi ada juga kebaikan, ini sistem manusia bukan sistem Tuhan. Yang penting apa pun kebaikan tu kita perbaiki bersama, bukan bantah bila GST belum pun dilaksanakan lagi.

Mujurlah pemimpin dan rakyat 160 negara yang terdahulu melaksanakan GST sebelum ini, tidak ada PAKATAN RAKYAT di negara mereka. Jika negara mereka ada Pakatan Rakyat, sudah tentu pelaksanaan GST di negara mereka akan terganggu dek kerana kerajaan terpaksa melayan kerenah pemimpin pakatan yang hanya tahu mencipta propaganda kononnya apa yang kerajaan buat semuanya tak betul dan membebankan rakyat...

Semakin dekat tarikh pelaksanaan GST, semakin galak pulak puak-puak 'fuckatan' membangkang dan menggasak kerajaan.


Terkini dimana Setiausaha Agong PKR, Rafizi Ramli telah mengeluiarkan kenyataan, cuba jadikan isu gunting rambut pun turut dikaitkan dengan kelemahan Barisan Nasional dan kenyataan Ahli Parlimen Pandan itu telah mendapat perhatian Ahli Parlimen Tinggi sekaligus Datuk Ehsanuddin menempelak kenyataan Rafizi Ramli yang mendakwa GST itu membebankan rakyat...

Ikuti kenyataan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi mengenai kenyataan "tak sekolah" Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli tentang pelaksanan GST yang saya petik di portal BNBBC :


“Apa yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Pandan itu memang mengelirukan rakyat kerana ada empat perkara penting yang boleh dilihat kesan positifnya.

“Pertama, daripada dua cukai jadi satu cukai iaitu 16 peratus menjadi 6 peratus sahaja, banyak barangan yang daripada mahal menjadi makin murah, harga boleh direbat daripada kerajaan oleh pembekal, pengilang dan pengedar, serta bukti yang paling jelas adalah sebanyak 160 daripada 190 buah negara yang telah menggunakan cukai GST ini,” katanya if kepada BNBBC.my di Parlimen, Isnin.


Sebelum itu, Rafizi sewaktu membahaskan titah Diraja menekankan soal GST yang kononnya akan membebankan rakyat.


Menurut Ehsanuddin, GST adalah selaras Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan di mana peniaga tidak boleh mengenakan harga jualan dengan kadar yang sangat tinggi kerana kerajaan mampu mengawal harga berdasarkan sistem rebat yang dikenakan kepada setiap peniaga, pengilang mahupun pembekal.


“Di sini semua pihak akan dapat manfaatnya, baik dari segi peniaga akan mendapat keuntungan, pengguna dapat berbelanja dengan harga di bawah kawal manakala kerajaan akan mendapat sumber pendapatan daripada percukaian yang akhirnya cukai tersebut akan dinikmati oleh semua pihak,” katanya.


Selain itu, penggunaan GST juga akan dapat meyakinkan para pelabur untuk melabur di Malaysia memandangkan negara kita akan turut menyertai 160 negara lain mengenakan cukai yang sama.


“Ini bermakna cukai GST ini bertaraf antarabangsa kerana banyak negara luar yang telah menggunakan cukai tersebut lebih awal daripada kita,” tambahnya.


Justeru, beliau menolak tanggapan Rafizi yang menyatakan GST hanya membebankan rakyat kerana ia bertentangan matlamat kerajaan meletakkan rakyat sebagai keutamaan dalam semua aspek khususnya menerusi perlaksanaan GST bermula April ini.


Nah... begitu lah! Sememangnya kalau ditanya puak 'fuckatan'... Takkan ada betulnya tindakkan yang dilaksanakan BN atau kerajaan pada hari ini. Mereka tidak mempedulikan soal benar atau salah” tetapi hanya mahukan kelebihan politik dan peluang untuk menyerang kerajaan.

Sesiapa saja yang mampu memberikan keuntungan politik bagi mereka, biarpun individu atau kumpulan yang disokong mereka itu mempunyai salah laku atau pun mempunyai pendirian yang melampau mengatasi norma kehidupan bermasyarakat negara... Ia menjadi sokongan pada mereka.







16 April 2014

DEMO 01 MEI : Tak cukup bantah GST, hina Sultan Johor pulak? KLIK baca ni!



Isu keputusan kerajaan untuk melaksana sistem cukai barang dan perkhidmatan ( GST ) mulai April 2015 hangat kembali. Masalah utama ialah sikap sesetengah pihak yang tidak henti-henti mempolitikkan GST. 

Walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui GST adalah sistem percukaian yang baik dan adil, namun pembangkang masih mahu “mengilas” dengan tohmahan tidak berasas dengan mengatakan GST akan membebankan rakyat dan meningkatkan inflasi. 

Hakikatnya, pembangkang cuba membentuk persepsi negatif rakyat terhadap GST demi kepentingan politik mereka. Justeru, rakyat mesti bersikap rasional dengan bersedia mendengar penjelasan kerajaan berkenaan GST.


Sudah seharusnya pembangkang perlu berhenti mempolitikkan isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ini, selain tidak meneruskan usaha mengelirukan rakyat berhubung pelaksanaannya.




Bukan hanya GST, menurut maklumat yang tersebar di laman-laman sosial
sejak beberapa hari lepas. Kesempatan pada cuti Hari Buruh pada 1 Mei ini juga 
di jadikan medan mereka menghina kedaulatan DYMM Tuanku Sultan Johor 
selain menjadikan tempat untuk menjalankan usaha mendapatkan sokongan dengan cara naikkan kemarahan rakyat terhadap Sultan Johor.


Apa cerita ni?


Sumber selanjutnya KLIKSINI

7 January 2014

GST: 8 Perkara Anda Perlu Tahu. KLIK baca sini!


Kenapa GST diperkenalkan?

Selanjutnya KLIK tajuk di bawah:


9 November 2013

COMANGO: Bongkar!!! Dalang terlibat dikenalpasti... KLIK baca sini!

Mereka inilah yang merupakan teras kepada gagasan NGO hak asasi manusia yang menghantar laporan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melobi negara-negara dunia bagi menekan Malaysia agar menerima tuntutan mereka di dalam proses UPR di Geneva baru-baru ini.

Mereka menuntut kebebasan bagi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam, menuntut kebebasan untuk mengamalkan ajaran sesat Syiah, penghapusan hak Melayu dan apa saja yang menyentuh keutuhan agama Islam dan kedaulatan perlembagaan.

Hari ini, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mendedahkan 54 dalang di sebalik Gabungan NGO Liberal (COMANGO) melalui sebaran 70 ribu risalah bertajuk 'Bahaya COMANGO' di masjid-masjid di seluruh negara selepas solat Jumaat.

Difahamkan hanya 12 daripada kesemua 54 NGO dalam gabungan COMANGO yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)

Antara dalang yang didedahkan ialah Pengerusi BERSIH, Ambiga Sreenevasan, Pengerusi Eksekutif MalaysiaKini, Premesh Chandran, Ahli Lembaga Sisters in Islam, Marina Mahathir, Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez, Pengarah Eksekutif SUARAM, Cynthia Gabriel, Centre for Independent Journalism (CIJ), Sonia Randhawa, Setiausaha Malaysia Youth & Students Democratic Movements, DEMA, Yong Kin Yin, Pengarah SUARAM, Kua Kia Soong dan Penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan.

CERITA SELANJUTNYA KLIK SINI

31 October 2013

GST: Pakatan nak kencing lg ke? KLIK baca ni!

Ini siapa? Kalau tak dari puak-puak pakatan haram?

Semalam, Anwar tak pasal-pasal menyatakan penerimaannya terhadap perlaksanaan GST (KLIK)..

Sedangkan Isnin lalu, Anwar ketika turut membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 bertindak memutar-belitkan fakta mengenai GST selepas menuduh pelaksanaan sistem percukaian itu merupakan perbuatan 'jenayah' Barisan Nasional (BN) kepada rakyat

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR akan melakukan bantahan ke seluruh negara mengenai perkara itu dalam masa terdekat.

"Kami akan turun padang membantah perlaksanaan GST ini di seluruh negara. Ini jenayah. Kamu biarkan ketirisan dan rasuah berlaku. Kamu biarkan rakyat tanggung bebannya.

Kami akan lawan habis-habisan," katanya pada perbahasan Belanjawan 2014, di sidang Dewan Rakyat, kelmarin. KLIK

Setelah itu, hari ini pula.. Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mengakui cukai barangan dan perkhidmatan (GST) merupakan sistem percukaian yang telus, efisien serta mampu memberi kebaikan jangka panjang kepada ekonomi negara.


Azmin pula menjelaskan, pembangkang berpendirian April 2015 bukan masa sesuai untuk kerajaan menguatkuasakan GST bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang kadarnya berjumlah hingga 16 peratus.

"Saya tegaskan pakatan pembangkang tidak pernah mengambil pendirian menolak GST" katanya.

"Pendirian kita jelas, GST ini sistem percukaian yang cukup telus, efisien dan dalam jangka masa panjang akan memberi kebaikan kepada ekonomi negara. Cuma persoalannya apakah Malaysia sudah bersedia," katanya semasa membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat hari ini. KLIK

MP: Apa yang korang nak belitkan lagi puak pakatan haram woiiii!!!


GST: HANGATTT!!! Anwar tampar mulut puak-puaknya? KLIK baca ni!


AKetua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai April 2015 merupakan sistem cukai yang efisyen namun beliau menggesa kerajaan mengambilkira beberapa faktor sebelum melaksanakannya.


“Saya akui memang saya pernah bersetuju dengan pelaksanaan GST pada 1993 ketika Tun Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan. Ketika saya ambil alih Kementerian Kewangan pada 1998, saya tidak pun laksanakan GST kerana kita ada catat lebih kecil pendapatan.


Nahhh... Ini merupakan satu tamparan hebat kepada puak-puak Pakatan Haramjadah di luar sana. Setelah berbondong-bondong kutukan mereka lontarkan kepada GST dan kerajaan akhirnya terdiam bila Anwar Ibrahim spin puji GST dek kerana dikaitkan dengan persetujuannya dengan perlaksanaan GST pada 1993 ketika Tun Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan.
Bukan Anwar Ibrahim kalau tak menipu. 

Spin jangan tak spin yeop. KLIK SINI!!!
Kah kah kah...


27 October 2013

GST PANSSSS!!! Bajet alternatif Anwar telah ‘dibakul sampahkan’..? KLIK baca ni!

Kahkahkahhhh!
Sejurus selepas pengumuman bajet 2014 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Jumaat lalu, pembangkang mula menjadi isu Cukai Barang dan Perkhidmatan atau Good And Service Taàax (GST) sebagai isu yang cuba digunakan untuk terus menanamkan sentimen kebencian rakyat. Mereka mengatakan kononnya kerajaan BN/Umno sengaja mahu menindas membebankan rakyat dengan mewujudkan pelbagai cukai baru.

Mereka cuba memainkan isu secara berterusan untuk memastikan rakyat dapat menghadam sekali gus menerima semua tohmahan ini tersebut dan menganggap ia sebagai perkara yang betul. Itulah resam pembangkang, mereka akan cuba menjadikan semua isu untuk meletakkan kesalahan kepada kerajaan.

Dulu lain, sekarang lain Anwar ni... Heèe!

Sedangkan secara realiti ia adalah sebaliknya. Pada yang masih kabur dan samar, GST adalah merupakan cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan, termasuk yang diimport melainkan yang dikecualikan oleh Kerajaan.

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.