GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label MeiFun. Show all posts
Showing posts with label MeiFun. Show all posts

14 June 2015

Wanita MCA: Langkah tersendiri menangani nasib mangsa 'Gempa Sabah'



Tragedi gempa bumi berukuran 5.9 pada skala richter dan kedalaman 54km, yang melanda Ranau hingga menggegarkan Gunung Kinabalu serta meragut nyawa 13 pendaki, termasuk seorang Malim Gunung pada pagi Jumaat lalu, kesedihannya turut dikongsi oleh Wanita MCA dengan mereka yang kehilangan anggota keluarga dalam gempa bumi itu.

Sebagai sebuah parti politik yang berkhidmat untuk rakyat.. Antara usaha bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa. Wanita MCA mengambil langkah tersendiri dengan adakan kutipan dana serta sumbangan melalui penjualan 'penyimpan berus gigi' dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM10.00


Datuk Heng Seai Kie
"Hasil jualan 'penyimpan berus gigi' itu akan disalurkan terus kepada mangsa gempa di Sabah dan pembeli mempunyai pilihan samada mahu membeli atau hanya hulurkan derma bagi tabung bantuan ini," kata Ketua Pergerakan Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie.

'Penyimpan berus gigi' ini boleh didapati dan akan dijual di mana-mana aktiviti beliawarnis dan wanita MCA.

Wanita MCA memang amat peka terhadap permasalahan rakyat lebih-lebih lagi yang sedang ditimpa bencana. Dahulu pun masa banjir teruk di Kelantan, MCA turut memberi khidmat bakti meringankan beban mangsa banjir pantai timur.



Dalam misi bantuan ini, Wanita MCA akan menyertai MCA Crisis Relief Squad. Sebarang maklumat untuk menyalurkan bantuan boleh terus menghubungi Sekretariat Wanita MCA di talian 03-22033880...

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dalam kenyataannya telah telah menghubungi Presiden MCA , Datuk Seri Liow Tiong Lai dan telah memaklumkan bahawa MCA telah memberi beberapa peruntukan.


Datin Paduka Chew Mei Fun
"Peruntukan khas dari MCA Crisis Relief Squad telah diumumkan di mana sejumlah RM 30,000 akan diberi kepada SJKC Pai Wen dan sejumlah RM 20,000 akan diberikan kepada rumah agama Hwa Shan Sheng Zu Gong" kata Mei Fun

Untuk rekod setakat ini pegawai JKR dan pejabat pelajaran telah mendapati dari 12 bilik darjah 4 bilik masih boleh digunakan.

MCA antara parti politik yang cepat memberi bantuan jikalau ada mana-mana tempat ditimpa bencana. 


Syabas wanita MCA dan MCA Crisis Relief Squad atas usaha amal ini.



24 March 2014

#PRKKajang #BN4Kajang : PR tak yah nk bangga sangat!!!



PRK KAJANG: HAJAT TAK KESAMPAIAN

PKR mempertahankan kerusi DUN Kajang dengan majoriti merosot dari 6,824 (PRU13) kepada 5,379 (2014). Dengan pengumuman resmi tersebut maka kita semua bertanya:

1. Mana dia keangkuhan Lim Kit Siang yang mahu mempastikan BN hilang deposit?.

2. Apakah hasrat PKR yang ingin menjadikan PRK Kajang sebagai referendum rakyat terhadap kerajaan persekutuan tercapai walaupun sokongan PKR sedikit meningkat 1.54% berbanding BN yang walaupun kalah tetapi sokongannya meningkat sebanyak 2.7%.

3. Mengapa ramai pengundi yang tidak keluar mengundi hanya 72% berbanding 88% pada PRU 13, walaupun PKR memulakan kempen dan serangan terhadap UMNO lama sebelum BN mengumumkan calonnya. Adakah kerana pengundi tidak mahu MB Selangor bertukar tangan? atau rakyat bosan dengan politik wayang yang tidak mengubah apa-apa keadaan.

4. Apakah makna PKR dengan tokoh besarnya Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dengan politik simpatinya menang dengan majoriti kurang 1,445 sedangkan tujuan asal PKR untuk meningkatkan majoriti 10 hingga 11 ribu?

5. Apakah Perdana Menteri Malaysia bertukar tangan hanya dengan PRK Kajang? sedangkan ini bukan PRK Parlimen untuk memilih kerajaan persekutuan dan MB Selangor masih dalam gengaman Khalid Ibrahim.

6. Apa hebatnya sangat pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengaku mencetuskan idea PRK Kajang bagi mendapatkan sokongan yang semakin kurang?

7. Apakah UMNO masih dilebalkan sebagai parti rasis sedangkan BN meletakkan calon Cina di kawasan majoriti Melayu berbanding dengan PKR yang meletakkan ramai calon Melayu di kebanyakan kawasan majoriti Melayu. Siapa yang beramalan rasis?.

Oleh yang demikian terbuktilah bahawa PRK Kajang tidak megubah apa-apa corak dan keputusan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Benarlah bahawa PRK ini suatu pengkhianatan terhadap mandat pengundi PRU 13 terhadap PKR, suatu pembaziran masa dan waktu, serta tidak dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap konflik kepimpinan Selangor mahupun keputusan mahkamah mengenai kes Liwat 2 Anwar Ibrahim.

Sesungguhnya rakyat lebih menumpukan perhatian kepada misi pencarian ‪#‎prayforMH370‬ dari jalan cerita politik yang disusun untuk menyelamatkan maruah sebuah keluarga dan nafsu besar seorang pemimpin untuk menjadi Perdana Menteri.


23 March 2014

#PRKKajang #ComeyFun : KEPUTUSAN RASMI - BN berjaya turunkan 'majoriti'



Keputusan Rasmi
PILIHAN RAYA KECIL N25 KAJANG
 PKR  16741        BN  11362
Majoriti 5379

Hakikatnya pengundi Kajang nak parti bukan calon yang berkhidmat.

Ikuti kenyataan Chew Mei Fun
Calon Barisan Nasional.


KENYATAAN AKHBAR CALON BN UNTUK PRK DUN KAJANG
Datin Paduka Chew Mei Fun

Saya dengan penuh ikhlas ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi DUN Kajang. Sama ada anda mengundi saya atau tidak, saya menghargai segala sokongan, bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya, MCA dan BN sepanjang kempen 2 minggu Pilihanraya Kecil ini. 

Kami juga menghormati sepenuhnya piihan yang dibuat oleh pengundi-pengundi Kajang.
Walaupun BN tidak berjaya dalam PRK Kajang ini, namun kami telah berjaya menurunkan majoriti, dan pada masa yang sama kami berjaya memperolehi peratusan undi Cina yang lebih tinggi dibandingkan dengan Pilihanraya Umum tahun lalu, iaitu daripada 18% kepada 25%.

Saya ingin melafazkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ahli MCA dan rakan-rakan seperjuangan Barisan Nasional yang telah kerja bertungkus lumus sepanjang tempoh kempen, ini termasuklah rakan-rakan MCA mahupun dari pusat, negeri ataupun bahagian. 

Saya amat berbangga dengan semangat perjuangan dan perpaduan yang dipamerkan oleh ahli MCA sepanjang tempoh kempen PRK kali ini.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada calon Parti Keadilan Rakyat Wan Azizah. Saya berharap beliau akan melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang dengan penuh dedikasi dan dapat menunaikan manifesto yang dikemukakan oleh beliau, terutamanya dalam soal menyelesaikan masalah tempatan yang telah ditangguhkan buat bertahun-tahun.


Selepas ini, saya akan memberi tumpuan penuh terhadap urusan dalaman parti yang telah diamanahkan oleh parti, ini termasuklah menggerakkan kerja dalam ketiga-tiga jawatankuasa dan Biro dibawah jagaan saya, iaitu Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Biro Pendidikan Politik dan Jawatankuasa Perhubungan Negeri Pulau Pinang MCA, bagi bersama-sama menyumbang dalam menjayakan program Transformasi MCA.

MP:
Syabas Barisan Nasional... Tahniah Chew Mei Fun 

#PRKKajang #ComeyFun : MasyaAllah Majlis Selawat di hina? KLIK baca ni!



MasyaAllah puak-puak fuckatan, dah takde isu lain ke nak meraih undi di PRK Kajang. Memperlekehkan program Selawat Perdana 1435H: Malam Cinta Allah dan Rasul. 

Sanggup memandangkan program tersebut merupakan kerajaan kononnya cuba berselindung dari tidak telus dalam pemerintahan di negara ini.

Tak cukup dengan itu saja, nah... Saksikan video dibawah:


Tengoklah tu... Beginikah kumpulan pimpinan yang harus dipilih untuk perjuangkan nasib dan masa depan rakyat Kajang.

Untuk pengundi Kajang, renung-renungkan lah..
Barisan Nasional telah meletakkan calon terbaik untuk anda.


Untuk puak-puak fuckatan ini anda mesti lihat...
Kikikiiii!!!



ARTIKAL TERDAHULU : KLIKSINI

#PRKKajang #BN4Kajang : Reformasi 2.0 Anwar merancang, Allah juga yang menentukan.


PRK Kajang Gagal Bangkitkan Semangat Reformasi 1998

Seperti yang dijangka, Anwar menggunakan sepenuhnya kempen PRK Kajang untuk mempromosi dirinya. Malah, Anwar juga tidak segan silu menggunakan kempen PRK untuk mengadakan Himpunan Reformasi 2.0, ekoran keputusan rayuan kes liwat 2 yang tidak memihak kepadanya.

Himpunan Reformasi 2.0 yang diadakan semalam bertujuan khas membela Anwar serta menghentam kerajaan biarpun ‘mood’ masyarakat setempat ialah ‘Kajang’. Soal rakyat Kajang langsung tidak timbul walaupun masa untuk mengundi tinggal beberapa jam sahaja lagi.

Selain menimbulkan efek pengcahayaan pentas dengan menghalakan lampu hanya kepada calon, iaitu Wan Azizah bagi menimbulkan unsur ‘dramatik’, ‘spotlight’ sebenar Himpunan Reformasi semalam dihalakan kepada Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim semata-mata.

Apa yang pasti, Anwar telah lama merancang Himpunan Reformasi 2.0 ini, iaitu sejak beliau gagal menyingkirkan Tan Sri Shafee Abdullah dari barisan pendakwaan. Mungkin telah menghidu kekalahannya di mahkamah, maka Anwar beralih kepada rancangan ‘back-up’ iaitu mencari alasan untuk mengadakan demonstrasi.

Menyedari dirinya tidak lagi signifikan, Anwar tahu bahawa beliau tidak akan mampu mengumpulkan tenaga demonstrasi yang cukup ramai untuk membina impak dan menekan kerajaan. Justeru, PRK Kajang dirancang selari dengan tarikh keputusan mahkamah bagi membolehkan beliau mencipta isu baru.

Isunya ialah kononnya beliau telah kalah di mahkamah kerana kerajaan takut beliau bertanding di Kajang dan menang. Isu ini diharapkan akan dapat membangkitkan semangat penyokong-penyokongnya untuk turun ke jalanan membela beliau.

Malang bagi Anwar, Himpunan Reformasi 2.0 yang dirancang sekian lama, dan dijangka menjadi himpunan besar-besaran telah gagal. Hanya lebih kurang 8,000 orang yang hadir berbanding Reformasi 1998 yang menyaksikan ratusan ribu pendemonstrasi. Dengan jumlah yang begitu jauh dari sasaran, ia langsung tidak memberi apa-apa impak kepada apa jua perancangan Anwar.

Dalam ceramahnya, Anwar kelihatan amat terdesak untuk menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang lebih baik dari Dato’ Seri Najib. Anwar secara tidak langsung, seolah-olah, ‘menawarkan’ dirinya menggantikan Perdana Menteri atas alasan beliau lebih pandai melayan wartawan asing dalam menangani isu MH370.

Apa yang Anwar terlepas pandang ialah, Malaysia tidak perlukan pemimpin yang pandai melayan wartawan asing terutama yang gemar memburuk-burukkan negara ini. Malaysia juga tidak perlukan pemimpin yang menganaktirikan wartawan tempatan sehinggakan bertanyakan soalan juga boleh kena saman.

Malaysia tidak perlukan pemimpin yang gemar mendabik dada dan menghentam orang lain tanpa mampu membantu atau sekurang-kurangnya memberikan idea bernas bagi menyelesaikan masalah.

Untuk pengetahuan Anwar, MH370 tidak akan dijumpai dengan hanya melayan wartawan asing memburukkan negara sendiri. Secara ringkasnya, Malaysia tidak perlukan Anwar dalam menangani MH370 atau apa jua isu yang melanda negara.

Keterujaan Anwar mencari publisiti dengan menghentam segala usaha SAR MH370 disambut dengan gelengan kepala oleh seluruh masyarakat dunia yang rasional. Walhal, Anwar sebenarnya berpeluang menunjukkan kematangan dengan turut memuji usaha kerajaan. Namun, kerana kerakusan dan kebodohnya, beliau telah melepaskan peluang itu.

Jelaslah bahawa Anwar bukanlah seorang yang bijak dan Malaysia tidak mampu mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak bijak. Semakin jelas kini bahawa tempat Anwar adalah di penjara, bukan di Putrajaya.

Jika itulah takdirnya maka ke situlah juga akhirnya. Sesungguhnya, Anwar hanya merancang, Allah SWT juga yang menentukan.

Kemerosotan jumlah yang hadir ke Reformasi 2.0 adalah petanda bahawa masanya sudah tiba untuk Anwar berundur.

22 March 2014

#PRKKajang #ComeyFun : @ChewMeiFun TANGKAP PENGUNDI HANTU RM1000. KLIK baca ni!


KEMPEN TANGKAP PENGUNDI HANTU.
TAWARAN RM1,000
Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong akan menjalankan satu kempen untuk mengesan dan menangkap pengundi luar samada ia pekerja asing atau dari luar Kajang. Beliau juga telah menawarkan saguhati sebanyak RM1,000 kepada sesiapa saja yang berani menangkap...


ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI

21 March 2014

#PRKKajang #ComeyFun : Pakatan Rakyat yang sentiasa menipu? KLIK saksi video!



Umum mengetahui tentang permainan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rakyat Malaysia juga mengetahui tentang penglibatan keluarganya dalam arena politik Malaysia. Anwar juga seorang manusia yang tidak teragak-agak untuk mengamalkan kronisme secara terang-terangan. Beliau dengan tidak segan silu memasukkan kaum kerabatnya atas alasan perjuangan rakyat, tetapi sebagai rakyat Malaysia kita tahu bahawa segala-galanya adalah kerana cita-cita politik beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang tidak pernah kesampaian.

Wan Azizah merupakan boneka bagi permainan politik suaminya. Jika semasa Anwar Ibrahim di penjara dahulu, Wan Azizah dijadikan papan tagan supaya kerusi Permatang Pauh tetap menjadi milik keluarga Anwar Ibrahim, kini khidmat Wan Azizah ditagih pula di dalam pilihanraya yang telah direka khas oleh Anwar untuk meluaskan kuasanya di negeri Selangor.

Walaupun “sokongan utuh” diberikan oleh penyokong Anwar Ibrahim kepada Wan Azizah, namun begitu ianya tidak mendapat momentum yang sama daripada rakan-rakan mereka di dalam Pakatan Rakyat. Ini dapat dilihat apabila parti-parti utama di dalam Pakatan Rakyat tidak langsung menunjukkan kekuatan mereka di dalam PRK kali ini jika ingin dibandingkan di dalam pilihanraya yang lain.

Rakyat sudah pun menunjukkan rasa tidak senang mereka dengan permainan politik Anwar Ibrahim. Ini dapat dilihat daripada jumlah kehadiran para penyokong Pakatan Rakyat di dalam program yang dibuat oleh mereka. Keadaan ini sudah tentu merungsingkan Wan Azizah dan jenteranya.

Jika dilhat dari pelbagai sudut, Wan Azizah sudah tentu mempunyai kekuatannya sendiri, tetapi oleh kerana pejuangannya hanya dilihat sebagai memperjuangkan Anwar Ibrahim dan bukannya untuk rakyat Malaysia, keputusan pilihanraya DUN Kajang ini seolah-olah telah pun berpihak kepada calon BN yang lebih ikhlas pendapat dan gerak kerjanya.

Wan Azizah berhadapan dengan bukan sahaja gerak kerja dari jentera UMNO tetapi beliau terpaksa menghadapi Datin Paduka Chew Mei Fun dan jentera MCA yang seolah-olah diberi satu motivasi dan nafas baru. Jika dahulu, MCA dibawah pimpinan Chua Soi Lek dikatakan lemah dan tidak bertaring, kini mereka bangkit semula.

Diantara hikmah yang dapat dilihat dari PRK Kajang adalah kelahiran semula jentera MCA seperti Naga yang telah dikejutkan dari tidurnya. Dan sudah pastinya Naga ini akan bangkit dan membaham semua penipuan Pakatan Rakyat. Boleh dikatakan Wan Azizah tidak mempunyai peluang pun untuk memenangi pilihanraya pada kali ini.




Dari sudut pandangan rakyat, Datin Paduka Chew Mei Fun pula adalah seorang Sri Kandi yang tidak pernah mengenal erti penat. Beliau tidak pernah berhenti memberikan khidmat kepada rakyat walaupun tidak lagi berjawatan di dalam MCA ataupun sebagai ADUN. Khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh beliau benar-benar menyenangkan hati dan perasaan rakyat DUN Kajang. Datin Paduka Chew adalah sebenar-benarnya seorang pemimpin dan bukannya pemain politik seperti Wan Azizah dan seluruh ahli keluarganya.

Sehingga artikel ini ditulis, Wan Azizah dianggap hanya sebagai pengacau kampung orang lain. “Track record” Wan Azizah yang teruk juga tidak dapat disorok lagi daripada mata rakyat. Kehadiran semula Wan Azizah di dalam dunia politik bukan sahaja menambahkan beban kepada Pakatan Rakyat, tetapi ianya menjadi ruang kepada pembocoran rahsia yang telah disimpan oleh Anwar Ibrahim selama ini. Wan Azizah yang tidak pandai berpolitik tidak dapat lagi menghalang rakyat daripada melihat kejahatan Anwar Ibrahim yang sanggup menggunakan isterinya untuk mendapatkan kuasa dan menagih undi.

PRK Dun Kajang merupakan titik tolak kepada dua perkara yang amat besar kepada sejarah politik Malaysia. Ianya adalah masa dimana dunia dapat melihat kebangkitan semula Malaysian Chinese Association (MCA) di dalam memperjuangkan aspirasi Barisan Nasional (BN). PRK Dun Kajang juga merupakan kubur kepada Pakatan Rakyat yang sentiasa menipu dan memanipulasi akal dan hati rakyat Malaysia.


ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI

20 March 2014

#ComeyFun @ChewMeiFun : Video 'Sesumpah' dan 'Menyumpah' timbul dah di #PRKKajang



Semakin hampir hari mengundi semakin menyerlah 'sesumpah' nya. Seperti biasa lah...

Pembangkang sudah mula menggunakan tektik kotor dengan menimbulkan persepsi-persepsi negatif dan mulut longkangnya di mata kepala pengundi terhadap BN.

Semakin hangat 'mainan perasaan' dan 'air mata' yang dicipta oleh Neng Azizah...


Hinggakan, habis dilemparnya najis-najis hitam dengan tuduhan keras yang tak tentu arah. Rasa geli hati melihat begitu mudah fitnah dan disebar tanpa bukti yang kukuh.

Hari ini telah tercatat lagi, Neng Azizah menuduh SPR terlibat dalam konspirasi pengundi hantu disini dilihat sebagai satu tindakan terdesak pemimpin itu dan parti PKR khususnya.

Dalam satu ceramahnya, Wan Azizah dengan lantangnya mempertikaikan jumlah pengundi awal di Kajang kerana beliau dan PKR jelas terkejut dengan peningkatan mendadak dari 300 pengundi kepada kira-kira 1000 pengundi.

Pada PRU lepas, tu juga ceritanya. Mana bangla 40 ribu orang yang diwar-warkan itu?

Teng Chang Khim

Penampilan bersih dan kesungguhan untuk meletakkan diri bergelumang dengan masalah rakyat DUN Kajang oleh calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun, jelas memberi tekanan hebat terhadap kumpulan pakatan dalam menghadapi PRK yang semakin hampir.

Kenyataan Teng Chang Khim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor di lihat memperlekehkan kekuatan dan perkhidmatan yang disediakan oleh calon BN ketika menjadi Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara selama dua penggal yang lalu.

Chew Mei Fun berkata gesaan Chang Khim yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor supaya beliau menarik diri dalam tempoh 48 jam daripada bertanding disifatkan amat menghina kredibiliti beliau.


"Dia (Chang Khim) hanya menghina saya... kalau saya nak jadi Ahli Majlis, tak kan saya meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) pada tahun 2010," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra Pesara-Pesara Kerajaan anjuran Kelab Umno Pesara-Pesara Kanan Kerajaan di sini hari ini.

Chang Khim dalam ceramahnya semalam menyeru beliau untuk menarik diri daripada bertanding pada PRK ini dan sebagai ganjarannya beliau ditawarkan jawatan Anggota Majlis Perbandaran Kajang, katanya.

"Pakatan sengaja memutarbelit kredibiliti saya kerana mereka sedar rekod pencapaian saya baik selama ini dan terbukti bahawa saya memang berkhidmat untuk pengundi di PJ (Petaling Jaya) Utara,” katanya.

Mei Fun berikrar akan menjadi jambatan antara rakyat dengan kerajaan pusat agar terus membawa pembangunan di Kajang sekiranya beliau mendapat mandat daripada pengundi-pengundi di sini.

Tak sudah - sudah si puak pakatan ni. Bila sudah kekeringan modal dalam berkempen, mulalah menunjukkan sikap 'mulut longkang' mereka. Tak cukup dengan mengherdik, menghinalah pulak...

"Jadi rakyat dan pengundi Kajang, pada 23 Mac ini pastikan teguhkan semangat, kita pilihkan seorang yang benar-benar mewakili suara rakyat, nadi dan hati rakyat di kawasan Kajang, tidak lain dan bukan, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Agenda Kajang hanyalah usaha untuk keluarga mereka sahaja dan bukannya rakyat jelata. Itu lah Neng Jijah @ Wan Azizah.




17 March 2014

#MH370 #PRAYFORMH370: Anwar berkokok salahkan UMNO, gelak sakan Azizah di #PRKKajang (VIDEO)



Susulan daripada laporan media The Mail menyebut bahawa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan penyokong 'obsesif ' kepada Anwar.

Semalam, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dilihat berang hinggakan tidak teragak-agak berkokok seluruh kampung di Kajang menyalahkan UMNO dengan berlakunya tragedi kehilangan MH370 ketika dalam penerbangan menuju ke China, baru-baru ini. 

"Hari ini macam-macam laporan media antarabangsa tulis, katanya kapten curi kapal terbang sebab sedih dengan keputusan mahkamah yang nak penjarakan saya selama lima tahun... Apa punya laporan ni?", kata Anwar.

"CNN pun buat laporan macam tu. Kalau nak kata sedih, ramai lagi yang sedih. Orang bawa teksi pun sedih juga... Ini bodoh punya UMNO," tegasnya lagi semasa berceramah dalam kempennya di Sungai Chua, semalam.

Anwar turut menyelar laporan yang disiarkan media asing yang cuba mengaitkan misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) itu ada kaitan dengan fahaman politik juruterbang MH370 yang terlibat.




Memetik dari artikal yang disiarkan oleh The Mail , Zaharie yang disahkan sebagai ahli seumur hidup PKR Cabang Subang, difahamkan telah pergi ke mahkamah untuk bersama mengikuti sesi perbicaraan  Anwar Ibrahim dan di mana pada hari tersebut Anwar didapati bersalah dengan hukuman penjara lima tahun.kerana meliwat beberapa jam sebelum MH370 terbang meninggalkan Kuala Lumpur, 

Antara kenyataan penulis The Mail berpandu dari sumber Polis yang diperolehi berkata, "Saya boleh mengesahkan siasatan kami termasuk kecenderungan politik dan agama kedua-dua juruterbang." 

Selasai Anwar berceramah dan beliau diminta mengulas lanjut mengenai laporan itu... Nak tau apa jawabnya?


"Esok...esok. Tunggu esok (untuk ulas)", jawabnya ringkas.




Ini seorang lagi yang nampaknya langsung tiada sifat prihatin dengan muka selamba
 memperlekehkan usaha murni negara mencari pesawat MH 370 yang hilang.

Wan Azizah, calon pilihan puak pakatan bagi PRK DUN Kajang, dilihat sengaja menunjukkan biadap menguris hati rakyat Malaysia dan sudah pasti pihak TUDM dan TLDM yang paling kecewa... 

Kan lebih baik, mengajak puak-puak kamu yang totok di depan tu, bertafakur berdoa mohon kepada Allah mintak lindungi dan di berikan keselamatan kepada mangsa-mangsa yang terlibat... Dari menyalak tak tentu arah, macam ni.  Jom saksikan sendiri video Azizah tak henti menyalak di bawah : 



Nah, nampak tak? Bukankah seorang wanita tu penuh dengan sifat kasih, bersikap lebih bersimpati? Kalau dah sampai begini, apa cerita? Dijajanya isu MH370, dijadikan bahan sindiran dan gelak ketawa di pentas-pentas ceramah kempen PRK pakatan, setiap malam di Kajang.


Jauh sekali jika kita nak bandingkan dengan calon lawannya, Chew Mei Fun dikatakan calon terbaik diletakkan akan memberi khidmat untuk rakyat Kajang. Bila bercakap tentang tragedi malang kehilangan MH370, inilah (bawah) kenyataan beliau yang juga calon Barisan Nasional untuk PRK Kajang berlangsung pada 23 Mac 2014 akan datang.




15 March 2014

#PRKKajang #BN4Kajang : Wan Azizah mengaku 'Boneka'..?



Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini berang dengan tuduhan yang mengatakan dirinya hanya dijadikan boneka di dalam parti itu. Namun ketika di wawancara oleh portal pro-pembangkang Malaysia Insider baru-baru ini, dia seolah-olah mengakui tidak mempunyai peranan di dalam parti yang diterajuinya itu.

Menjawab soalan berhubung keputusan untuk memilih dirinya sebagai calon bagi menggantikan suaminya, Azizah yang juga dikenali sebagai pelakon ‘air mata’ menjawab, dia tidak berada di dalam mesyuarat tersebut.

Malah dia turut menegaskan, ketika keputusan untuk melantiknya sebagai calon di PRK Kajang di maklumkan kepadanya dia merasakan terpanggil untuk memenuhi tanggungjawab yang diberikan itu.

“Saya tiada dalam mesyuarat ketika itu... Apabila keputusannya tersebut dimaklumkan kepada saya, adalah menjadi tanggungjawab saya memenuhinya” katanya.

Atau dalam bahasa mudah, Azizah sebenarnya mengakui sebagai Presiden dia tidak hadir dalam mesyuarat penting yang sepatutnya diputuskan oleh seorang presiden parti.

Persoalannya ialah, di manakah peranan dan kuasa Azizah sebagai presiden? Sedangkan mesyuarat pemilihan calon yang akan dipilih mewakili parti bukanlah satu keputusan yang kecil. Ini kerana mereka yang terpilih akan mewakili dan membawa imej parti sekiranya gagal mempertahankan kerusi panas tersebut.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ketika berucap di majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Taman Saujana Impian, menyifatkan Azizah sebagai ‘boneka’ dalam permainan politik yang dicipta partinya.

Atas sebab itu, beliau menyeru agar pengundi Kajang khususnya anak muda agar tidak terperangkap dengan permainan dan politik murahan pakatan dalam menagih ‘undi simpati’ dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 23 Mac ini.

Tambah menarik di dalam wawancara itu, Azizah turut mengatakan antara sebab dia bersetuju untuk menggantikan Anwar ialah untuk memastikan rakyat Kajang dapat melihat ‘kesusahan’ yang dialami oleh keluarganya.

Ia sekali gus membuktikan bahawa PRK Kajang ini hanyalah bersifat peribadi dan bukannya untuk kepentingan rakyat.

14 March 2014

#PRKKajang #ComeFun : @ChewMeiFun Manifesto mengubah Kajang... KLIK baca ni!


Manifesto Barisan Nasional - PRK Kajang.

IKRAR
CHEW MEI FUN

1. Memperkuatkan check n balance terhadap kerajaan negeri Selangor.

2. Membetulkan masalah hal ehwal tempatan.

3. Memainkan peranan sebagai pihak pembangkang yg konstruktif.

4. Sebagai Duta Muhibbah untuk perpaduan rakyat.

Pelancaran Manifesto Barisan Nasional untuk PRK Kajang.

JANJI
CHEW MEI FUN

1. Memperkenalkan dan menganjurkan lebih banyak aktiviti kebudayaan untuk menonjolkan imej Kajang sebagai sebuah Bandar Kebudayaan.

2. Mendirikan pusat khidmat wakil rakyat dan berperanan sebagai jambatan berkesan di antara Majlis Perbandaran dengan  rakyat jelata. Memantau pentadbiran kerajaan tempatan untuk memastikan kualiti perkhidmatan yg memuaskan. Memantau keberkesanan pihak MPKj dalam pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur-infrastruktur termasuk jalan,longkang,lampu jalan dan kebersihan persekitaran.

3. Meningkatkan sistem pengangkutan awam dan lalu lintas Kajang secara holistik melalui penyelarasan dengan projek MRT yg dirancang oleh kerajaan pusat,demi menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kajang yg kian menular.

4. Menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan Kajang.

5. Memantau dan berkerjasama dengan pihak Polis dalam usaha membanteras jenayah,mengeratkan hubungan pihak Polis dengan orang awam,menubuhkan jawatankuasa keselamatan masyarakat dan menggerakkan penduduk-penduduk dalam usaha memperbaiki keadaan keselamatan.

Segalanya untuk mu KAJANG.


ARTIKAL BERKAITAN : KLIKSINI


#PRKKajang #ComeyFun : Kenapa mesti @ChewMeiFun menjadi pilihan?


Pengundi Kajang gembira bersama Chew Mei Fun.


"Saya sendiri akan turun padang bagi mendengar keluhan rakyat tanpa mewakilkan kepada pembantunya atau orang tengah".

Itulah laungan janji dan ikrar calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun yang akan memberi perkhidmatan secara langsung kepada rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat pada 23 Mac ini.

"Saya harap pengundi di sini dapat memberi sokongan supaya saya boleh berikan perkhidmatan terbaik tanpa melalui pembantu atau setiausaha saya. Saya akan berada bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan setiap masa", kata beliau.

Menurut Chew Mei Fun lagi, pengundi di Kajang boleh melihat rekod perkhidmatannya sewaktu menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara termasuk ketika menjawat jawatan dalam kerajaan

"Saya janji akan menjadi wakil rakyat yang senang didekati dan dihubungi. Telefon bimbit saya diaktifkan selama 24 jam, boleh hubungi saya bila-bila masa," .

"Jika dipilih, saya akan berada di pusat khidwat wakil rakyat sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk membolehkan orang ramai datang dan berbincang menyelesaikan masalah," tambahnya.




Sebagai Pengarah Kempen PRK Kajang Tan Sri Mahyuddin, turut menegaskan, rakyat Kajang harus bijak memilih seorang wakil rakyat yang mudah didekati dan sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan setiap masa apabila diperlukan", katanya ketika berkempen di Pangsapusi Taman Kota Cheras. malam tadi.



Turut hadir pada majlis tersebut, Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin dan Presiden MCA Liow Tiong Lai serta pemimpi-pemimpin BN.


Selanjutnya saksikan video dibawah.



#PRKKajang #BN4Kajang : Wan Azizah ganti Anwar sekali lagi.


Sempena Pilihanraya Kecil Kajang, Malaysian Insider telah memaparkan wawancara bersama calon PKR, Dato’ Seri Wan Azizah yang bertajuk ‘Kenapa Saya Menggantikan Anwar Sekali Lagi’.

Jika wawancara itu diharapkan dapat menaikkan imej Wan Azizah serta menarik sokongan terhadapnya, maka ia pastinya gagal sekiranya pengundi dapat berfikir dengan rasional.

Ini kerana Wan Azizah telah secara jelas menyatakan yang beliau sebenarnya kurang berminat atau ‘berat’ untuk aktif berpolitik setelah menyerahkan kerusinya di Permatang Pauh kepada Anwar. Kenyataan ini jelas memperlihatkan sikap beliau sebagai seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana terus menjadi Presiden parti walaupun pada hakikatnya beliau ‘sudah tidak ada hati’.

Secara tidak langsung, Wan Azizah telah mengesahkan bahawa beliau hanyalah boneka dan tidak mempunyai fungsi apa-apa melainkan sebagai lambang penguasaan Anwar Ibrahim di dalam PKR.

Wan Azizah juga menjelaskan bahawa beliau tidak menyangka yang beliau akan dicalonkan di Kajang. Alasannya ialah beliau telah tidak terlibat dalam perbincangan memandangkan namanya disebut sebagai calon. Kedua kenyataan ini jelas tidak konsisten atau bercanggah sesama sendiri. Mana satu yang betul, iaitu beliau tidak tahu dan tidak sangka, atau beliau sebenarnya tahu?

Apapun, kenyataan ini mengesahkan bahawa Wan Azizah adalah seorang Presiden parti yang tidak tahu apa-apa sehinggakan pencalonan untuk Pilihanraya Kecil juga tidak dirujuk kepadanya dan bukanlah keputusannya.

Menurut Wan Azizah, objektif bertanding di Kajang ialah Putrajaya. Strateginya ialah untuk memperlihatkan pentadbiran yang baik di Selangor sebagai bukti kelayakan PR untuk menjadi pemerintah. Kenyataan ini memperlihatkan bahawa Wan Azizah mahupun PR langsung tidak punya apa-apa perancangan untuk Kajang. Niat parti itu mengadakan PRK hanyalah untuk berpolitik dan menawan Putrajaya dan tidak sekali-kali melibatkan kesejahteraan rakyat Kajang.

Ini dibuktikan lagi melalui kenyataan Wan Azizah seterusnya iaitu bahawa beliau percaya akan mendapat sokongan orang-orang Melayu atas dasar ‘ketidakadilan’ keputusan mahkamah terhadap suaminya.

Maka jelaslah, Wan Azizah bertanding sekadar untuk meminta rakyat menyokong suaminya dan bukannya untuk berkhidmat kepada rakyat.

Akhir sekali, Wan Azizah ditanya apakah beliau akan menjadi ‘pendamai’ antara Khalid dan Azmin? Jawapan Wan Azizah ialah beliau tidak tahu. Jawapan ini sekali gus menghancurkan terus kredibiliti beliau sebagai pemimpin.

Setiap jawapan yang diberikan oleh Wan Azizah kepada Malaysian Insider di dalam wawancara ini hanya membuktikan bahawa beliau sememangnya tidak wajar dipilih sebagai ADUN. Hakikatnya, tempat Wan Azizah adalah di rumah, sebagai seorang surirumah, sejak dari awal lagi. Beliau tidak harus menjadi Presiden PKR dan tidak harus menjadi wakil rakyat bagi mana-mana kawasan pun. Apatah lagi jika ingin menjadi Menteri Besar Selangor.

Selama ini Wan Azizah hanya mengikut sahaja arahan suaminya. Beliau meletak jawatan bila disuruh, bertanding bila disuruh dan pastinya beliau tidak pernah memberi arahan dan tidak pernah membuat keputusan dalam urusan partinya. Oleh itu, memilih Wan Azizah sebagai ADUN bukan sahaja tidak adil buat penduduk Kajang, tetapi juga untuk dirinya sendiri.

Wan Azizah tidak boleh memimpin kerana beliau sentiasa dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapakah yang akan memimpinnya sekiranya Anwar ke penjara nanti?

12 March 2014

#PRKKajang #BN4Kajang #ComeyFun : Jangan terperangkap 'politik murahan' pakatan. KLIK baca ni!



Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail ‘tersinggung’ dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menggelarnya sebagai boneka kerana terpaksa menjadi calon bidan terjun di pilihan raya kecil Kajang.

Wan Azizah semalam dilaporkan berkata, Khairy sepatutnya menghormati orang yang lebih tua yang kononnya telah tertindas.

“Tolong hormat orang tua. Anda (Khairy) dah diberikan ganjaran yang baik, dapat belajar di luar negeri, tolonglah ada sedikit hormat terhadap orang yang tertindas. Tak pernahkah kamu rasa derita” katanya di dalam ceramah di Taman Koperas Cuepacs, Kajang semalam.

Namun persoalannya ialah, sekiranya faktor umur perlu dijadikan sebagai hujah mengapa Wan Azizah tidak pernah mempertikaikan tindakan ‘anak-anak’ buahnya sebelum ini. Sedangkan sebelum ini majoriti ‘pimpinan jadian’ kelahiran PKR yang rata-rata masih muda sering mengeluarkan kenyataan biadab dan kurang ajar.

Malah mereka juga sebelum ini sering melabelkan pimpinan Barisan Nasional (BN) khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai gelaran. Mengapa semua itu tidak diambil kira?

Mungkin Wan Azizah beranggapan, apabila pimpinan muda PKR mengutuk dan menghina ‘orang tua’ di dalam BN ia dibenarkan dan tidak menjadi isu. Tetapi apabila ia melibatkan pembangkang ia dimaafkan.
Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN -  PRK Kajang

Khairy yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan ketika berucap di majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Taman Saujana Impian, menyifatkan Azizah sebagai ‘boneka’ dalam permainan politik yang dicipta partinya.

Atas sebab itu, beliau menyeru agar pengundi Kajang khususnya anak muda agar tidak terperangkap dengan permainan dan politik murahan pakatan dalam menagih ‘undi simpati’ dalam pilihnaraya kecil yang akan diadakan pada 23 Mac ini.

Sedangkan apabila diteliti, kenyataan Khairy ini ada asasnya. Pilihanraya kecil Kajang ini terpaksa diadakan apabila Lee Chin Cheh sengaja meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi memberi ruang kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertanding.

Malah perkara itu turut diakui oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang menegaskan ia adalah merupakan sebagai daripada startegik #LangkahKajang yang diambil oleh parti itu bagi menyelesaikan kemelut dalaman parti.

Ia juga bagi membolehkan Anwar menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang sebelum dilihat lemah dalam mengurus pentadbiran negeri. Tambah memburukan keadaan apabila, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sering menjadi Khalid sebagai ‘punching bag’ kerana dirasakan menjadi penghalangnya untuk menguasai pentadbiran negeri.

Mahkamah Rayuan sebelum ini mendapati Anwar bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun, kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan. Atas sebab itu juga, Anwar hilang kelayakan untuk bertanding yang akhirnya menyebabkan Wan Azizah dipilih untuk menjadi calon bidan terjun.

11 March 2014

HOT KAJANG : Hari Penamaan Calon #PRKKajang #ComeyFun



Latar Belakang :
CHEW MEI FUN
( Calon Barisan Nasional )
Pilihan Raya Kecil N25 DUN Kajang.


Suasana
Hari Penamaan Calon
PILIHAN RAYA KECIL
N25 KAJANG
Di Stadium Majlis Perbandaran Kajang
Seksyen 15 Bangi.


Chew Mei Fun vs Wan Azizah










Nantikan gambar-gambar lebih
menarik sebentar lagi...






10 March 2014

#PRKajang #ComeyFun : @ChewMeiFun atau Wan Azizah untuk rakyat Kajang?


Setelah mahkamah memutuskan bahawa Anwar Ibrahim bersalah didalam kes liwatnya. Terserlah tajuk-tajuk di muka hadapan media pro-pembangkang mempertaruhkan 'Air Mata Azizah' menjadi sandaran mereka.

Sudut ini, memang sudah dijangka, ia bukanlah suatu yang memeranjatkan. Wan Azizah yang sememangnya telah dikenali sebagai 'pelakon airmata' dan memulakan karier lakonannya sejak 1998 setelah suaminya Anwar Ibrahim di pecat dari kerajaan kerana di dakwa meliwat lagi.

Lakonannya berlarutan dalam membentuk parti Keadilan Nasional (KEADILAN) pada 4 April 1999 dan memenangi kerusi Permatang Pauh menewaskan calon BN Datuk Ibrahim Saad dalam PRU ke 10. Dengan hanya bermodalkan air mata, Wan Azizah berjaya mempertahankan kerusi Permatang Pauh sehingga tiga penggal.

Hari ini pelakon airmata ini, sekali lagi dipertaruhan oleh PR untuk memenangi PRK Kajang yang kononnya bertujuan untuk membantu masyarakat DUN Kajang sepertimana apa yang di akui Anwar dalam kempen-kempennya sebelum ini.

Persoalannya, perlukah pengundi Kajang mengambil risiko untuk memilih Wan Azizah? Apakah perjuangan dan kelebihan dibawa untuk rakyat sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh selain dari memperjuangkan nasibnya dan keluarga? Itu kita semua tahu.


Dari itu, mana satu yang terbaik untuk pengundi Kajang memilih. Adakah air mata dan kisah sedih Wan Azizah atau kemampuan serta integriti yang ada pada calon BN, Chew Mei Fun? Saksi video ini...


ARTIKAL TERDAHULU : KLISINI

9 March 2014

#ComeyFun #PRKKajang : @ChewMeiFun tidak lupakan keluarga dan mangsa MH370



Kesibukan berkempen menjelang Pilihan Raya Kecil Kajang, Chew Mei Fun calon Barisan Nasional tetap tidak lupa dengan tragedi kehilangan pesawat Boeing 777-200 (MH370) daripada radar menara kawalan trafik udara pada 12.41 pagi Sabtu serta perasaan kaum keluarga mereka yang berkampung di KLIA, ketika ini.

Dalam pada itu, beliau dan MCA turut mengambil keputusan, akan memberi perhatian serta membantu keluarga mangsa terlibat.

"Kami juga akan menghubungi keluarga terdekat penumpang terlibat dan sekiranya mereka memerlukan bantuan.. Kami akan bantu ," katanya ketika di Program Pelancaran Jentera Pemuda MCA PRK Kajang, di Bilik Gerakkan Induk MCA, Taman Berjaya, Kajang.

Beliau berkata pihak parti berdoa untuk keselamatan penumpang MH370 dan berharap keluarga mangsa akan kekal kuat dalam menghadapi kejadian yang tidak diingini ini.

" Kita akan terus berdoa agar kita boleh mencari pesawat yang hilang secepat mungkin ," tambahnya lagi.


8 March 2014

#ComeyFun #PRKKajang : @ChewMeiFun Tegas pertahankan hak dan maruah wanita.



Sudah sepatutnya 'Wanita' diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.

Itu lah maksud yang ingin disampaikan oleh calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun sempena menyambut Hari Wanita Sedunia, hari ini.


Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia - Chew Mei Fun

Chew Mei Fun turut dikenali sebagai ahli politik yang mementingkan nilai moral yang tinggi di kalangan pemimpin politik wanita.

Ini terbukti apabila beliau meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan pada 2010 dan keputusan itu dibuat kerana semata-mata tidak boleh bekerjasama dengan Soi Lek yang terlibat dalam skandal seks.

Berikutan keputusan itu, Mei Fun melepaskan jawatan sebagai Ketua Wanita MCA, Pengerusi Wanita MCA Selangor; Pengerusi Skuad Bantuan Bencana (CRSM) parti, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta sebagai senator.

Menurutnya, peletakan jawatan itu bertujuan dan menandakan beliau tegas mempertahankan hak dan maruah golongan wanita.

”Saya bukannya keluar parti kerana saya masih yakin terhadap matlamat parti. Saya akan terus berkhidmat kepada parti tanpa mengorbankan prinsip saya.” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA, Jalan Ampang empat tahun lalu.

Oleh yang demikian, maka jelas bahawa dengan mengangkat beliau untuk menjadi pemimpin sebagai wakil rakyat di Kajang, sudah pasti nasib wanita akan menjadi antara isu utama dalam perjuangan beliau.

ARTIKAL BERKAITAN : KLIKSINI


7 March 2014

#ComeyFun #PRKKajang : @ChewMeiFun tekad merubah Kajang.


SELAKU Naib Presiden MCA dan calon Barisan Nasional di PRK Dun Kajang, beliau sudah menunjukkan tekad untuk merubah keadaan di Kajang menjadi lebih baik. Di bawah kepimpinan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, pelbagai penstrukturan baru dibuat.

Dengan menubuhkan lapan komuniti seperti pendidikan, ekonomi dan pembangunan, MCA terus mencari resolusi terbaik bagi mengenal pasti keperluan rakyat.

Bukan sahaja beliau mampu memberi khidmat terbaik, tetapi Chew Mei Fun juga mempunyai hubungan baik dengan semua menteri kabinet. Ditambah pula kini beliau sebagai Naib Presiden MCA lebih mudah untuk mendapatkan sokongan dan merealisasikan sesuatu perkara yang dirasakan perlu untuk rakyat.

Janjinya. jika menang Chew Mei Fun akan membuka pusat khidmatnya di Kajang dan melantik setiausaha serta beberapa pegawai bagi membantu menguruskan pusat khidmat itu. Beliau juga akan pastikan sekurang-kurangnya dua hari akan berada di Kajang selain turun bersama rakyat dalam program atau mendengar masalah mereka.

"Rakyat boleh hubungi saya. Saya akan buktikan saya wakil rakyat yang senang didekati. Pendekatan ini saya guna sejak berada di PJ Utara lagi. Saya adalah wakil rakyat yang rakyat boleh harapkan. Sehingga pada satu tahap saya pernah dilabel sebagai ‘MP longkang’ kerana seringkali menyelesaikan masalah longkang penduduk" katanya.

"Tetapi saya tidak kisah dipanggil ‘MP Longkang’ atau sebagainya kerana dengan label ini pembangkang makin takut pada saya kerana mereka tahu saya mampu selesaikan masalah penduduk. Saya tetap akan teruskan khidmat saya secara ikhlas walau apa label saya kerana saya percaya pengundi akan faham bagaimana saya boleh mainkan peranan", tambahnya lagi.

Menurut Chew Mei Fun, para pengundi di sini mahu seorang Adun yang benar-benar boleh didekati dan dapat memberi perkhidmatan yang sebaiknya kerana banyak masalah setempat berlaku.

"Contohnya, jalan raya yang sempit, keselamatan dan juga di sini masih ramai warga istimewa yang mahukan bantuan. Setelah hampir sebulan saya melakukan kajian di Kajang, saya dapati para pengundi mahukan seorang Adun atau wakil rakyat yang bersih, berwibawa dan paling penting mudah untuk didekati oleh semua golongan" ujarnya lagi.

Beliau menerima aduan, beberapa masalah setempat seperti isu pendidikan, kemudahan awam, keselamatan dan pendatang asing juga merupakan antara rungutan yang paling banyak diadukan padanya.

Apa yang dilakukannya, walaupun beliau bukan Ahli Parlimen atau Adun Kajang tetapi Chew Mei Fun telah mewujudkan satu program sejak 2008 yang mana saya memberi bantuan atau jagaan harian kepada anak-anak daripada keluarga ibu tunggal atau bapa tunggal.

Dan program itu telah pun dijalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan Sungai Chua di mana anak-anak yang belajar di sekolah berkenaan dan ibu bapa yang tak mampu untuk hantar anak mereka ke pusat jagaan. Makanan pagi, tengah hari dan petang disediakan secara percuma selain menyediakan dua pembantu (sesi pagi dan petang) supaya dapat beri perlindungan kepada mereka.

Berikan tuisyen percuma kepada mereka, uniform sekolah yang percuma turut diberikan dan bawa mereka bercuti sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

Daripaada usaha itu, secara langsung beliau dapat beri kekuatan atau dapat membantu ibu dan bapa tunggal supaya mereka dapat bekerja dengan senang hati dan tidak bimbang ke atas keselamatan dan pendidikan anak mereka.
" Saya amat berharap para pengundi di Kajang berikan peluang kepada Barisan Nasional untuk menabur bakti sekaligus kepada mereka dengan sehabis baik seperti mana slogan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’". ujar Chew Mei Fun yang juga bakal calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang pada 23 Mac ini.



SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.