#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

23 March 2014

#PRKKajang #BN4Kajang : Reformasi 2.0 Anwar merancang, Allah juga yang menentukan.


PRK Kajang Gagal Bangkitkan Semangat Reformasi 1998

Seperti yang dijangka, Anwar menggunakan sepenuhnya kempen PRK Kajang untuk mempromosi dirinya. Malah, Anwar juga tidak segan silu menggunakan kempen PRK untuk mengadakan Himpunan Reformasi 2.0, ekoran keputusan rayuan kes liwat 2 yang tidak memihak kepadanya.

Himpunan Reformasi 2.0 yang diadakan semalam bertujuan khas membela Anwar serta menghentam kerajaan biarpun ‘mood’ masyarakat setempat ialah ‘Kajang’. Soal rakyat Kajang langsung tidak timbul walaupun masa untuk mengundi tinggal beberapa jam sahaja lagi.

Selain menimbulkan efek pengcahayaan pentas dengan menghalakan lampu hanya kepada calon, iaitu Wan Azizah bagi menimbulkan unsur ‘dramatik’, ‘spotlight’ sebenar Himpunan Reformasi semalam dihalakan kepada Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim semata-mata.

Apa yang pasti, Anwar telah lama merancang Himpunan Reformasi 2.0 ini, iaitu sejak beliau gagal menyingkirkan Tan Sri Shafee Abdullah dari barisan pendakwaan. Mungkin telah menghidu kekalahannya di mahkamah, maka Anwar beralih kepada rancangan ‘back-up’ iaitu mencari alasan untuk mengadakan demonstrasi.

Menyedari dirinya tidak lagi signifikan, Anwar tahu bahawa beliau tidak akan mampu mengumpulkan tenaga demonstrasi yang cukup ramai untuk membina impak dan menekan kerajaan. Justeru, PRK Kajang dirancang selari dengan tarikh keputusan mahkamah bagi membolehkan beliau mencipta isu baru.

Isunya ialah kononnya beliau telah kalah di mahkamah kerana kerajaan takut beliau bertanding di Kajang dan menang. Isu ini diharapkan akan dapat membangkitkan semangat penyokong-penyokongnya untuk turun ke jalanan membela beliau.

Malang bagi Anwar, Himpunan Reformasi 2.0 yang dirancang sekian lama, dan dijangka menjadi himpunan besar-besaran telah gagal. Hanya lebih kurang 8,000 orang yang hadir berbanding Reformasi 1998 yang menyaksikan ratusan ribu pendemonstrasi. Dengan jumlah yang begitu jauh dari sasaran, ia langsung tidak memberi apa-apa impak kepada apa jua perancangan Anwar.

Dalam ceramahnya, Anwar kelihatan amat terdesak untuk menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang lebih baik dari Dato’ Seri Najib. Anwar secara tidak langsung, seolah-olah, ‘menawarkan’ dirinya menggantikan Perdana Menteri atas alasan beliau lebih pandai melayan wartawan asing dalam menangani isu MH370.

Apa yang Anwar terlepas pandang ialah, Malaysia tidak perlukan pemimpin yang pandai melayan wartawan asing terutama yang gemar memburuk-burukkan negara ini. Malaysia juga tidak perlukan pemimpin yang menganaktirikan wartawan tempatan sehinggakan bertanyakan soalan juga boleh kena saman.

Malaysia tidak perlukan pemimpin yang gemar mendabik dada dan menghentam orang lain tanpa mampu membantu atau sekurang-kurangnya memberikan idea bernas bagi menyelesaikan masalah.

Untuk pengetahuan Anwar, MH370 tidak akan dijumpai dengan hanya melayan wartawan asing memburukkan negara sendiri. Secara ringkasnya, Malaysia tidak perlukan Anwar dalam menangani MH370 atau apa jua isu yang melanda negara.

Keterujaan Anwar mencari publisiti dengan menghentam segala usaha SAR MH370 disambut dengan gelengan kepala oleh seluruh masyarakat dunia yang rasional. Walhal, Anwar sebenarnya berpeluang menunjukkan kematangan dengan turut memuji usaha kerajaan. Namun, kerana kerakusan dan kebodohnya, beliau telah melepaskan peluang itu.

Jelaslah bahawa Anwar bukanlah seorang yang bijak dan Malaysia tidak mampu mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak bijak. Semakin jelas kini bahawa tempat Anwar adalah di penjara, bukan di Putrajaya.

Jika itulah takdirnya maka ke situlah juga akhirnya. Sesungguhnya, Anwar hanya merancang, Allah SWT juga yang menentukan.

Kemerosotan jumlah yang hadir ke Reformasi 2.0 adalah petanda bahawa masanya sudah tiba untuk Anwar berundur.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.