Pendengaran permohonan Gereja Katolik bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa penerbitan mingguannya The Herald dilarang menggunakan kalimah Allah telah bermula kembali, pagi ini..
Sebagai umat Islam, bersama-sama kita teruskan berdoa agar perbicaraan terakhir isu tuntutan KALIMAH ALLAH di Mahkamah Tinggi Putrajaya hari ini keputusannya akan ditentukan memihak kepada kita umah Islam.
Sekalung tahniah diucap kepada semua yang hadir memberikan sokongan penuh memenuhi perkarangan mahkamah hari ini
Dianggarkan lebih 2000 orang umat Islam berhimpun di sekitar perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya bagi menunjukkan solidariti mempertahankan penggunaan kalimah Allah daripada digunakan oleh penganut agama Kristian.
Selain para pemimpin Islam, antara NGO yg hadir Perkasa, Isma, Pembina, Per3 Malaysia, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang dan Biro Agama Pemuda Umno Malaysia.
Perjuangan ini adalah jihad.
Saksikan!
ALLAHHUAKHBAR!!!
UPDATE - KEPUTUSAN
Mahkamah putuskan prosiding pada hari ini ditangguh dan akan bersambung pada satu tarikh yang lain.
Wassalam.
ReplyDeleteSeram tengkok melihat semangat'
yang dipertonton demi perjuangan,
bersama-sama kita berdo'oa agar semuanya selamat,
semoga Allah merestuai perjuangan.