#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

1 March 2014

#BN4Kajang #PRKKajang : @ChewMeiFun Calon BN berkeperibadian baik serta berprinsip.



Sekiranya rakyat ingin melihat PRK Kajang sebagai pertandingan moral pemimpin, maka calon MCA iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun adalah pemimpinnya.

Chew Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA, berkeperibadian baik serta berprinsip. Untuk itu, beliau turut dipuji oleh media pro-PR sebagai bersih dan berintegriti.

Pendek kata, Chew Mei Fun adalah pilihan terbaik dan tepat sehinggakan tiada siapa pun yang dapat berkata sesuatu yang buruk terhadap dirinya.

Justeru, adalah tidak perlu rasanya untuk kita membandingkan antara lawannya dengan personaliti ini, tetapi melihat PRK ini sebagai kayu pengukur kematangan pengundi dalam memilih calon dan parti.

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh menafikan yang faktor ‘kaum’ tetap menghantui PRK ini.

Memandangkan pengundi dari kaum Cina menjadi sasaran utama kedua belah pihak, maka dirasakan adalah lebih wajar jika kita membandingkan Chew Mei Fun dengan pemimpin Cina dari PR juga. Lawan yang paling sesuai, tentulah ‘heroin paling bijak’ dalam PR buat masa ini iaitu Teresa Kok. Ok ke?

Bagi Anwar, kita semua tahu bahawa pentas PRK Kajang ini adalah tempat beliau mencari glamour.

Tetapi, apa yang lebih penting ialah ia merupakan platform untuk kita menilai pemikiran masyarakat Cina sama ada mereka benar-benar mementingkan integriti parti dan pemimpin sepertimana yang mereka laungkan dalam PRU-13 yang lalu.

Bagi membantu masyarakat Cina memahami pendirian mereka maka mereka mungkin boleh bertanya diri sendiri beberapa soalan ini:

Dengan sikap pemimpin atau calon PR, apakah kita boleh mempercayai bahawa PR ingin menyatupadukan rakyat Malaysia?

Antara Anwar dan Chew Mei Fun, siapakah yang lebih layak diberi kepercayaan untuk membawa keharmonian?

Dari itu, tepuklah dada... Tanyalah selera.


ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI


1 comments :

  1. tidak dinafikan bahawa chew mei fun berprinsip, baik dan berkeribadian mulia. soalnya, adakah masyarakat cina kajang perlukan seorang wakil seperti itu? sejak kebelakangan ini, calon baik adalah calon yg akan ditolak oleh pengundi terutamanya pengundi cina. kajian mendalam amat perlu apa sebenarnya yg dihajati oleh masyarakat cina. yg pasti, bukan wakil baik yg mereka inginkan tetapi wakil yg hebat memberontak, membangkitkan rasa tidak puas hati secara umum dan vokal adalah pilihan utama. rasa tak puas hati cina terhadap perlembagaan sudah mula diluahkan secara terbuka dan individu yg berani vokal adalah pilihan utama. siapa boleh menafikan hakikat ini? walaupun bukan semua cina begitu tetapi majoritinya adalah begitu.

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.