Anwar bersalah liwat Saiful - Mahkamah Rayuan
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Keputusan tersebut dibacakan Hakim Balia Yusof dan menegaskan ia adalah keputusan sebulat suara panel hakim.
Sidang di tangguh 1 jam sementara menunggu keputusan rayuan mohon ringankan hukuman.
Kesalahan ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Dengan keputusan ini, kerjaya politik Anwar kelihatan telah berakhir. Dia akan hilang kelayakan semua kedudukan politiknya dan tidak akan menjadi calon PKR di Kajang pilihan raya kecil yang akan diadakan akhir bulan ini.

Berita penuh nantikan selepas ini.
Tungguuuu!
Kaitan kes ini dengan ura-ura Anwar akan bertanding di PRK Kajang seperti berikut :
Fasal (1)(e) Bab LXIV, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan bahawa seseorang itu hilang kelayakan untuk dipilih sebagai ADUN, sekiranya dia telah disabitkan dengan suatu kesalahan jenayah dan dihukum penjara tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2,000.
Fasal (3) Bab LXIV, memberi pengecualian kepada mana-mana orang yang sedang menjadi ADUN. Menurut Fasal (3), sekiranya mana-mana ADUN disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman yang menghilangkan kelayakannya dan dia mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari terhadap sabitan dan hukuman itu, maka kehilangan kelayakan itu tidak mula berkuatkuasa sehinggalah rayuan itu dibereskan.
Walau bagaimanapun, Fasal (4) Bab LXIV memperuntukkan bahawa:
"Fasal (3) tidaklah terpakai bagi maksud pencalonan atau pemilihan mana-mana orang ke DUN dan bagi maksud itu, kehilangan kelayakan hendaklah mula berkuatkuasa daripada tarikh sabitan dan hukuman"
Sekiranya Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mensabit serta menghukum Anwar Ibrahim melebihi 1 tahun penjara atau denda melebihi RM2,000 sebelum tarikh penamaan calon PRK Kajang, Anwar hilang kelayakan untuk mengemukakan kertas pencalonannya semasa proses penamaan calon, berdasarkan peruntukkan Peraturan-peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) 1981.
Sekiranya sabitan dan hukuman itu berlaku selepas tarikh penamaan calon tetapi dalam tempoh yang masih dibenarkan untuk memfailkan petisyen pilihanraya (30 hari daripada tarikh keputusan PRK Kajang diwartakan), pemilihan Anwar boleh dicabar melalui petisyen atas alasan hilang kelayakan. Sekiranya petisyen pilihanraya itu berjaya, kerusi DUN Kajang kembali kosong.
Sekiranya sabitan dan hukuman berlaku selepas tamat tempoh yang dibenarkan untuk memfailkan petisyen pilihanraya, maka pengecualian dalam Fasal (3) adalah terpakai.
Anwar boleh kekal menjadi ADUN sehinggalah rayuannya dibereskan.
ARTIKAL TERDAHULU : KLIKSINI

0 comments:
Post a Comment