#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

4 March 2014

Penggunaan 'bas elektrik' yang pertama di Malaysia - SPAD



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) menggalakkan projek pembinaan bas alliran deras ( Bus Transit atau BRT ) laluan Sunway yang dimajukan oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad dan Sunwy Berhad.

Projek yang menelan belanja sebanyak RM549 juta ini merupakan projek BRT yang pertama seumpamanya di Malaysia dari 12 laluan BRT yang dikenal pasti diseluruh negara.

BRT laluan Sunway ini akan menghubungi stesen komuter KTM Sri Setia dan stesen LRT laluan Kelana Jaya di USJ Subang Jaya.

Antara ciri utama perkhidmatan ini ialah penggunaan bas elektrik yang mesra alam dengan tujuh buah stesen dan satu kemudahan pandu dab pakir (Park & Ride).

“Pihak kami di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sangat gembira dengan kemajuan kerja projek ini, Ini sesuatu yang bersejarah dan sangat bermakna kerana bukan sahaja ia satu satu projek yang seumpama nya bahkan menjadi contoh ikonik untuk kesemua projek BRT di Malaysia” ujar Pengerusi SPAD Tan sri Syed Hamid Albar.

Di jangkakan sejumlah 500,000 penduduk di Bandar Sunway dan USJ termasuk lah 30,000 pe;ajar yang bermastautin sekitar kawasan terbabit serta 40 juta pelancong akan mendapat faedah dari projek ini. Rapid Bus Sdn Bhd iaitu anak syarikat Prasarana bakal menjadi opetaor kepada perkhidmatan ini.

Tan Sri Syed Hamid berkata sedemikian ketika melawat dan menyaksikan sendiri kerja kerja yang sedang dilakukan.


Pengerusi SPAD bersama-sama pengerusi Prasarana, Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohamad Nur Ismal Kamal serta pengerusi Sunway Berhad, Tan Sri Jeffrey Cheah telah membuat lawatan untuk meninjau perkembangan projek ini semalam. Hampir 32% telah disiapkan dan sasaran untuk beroperasi di pertengahan tahun hadapan mampu mencapai sasarannya.


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.