RM2.6 wang 1MDB?

5 Mac 2014

BRT : Bas Aliran Deras pertama seumpamanya di Malaysia



Projek pembenaan 'Bus Rapid Transit' ( BRT ) atau bas aliran deras yang menelan belanja sebanyak RM549 juta pertama di Malaysia dijangka siap dan beroperasi pada tahun 2015.

Antara ciri utama perkhidmatan ini ialah penggunaan bas elektrik yang mesra alam dengan tujuh buah stesen dan satu kemudahan pandu dan pakir ( Park and ride ).

Laluan pertama yang menghubungkan Bandar Sunway dan Subang Jaya ini, dijangka akan memberi manfaat kepada 500 ribu penduduk sekitar Bandar Sunway dan USJ Subang.

"Ia bakal menjadi satu kejayaan bersejarah dan ikon kepada projek-projek BRT yang lain," kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAS), Tan Sri Syed Hamid Albar pada sidang media selepas melawat tapak projek berkenaan, semalam.


Syed Hamid berpuashati apabila diberitahu projek itu sudah 32 peratus siap.

Katanya, pada fasa awal, kemudahan sistem pengangkutan itu dijangka mampu membawa dua ribu penumpang pada setiap satu perjalanan dan 30 ribu penumpang sehari dengan kekerapan setiap lima minit. BRT laluan Sunway ini akan menghubungkan stesen KTM Sri Setia dan LRT laluan Kelana Jaya dan USJ Subang Jaya.

"Tidak lama lagi penduduk sekitar Petaling Jaya dapat menikmati pengangkutan bas elektrik yang selesa dengan kemudahan yang canggih serta mesra alam," tambahnya.

Sebanyak 12 laluan BRT dikenalpasti dan akan dibena secara berperingkat di seluruh negara dan dimajukan oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad dan Sunway Berhad.

Berkenaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 yang telah diluluskan di Parlimen pada bulan Mei 2010. Suruhanjaya ini secara rasmi ditubuhkan pada 3 Jun 2010.

Fungsi-fungsi utama S.P.A.D. adalah menasihat dan menyediakan dasar pengangkutan awam darat,
membuat perancangan, menjalankan pengawalseliaan dan penguatkuasaan undang-undang, kaedah-kaedah dan peraturan berhubung pengangkutan awam darat. Kuasa S.P.A.D. untuk melaksanakan fungsi-fungsi ini termaktub di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (“Akta PAD”). Penambahbaikkan pengangkutan awam di Malaysia merupakan sebahagian daripada matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara atau lebih dikenali sebagai NKRA, di dalam Pelan Transformasi Kerajaan (ETP), yang diterajui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. 


SPAD menggesa kepada pengguna pengangkutan awam darat yang berhadapan sebarang jenis gangguan atau penipuan melibatkan pemandu pengangkutan awam untuk segera tampil ke hadapan dan membuat aduan secara langsung dengan SPAD , melalui talian dan cara seperti dibawah:
ARTIKAL TERDAHULU : KLIKSINI

Reaksi:

0 ulasan:

Catat Ulasan

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.