#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

6 March 2014

#PilihMeiFun #PRKKajang : @ChewMeiFun Tak akan ketepikan janji di Kajang.



Calon Barisan Nasional (BN) , Datin Paduka Chew Mei Fun sekali lagi melafazkan ikrar beliau, berjanji akan menunaikan kewajipan dan tanggungjawab membantu penduduk di kawasan Kajang bagi mengendali serta menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka seandainya dipilih sebagai wakil rakyat pada PRK Kajang, kali ini.

Dibantu dengan pengalaman serta pengetahuan dalam hal-hal kebajikan serta di iringi hala tuju kepimpinan MCA iaitu 'berkhidmat untuk pelbagai kaum dan latar belakang' akan membolehkan beliau berkhidmat kepada rakyat dengan lebih baik, selepas ini.

"Agak menyedihkan bila mendapat tahu dari penduduk tentang sikap wakil rakyat lalu. Apabila diminta untuk berkhidmat diberinya kualiti perkhidmatan yang mengecewakan,” kata Chew Mei Fun.

Sementara itu, beliau turut berjanji akan meneruskan cara kerjanya ketika berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dahulu terutama dalam soal menangani keperluan keselamatan dan kemudahan awam seperti kebersihan longkang, lampu jalan, baikpulih jalan di kawasan perumahan dan bandar sekitar Kajang.

“Saya tidak boleh mengetepikan janji ini dengan alasan kerana apabila saya dipilih sebagai wakil, ia bermakna rakyat meletakkan amanah kepada kita untuk berkhidmat kepada mereka" ujarnya ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk di Taman Mesra, Kajang, malam tadi.

Turut hadir, Ketua Penerangan UMNO, YB. Dato Ahmad Maslan, para pimpinan parti MIC, UMNO dan MCA.

ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.