GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label PRKGelugor. Show all posts
Showing posts with label PRKGelugor. Show all posts

10 May 2014

#PRKGelugor : BN tak bertanding? KLIK baca ni



Seperti diketahui umum, proses penamaan calon untuk PRK P51 Parlimen Bukit Gelugor akan berlangsung dua hari lagi dan calon yang disahkan layak bertanding akan mengetahui timbul atau tenggelamnya nasib masing-masing setelah selesai pembuangan undi pada 25 Mei 2014, nanti. 

DAP meletakkan Ramkarpal Singh, 38, iaitu anak ketiga mendiang bekas pengerusi kebangsaan Karpal Singh sebagai calon untuk bertanding.

Namun begitu, sehingga ke hari ini masih tiada lagi kedengaran siapakah taruhan Barisan Nasional (BN) sebagai calon untuk bertanding merebut kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang telah kosong kerana kematian penyandangnya, Karpal Singh akibat kemalangan jalanraya.
 

Ada juga cakap-cakap yang mengatakan BN tidak begitu berminat untuk 'buang masa' meletakkan calon dan bertanding di kubu kuat DAP itu. Sebaliknya BN katanya lebih berminat untuk tumpu kekuatan untuk berentap dengan DAP di Teluk Intan, akan datang.

Pilihanraya kecil Teluk Intan juga dibuat ekoran kematian penyandangnya wakil rakyat DAP, Seah Leong Peng dan telah ditetapkan pada 31 Mei manakala penamaan calon pula pada 19 Mei.
Ramai dikalangan pemerhati politik turut berpendapat, BN wajar fokus pada satu kawasan saja dalam keadaan dua pilihanraya kecil yang tempoh masanya begitu rapat itu.

Seandainya kali ini, keputusan untuk tidak bertanding diambil oleh BN di Bukit Gelugor, ia bukannya suatu yang pertama kali berlaku. Sebelum ini, pada tahun 2009 BN pernah tidak bertanding dalam pilihanraya kecil kawasan DUN Penanti di Pulau Pinang berikutan perletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Mohamad Fairus Khairuddin.


Memetik dari siaran dan kenyataan di dada-dada akhbar, kelmarin. YAB. DS Najib Tun Razak ditanya pihak media dalam satu sidang akhbar mengenai perkembangan dua PRK yang bakal berlangsung itu dan hanya berkata," tunggulah...kita akan buat keputusan, nanti.".

24 April 2014

#PRKGelugor : Tarikh Pilihan Raya kecil Parlimen Bukit Gelugor. KLIKSINI!



Pengerusi Suruhanjaua Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pilihan raya kecil ini akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2012 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih2013 bagi suku pertama, kedua, ketiga dan keempat.

"Pilihan raya ini melibatkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), untuk itu sebanyak 21 pusat pengundian akan dibuka iaitu 17 pusat pengundian biasa dan empat untuk pengundian awal," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

ARTIKAL BERKAITAN : KLIKSINI

23 April 2014

#PRKGelugor : Calon pengganti mendiang Karpal Singh di Parlimen Tasik Gelugor.


Ramkarpal Singh

DAP dijangka menamakan Ramkarpal Singh atau Sangeet Kaur sebagai calonnya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor pada Pilihan Raya Kecil kawasan berkenaan.

Kerusi Parlimen Bukit Gelugor diisytiharkan kosong berikutan kematian Ahli Parlimennya, Karpal Singh.
 

Ramkarpal, 38, dan Sangeet, 34, kedua-duanya peguam, merupakan anak ketiga dan keempat Karpal yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, Khamis lalu. Namun, pemimpin tertinggi DAP mengunci mulut mengenai perkara itu dengan berkata calon akan dipilih oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh pencalonan dan pemilihan pada Rabu.

Sebuah portal online melaporkan Karpal mahu Ramkarpal meneruskan perjuangannya sekiranya beliau dipenjarakan atas tuduhan mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak.

Perkara itu didedahkan wartawan warga New Zealand, Tim Donoghue, penulis biografi Karpal Singh 2013 - Tiger of Jelutong.
 

Sebuah akhbar berbahasa Cina sebaliknya melaporkan Sangeet telah dipilih untuk mengisi kerusi tersebut berdasarkan rayuan awam beliau. Antara nama lain yang dikaitkan untuk mengisi kerusi tersebut adalah Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Gooi Seong Kin dan Harvindar Singh, kedua-duanya juga merupakan ahli jawatankuasa DAP negeri.

Dari kiri: Jagdeep Singh Deo, Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh Deo,Sangeet Kaur Deodan Mankarpal Singh Deo pada majlis penghormatan terakhir mendiang Karpal di Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang, Ahad lalu.- foto ASRI ABDUL GHABI/THE STAR

ARTIKAL TERDAHULU : KLIKSINI

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.