Rakan Terbaik MaelPengerang.

KLIK & Saksikan 12 'Hot Video' Pembangkang!!!

Saturday, May 18, 2013

BONGKAR!!! Mulanya gerakkan DAP bersama Lim Kit Siang membeli Melayu di Johor.. Wajib baca KLIK!


Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang akan mulakan langkah dengan berpantun adat Melayu untuk menawan hati dan jiwa orang Melayu Johor agar menerimanya sebagai peminpin di Johor. Bapa Komunis Melaya ini akan gunakan pelbagai strategi bagi membeli pengaruh Melayu, sedangkan agenda utama mereka adalah "Berkuasa Secara Total" di negara ini.

Berikut adalah antara strategi yang akan dilakukan dan dilancarkan oleh Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah yang antaranya adalah seperti berikut;

1. Mempengaruhi orang-orang Melayu menerima DAP dengan cara memberi sumbangan kepada surau-surau dan masjid-masjid di sekitar pekan Gelang Patah dan kampung-kampung sekitarnya. Mereka menganggap dengan cara ini akan membuatkan perasaan marah orang Melayu terhadap DAP akan menjadi kendur.

2. Mewujudkan banyak kedai runcit yang dijamin lebih murah daripada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang mereka akan namakan sebagai Kedai Rakyat. Kedai rakyat ini akan dimonopoli oleh oarng-orang cina.

3. Menarik anak-anak muda Melayu menyertai DAP dengan tawaran wang ringgit. Mereka telah mulakannya dengan memberi wang RM100 dengan memakai baju t-shirt yang ada lakaran gambar Lim Kit Siang seramai 100 orang anak Melayu.

4. Melantik Ketua Pemuda DAP Bahagian Gelang patah dan beberapa jawatan kuasanya dikalangan anak-anak muda Melayu. Cara ini akan membuatkan pertelagahan yang besar dikalangan Melayu Gelang Patah iaitu antara Ketua Pemuda UMNO, PAS dan DAP.

5. Mewujudkan ramai agen DAP dikalangan anak-anak muda Melayu dengan menawarkan ganjaran wang yang besar kepada mereka. Agen-agen ini akan menyebarkan cerita2 tentang kebaikan Lim Kit Siang untuk mempengaruhi minda orang-orang Melayu di pekan dan kampung-kampung di Gelang Patah supaya percaya dan sayang kepada DAP.

6. Mengumpulkan beberapa anak muda Melayu yang mahir dalam ICT untuk mewujudkan satu pasukan khas seperti Red Bean Army untuk perang saraf di Parlimen Gelang Patah. DAP tidak akan gunakan mereka di kalangan ahli Pas lagi. Kumpulan anak muda ini akan berada terus di bawah DAP.

7. Mewujudkan golongan pemikir dari Singpura yang akan memantu setiap perkembangan di Parlimen Gelang Patah dan mereka akan merangka strategi untuk dilaksanakan oleh Lim Kit Siang untuk terus DAP mencengkam kemenangan di Parlimen Gelang Patah pada PRU akan datang manakala Lim Kit Siang akan bertanding di Parlimen lain pula. Strategi ini bagi memastikan pertambahan kemenangan kerusi Parlimen buat DAP. 

Perlu diingat, ketika ini Lim Kit Siang sedang sibuk meracau mengadakan ceramah bersama Anwar Ibrahim ke seluruh Negara.

Selepas ini Kit Siang, Dr. Bo dan Salahudin Ayub akan tumpukan perhatian sepenuhnya untuk melancarkan beberapa strategi di Parlimen Gelang Patah.

Saya berpendapat Wakil Rakyat DUN Nusajaya perlukan bantuan yang komprehensif daripada peringkat BN Negeri mahupun Pusat untuk berhadapan dengan mereka dan agen-agen yang akan mereka wujudkan.

InsyaAllah, pihak Johor Bangkit bersama rakan di Gelang Patah akan membantu apa yang terdaya.

Mohon raka-rakan FB yang dimuliakan di luar sana dapat memanjangkan doa ke hadrat Allat agar ADUN Nusajaya sentiasa diberi kekuatan dan otak yang cerdas serta kesihatan yang baik menghadapi tentera-tentera kafirun dan talibarutnya.

Tolong share dan sebarkannya kepada Saudara-Saudara Islam kita yang lain supaya tidak mudah terpengaruh dengan habuan yang ditawarkan oleh Lim kit Siang dan koncu-koncunya.

INGAT!!! 
LIM KIT SIANG GUNAKAN WANG RINGGIT SEBAGAI HABUAN UNTUK MENUNDUKKAN ORANG-ORANG MELAYU... 
INI SATU PENGHINAAN YANG WAJIB KITA ELAKKAN!



Friday, May 17, 2013

TERKORBAN!!! Mangsa pertama 'Himpunan 505' Anwar. KLIK baca ni!

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim ke hulu-ke hilir menganjurkan bantahan melalui 'Himpunan 505' yang kononnya menolak keputusan Pilihan Raya Umum 13 yang jelas tidak memihak mereka, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad  pula  didakwa kerana dituduh gagal untuk memberikan notis 10 hari behubung perhimpunan selepas pilihan raya di stadium Kelana Jaya, Rabu lepas.

Anwar sebaliknya lepas tangan apabila anak buahnya didakwa di mahkamah yang mana sekiranya Nik Nazmi dijatuh hukuman bersalah, beliau akan kehilangan kerusi DUN Seri Setia selain denda RM10,000.

Nik Nazmi bagaimanapun tidak mengaku bersalah apabila pendakwaan di bawah di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012, Seksyen 9 (1) PAA 2012, dibacakan kepadanya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Nik Nazmi Nik Ahmad
Apa jadi kepada Anwar? Sedangkan himpunan di seluruh negara adalah ideanya sendiri kerana majoriti pemimpin dalam Pakatan Rakyat menolak cara sedemikian untuk meluahkan bantahan.

Dan mangsanya adalah 'agas-agas' di bawah ini. Apa komen Nik Nazmi selepas di 'game' Anwar? Kasihan Nik Nazmi, sebab sayangkan bos, terpaksa korbankan diri sendiri menjadi kambing hitam.

Pemimpin PKR seperti N Surendran dan Latheefa Koya sebaliknya memarahi kerajaan kerana mengambil tindakan terhadap Nik Nazmi yang tidak memohon permit untuk himpunan tersebut, atas alasan ianya himpunan aman.

Marahlah Anwar, sebab itu semua agenda beliau. Bukan salah kerajaan dan pihak berkuasa kerana ia terletak di bawah bidang kuasa pasukan keselamatan. Habislah Nik Nazmi jika kerusi DUN beliau hilang. Adakah Anwar akan membantunya dalam kes tersebut?

Anwar mungkin tergelak besar kerana beliau terselamat daripada sebarang tindakan.

Malah, Anwar masih lagi akan meneruskan 'jelajah 505' untuk menyuarakan ketidak puasan hatinya kepada Barisan Nasional (BN) kerana menggagalkan usahanya untuk menjadi perdana menteri.

Siapa pula akan menjadi mangsa selepas ini? Adakah kepimpinan Pakatan yang lain bersedia menanggung akibat daripada tindakan Anwar dengan menjadi 'kambing hitam' untuk melepaskan Anwar?

Risiko kehilangan kerusi disandang seperti yang dilalui Nik Nazmi mungkin akan berulang sekiranya Anwar terus dengan agenda 'bodoh' untuk menentang keputusan PRU13.

Anwar harus menerima nasihat Tan Sri Harussani agar redha dengan ketentuan Tuhan, kerana ianya adalah takdir Anwar.

Anwar Ibrahim leka bermain api... KLIK baca ni!

Tengok angka tu... Nah, sapa yg popular?
Dalam perhimpunan haram di Ulu Tiram Johor, Anwar dengan muka tidak malunya bertanya mana ada dalam dunia ini pemimpin yang mendapat undi popular sebanyak 47% boleh menjadi Ketua Negara.

Rakan sekongkolan dan peminat tegar dia dari Amerika yang bernama Algore pernah juga mendapat undi popular melebihi Bush dalam pemilihan Presiden Amerika namun yang ditabalkan menjadi Presiden Amerika ialah G.W. Bush bukannya dia. Itu sistem yang mereka guna pakai.

Sebab itu dia sepatutnya jangan meroyan dan mematuhi undang-undang. Perbuatan menghasut yang beliau lakukan sekarang ini adalah tidak baik untuk keamanan dan kestabilan negara.

Tambahan sekarang ini kelihatan orang Melayu sudah berkurangan menyertai perhimpunan beliau terutamanya penyokong-penyokong PAS sudah amat berkurangan. Membakar semangat penyokong terutamanya yang berketurunan Cina dan muda-muda pula boleh mengundang mala petaka dalam negara ini.

Nuar ingin mengguna pakai kaedah negara luar iaitu mengwujudkan suasana tidak tenteram, kerajaan seolah-olah hilang kawalan serta segala sistem perundangan dan pentadbiran menjadi tidak menentu, maka ketika itu sekutunya dari luar negara akan memainkan peranan yang lebih untuk menjatuhkan kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat ini.

Satu persatu negara Arab jatuh dan tumbang serta pertukaran regim berlaku namun keamanan sebenar tidak juga wujud di negara-negara tersebut walaupun kerajaan berjaya digulingkan melalui protes jalanan. Agenda barat ini amat mudah difahami. Bezanya di negara Arab itu, pemimpin pembangkangnya berada di luar negara dan menggerakkan rusuhan atau bantahan melalui NGO.

Segala bantuan akan disalurkan oleh negara luar tadi dan Amerika hanya menjemput pemimpin pembangkang ini pulang untuk mengambil alih kerajaan apabila kelihatan suasana sudah memihak kepada perusuh tadi.

Di Malaysia ini pemimpin pembangkang masih berada di sini dengan segala kebebasan yang dia dakwa sudah tidak wujud lagi, sebaliknya dia menyalah-gunakan kebebasan tersebut untuk tujuan yang salah.

Nuar jangan bermain dengan api. Dia jangan ingat hati masyarakat Melayu tidak sensitif melihat bangsa asing dengan pakaian yang menjolok mata turut serta memaki hamun pemimpin negara ini dengan alasan PRU13 tidak bersih, tidak telus dan tidak adil.

Nuar tidak akan mendapat keadilan seperti yang dia nikmati di negara ini sekiranya dia berada di Pakistan, Indonesia, Bangladesh atau Nigeria. Wan Azizah juga jangan tersengeh setiap malam di sisi Nuar apabila mengadakan perhimpunan kerana dia juga bersubahat dalam memporak- perandakan kestabilan negara ini.

Nuar jangan hendak mengalihkan isu sebenar tentang masalah yang dia hadapi dan sepatutnya berhenti menghasut rakyat untuk menyebelahi dia. Dia tidak sepopular mana jika diambil kira sebagai seorang pemimpin yang boleh diharapkan untuk menerajui negara ini. Dia mungkin popular dalam dunianya yang tersendiri.

Dengan 63,000 pengundi Permatang Pauh yang keluar membuat pilihan, dia hanya mendapat majoriti sebanyak 11,000 orang sahaja lebih kurang. Jumlah undi yang dia terima jika dibandingkan dengan jumlah undi yang Perdana Menteri terima adalah jauh lebih kecil.

Dengan sejumlah 66,000 orang pengundi yang membuat pilihan di Pekan Pahang, Perdana Menteri telah mendapat majoriti sebanyak lebih 35,000 undi. Ini dengan sendirinya mengesahkan bahawa Perdana Menteri lebih disukai oleh pemilih di tempatnya berbanding dengan pemilih di tempat Nuar sendiri. Dari segi peratusan pun Perdana Menteri jauh mengatasi Nuar.

Kenapa pula Nuar secara tiba-tiba sahaja tidak bersetuju dengan sistem yang telah diguna pakai sejak merdeka ini, semata-mata kerana niatnya untuk menjadi Perdana Menteri tidak kesampaian. Dia memang amat sedar bahawa pengundi Cina telah bersama pakatan dan memberikan kelebihan dari segi undi popular di negeri-negeri yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

Sikap pengundi Cina ini sudah nyata tidak rasional lagi. Mereka hanya hendak menukar kerajaan dan kepimpinan negara walau dalam apa cara sekalipun. Sebab itu Karpal Singki yang ternyata tidak akan mampu memberikan khidmat bakti kepada rakyat di kawasan yang diwkilinya akibat kekurangan dari segi fisikalnya tetap juga menang.

Sekiranya DAP meletakkan pokok pisang sebagai calon di Jelutong atau Bukit Bendera, maka pengundi Cina di sana akan tetap memilih pokok pisang dari DAP, kerana bagi mereka bukan calon yang mesti dimenangkan tetapi sebaliknya parti.

Pengundi Cina amat memahami bahawa calon atau individu sudah pasti tidak akan mampu memberikan mereka kuasa, sebaliknya yang memberikan mereka kuasa ialah parti. Sebab itu mereka bertekad untuk memenangkan parti mereka dengan majoriti yang tinggi.

Kenapa Nuar masih dengan cara atau pendekatan lamanya menabur fitnah dan mengajak rakyat menjatuhkan kerajaan ini dengan cara yang salah dan tidak bertamadun. Dan kenapa masih ramai rakyat yang percaya dengan sandiwara serta lakonan Nuar sekiranya tidak ada udang di sebalik batu.

Kaum Cina nampak ada cara untuk mereka mendapat kuasa dengan melayan segala tindak tanduk Nuar Brahim ini walaupun mereka sebenarnya sedar bahawa PRU Malaysia adalah paling bersih dan teratur. Nuar hanya bercakap melalui corong pembesar suara tanpa perlu mengemukakan bukti-bukti yang kukuh tentang berlakunya lampu padam, beg undi datang dari langit, dakwat boleh hilang sekelip mata dan pelbagai lagi penipuan yang kononnya dilakukan oleh SPR.

Nuar tidak perlukan bukti, yang dia perlu hanyalah mengwujudkan persepsi buruk ke atas SPR kerana hanya itulah satu-satunya cara yang beliau ada dan beliau mahir. Dia terlupa satu perkara iaitu dia juga turut kehilangan harga diri apabila memilih jalan yang salah ini. Rakyat akan meghukum beliau satu hari kelak.

ARTIKAL BERKAITAN KLIK URL DIBAWAH: 



GEMPAR!!! : Karpal Singh lapor Polis terhadap Anwar yang dikatakan keras kepala!


Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee petang tadi bagi membantah rancangan kumpulan pro-pembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan.

Katanya, sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai.

Sebaliknya, Karpal menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap keputusan Pilihan Raya Ke-13 (PRU13).

Menurut Karpal Singh lagi, rakyat sekarang sudah dapat melihat siapakah yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim untuk terlibat dalam HIMPUN HITAM 505.

Sedangkan pada masa yang sama, para pemimpin utama PAS seperti menjauhkan diri daripada Anwar Ibrahim, sekaligus memberi isyarat bahawa PAS juga tidak bersetuju dengan cara Anwar Ibrahim yang sudah terdesak untuk menyelamatkan batang tengkuknya daripada tali gantung kerana kes Lahad Datu - 

Karpal Singh turut mengulas kenyataan pengasas ASAL BUKAN UMNO (ABU), Haris Ibrahim yang mahu menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menggunakan kekerasan atas alasan porses PRU13, hampir dua minggu lepas, tidak telus dan tidak jujur.


Thursday, May 16, 2013

Anwar terus meroyan menghasut rakyat di Johor... KLIK baca ni!


Sudah dua minggu PRU-13 berlalu dan dalam tempoh ini semua Kerajaan Negeri sudah selesai upacara angkat sumpah MB dan KM masing-masing, namun sepanjang dua minggu ini jugalah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim masih meroyan sakan menghasut rakyat supaya menolak keputusan PRU-13.

Dalam jelajah propagandanya di Johor semalam, Anwar turut menggunakan alasan undi popular 51% gabungan tidak berdaftar itu sebagai asas utama dalam penegasannya untuk tidak bersara dari dunia politik.

Kenyataan itu adalah reaksi Anwar bagi menjawab desakan pelbagai pihak mengenai janjinya untuk menjadi pensyarah sekiranya gagal dalam PRU-13. Gempak yang dilakukan dulu kini memakan diri, mahu tak mahu kenalah ada alasan untuk mengalih perhatian khalayak.

Hakikatnya Anwar lupa untuk menjelaskan soal undi popular untuknya tidak wujud pun kerana PKR yang diketuainya hanya memperolehi 20% sahaja berbanding BN yang mendapat 49% daripada keseluruhan undi popular.

Anwar juga tidak menyatakan hakikatnya sebahagian besar undi popular PR datangnya dari 5 buah negeri sahaja iaitu Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Perak dan Kelantan, sedangkan BN pula menguasai majoriti undi popular di 9 negeri yang lain.

Satu persatu negeri dijelajahnya semata-mata untuk menyebarkan propagandanya memburukkan SPR sambil menuduh BN melakukan penipuan, tapi di ketika yang sama boleh pula Anwar berbangga dengan undi popular yang diperolehi gabungan rapuh parti pembangkang yang dikenali sebagai PR.

Kini Ketua Umum PKR itu sedang dalam keadaan tersepit, bukan sahaja kerana gagal menunaikan janji tapi juga kerana sukar menerima ketentuan Illahi yang menetapkan BN kekal mendapat sokongan dan terus berjaya memerintah negara ini.

Selanjutnya KLIK SINI

Himpunan 'BLACKOUT 505' di Johor gila-gila hina Perdana Menteri!


Saksikan video dibawah yang menghina Perdana Menteri.


Anwar dan pemimpin pakatan nampaknya terus-terusan menghasut rakyat untuk terus memaki hamun kerajaan dan Perdana Menteri selain Suruhanjaya Pilihanraya digelar 'penipu'.

Apa majoriti rakyat Malaysia mahu berdiam diri dan terus membiarkan kelompok yang tidak bertanggungjawab ini mencemar amalan demokrasi?

Setiap undi yang kita buat pada 5 Mei lepas dikatakan tipu, takkan kita nak biarkan. Bangunlah rakyat majoriti Malaysia, sedang puak-puak ini seronok sebar fitnah merata-rata, apakah kalian mahu lihat dan membiarkan sahaja?

Jika mereka pemimpin pembangkang sewenang-wenangnya melanggar undang-undang dan tiada tindakan, kenapa pihak yang berkenaan mahu bertindak ke atas kita pula?

Undang-undang tidak mengira siapa.

Sudah cukuplah demokrasi diperlekehkan, cukup-cukuplah majoriti rakyat Malaysia dari terus menikus.

Dan buat pemimpin UMNO, BN, jangan leka sangat dengan dunia politik kalian sehingga terlupa pada tanggungjawab untuk mempertahan kedaulatan negara! Jangan jadi bacul sedang orang lain perlekeh demokrasi negara sendiri!

Tak lupa kepada pihak yang berkuasa... Pikir-pikirkanlah!
Betul ke cara mereka ini, untuk kita biar-biarkan!



Sayangnya PAS pada DAP!