GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label WASATIYYAH. Show all posts
Showing posts with label WASATIYYAH. Show all posts

9 April 2015

FITNAH FELDA: Hukuman Bayar Ganti Rugi Setiausaha Agung PAS Dan Harakah Kekal


MP yakin ramai diantara kita masih ingat bagaimana PAS dan PKR menuduh FELDA menjual minyak sawit Malaysia ke Israel pada tahun 2012 yang berakhir dengan keputusan bersalah keatas mereka setelah keputusan mahkamah menetapkan ianya satu tuduhan serta fitnah semata-mata terhadap FELDA.Baru-baru ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bersama empat individu yang lain cuba membuat rayuan semula keatas hukuman yang dikenakan terhadap mereka. Malangnya usaha mereka gagal dan tidak berhasil,

Ia berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak rayuan mereka dan mengekalkan sabitan Mahkamah Tinggi sekaligus mengarahkan Mustafa Ali membayar gantirugi RM100,000 dan empat yang lain membayar RM30,000 setiap seorang sebagai tuntutan ganti rugi kerana memfitnah FELDA seperti yang di putuskan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, YA. Heng Cheong 30 April, tahun lalu.


Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim sebulat suara menolak rayuan pemimpin PAS, Mustafa Ali dan empat defendan lain iaitu ketua pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, editor Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Tahun lalu FELDA menang saman dalam kes ini (kliksini), setelah mendengar hujah kedua-dua pihak serta bukti yang ada, Yang Arif Heng Cheong memutuskan hukuman bersalah terhadap pemimpin kanan PAS dan empat yang lain kerana mendapati dakwaan mereka tidak benar dan mampu menimbulkan 'fitnah' terhadap FELDA menerusi dua artikel yang disiarkan lidah rasmi PAS kononnya FELDA menjual minyak sawit mentah ke Israel.


Kata YA. Heng Cheong lagi artikel itu didapati memfitnah FELDA dan semua defendan gagal membuktikan pembelaan keistimewaan bersyarat serta komen yang adil.


Pada 7 Januari 2013, Felda memfailkan saman terhadap keenam-enam mereka termasuk bekas setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail berhubung artikel bertajuk ‘2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak ke Israel’ dan ‘BN Jangan Tipu Rakyat’ bertarikh 27 November 2012, yang disiarkan dalam Suara Keadilan juga kumpulan Akhbar Harakah kerana menerbitkan semula isu yang serupa dalam beberapa artikel akhbar Harakah antara 26 dan 29 Nov 2012. (kliksini)


FELDA mendakwa fitnah itu menjejas reputasinya dan mendakwa kesemua defendan sengaja berbuat demikian bagi menghancurkan kepercayaan serta keyakinan rakyat demi meneruskan agenda tersendiri dan kepentingan peribadi.

Sedangkan Felda tidak pernah menjual minyak sawit mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, Datuk Rohana Yusof dan Dr Prasad Sandosham Abraham mengenepikan tuntutan saman FELDA terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, (Anak), Mazlan Aliman.ekoran ucapan Mazlan dalam satu perhimpunan haram di hadapan pejabat Felda pada 23 November 2012  (kliksiniyang turut disiarkan dalam akaun laman sosial Facebook beliau bertajuk ‘Bukti Felda jual minyak sawit mentah (MSM) ke Israel’.


Mazlan berjaya membuktikan pembelaan keistimewaan bersyarat dan komen yang adil berdasarkan isu kepentingan awam.

Sebelum ini pada 21 April 2013, tuntutan saman fitnah terhadap pihak PKR
 telah diselesaikan secara baik dengan persetujuan menarik balik semua kenyataan yang disiarkan sebelum ini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong telah merekodkan penghakiman persetujuan di antara FELDA dan pihak PKR yang diwakili Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution, yang bersetuju dengan terma-termanya membawa kepada pengakuan kesal PKR serta mengakui dan menerima bahawa FELDA tidak pernah menghantar minyak mentah kepada Israel sebaliknya ia dihantar kepada Palestin.


Saifuddin Nasution yang mewakili pihak PKR turut akui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak sawit mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel dan bahawa Felda dan Felda IFFCO Oil Products Sdn Bhd adalah dua entiti sah yang berasingan.

........................................................


#MP : Ni la PKR... Lepas 2 tahun korang fitnah FELDA, dah busuk nama FELDA korang jaja satu malaysia, baru nak menyesal... Memfitnah ni dah macam menjadi makanan bagi puak-puak fuckatan ni,(kliksini) Termasuklah PAS yang katanya memperjuangkan Islam pun boleh buat kerja-kerja 'fitnah' macam ni. Hancusss!




10 January 2015

'Sekolah Pondok' Tidak Dipinggir


Jika disoroti sejenak, kisah tentang 'Sekolah Pondok' di negara ini, ia bukannya suatu yang baru dan tentunya ia suatu yang tidak asing bagi umat Islam di Malaysia..

Sistem pengajian 'pondok' yang pada dulunya mendapat sambutan tetapi kian merosot permintaannya akibat
 kesan arus perubahan dan kemajuan negara. Lahirnya sistem pendidikan formal dan moden serta sekolah-sekolah agama yang menggantikan sistem pondok.

Walaupun institusi ini mengalami pasang surut, para alim ulama dan guru tidak pernah berpatah hati dan berputus harap sebaliknya terus berusaha memperjuangkan institusi Islam dan warisan Rasulullah S.A.W. ini.


Hakikatnya institusi pondok telah banyak melahirkan ulama besar, ilmuan agama, pegawai-pegawai agama di negara Malaysia ini.

Ia terbukti apabila institusi serta sistem pengajian pondok ini bangkit semula mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke-20. 

Kejayaan ini adalah hasil usaha para alim ulama terdahulu yang telah berjaya melahirkan ramai anak murid berkebolehan dan menanam semangat kecintaan mereka dan masyarakat terhadap agama Allah.



Sebab lain yang mendorong masyarakat menerima semula institusi ini adalah kerana kitab-kitab yang digunakan telah diterjemah oleh para guru yang mahir. Tambahan pula, kitab-kitab tersebut tidak lagi ditulis tangan tetapi dicetak. 

Dengan adanya kitab-kitab bercetak ini, masyarakat dapat mengikuti “halaqah” pengajian agama di pondok-pondok mahupun di masjid-masjid. Kewujudan kitab yang dicetak dan dikarang dalam Bahasa Melayu juga telah membantu perkembangan institusi pondok menjadikan ia sebuah institusi yang paling terkenal dengan pengajaran agama.

Pondok Lubok Tapah atau nama rasminya
Madrasah Rahmaniah Ad-Diniah Pondok Lubok Tapah diasas sekitar tahun 1931,
merupakan antara pondok tertua di Kelantan.



Sejarah juga menyebut, sistem pendidikan di Malaysia sebenarnya telah wujud sejak zaman kegemilangan Empayar Melaka lagi. Pendidikan pada zaman tersebut adalah berteraskan Islam hasil daripada kedatangan agama suci tersebut ke rantau Asia yang kemudiannya merebak ke Melaka. Pendidikan Islam pada awal usianya mula diajar di rumah-rumah guru, kemudian berpindah ke masjid, surau, madrasah sebelum berpusat sepenuhnya di beberapa sekolah pondok hingga ke hari ini.

Pusat pengajian 'Pondok' adalah antara institusi pendidikan Islam yang tertua di Tanah Melayu. Dianggar terdapat hampir 1,000 sekolah pondok yang dikendalikan secara professional, swasta atau secara individu namun kurang daripada 300 diketahui dan dikenali.


Dalam mencapai hasrat dan kelangsungan sistem pengajian tradisional ini terus kekal dan relevan serta menghargai 'pondok' bersama jasa bakti para -para Ulama, Tok Guru dan Tok Mudir.yang sudah memulakannya sejak ratusan tahun menyumbang ilmu, tenaga dan masa dalam mengembangkan pendidikan Islam kepada masyarakat. 

Pada tahun 2012, pihak kerajaan telah menyatakan kesediaannya memberi komitmen secara terbuka dan peruntukan secukupnya untuk memartabatkan institusi pondok di negara ini.

Iltizam kuat kerajaan itu, mula terserlah, apabila YAB. Perdana Menteri sendiri mencetuskan idea dan meluahkan hasrat beliau mahu melihat Yayasan Pondok ditubuhkan. 

Datuk Seri Nahib turut mencadangkan agar pengurusan yayasan itu nanti dapat menyalurkan bantuan kewangan, menyediakan segala keperluan dan juga bantuan biasiswa kepada pelajar 'pondok' yang cemerlang dan mungkin menghadapi masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.
Dato’ Dr Mashitah bersama YAB. Perdana Menteri ketika pelancaran logo YPP1M
Justeru itu Dato’ Dr Mashitah Ibrahim seterusnya mengambil inisiatif menubuhkan  Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) dan didaftarkan sebagai sebuah badan kerajaan pada 1 Ogos 2012.

Dato’ Sri Mohd Najib sebagai Penaung YPPM, manakala Dato’ Dr Mashitah selaku Pengerusi Eksekutif YPPM. Namun begitu, YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin telah diamanahkan oleh Perdana Menteri untuk menjaganya.


Dan pada 8 November 2012, Majlis Pelancaran Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia oleh Perdana Menteri disempurnakan. Kehadiran lebih 4,000 orang, termasuk kira-kira 1,000 warga pondok seluruh negara melebihi jangkaan.

Majlis Pelancaran YPP1M membabitkan logo dan website www.pondok1msia.org.my serta sebuah direktori Pondok-Pondok Di Malaysia, yang mungkin satu-satunya di dunia itu turut melibatkan 200 tok guru dan mudir pondok berserta ratusan pelajar pondok dan sekolah tahfiz seluruh negara.
Logo Rasmi Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia

Direktori setebal 240 halaman ini memuatkan gambar dan maklumat asas mengenai semua pondok yang berdaftar dengan Jabatan Agama Negeri negeri masing-masing.

Acara kemuncak ialah pemberian Anugerah Tokoh Pondok 2012 . Anugerah julung kali diberi ini disempurnakan Perdana Menteri sendiri, yang juga Penaung YPP1M. Kehadiran Perdana Menteri adalah bagi menghargai pengorbanan dan ketokohan mereka, sekali gus membuang persepsi bahawa warga pondok dipinggirkan atau adalah golongan kelas kedua.

Setiap tokoh yang diberi anugerah menerima wang tunai, Amanah Saham 1Malaysia, pakej umrah dan tiga set kitab'


Tidak ketinggalan, Perdana Menteri menyampaikan dana khas yang dipanggil Anugerah Kasih kepada 11 pondok bagi membantu pondok-pondok tersebut menyediakan kemudahan asas dan membaik pulih prasarana masing-masing.

Dalam bancian YPP1M terhadap 112 pondok seluruh negara pada Ogos-September lalu, didapati ada pondok yang berada dalam keadaan sangat sederhana dan dha’if, dan sangat memerlukan bantuan.

Dengan tertubuhnya YPP1M, terbukalah lembaran baru dalam sejarah pendidikan Islam, khususnya pengajian pondok di negara kita.

Warga pondok seluruh negara seharusnya menyambut baik kehadiran YPP1M yang bertujuan memelihara, membela dan memperkasakan satu institusi yang telah lama berjasa.

Selanjutnya saksikan sedutan rakaman video Majlis Ramah Mesra Warga Sekolah Pondok dan Pelancaran Yayasan 
Pembangunan Pondok 1Malaysia pada  8 November 2012, lalu.



Tujuan utama penubuhan YPPM adalah untuk memberi pengiktirafan kepada institusi pengajian pondok yang banyak menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan pendidikan Islam serta melahirkan ramai tokoh ilmuwan agama selain mengiktiraf jasa dan bakti para ulama, tok guru dan tok mudir dalam melahirkan generasi pelajar yang mahir dalam ilmu agama dan pengajian Al-Quran.

Penubuhan dengan bermatlamatkan aspek keagamaan, pendidikan, sosial dan kebajikan selain daripada bersifat terbuka dilihat sesuai dengan peranan serta usaha penubuhan YPPM dalam membantu negara meningkatkan keupayaan dan kejayaan institusi pondok serta tanggungjawab melahirkan warga yang berilmu dan berwasatiyah.

Pihak yayasan akan membantu dan bekerjasama dengan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) yang lain untuk memaju, membangun dan mengembangkan institusi pengajian pondok bagi memastikan kelangsungannya. 

Imej sistem pengajian pondok yang mundur dan terpinggir mesti diperbaiki, manakala persepsi pelajar pondok sebagai pelajar kelas kedua, golongan taksub atau pelampau mesti dikikis sama sekali.

Misi YPPM adalah memartabat dan memastikan institusi pondok di negara ini lebih berdaya maju dan dapat mempertahankan kelangsungannya.

yayasan-pondok-najib


Dalam satu resolusi yang dikeluarkan oleh Yayasan Pondok 1Malaysia cawangan Kedah selain dari memuji pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam mengangkat dan memartabatkan institusi pondok di Malaysia. Antara lain meminta kerajaan mengiktiraf dan mendaulatkan sistem pengajian pondok, mengiktiraf sijilnya setaraf dengan pusat pengajian yang diiktiraf dan untuk menzahir komitmen guru pondok seluruh negara bagi memelihara akidah umat Islam berteraskan Sunnah Wal-Jamaah dan hal agama tidak dipermainkan oleh mana-mana pihak. 


Melihat usaha pihak kerajaan ini, seharusnya diberi sokongan padu oleh semua pihak bagi memastikan kesepaduan dan kelestarian institusi pondok. Institusi pondok adalah institusi pengajian Islam tertua di Malaysia dan berperanan besar dalam usaha pengukuhan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah sejak zaman Tanah Melayu. Ia juga berperanan sebagai antara benteng bagi mempertahankan kedaulatan Islam sehingga kini.

Bagaimanapun, sebagai individu yang turut diberi amanah dalam menjaga YPP1M, Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin berkata, pembangunan umat Islam tidak akan berjaya jika tidak mendapat sokongan rakyat yang prihatin tentang agama mereka.


19 December 2013

BARANG NAIK: Sengaja ke? KLIK baca ni!


Ramai nampaknya komplen pasal barang naik. Dengar cerita sampai ada geng yang jual ayam kat pasar malam pun komplen...

Ditambah lagi dengan page2 pro BN turut sama menyatakan rasa tak puas hati...

Mesti ramai yg fikir... BN ni bodoh sangat ke sampai tak pandai nak cari sokongan dengan tindakan tak popular ni?

Mesti ramai yg setuju bila cakap BN ni bodoh... tapi MP takde la... Rasanya ini tindakan yg bijak... Mesti ramai yang tanya kenapa?

Ok, dengar jawapanya satu persatu...

Sebelum bagi jawapan kita tengok balik beberapa fakta:

1)BN menang PRU 13 adalah diatas undi Bumiputera.

2)BN menang di kawasan luar bandar dan borneo.

3)Walaupun ramai Melayu yg menyokong BN tapi bilangannya tidak mencukupi utk BN menang di kawasan Bandar kerana majoriti penduduk bandar adalah org Cina dan Melayu itu sendiri berpecah kepada UMNO, PAS dan PKR.

4)Utk BN menguasai 2/3 parlimen BN perlu undi Cina dan India.

5)Kenapa perlu undi Cina? 
Sebab nak menyatukan Melayu adalah lebih susah dari nak pecahkan sokongan Cina kepada DAP. (Kalau senang... dah lama dah tinggal satu parti Melayu)

Jadi dari fakta di atas admin akan ceritakan pasal Rasionalisasi Subsidi...

-Apa kebendernyer tu? 
Bahasa mudahnya ialah kerajaan kurangkan subsidi dan duit subsidi tu disalurkan ke tempat lain yg lebih bermanfaat...
-Apa tolong rakyat tu bukan bermanfaat ker?
Mmg bermanfaat tapi bukan semua rakyat layak utk subsidi lagi pun bila dah terbiasa dgn subsidi rakyat sendiri kurang jelas dan tidak sedar hasil usaha kerajaan utk meringankan beban rakyat... Sudah banyak yg diberi tapi ramai yg masih komplen bahawa kerajaan tak buat apa2 utk mereka.

-Siapa mereka tu?
Mereka yg banyak komplen tu ialah penduduk2 bandar... mereka2 inilah yg sentiasa fikir bahawa mereka langsung tidak terhutang budi dgn kerajaan dan mereka fikir kesenangan hidup mereka2 ini adalah hasil usaha mereka sendiri.

-Habis org kampung macamana? 
Kan kalau harga barang naik semua tempat akan naik.
Betul... mmg akan naik utk semua tempat... tapi org kampung keperluannya tak banyak... diorang tak naik mercedes pegi menoreh dan tak duduk coffee bean utk secawan kopi... kalau ada pun kenaikan harga org kampung hanya akan terasa sedikit sahaja bahangnya... Lagi pun mereka juga diberi bantuan seperti BR1M... Mcm kenaikan tariff elektrik hari tu... org kampung yg tak pakai letrik sgt masih bayar pada kadar yg sama... kalau berlaku kenaikan pun masih lagi minima... kalau naik Tol pun org kampung pegi ke bendang mana perlu bayar tol...

-Habis duit yg banyak2 sebab semua benda naik tu nanti pegi mana? 
Duit tu la yg akan jadi BR1M, jadi highway kat Sabah Sarawak, jadi penurunan cukai pendapatan peribadi, duit utk TR1M, KR1M dan macam2 lagi.

-Habis penyokong2 BN kat bandar plak macamana?
Penyokong2 BN kat bandar kena sabar la... Sebab kalau ramai pun penyokong BN kat bandar,penyokong PR lagi ramai. Kalau bagi bantuan banyak-banyak nanti diorang yg untung...

Lepas tu dah dapat bantuan masih juga tak undi BN... Tapi BN tak pernah nak abaikan org susah kat bandar.

BR1M... KR1M dan sebagainya akan tetap diberi kepada mereka yg layak tak kira penyokong mana2 parti.

Kalau sebabkan kenaikan ni ramai yg jadi papa kedana maka layak la anda untuk minta bantuan dari Jabatan Kebajikan yg juga sebuah badan kerajaan. Untuk orang Islam pulak ada Pusat Zakat...

Itu sedikit sebanyak yg admin bleh share...

Ditarik nikmat tu supaya ramai sedar apa yg kerajaan dah buat selama ni untuk rakyat...
Tapi ramai antara kita yang tak sedar. Yang sedar tu pulak bongkak dan sentiasa fikir mereka boleh lakukan yg lebih baik dari kerajaan...

Cakap tak berlapik... semua ni sebenarnya nak mengajar org bandar yg majoritinya korang tahu bangsa apa... bila ditarik subsidi ini nanti mereka ini lah yg akan benar2 terasa kesempitannya kerana pada masa sekarang mereka lah pengguna terbesar subsidi2 kerajaan.

Bantuan2 kerajaan hasil daripada rasionalisasi subsidi ini pulak akan dinikmati oleh majoriti penyokong BN iaitu golongan berpendapatan sederhana dan rendah dan juga penduduk2 di Sabah dan Sarawak.

Walaupun berlaku kenaikan banyak benda tapi admin tak rasa BN akan semakin lemah jika bantuan yg dijanjikan akan dikotakan dalam 4 tahun akan datang menjelang PRU14 yg akan datang...

Ada sesiapa yg nak tambah atau nak bantah? Silakan...

Admin ok jer
Utk pengetahuan korang kawan baik admin adalah salah sorang yg terlibat dalam kajiselidik utk dasar2 kerajaan ni...

Dan dari kaji selidik ni mmg majoriti rakyat Malaysia setuju utk kurang subsidi dan tingkatkan prasarana dan perkhidmatan kerajaan.

Kaji selidik ni melibatkan ribuan responden dari kalangan rakyat Malaysia berbilang bangsa... Jadi kalau tindakan kerajaan ni salah maka ini juga salah responden-responden tersebut...

Poyo sangat nak kurangkan subsidi...

-SUKARELAWAN FB ANTI BERSIH



AKHIRNYA... KLIK SINI!!!


19 March 2013

LAHAD DATU: PAS Perlekeh Majlis Fatwa #lahaddatu



Tanggal 6 Mac 2013 yang lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat para perajurit negara beragama Islam yang terkorban dalam misi mempertahankan negara berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu & Semporna, Sabah adalah tergolong sebagai syahid akhirat.

Pengumuman itu nyata disambut baik oleh khalayak umum dan mengubat kedukaan kaum keluarga yang sedang bersedih, di masa yang sama ia bagaikan satu suntikan semangat kepada ribuan perwira kita yang sedang berjuang menentang pengganas Kiram di medan tempur tika ini.

Bagaimana pun pada 17 Mac 2013 yang lepas, tak semena-mena Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib bagaikan cuba menjatuhkan moral perajurit negara apabila mempertikaikannya ketetapan Majlis Fatwa dengan membuat andaian sendiri yang kematian para perajurit itu hanyalah syahid dunia.

Kenyataan pemimpin PAS itu jelas bermaksud memperlekehkan pandangan pihak yang jauh lebih berautoriti, seolah-olah mahu menonjolkan dirinya berkedudukan lebih tinggi berbanding Majlis Fatwa Kebangsaan.

Lebih mendukacitakan lagi apabila pada 19 Mac 2013 sekali lagi cuba memberi gambaran kepada umum bahawa syahid dunia jauh lebih baik berbanding syahid akhirat. Sedangkan hakikatnya kedudukan syahid akhirat berada di atas syahid dunia.

Syahid akhirat juga tidak terhad kepada orang yang mati lemas, mati dalam kebakaran atau wanita yang mati melahirkan anak, sebaliknya turut merangkumi orang Islam yang terkorban ketika mempertahankan harta benda, keluarga dan mereka yang mati ditembak kerana menjaga keselamatan negara.

Manakala syahid dunia sebagaimana disepakati para ulama hanya terhad pada orang Islam yang mati ketika peperangan yang niatnya bukan kerana Allah S.W.T, tetapi disebabkan faktor utama untuk membolot harta rampasan perang.

Adakah para perajurit kita di Lahad Datu berperang demi untuk membolot harta benda pengganas Kiram? Tentu sekali tidak. Malah mereka juga tidak pergi ke Sabah untuk merampas atau menjajah negeri itu, sebaliknya berjuang untuk pertahankan maruah dan keselamatan negara dari keganasan pengikut Kiram.

Tindakan Harun Taib memperlekehkan pandangan Majlis Fatwa mungkin menyenangkan hati penyokongnya tapi secara realitinya ia tidak pun menjadikan PAS kelihatan lebih tinggi. PAS cuma sebuah parti politik yang menggunakan label Islamik, manakala Majlis Fatwa kebangsaan tetap di tempatnya sebagai badan yang berautoriti di peringkat nasional.

Justeru itu, daripada PAS terus cuba meremehkan pandangan dan kedudukan Majlis Fatwa Kebangsaan, adalah lebih berbaloi untuk para pemimpin PAS bersatu hati dan fikiran dengan umat Islam yang lain dalam mendoakan semoga perajurit kita di Sabah tetap teguh berjuang.

Artikal terdahulu KLIK SINI:  Video Anwar terkedu

15 March 2013

RASUAH: Lagi video pemimpin PAS sedang menyuap mulut ayam dan lembu-lembunya.

Nampak! Inilah perangai puok2 PAS, duk bagi 'rasuah' RM50 ko budok2 muto.. 

Selama ini apa yang PAS tak kata kepada orang Umno ??? Terima upah RM 20-30 lah, bagi t shirt lah dan sediakan nasi bungkus untuk penyokong, di katakan Umno rasuah. 

Keliling kampung heboh bercerita yang Umno beri duit. Sokongan kepada Umno sebab dibayar dengan wang ringgit, katanya.

Tapi, bila mereka sembang tentang PR khususnya PAS... Fuhhh! Bukan main lagi.. Perjuangan mereka lah yang suci. Segala gerak usaha serta sokongan antara mereka, semuanya berdasarkan keikhlasan hati dan tulen tanpa dipancing dengan bayaran, walau sesen pun. 

Kononnya mereka semua miskin dan tiada duit sehingga terpaksa kutip derma dari orang ramai. Itu dulu bolehlah kamu nak temberang, sekarang zaman kamera dalam poket woiii!! 

Mu nak temberang apa lagi wahai puok-puok PAS? Nah lihatlah video dibawah ni... Bagaimana gaya pemimpin PAS menyuap mulut ayam-ayam dan lembu-lembunya makan dan minum... 

Saksikan!!!

Tengok lagi gambar dibawah ni. Bukan kata yang muda...Yang si tua ni pun sama saja!



Artikal terdahulu, KLIK: Anwar dan sandiwara hangitnya!

9 March 2013

Pelancaran Institut Wasatiyyah Malaysia



Majlis Pelancaran Institut Wasatiyyah Malaysia di Intercontinental Hotel, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Razak dan disertai lebih 800 peserta dari seluruh pelusuk Malaysia, semalam.

Majlis ini dimulakan jam 8 pagi dengan pendaftaran peserta-peserta, bacaan doa dan diikuti dengan pembentangan kertas kerja.

Pembentang pertama yang membahaskan tajuk “Pendekatan Wasatiyyah: Ke Arah Pembangunan Yang Lestari” oleh YBhg. Prof Dato’ Dr. Yusof Haji Othman, Professor Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selain memberikan pengertian Wasatiyyah dengan lebih jelas, pembahas juga turut menggariskan dua nilai kumpulan ekstrim dalam kehidupan Malaysia.

Beliau turut memberikan ciri-ciri golongan pelampau dan pengabai.

Selain itu beliau juga turut menyentuh tentang pembangunan yang ekstrim dan juga natijah terhadap pemanasan global dari pembangunan alam sekitar yang tidak lestari.

Pembentang kedua puka membahaskan tajuk “Pendekatan Wasatiyyah dan Cabaran Eksterimism di Malaysia” oleh YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid, Dekan Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pembahas menerangkan dengan lebih mendalam tentang istilah “Amar Makhruf Nahi Munkar”.

Penekanan lebih diberikan kepada melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran serta budaya masyarakat Islam yang sentiasa dilaksanakan berasaskan sikap tolong menolong antara satu sama lain.

Beliau juga turut menekankan bahawa sikap ekstrimisme sebagai satu kemungkaran dan beliau turtu mengaitkan ekstrimisme dikalangan rakyat Malaysia yang beragama Islam.

“Pendekatan Wasatiyyah bertujuan untuk membawa umat Islam ke tengah-tengah gelanggang hidup, agar mampu memimpin dengan segala daya dan kekuatan dengan penuh adil dan saksama”, ujar beliau.

“Ringkasnya, ekstrimisme boleh menyebabkan perpecahan ummah. Ini kerana pandangan atau sikap seperti itu hanya mewakili sekumpulan kecil sahaja dan pula tidak bersedia untuk tolenrasi serta tolak ansur”, tambah beliau sebelum menutup pembahasannya.

Perbahasan di sebelah pagi ini dikendalikan moderator YBhg. Dato’ Haji Shahlan Ismail, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri.

Selepas solat Jumaat, sesi pembentangan disambung semula dengan moderator YBhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Pembentang seterusnya iaitu yang ketiga adalah YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamaruddin, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang membentang kertas bertajuk “Pendekatan Wasatiyyah dalam Transformasi Sistem Perundangan Islam di Malaysia”.

Pembahas menyatakan bahawa terdapat segelintir pendapat yang menyatakan Islam hanya sebagai agama rasmi dan bukannya agama Persekutuan.

Menurut beliau, pandangan tersebut yang dilontarkan tidak bersandar kepada fakta sejarah yang tepat atau sengaja dilakukan untuk meraih keuntungan atau bagi memenuhi maksud tertentu.

Beliau turut menekankan betapa pentingnya mendaulatkan Institusi Kesultanan Melayu sebagai payung, pelindung dan pembela agama.

Beliau turut mengutarakan beberapa contoh permasalah dalam sistem perundangan Islam dalam negara yang tidak seragam dan tiada kerjasama antara agensi-agensi Perundangan Islam.

Pembentang keempat yang kini sedang membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk “Pendekatan Wasatiyyah dan Maqasid Al-Syariah dalam Bidang Ekonomi di Malaysia oleh YBhg. Prof Madya Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Ketua Jabatan Penyelidikan, International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance.

Pembahas menekankan bandingan ekonomi negara dari zaman sebelum merdeka, era darurat ketika tragedi 13 May, era permulaan Dasar Ekonomi Baru dan sehingga ke hari ini.

Keseluruhan pembentangan tamat sekitar jam 4 petang.

Malam ini, Yang Amat Berhormat akan makan malam bersama peserta dan sekaligus akan merasmikan Majlis Pelancaran Institut Wasatiyyah Malaysia. - SUMBER

25 February 2013

SUBHANALLAH...Saksi Video ni! Sahih PAS & Ahli Semuanya KAFIR?


Tolong sebarkan video klip dibawah ini kepada semua umat islam dalam negara kita. Video klip ini sangat penting...
Semoga yang dah terlajak, berpatah balik ke pangkal jalan...
Subhanallah!!!

SEBAARKAAN....! SEBAAARRRKAAANNNNN......!!

Saksikan:


23 February 2013

PRU13: Pemimpin pembangkang sedar yang mereka kecundang lagi.


BN Akan Menang Lebih 160 Kerusi.

Menurut analisis terkini dan sumber-sumber tertentu, BN dijangka mampu memenangi sehingga 160 dari 222 kerusi dalam pilihanraya ke-13.

Jangkaan ini menepati ramalan majalah Economist Intelligence Unit (EIU) berdasarkan analisis terhadap projek transformasi, rekod prestasi BN serta penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang jelas begitu kuat bekerja.

Selain itu, prestasi pembangkang yang buruk kerana banyak memungkiri janji, di akan tambah dengan taburan janji-janji yang tidak masuk akal jika parti itu memerintah seperti pendidikan percuma dan penurunan duti kenderaan, yang akan memakan belanja sehingga RM47.6 billion setahun, secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada sokongan terhadap BN.

Itu pun belum lagi dicampur dengan janji-janji lain yang melibatkan kewangan negara seperti tol percuma, penurunan harga barang dan lain-lain. Dalam pilihanraya yang lalu, BN telah mengalami apa yang dipanggil ‘tsunami’ politik apabila kekurangan 8 kerusi untuk kuasa 2/3.

Di Semenanjung daripada 166 kerusi parlimen yang tersedia, BN menang 85 dan di Sabah dan Sarawak pula, BN menang 54 kerusi. Secara keseluruhannya BN hanya memenangi 139 dari 222 kerusi.

Tamparan itu merupakan peringatan dari rakyat yang tidak berpuas hati dengan pendekatan ‘terlalu terbuka’ kepimpinan pada waktu itu sehingga memperlihatkan seolah-olah kehilangan kawalan.

Ternyata rakyat Malaysia cukup bijak menilai perkembangan semasa untuk lebih awal mengesan beberapa perkara yang tidak kena dan bakal merosakkan negara. Kebimbangan rakyat terbukti berasas di mana dalam masa hanya sepenggal, negara yang sebelumnya pernah digelar Harimau Asia dan disegani seluruh dunia, benar-benar berada dalam keadaan lemah dan semakin lemah dari segi ekonomi dan juga perpaduan rakyat.

Suara-suara lantang rakyat ketika itu menjerit-jerit memberitahu mengingatkan kerajaan bahawa walaupun negara harus dipimpin secara berpasukan, namun pasukan yang terlalu besar juga menyumbang kepada risiko yang berbagai dari segi kerahsiaan, kesetiaan, keselamatan, kecekapan, ketelusan dan pengkhianatan.

Oleh kerana suara tersebut telah diperlekehkan, maka BN pun akhirnya menerima tamparan paling kuat dalam PRU 2008 apabila rakyat nekad melakukan apa yang perlu dilakukan iaitu ‘memberi pengajaran’ kepada kerajaan agar jangan sekali-kali merosakkan negara.

‘Kerosakan’ yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi kelemahan kepimpinan sehingga sewenang-wenangnya mendedahkan negara kepada risiko kerugian dan hilang kedaulatan, tetapi juga dari segi keterbukaan yang keterlaluan sehingga mengancam perpaduan rakyat.

Antara ‘amaran’ paling keras dari rakyat ketika itu adalah supaya kerajaan lebih bijak dalam menangani tuntutan antara suara majoriti dengan minoriti yang menjadi asas demokrasi.

Hari ini, terbukti sudah bahawa tindakan rakyat memberi pengajaran itu adalah tepat apabila kepimpinan digantikan dengan Dato’ Seri Najib.

Nampaknya, harapan yang diberikan rakyat kepada kepimpinan baru, telah tidak dipersia-siakan beliau. Dato’ Seri Najib benar-benar berusaha memahami luahan hati rakyat disamping bekerja keras menguruskan negara dan memulihkan segala kerosakan yang berlaku. Dato’ Seri Najib membawa imej professional dengan enggan melayan karenah pembangkang yang cuba mengganggu fokus beliau dengan fitnah-fitnah mengenai rasuah, hubungan sulit sehinggakan kepada fitnah membunuh.

Di masa yang sama, beliau juga mengambil masa untuk mendekati semua golongan, majoriti dan juga minoriti.

Beliau sanggup menerima jemputan Tahun Baru Cina oleh Dong Zong walaupun pertubuhan tersebut selamanya mengambil sikap memusuhi kerajaan. Walaupun tidak memberi ucapan politik yang berdegar-degar, tetapi kehadiran beliau ke majlis tersebut membawa mesej jelas iaitu kerajaan tidak pernah memusuhi sesiapa.

Di bawah BN, semua pihak berhak memperjuangkan hak masing-masing, asalkan tidak menyentuh sensitiviti pihak lain, tidak mencabar perlembagaan negara dan tidak menentang arus nasionalisme.

Kita percaya, pendekatan tegas tetapi lembut Dato’ Seri Najib akan membawa kepada kemenangan besar BN dalam PRU-13.

Kesungguhan dan keikhlasan beliau benar-benar menyentuh hati rakyat untuk turut membantu memastikan negara terus maju ke hadapan serta aman sejahtera di bawah kepimpinannya

17 February 2013

GILA KUASA: PAS sanggup menipu ahli & penyokongnya? KLIK baca ni!


HARI-HARI kita boleh membaca kemelut dalaman parti yang mendakwa parti yang mendokong Islam.

Namun daripada laporan yang dibaca, Parti Islam Se-Malaysia (Pas) itu kini semacam hilang keyakinan dalam kalangan ahlinya sendiri. Kumpulan-kumpulan atas pagar yang menyokong Pas selama ini pun sudah nampak berubah angin. Mereka tak macam dahulu dan kini semakin terbuka membidas kepimpinan Pas Pusat.

Ternyata ada yang marah secara diam dan ada yang tidak dapat menahan marah dan bosan dengan cara pemimpin Pas menangani tindakan DAP yang banyak menyanggah keputusan yang dibuat oleh Pas terutama perkara berkaitan Islam.

Kerana menjaga hati atau takut pada DAP, Pas sanggup mengorbankan dasar asas perjuangan, semata-mata mahu menjaga kesatuan pakatan pembangkang dalam mengejar misi menawan Putrajaya.



Habis luluh harapan ahli dan penyokong Pas melihatkan perjuangan Pas untuk menegakkan negara Islam dan hukum hudud terkulai apabila menerima tekanan DAP dan PKR.

Hakikat yang tidak boleh disembunyikan lagi ialah banyak ahli Pas seluruh negara kecewa apabila DAP dan PKR nampak lebih dominan dalam pakatan pembangkang. Kemuncak sakit hati ahli Pas apabila pemimpin DAP dan PKR terus berdegil dalam isu kalimah Allah tanpa mempedulikan pendirian Pas yang merupakan rakan sekutu mereka.

Apa yang patut ahli dan penyokong Pas lakukan dalam kemelut ini? Ada pihak minta Majlis Syura Ulama Pas menjelaskan apakah hukum membantu DAP dan PKR dalam pilihan raya umum akan datang, adakah mengundi kedua-dua parti itu meletakkan mereka dalam keadaan kekufuran?

Hakikatnya DAP dan PKR menjadi faktor pencetus utama perpecahan dalam masyarakat Melayu/Islam. Kalau ahli Pas dan penyokongnya membantu kemenangan DAP dan PKR dalam pilihan raya umum akan datang, kemungkinan besar Islam akan diperlekehkan.

Sebab itu beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada golongan ulama, guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan baru-baru ini bahawa memberi undi kepada Pas dalam pilihan raya umum akan datang adalah haram.


Berat sungguh perisytiharan itu. Kumpulan daripada Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita menegaskan ‘hukum’ itu berdasarkan perjuangan menentang Pas adalah jihad. Ini kerana mengundi parti itu juga bermaksud menyokong DAP yang terang-terang menolak negara Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Pas sepatutnya menentang DAP yang dilihat bebas menyentuh sensitiviti agama Islam sehingga perkara berkaitan akidah pun mahu dicampurinya.

Lihatlah bagaimana beraninya pemimpin DAP, Lim Guan Eng dan Karpal Singh bersuara dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Sebahagian dari ahli PAS Pasir Gudang membuat bantahan secara aman berhubung isu kalimah Allah di Masjid Jamek Taman Cendana, Pasir Gudang, dekat Johor Bahru, semalam.
Sebenarnya banyak pihak ‘malu-malu’ membangkitkan isu undi Pas adalah haram dalam konteks semasa.

Namun pengisytiharan kumpulan NGO tersebut memberi tamparan hebat kepada Pas yang sebelum ini mendakwa undi mereka akan mendapat pahala serta masuk syurga.

Keadaan ini menyaksikan golongan ulama dan ahli agama mula hilang kepercayaan kepada Pas. Sesungguhnya ada banyak ‘dalil kenapa haram undi Pas’.

Dalam ceramah politik Pas, tiada seruan kepada perpaduan ummah sebaliknya yang dicanangkan ialah hapuskan UMNO yang dituduhnya sekular. Hakikatnya Pas adalah ejen pemecah belah umat Islam di Malaysia kerana parti itu selalu menolak usaha penyatuan umat.


Dulu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan ‘amanat’ mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan MIC dan MCA. Sekarang, mengapa Abdul Hadi tidak mengeluarkan ‘fatwa’ yang sama terhadap DAP.

Janganlah kerana undi, Pas sanggup menipu penyokong mereka, sedangkan menyokong DAP yang anti negara Islam, hukumnya haram.

Kerana DAP juga, Pas hingga kini belum memberi kata putus tentang persetujuan penggunaan kalimah Allah untuk dipakai oleh penganut Kristian.

Pas semakin teruk dan hilang fokus hingga tergamak mengotori dan mengeksploitasi ajaran Islam.

Hakikatnya Pas terang-terang menyalah guna Islam demi tujuan politik. Pas mengamalkan politik kebencian. Parti itu juga mendakwa merekalah paling Islamik sedangkan yang lain tidak.

Pengundi boleh meneliti bahawa Pas lebih mementingkan tujuan politik berbanding dakwah Islam yang sebenar.


Renungkan dengan mendalam, patutkah umat Islam terus menyokong DAP yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hudud di negara ini.

Kalau ulama dan ahli agama mengatakan perbuatan itu adalah haram dan berdosa, adakah kita masih meraguinya? Atau umat Islam tunggu ceramah politik daripada ‘ulama’ ciptaan Pas yang sering membuat keputusan bertentangan dengan hukum syarak? - Artikal Rencana dari Utusan Melayu (M) Bhd


Artikal berkaitan KLIK SINI...

4 February 2013

Unit Amal PAS bertempur dengan penduduk Felda... KLIK baca ni!


Kehadiran Mazlan Aliman untuk memberi ceramah di Felda Sg Tengi bertukar menjadi hangat apabila penduduk felda dikatakan berkumpul lebih awal sebelum kehadiran Mazlan Aliman untuk menghalang perhimpunan haram tersebut.

Ketegangang berlaku apabila lebih dari 100 orang penduduk felda bertempur dengan unit amal PAS, dimana Unit Amal PAS terpaksa bermati-matian mempertahankan Mazlan Aliman..

Kehadiran penduduk Felda di tapak ceramah tersebut adalah untuk menyampaikan mesej ketidak puas hati mereka dan meminta Mazlan Aliman berambus dari felda tersebut...

Walau bagaimanapun ceramah Mazlan Aliman di Sg Tengi dibatalkan selepas kekecohan berlaku...

Lihat gambar yang dirakamkan petang tadi... Ternyata penduduk Felda tidak mahu Mazlan hadir di kawasan mereka!

3 February 2013

WAJIB SAKSI - Isu Kalimah Allah... KLIK saksikan video!


VIDEO TERBAIK UNTUK WARGA MALAYSIA 
Forum Polemik Isu Kalimah Allah anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Auditorium Utama UIA Gombak pada 20hb Januari 2013

 

28 January 2013

Kalimah Allah Lafz al-Jalalah: Khusus Dan Mutlak Untuk Agama Islam



RASULULLAH SAW KEKASIH ALLAH
Teks Khutbah Jumaat - JAKIM
( 13 Rabiul Awwal 1434H )


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri, marilah kita berusaha untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya. Kita laksanakan segala perintah-Nya dan kita jauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita semua beroleh kebahagiaan bukan saja di dunia bahkan juga di akhirat. Mimbar hari ini akan membincangkan khutbah yang bertajuk: “RASULULLAH SAW KEKASIH ALLAH”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Semalam pada 12 Rabiul Awal setiap tahun adalah hari sambutan Maulidur Rasul yang menjadi salah satu hari kebesaran Islam yang disambut meriah di negara ini. Walaupun Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan kita, namun kekasih Allah ini tetap berada di dalam sanubari dan hati umatnya sekiranya kita seorang hamba yang beriman. Baginda SAW telah membawa kepada kita risalah Allah dengan dua cara. Pertama, menyampaikan perintah dan panduan Allah SWT melalui wahyu Qur’ani; dan Kedua, menghidupkan wahyu-wahyu Allah dengan sempurna melalui perbuatan, perkataan dan pengakuannya atau apa yang dinamakan sebagai sunnah nabawiyah. Kemuliaan akhlak Rasulullah SAW sebagaimana yang dicerminkan di dalam al-Quran, wajib diambil tauladan secara mutlak dan di taati oleh manusia sepanjang kehidupan ini. Firman Allah SWT di dalam Surah at-Taghaabun, ayat 12:

Maksudnya:“Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling, maka sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas nyata.”

Bukti penegasan ‘taat kepada Rasulullah’ ini terdapat di dalam kalimahLailahaillaah dan Muhammadur Rasulullah yang menunjukkan bahawa Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW adalah Tuhan dan Nabi kita. Penggunaan kalimah Laadalah suatu bentuk perakuan kewujudan tuhan yang dinamakan Allah dan menafikan tuhan-tuhan selain-Nya. Dengan itu, seluruh umat Islam wajib bersatu dan menolak segala bentuk atau konsep tuhan yang lain daripada Allah SWT. Ini merupakan syarat mutlak sahnya kepercayaan kita terhadap adanya Tuhan dalam Islam selain mengarah kepada meng-Esakan Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Ikhlas ayat 1-4:

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya.”

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Yakin dan percayalah, antara agenda yang diberi keutamaan dalam misi Rasulullah SAW menyebarkan Islam ialah dengan memperkasakan akidah ummah. Umat Islam diikat dengan erat melalui konsep tauhid, kiblat yang satu, kitab yang satu, pemimpin yang satu. Namun dalam pada itu, Baginda juga sentiasa diterjah dengan berbagai ancaman musuh Islam yang didalangi oleh orang-orang Yahudi untuk mengkucar-kacirkan pegangan dan fahaman umat Islam. Mereka menggunakan pelbagai pendekatan, diantaranya menggunakan isu agama sebagai alat untuk menghancurkan umat Islam. Mereka menghasut sesetengah umat Islam yang lemah imannya dan hilang intergriti untuk melanggari ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Mereka juga memperalatkan sebahagian daripada pemimpin yang beragama Islam yang dikaburi oleh keghairahan untuk mendapatkan kuasa.

Oleh itu, tidak menghairankan ada di kalangan umat Islam pada hari ini yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, tetapi pada masa sama telah mentafsir Islam mengikut hawa nafsu. Mereka sanggup melakukan tindak-tanduk mengikut kemahuan sendiri dan akhirnya perbuatan tersebut kelihatan janggal, pelik di khalayak ramai. Besarnya pengaruh nafsu dan peranan syaitan dalam kehidupan ini terbukti apabila mereka tanpa segan silu mengutamakan kepentingan diri, mengutamakan kebendaan walaupun nyata bercanggah dengan al-Quran dan sunnah.

Sedarlah, inilah masanya untuk umat Islam bersatu bagi memelihara kesucian agama Islam dan mempertahankan akidah umat Islam.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Ternyata sekali lagi, hari ini musuh-musuh Islam cuba memesongkan dan meruntuhkan akidah ummah. Mereka bersatu sesama mereka dan berusaha dengan pelbagai helah dan cara termasuklah dengan membuat tuntutan penggunaan kalimah Allah di dalam kitab mereka. Wal hal telah jelas kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam serta satu ketetapan yang begitu nyata bagi mengelakkan umat Islam menjadi keliru, ragu-ragu, dan tersilap mengenal identiti Allah SWT.

Mimbar yang mulia ini ingin menyatakan berdasarkan kajian ilmiah bahawa kalimah Allah tidak pernah terdapat di dalam Taurat ataupun Bible dan mereka percaya bahawa tuhan wujud dalam konsep Trinity iaitu God Father (Bapa Tuhan ), God the Son (Anak Tuhan ) dan Holy Spirit (Roh kudus), dan ketiga eleman ini dirujuk sebagai satu tuhan dengan panggilan umum (The Lord).

Oleh itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Begitu juga dengan pegangan seluruh umat Islam di Indonesia yang bersepakat kalimah Allah hanya diguna pakai oleh orang Islam sahaja.

Mimbar ingin menyatakan sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka menjadi kewajipan kita menjaga kesucian kalimah Allah serta mempertahankannya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Umat Islam mesti tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama. Sikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya, kerana matlamat mereka yang utama adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa agama adalah sama. Ingatlah bahawa semua gejala keruntuhan akidah ini sebenarnya telah menjatuhkan kemuliaan dan darjat umat Islam sendiri. Akibat yang lebih buruk ialah azab siksa yang pedih di akhirat yang menanti golongan yang ingkar. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 72:

Bermaksud:“Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam. Padahal al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil!. Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang yang berlaku zalim.”

Janganlah ada segelintir umat Islam yang hanya pandai berbicara soal Islam namun dalam masa yang sama sanggup menggadaikan maruah dan agama sendiri. Lebih menyedihkan lagi ada di kalangan umat Islam hari ini yang langsung tidak sensitif dan sanggup menggadaikan akidah dan masa depan ummah demi kepentingan diri sendiri. Bayangkan akibatnya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Yakinlah, di tangan kitalah letaknya tanggungjawab dan kuasa untuk mempertahankan kesucian agama Islam. Dalam hal ini, umat Islam memerlukan penghayatan Islam secara menyeluruh. Berdasarkan maqasid syariah maka menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk menjaga lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Mimbar ingin mengingatkan salah satu prinsip penting yang mesti dilaksanakan oleh umat Islam bagi memastikan kedaualatan agama kekal terpelihara ialah dengan menyeru kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Hajj ayat 41:

Yang bermaksud:“Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan perkara yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, bersempena dengan sambutan Maulidul Rasul, marilah sama sama kita menjana peningkatan dalam penghayatan dan ketaatan dalam melaksanakan ajaran yang di bawa oleh Rasulullah SAW. Marilah sama sama kita mempertahankan dengan segala upaya kemuliaan Rasulullah SAW dari sebarang penghinaan, memberikan penghormatan sewajarnya kepada Rasulullah SAW dalam tindak tanduk kita seharian dan mencontohi akhlak, keperibadian dan teladan yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam setiap tindakan.

Program Maulidur Rasul ini pada dasarnya adalah sebahagian daripada aktiviti dakwah. Ia bertujuan untuk mentarbiyah, membimbing dan memperingatkan umat Islam agar menghargai apa yang dikurniakan oleh Allah SWT. Salah satu pengajaran itu ialah memperingati perjuangan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang pesuruh Allah yang paling berjaya menegakkan ajaran Allah, Rasul terakhir, tokoh teragong sepanjang abad di dunia dan akhirat kerana membawa perubahan besar kepada lanskap akidah seluruh juzuk hidup manusia di dunia. Malah hingga ke hari ini peribadi suci Rasulullah SAW masih dikagumi musuh-musuh Islam. Justeru, mimbar menyeru kepada semua pihak, marilah sama-sama kita menjadikan sunnah Rasulullah SAW sebagai amalan hidup dan mengelakkan diri dari perbuatan yang menyimpang dari sifat Rasulullah SAW yang sebenarnya.

Dengan demikian sambutan Maulidur Rasul yang diberi liputan meluas dalam media cetak dan media elektronik memberi peluang kepada rakyat pelbagai agama di negara ini memperingati seorang insan terpilih, memahami gaya kepimpinan, memahami akhlaknya dan memahami dasar politik, ekonomi dan sosial untuk kita teruskan dan hayati. Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, ayat 31:

Maksudnya: “Katakanlah: Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Sumber: Jakim



KLIK link dibawah... Saksikan video isu berkaitan : 





25 January 2013

KALIMAH ALLAH: Pendirian PAS. KLIK saksikan video!


Sesungguhnya, di tangan kitalah letaknya tanggungjawab dan kuasa untuk mempertahankan kesucian agama Islam. Berdasarkan maqasid syariah maka menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk menjaga lima perkara iaitu:

Agama, Nyawa, Akal, Keturunan Dan Harta.

Tapi, kenapa ada segelintir umat Islam yang hanya pandai berbicara soal Islam namun dalam masa yang sama sanggup menggadaikan maruah dan agama sendiri?

Dengan paparan video dibawah. Mari kita renung dan fikir sebaik-baiknya...
Saksikan!

23 January 2013

SEMINAR NUSANTARA: Bongkar masalah melanda Umat Islam yang berakar umbi. Baca ni!



Pembentangan kertaskerja sekitar Seminar Nusantara pada 18 – 20 Januari lalu wajar diambil sebagai panduan bagi seluruh umat Islam, khasnya di Malaysia dalam mengatur langkah mengharungi cabaran dan halangan dalam berbagai bentuk dan arah.


Dalam konteks Malaysia, yang mana umat Islam masih tercari-cari identiti dan arah tuju, pembentang dari Indonesia oleh YBhg. Prof. Dr. Hj Ali Mustafa Yakub  yang membawa tajuk ‘Pemurnian Pemikiran dan Pembangunan Umat Islam Indonesia’ cukup menarik untuk dijadikan rujukan.   Mengupas sejarah Islam di Indonesia, beliau menyimpulkan bahawa Islam itu tidak khusus kepada bangsa atau budaya Arab serta tidak tertakluk kepada imej tetap.  Contohnya,  pakaian jubah, serban ala Arab atau bentuk kubah bukanlah simbol atau tanda Islam, ia hanyalah bersumberkan inspirasi dan imaginasi manusia yang dipengaruhi budaya yang juga dipengaruhi oleh iklim persekitaran si-perekanya.

Meletakkan satu ‘imej’ khas terhadap Islam boleh menimbulkan permasalahan di mana umat Islam cenderung untuk membuat penilaian sendiri apa yang Islam, apa yang tidak cukup Islam dan apa yang tidak Islam.   Sedangkan, Islam itu telah ditegaskan sebagai sesuai dengan semua tempat dan zaman.   Maka, apabila Islam mula sampai di Jawa, ia tidak pernah menukar budaya, imej, struktur dan arkitektur Jawa.   Kerana itu, ia mudah diterima masyarakat Jawa tanpa banyak bicara kerana mereka tidak perlu membuat apa-apa perubahan drastik dari segi landskap kehidupan mereka, selain dari berusaha menjadi manusia yang lebih baik dan memperbaiki hubungan sesama manusia, di samping melakukan ibadah dan meninggalkan yang mungkar.  

Pendek kata, ia lebih merupakan perubahan dari segi kerohanian, menyucikan hati serta belajar mengenalpasti batasan-batasan dan peraturan bagi membentuk masyarakat yang lebih maju dan bertamadun.

Mengambil pengajaran dari kertaskerja ini, umat Islam di Malaysia wajar mengakui betapa kita telah keterlaluan dalam melebihkan ‘imej’ berbanding perkara pokok dalam Islam.   Akibatnya, wujudlah masyarakat Islam yang gemar menilai sesama sendiri sehingga membawa kepada perpecahan.    Dari situ timbullah sikap suka mendewa-dewakan seseorang berdasarkan ‘imej’ sehinggakan begitu mudah sekali seseorang itu dinobatkan sebagai ulama, iaitu dengan hanya menepati menonjolkan ‘imej’ Islam mengikut purata piawaian pendapat masyarakat.

Masalah ini dikupas dengan jelas oleh pembentang dari Malaysia iaitu Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba, Pensyarah UIA dalam kertaskerja yang bertajuk ‘Islam di Asia Tenggara:  Cabaran dan Harapan’.  Menurut Prof. Sidek umat Islam di Malaysia kini diancam pemikiran cetek dan remeh akibat meletakkan ‘imej’ sebagai mengatasi ‘ilmu’.  Hari ini, konsep ‘dakwah’ di Malaysia adalah dalam bentuk sindiran atau ‘bidas’, kalaupun tidak mengutuk mereka-mereka yang ‘berdosa’ di mata para pendakwah.  Akibatnya, wujudlah masyarakat yang prejudis, yang memandang serong sesama sendiri, biadap dan tidak bersatu padu sedangkan pendakwah sebenar seharusnya membawa semangat kasih sayang, hormat menghormati, perpaduan serta melarang keras sikap suka menghukum atau menilai sesama manusia.

Konsep ini diterangkan dengan jelas oleh Ustaz Kamal Saidin dalam sessi berasingan tetapi turut merupakan kesinambungan dari seminar ini.  Menurut Ustaz Kamal, dalam bahasa mudahnya, “ulama-ulama ini suka mengambil-alih kerja Allah SWT (menghukum) tetapi tidak menjalankan kerja yang diamanahkan kepadanya.”

Kerana ulama atau pendakwah beginilah maka masyarakat Islam hari ini meletakkan sepenuh tumpuan pada imej kerana bimbang disindir atau dibidas oleh orang lain sedangkan asas Islam di dalam diri sendiri masih lagi terlalu lemah.  Semuanya sibuk ‘menyempurnakan’ imej, lalu meremehkan tugas untuk ‘melengkapkan’ ilmu dan kadangkalanya, amalan juga.

Keadaan inilah yang memudahkan sebahagian dari kita begitu mudah untuk tergelincir akidah atau tersesat yakni, terlalu mudah diperdaya atau ditarik keluar terus dari Islam walaupun pada dasarnya penampilan mereka ini menepati imej Islam menurut pendapat masyarakat.   Tidak kurang juga yang memberontak tanpa sedar akibat sering dicemuh, diejek dan diperlekehkan semata-mata kerana penampilannya tidak menepati piawaian yang dikehendaki oleh masyarakat sehingga akhirnya menimbulkan benci serta mempersoalkan kemurnian Islam.

Masalah Ulama tidak membuat kerja mereka yang sepatutnya tetapi sibuk membuat kerja Allah SWT ini menyebabkan seruan Islam tidak sampai kepada mereka yang sepatutnya.   Sedang para Ulama sibuk ‘mengIslamkan’ negara, undang-undang dan orang yang telah sedia Islam atau mengkafir dan memurtadkan sesama Islam, mereka telah terlepas pandang akan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak serta orang Asli di sekitar semenanjung yang belum menerima seruan.

Antara yang didedahkan di dalam perbincangan lanjutan dari seminar tersebut juga ialah mengenai kisah-kisah kaum bumiputera yang ingin benar mengetahui tentang Islam tetapi terlebih dahulu didekati oleh puak Kristian.   Walaupun begitu, mereka tidak pernah memadamkan keinginan untuk mempelajari Islam dan sering menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan maklumat tentang Islam di mana saja ada kesempatan seperti ceramah di sekolah dan sebagainya.  Di masa yang sama usaha puak Kristian untuk mendekati mereka sentiasa ditingkatkan tetapi tiada usaha langsung dari pihak ulama Islam untuk berbuat yang sama.

Apabila memikirkan bagaimana di kalangan masyarakat Islam memakai ‘imej’ Islam dan sudah mempelajari Islam sejak kecil juga masih boleh disesatkan oleh Ulama palsu atau dimurtadkan oleh pendakwah agama lain, maka apatah lagi mereka ini yang tiada asas mengenai Islam. Walaupun mereka memendam minat kepada Islam, mereka-mereka ini tentu saja mudah dikelirukan dengan Kalimah Allah di dalam kitab agama lain.

Justeru, apa yang dapat disimpulkan dari Seminar Nusantara ini ialah masalah yang melanda Umat Islam hari ini telah berakar umbi dan bercabang-cabang.   Namun, sehingga kini, walaupun para pembentang dapat mengupas dan mencari puncanya, penyelesaiannya masih terlalu jauh.   Jalannya juga masih terlalu kabur.

Dari situ, saranan Tuan Haji Zakariyya Adam, Ahli Parlimen Kemboja dan juga pembentang kertaskerja bertajuk “Pembangunan Sosioekonomi Muslim Kemboja” agar diwujudkan satu Pusat Rujukan Islam Tertinggi bagi rantau ASEAN yang merangkumi Ulama-ulama serantau untuk menangani kesemua masalah ini secara bersepadu dan tersusun.

Kesimpulannya, Seminar Nusantara telah berjaya dilaksanakan, tetapi ia tidak akan mengubah apa-apa tanpa tindakan susulan yang tegas dan pantas.

Seterusnya, saksikan wawancara YB Datuk Ahmad Maslan bersama media selepas beliau menyempurnakan Majlis Penutupan Seminar Nusantara Islam Di Asia Tenggara yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur minggu lalu.


22 January 2013

KALIMAH ALLAH: Dijaja Ulama Berhati Serigala...Baca ni!


Apabila PAS buat hal, maka DAP pun akan melepaskan anjingnya yang paling garang untuk menundukkan anjing-anjing kurap yang tak henti-henti menyalak walaupun telah setuju untuk berdiam diri asalkan diberi makan dan dijanjikan rumah yang cantik di Putrajaya.

Begitulah pandangan DAP terhadap PAS dan Karpal Singh, yang diarahkan atau dibiarkan untuk bertelagah sesama sendiri dalam isu Kalimah Allah, sementara menunggu pilihanraya.

Kita faham bahawa PAS terpaksa menunjuk tegas bagi memastikan sokongan Melayu terus mantap dan DAP juga perlu menunjuk garang bagi memastikan sokongan Cina kekal. Meletakkan Karpal Singh sebagai ‘anjing-sabung’ merupakan strategi untuk menutup chauvinisme kaum Tokong Lim. Ini samalah dengan meletakkan Zairil, si anak Cina sebagai wakil Melayu.

Maka, salak menyalak sesama sendiri dan lolongan akan berlarutan sehingga pilihanraya walaupun kata putus telah pun dibuat Majlis Syura PAS yang sebaliknya di tolak bagaikan sampah tidak bernilai. 

Majlis Syura juga pada hakikatnya, tiada hak untuk bermesyuarat pun mengenai isu ini kerana kepimpinan PAS telah lebih awal memberikan persetujuan membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah.

Justeru, mengambilkira etika, professionalisme dan moral, PAS adalah terikat kepada persetujuan asal dan tidak akan terlepas darinya dengan hanya menyatakan perubahan fikiran. 

Jika PAS ingin melepaskan diri dari ikatan persetujuan ini, maka satu-satunya cara ialah keluar dari Pakatan Rakyat. Jika tidak, segala penafian dan U-turn yang dibuat adalah tidak bermakna sama sekali.

Oleh kerana itu, ketegasan Harun Din, Harun Taib atau Hadi Awang dalam mempertahankan Kalimah Allah tetap diragui, selagi mereka masih berada di dalam PAS. Apatah lagi apabila mereka hanya mengeluarkan kenyataan ‘lembik’ dan berlapik, meminta Karpal Singh jangan mempertikaikan keputusan Dewan Ulama, berbanding kenyataan Karpal yang berbentuk herdikan atau tempelak terhadap PAS.

Lebih-lebih lagi, apabila Hadi Awang belum menyatakan ketegasannya secara langsung. Ini kerana kenyataannya yang dipaparkan oleh Utusan Malaysia hanyalah pendapat Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, iaitu setiausaha politik Hadi, mengenai pendirian Hadi. 

Laporan tersebut memetik Dr. Ahmad sebagai ‘yakin’ dan ‘pasti’ bahawa Hadi Awang tidak akan berganjak dari keputusan Majlis Syura, tetapi apakah jaminan yang keyakinan dan kepastian Dr. Ahmad tersebut benar-benar berasas?

Sedangkan, secara dasarnya, hakikat bahawa PAS tidak sanggup keluar atau sekadar mengugut untuk keluar dari PR kerana mempertahankan Kalimah Allah adalah satu kekalahan yang nyata di pihak PAS. Hakikatnya juga bahawa Harun Din, seorang Ulama dan Harun Taib, Ketua Dewan Ulama, telah kalah di tangan Karpal Singh.

Kita menjangkakan pertengkaran PAS-Karpal Singh akan berterusan sehingga isu ini ditenggelami isu lain atau sehingga pilihanraya. 

Namun, kita tidak menjangkakan apa-apa penyelesaian kerana walaupun apabila ia dianggap selesai, tidak mustahil PAS akan menafikannya pula suatu hari nanti apabila keadaan mendesak mereka berbuat demikian.  

Umum sedia maklum bahawa PAS telah pun mengambil sikap yang sama dalam isu hudud dan Negara Islam yang sehingga kini masih tiada noktahnya.

Nampaknya, bertengkar dan kemudian melupakannya, dan bertengkar lagi dan kemudian melupakannya lagi merupakan ‘cara pemerintahan’ PR yang mana rakyat sudah faham benar.

Biarpun isu yang berbangkit adalah isu agama, yakni yang melibatkan akidah dan membawa kepada syirik, namun bagi PAS ia hanyalah isu politik yang boleh dipertelagahkan dan dilupakan mengikut keadaan semasa.

Maka, tidak ada keraguan lagi bahawa ulama-ulama PAS inilah yang disebut sebagai Ulama-ulama jahat yang akhirnya menjadi bingung akibat fitnah dan belitan mereka sendiri... 

Sepertimana hadith berikut: 
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah SAW bersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). 

Allah swt. berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim 
( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.