GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

27 Jun 2013

Setelah Anwar angkat sumpah... Ada lagi puak nak buat kerja bodoh?





“Anwar dan rakan-rakannya bergelak ketawa dan menikmati makanan di Parlimen, yang 200 orang itu pula buat kerja bodoh, nampak sangat Anwar sengaja pekenakan penyokongnya sendiri yang terpaksa berdepan tindakan undang-undang... Lu pikir la sendiri weii..."


Dah basah kuyup kena kencing pun,
tak serik-serik lagi!!! 
Sokonglah lagi Anwar tu ye...

ARTIKAL TERDAHULU KLIK SINI.

23 Jun 2013

HIMPUNAN BLACK505 : Sebuah perhimpunan yang gelap lagi melegamkan. KLIK bacalah ni!


Kalau dengar cerita gemparnya, memanglah Malaysia akan lumpuh sepenuhnya. Tidak cukup dengan itu, kerajaan yang memerintah juga akan tumbang dan para pemimpin kerajaan akan lari lintang-pukang menyelamatkan diri ke merata-rata tempat di seluruh dunia dengan membawa segala kekayaan dan kaum keluarga mereka. Bahkan dalam tempoh tidak sampai 24 jam sahaja, seluruh Malaysia akan menerima sebuah rejim pentadbiran yang khabarnya lebih cerdik, lebih adil, lebih telus dan tidak korup.

Dengan kempen yang berterusan dan promosi agresif selama dua bulan, sokongan NGO asing serta pelbagai gimik dan provokasinya, amat luar biasa. Jumlah sasaran lebih 500,000 yang akan hadir berhimpun dalam program yang disifatkan sebagai kemuncak bantahan terhadap keputusan PRU-13 itu juga bukan suatu yang mustahil. Macam tu la ceritanya kan...


Semalam, tamat sudah demonstrasi haram yang dipanggil Black 505. Cerita kelmarin telah terjawab.

Selama lebih kurang tiga jam berkumpul, berbagai kesalahan dan peraturan yang telah mereka buat. Bahkan perhimpunan itu sendiri sudah HARAM sejak dari mula lagi. Perlakuan ganas terhadap penjawat awam serta membawa anak kecil memperlihatkan bahawa pembangkang gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2011.

Meskipun penganjur telah pun memberi jaminan akan memastikan bahawa perhimpunan yang kononnya akan berlangsung dengan aman, namun perhimpunan itu tetap disusuli dengan pelbagai insiden yang melanggar undang-undang.


Misalnya, akta tersebut menggariskan seseorang di bawah umur 21 tahun tidak boleh menjadi penganjur manakala kanak-kanak bawah 15 tahun tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan.

Mana-mana orang yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak pergi ke perhimpunan juga dianggap telah melakukan kesalahan, dan jika disabitkan boleh didenda sehingga RM20,000.


Tetapi itulah pembangkang.
Mereka tidak pernah takut atas semua perkara itu kerana mereka percaya – matlamat menghalalkan cara.
Bagi mereka, undang-undang negara cuma terpakai kepada golongan yang menentang mereka.

Jika yang KENA musuh mereka, itulah namanya keadilan.
Jika yang KENA itu mereka, itu adalah kezaliman.

Kalau diteliti apa yang dituntut dalam perhimpuan haram Black505 ini, semuanya boleh membuatkan kita loya tekak dan nak muntah.

Mereka mendakwa perhimpunan ini dibuat konon hendak menunjukkan rakyat, segala apa yang tipu dan semua yang tidak adil dalam keputusan PRU-13 termasuk membuktikn kecurangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sememangnya wajib dibantah.

So, sekarang... Jawapan apa yang telah dapat?

Nah... Pembangkanglah sebenarnya yang sengaja mencari kesalahan orang lain kerana enggan mengaku kekalahan dan hendak menjadikan SPR sebgai ‘scape goat’ atau kambing hitam.

Sebagai contoh, tuduhan mengenai bekalan eletrik yang terputus semasa pengiraan undi dijalankan yang disebar banyak di laman-laman sosial ternyata tidak pernah berlaku. Begitu juga pengundi hantu dan 40,000 pengundi Bangla yang mereka kecohkan itu, mana pergi bukti dan jawapan semua itu?

Pembangkang kena ingat, SPR hanya bertanggungjawab menyediakan gelanggang, bukan menentukan siapa yang boleh menang atau kalah. Bahkan SPR telah melaksanakan 19 penambahbaikan sepertimana cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Itu mereka jangan lupa dan buat-buat lupa.

Berbalik pada penganjuran Himpunan BLACK505 semalam, jumlah yang hadir ternyata kurang gila berbanding perhimpunan yang pernah dianjurkan oleh pembangkang sebelum ini.

Kalau mengikut perkiraan, jumlahnya boleh dianggarkan sekitar 5,500 orang sahaja. Dari segi pecahan, Melayu yang hadir sekitar 95 peratus, Cina empat peratus dan India (satu peratus).

Kalau betul rakyat bersama mereka, mana yang lain?

Tak perlu pergi jauh, dapat separuh daripada peserta BERSIH pun sudah cukup. Tapi di mana yang ramai-ramai itu? Dan kalau dah nyata tak ramai tu, cakap saja tak ramai... 
Tak perlu nak kencing-kencing!


Adakah ini bermakna rakyat telah menerima keputusan PRU-13 dan penambahbaikan yang dibuat oleh SPR ini? Jawapan itu hanya penganjur dan pembangkan saja yang boleh menjawabnya.

Sasaran menghimpunkan setidak-tidaknya lebih 500,000 dalam program yang disifatkan sebagai kemuncak bantahan terhadap keputusan PRU-13, jauh daripada tercapai.

Penganjur yang diketuai oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ternyata kecewa. Lihat sajalah wajah beliau seperti kurang bersemangat ketika tampil berucap buat seketika sebelum beredar meninggalkan para peserta.

Apakah jerebu yang menjadi punca dan kehambaran sambutan demonstrasi itu, sepertimana alasan yang Anwar berikan? MP hanya senyum saja la, bila mendengar alasan seperti itu. Atau barangkali juga kerana Anwar sendiri masih belum mampu mengeluarkan segala bukti dakwaannya sehingga kini?


Dengan segala yang berlaku. Sesuailah dengan nama perhimpunan ini iaitu BLACK505. Memang tepat.

Ini kerana perhimpunan itu telah telah gagal dari semua segi…GAGAL!!! Paham tak? Wahai kutu-kutu pembangkang? 

Baik tema, baik objektif, baik jumlah mereka yang hadir... Semuanya gagal dengan cemerlang. Jadi, yang sudah tu, sudah la. Dah kalah tu, kalah laaa!

Kepada puak-puak pakatan pembangkang... Muzium kan sajalah Himpunan BLACK505 tu. Catatkanlah ia sebagai satu sejarah. Sejarah sebuah perhimpunan yang gelap lagi melegamkan, itu yang pasti!

Kepada rakyat Malaysia, MP ucapkan tahniah kerana memperlihatkan kematangan dengan menolak ekstremisme dan sandiwara politik. Begitu juga kepada pasukan polis yang melaksanakan tugas dengan tenang dan sabar di sebalik segala bentuk provokasi dan penghinaan.

Alhamdulillah, doa dan solat hajat umat Islam sama ada yang dilakukan secara bersendirian mahu pun berjemaah memohon agar negara diselamatkan daripada sebarang perancangan jahat dan kesan buruk perhimpunan itu, dimakbulkan. Alhamdulillah.

Sehebat-hebat manusia membuat percaturan dan muslihat, ia tidak mampu mengatasi ketentuan-Nya. Anwar sepatutnya menginsafi hakikat itu.



21 Jun 2013

Sebab ni lah, pembangkang berkeras mahukan Padang Merbok... KLIK baca!!!


Sumber berkata, sasaran pembangkang untuk mengumpul kira-kira 500,000 orang hadir pada perhimpunan tersebut bukanlah semata-mata bermatlamat untuk membantah keputusan PRU-13 tetapi ada agenda yang lebih besar iaitu bagi merealisasikan cita-cita Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Semasa perhimpunan pada Sabtu ini, peserta yang hadir dikehendaki berada mengikut lokasi ( 7 tempat permulaan ) masing-masing dan bergerak mengikut kumpulan.

Setiap kumpulan akan diterajui bersama pemimpin pembangkang serta NGO semasa bergerak menuju ke lokasi perhimpunan di Padang Merbok . 


Tujuh tempat permulaan sebelum mereka berarak iaitu Brickfields, Universiti Malaya, Jalan Pudu, Masjid Negara, pusat beli-belah Sogo dan Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut serta Pekeliling 

Menurut sumber lagi "sebenarnya lokasi perhimpunan ( Padang Merbok ) tersebut hanya sebagai tanda sahaja kerana matlamat utama pembangkang ialah mahu berarak menawan jalan raya bagi tujuan menumbangkan kerajaan seperti pernah berlaku di Tunisia sebelum ini. 

Mereka berkeras enggan mengikut arahan polis dengan bermacam-macam alasan. Hinggakan cadangan dan nasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar himpunan diadakan dalam stadium pun tak di ambil peduli.


Kata sumber lagi, selain mengadakan perhimpunan haram, ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) turut akan dibekalkan khemah bagi membolehkan mereka bermalam dan meneruskan bantahan sehingga Isnin depan di lokasi yang belum ditentukan.

Beliau berkata, semasa perhimpunan nanti, pemimpin pembangkang yang hadir akan memberi mandat bermula pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang.

"Selepas itu, mereka akan 'cuci tangan' dan tiada arahan bersurai akan diberikan kononnya bagi membolehkan peserta perhimpunan mengambil tindakan selanjutnya sedangkan ia taktik bagi mengelak pemimpin pembangkang terlibat dipersalahkan jika berlaku insiden tidak diingini nanti...

Segala usaha bersungguh-sungguh pembangkang menarik sokongan orang ramai agar menyertai perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Sabtu ini, dipercayai langkah bagi mencapai cita-cita Anwar Ibrahim yang terdesak mahukan kuasa untuk memerintah negara ini.


Yang pastinya, rancangan penganjuran serta tindakkan akan dilakukan puak-puak haramjadah ni akan mencetuskan huru hara dan juga menganggu ketenteraman awam, sabtu ini...

20 Jun 2013

Pembangkang hipokrit - Timb. Pengerusi SPR


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata pembangkang cepat berubah pendirian dan setiap perbuatan mereka tidak selari dengan prinsip.

"Mereka menang 89 kerusi (Parlimen) dan tiga negeri menang semuanya lebih dua pertiga kerusi, tetapi di jalan raya mereka menolak keputusan pilihan raya dan ini perkara yang betul-betul hipokrit.

"Prinsip tidak sama dengan perbuatan, prinsip kononnya tidak boleh menerima keputusan pilihan raya, tetapi perbuatannya? Kita tengok sekarang, cepat-cepat angkat sumpah, cepat-cepat ubah (pendirian), sebelum ini cuma nak boikot, taklimat dia kata," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis syarahan jamuan tengah hari anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Institut Perkembangan Minda (INMIND) bertajuk "PRU13: Terima Keputusan Rakyat" di sini hari ini.

Selain itu, Wan Ahmad berkata pembangkang juga dilihat hipokrit apabila mendakwa sistem pilihan raya negara ini tidak adil namun mereka tetap menghantar calon bertanding.

"Kalau pembangkang tidak yakin daripada mula tentang undang-undang pilihan raya, ketelusan pilihan raya dan kononnya berlaku penipuan... mereka tidak perlu bersusah payah untuk menyertai pilihan raya.

"Tetapi dia masuk bertanding sebab percaya pilihan raya kita adil, percaya boleh mendapat kemenangan kerana kemenangan ada di tangan rakyat. Mereka menang, dapat tubuh kerajaan, dapat pecahkan monopoli parti pemerintah," katanya.

Beliau berkata pembangkang hanya mempergunakan rakyat bagi menyokong prinsip tidak menerima keputusan pilihan raya dengan mengheret mereka ke perhimpunan jalanan, namun pada masa sama mengakui diri wakil rakyat yang dilantik menerusi proses pilihan raya.

Wan Ahmad juga berkata SPR tidak akan melayan segala desakan pembangkang kerana tuntutan mereka di luar garis perlembagaan dan peruntukan undang-undang.

"Pembangkang tuntut SPR untuk letak jawatan, tidak masuk akal sebab menurut Perlembagaan, itu bukan caranya; menuntut pilihan raya diadakan semula di 30 kawasan yang mereka menang kecil, tidak masuk akal sebab kalau mereka tidak percaya keputusan pilihan raya, buat bantahan melalui petisyen pilihan raya, dalam Perlembagaan, Perkara 118.

"Selain itu, mereka menuntut kajian semula persempadanan ditangguhkan sementara, menurut Perlembagaan ia perlu dibuat selepas tempoh lapan tahun, sudah sampai masanya dan tidak boleh dilengahkan.

"Bagaimanapun, mereka mahu perkara itu dibuat sehingga dapat lantikan SPR baharu. Nak lantik di bawah undang-undang mana?" soalnya.

- BERNAMA

--------------------------------------------------------------------

Pendapat MP:
Jika pimpinan pembangkang masih terus menerus mahu mempertikaikan ketelusan PRU13 serta SPR dan tak henti-henti untuk menghasud rakyat dengan penganjuran Himpunan Blackout 505 tu... 

Dengan ini disarankan sekali lagi, kepada sesiapa dari pihak pembangkang yang sudah mengangkat sumpah di peringkat negeri atau DUN, ada patutnya letakkan saja jawatan yang disandang. 

Bagi yang mahu mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen pada 24 Jun ini, untuk apa? Tak payah la... Pergi saja tumpukan sepenuh tenaga untuk terus membohongi rakyat.

"Kalau betul-betul anak jantan, lepaskan jawatan kerana PRU yang lalu kan tak telus serta penuh dengan penipuan. Kerajaan yang sedang memerintah ketika ini pun, katanya kerajaan haram. 
Nak apa lagi?

Apa kejadahnya, 
ambil jawatan tetapi dalam masa yang sama, kata sistem pilihanraya kita tidak adil? 
Hipokrit!!!
Selanjutnya KLIK

WAJIB BACA: Rakyat Johor kini berpeluang terlibat secara langsung!



KENYATAAN MEDIA

Rakyat Johor kini berpeluang terlibat secara langsung ‘mencorakkan’ pembangunan Johor dengan mengambil bahagian, menyuarakan pendapat, kehendak, jangkaan dan keperluan untuk dijadikan dasar yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor.

Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat bagi membolehkan kerajaan membuat tindakan berasaskan pandangan rakyat melalui satu kajian yang dinamakan Suara Hati Johor. Kajian yang akan dilaksanakan oleh Universiti Teknologi Mlaysia (UTM) itu menekankan tiga objektif utama iaitu mengetahui beberapa indikator berkaitan permasalahan rakyat, mengenal pasti isu-isu utama yang dihadapi rakyat dan mencadangkan dasar-dasar yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan.

Website SUARA HATI JOHOR
 
http://surveys.suarahatijohor.com/s3/

Kajian ini juga dilihat sebagai satu wadah bagi memperkasakan dan memacu pertumbuhan ekonomi serta pembangunan menyeluruh ke arah pembentukan Negeri Johor Maju menjelang tahun 2020. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pembentukan dasar yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor demi mendaulatkan kuasa rakyat.

Saya yakin bahawa rakyat hari ini sangat prihatin dan peka terhadap dasar-dasar kerajaan bagi mencorakkan masa depan negeri Johor yang gemilang. Suara Hati Johor ini adalah aspirasi saya supaya rakyat dapat bersama-sama melakar masa depan negeri ini melalui pendekatan merakyatkan kerajaan, memperkasakan muafakat Johor dan pembangunan pro-rakyat. Rakyat bolehlah terlibat secara langsung menyatakan hasrat hati dengan jujur, rasional, terbuka dan berterus-terang.

Semoga suara hati anda semua akan dapat disimpulkan sebagai mesej penting atau harapan daripada rakyat kepada Kerajaan Negeri Johor untuk direalisasikan mengikut keperluan. Kaedah penyelidikan ini menggunakan dua kaedah iaitu kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif melalui kajian survey di lapangan dan laman web.Justeru, rakyat Johor diseru agar mengambil bahagian dalam kajian ini secara online di laman sesawang http://surveys.suarahatijohor.com/s3/ atau bertemu dengan para urus setia yang akan turun padang menemui anda semua secara rawak di kawasan masing-masing.

Saya turut menyeru jabatan-jabatan kerajaan untuk sama-sama terlibat menjayakan kajian itu.Saya berharap agar jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi penting dapat turut serta memberi sokongan serta komitmen sepenuhnya terhadap pelaksanaan kajian ini.Apa yang lebih penting ialah supaya tindakan dan pelaksanaan dapat diterjemahkan setelah kajian ini disimpulkan nanti.

ARTIKAL TERDAHULU KLIK: Senarai Exco Negeri Johor


19 Jun 2013

Anwar boikot #SuaraRakyat505? KLIK baca ni!


Akhirnya desakkan hampir 60 NGO yang bergabung dibawah nama #SuaraRakyat505 yang mengesa supaya ahli parlimen yang prihatin dengan penipuan pilihanraya lalu, memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24hb Jun ini ternyata diperlekehkan dan disampahkan oleh kepimpinan pembangkang itu sendiri!


Keputusan yang diambil Anwar Ibrahim pada sidang medianya di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), tengahari tadi... Dilihat langsung tidak memperdulikan gesaan pengikut (diatas) yang sebelum ini sanggup berhujan berpanas disetiap Himpunan Blackout 505 anjurannya. 

Menurut Anwar;
Kami Akan Hadir Angkat Sumpah Parlimen - Anwar
PETALING JAYA: Walaupun tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa kesemua 89 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menghadiri majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini. Selanjutnya...
Nah, inilah rupanya manusia yang ditatang puak-puak 'blackout' dan hingga dianggap hero rakyat. Bukan main lantang membuat bantahan, pertikai keputusan PRU13 termasuklah mendakwa SPR tidak telus dan tidak adil.

'Road Tour' kesana kemari... Membuang masa mendengar ceramah Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum ini... 

Sampai masanya... 'Suara Rakyat' yang dikatakan suara keramat, tidak diendahkan. Suara-suara NGO diumpama seperti hanya suara bingit nyamuk yang tidak perlu di ambil peduli dan dilayan... Realitinya, mereka semua akan berada di Parlimen pada 24 Jun ini. Boikot desakan #SuaraRakyat505...

So, kepada para-para penunjuk perasaan serta NGO-NGO yang terlibat tu... Sedar tak dengan apa yang mereka telah lakukan ni? Bodoh la jika masih mahu lagi nak bersekongkol dengan perhimpunan BlackOut 505 pada 23hb Jun ini... Sudah-sudah la tu!

Mereka tu semua bukan hero rakyat... Tapi, hero memperalatkan rakyat. Pendapat MP lah, dah alang-alang bantah dan tak percaya dengan ketelusan serta keputusan pilihanraya lalu tu, boikotlah terus... 

Ada berani ka? Selanjutnya KLIK


17 Jun 2013

What is wrong with them, haaa? Mengong ka?


Fitnah dan pembohongan yang dilempar pembangkang khususnya berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini telah menimbulkan persepsi yang salah terhadap kerajaan sehingga ada golongan terpelajar yang menerima bulat-bulat dakyah tidak berasas itu.

Antara fitnah pembangkang yang tidak masuk akal dan tidak dapat dibuktikan sehingga ke hari ini , ialah tuduhan Barisan Nasional (BN) membawa 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi.

"Ini satu fitnah dan pembohongan. yang amat besar yang berlaku dalam pilihan raya kali ini. Sebab itu saya kata tak kan ada orang tak boleh fikir. Rupanya ada orang tak boleh fikir. Saya dapat tahu peguam pun tak boleh fikir.

"What is wrong with them (apa masalah golongan ini)? What is wrong to the level of inteligent and rasionality (apa sudah jadi dengan tahap kebijaksanaan dan rasional mereka) yang tak boleh fikir soal ini,"...

Itulah kata-kata yang sering diulang-ulang oleh YAB. Perdana Menteri kita. Adakah puak-puak barua Anwar yang ada tu semua sudah 'mengong'???

16 Jun 2013

Tawaran RM1,000 untuk tangkap penyokong liar... KLIK baca ni!


"Mana-mana individu yang dapat menangkap penyokong yang bertindak liar seperti melempar batu, botol dan sebagainya akan mendapat imbuhan RM1,000,” kata Timbalan Presiden KAFA, Datuk Afandi Hamzah selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung KAFA kali Ke-58 dan 59 di sini, hari ini.

Buat julung kali, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menawarkan ganjaran RM1,000 kepada mana-mana penyokong mereka yang dapat menangkap penyokong sendiri yang cuba mencetuskan kekacauan pada final Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT), 29 Jun ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Afandi Hamzah berkata, inisiatif itu, yang mendapat persetujuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), bertujuan mendisiplinkan penyokong Kelantan pada perlawanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil.


FAM juga telah bersetuju untuk membenarkan persatuan negeri Kelantan dan Johor meletakkan 100 marsyal masing-masing bagi mengawal penyokong kedua-dua pasukan yang hadir pada perlawanan itu.

Menurutnya FAM telah meminta penyokong Kelantan agar memasuki pintu stadium sebelah kiri manakala penyokong Johor DT pintu sebelah kanan bagi menyaksikan perlawanan itu.

"Kelantan juga telah diperuntukkan sebanyak 30,000 tiket yang akan dijual pada 24 Jun ini dengan harga RM40 setiap tiket,” katanya. - Bernama


ARTIKAL  TERDAHULU KLIK:


15 Jun 2013

TERKINI: Peserta 'Flash Mob' Perhimpunan Black 505 di tahan Polis.


Pihak polis telah menahan kira-kira 10 orang peserta Flash Mob Perhimpunan Black 505 di luar pusat beli-belah Sogo sekitar jam 2.30 petang tadi.

Antara mereka yang ditahan ialah Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edy Noor Reduan.

Para peserta Flash Mob yang lain berkata mereka berhasrat untuk berkumpul di balai polis Dang Wangi untuk bersama rakan-rakan mereka yang ditahan pihak polis.

Acara Flash Mob ini, antara lain bertujuan sebagai pembuka tirai kepada perhimpunan utama pada 22 Jun ini yang menyaksikan sekumpulan kecil manusia berkumpul di hadapan Sogo pada petang Sabtu.

Pihak polis dilihat mengadakan perbincangan dengan peserta, menggesa mereka untuk bersurai.


Walau bagaimanapun, para peserta menjawab adalah menjadi hak mereka untuk berhimpun secara aman.

Flash Mob ini dianjurkan oleh penganjur yang sama di sebalik perhimpunan utama yang akan mengadakan perhimpunan di Padang Merbok pada 22 Jun.

Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk memastikan mobilisasi terbesar untuk orang ramai menyertai Perhimpunan Black 505 bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata 'Flash Mob' yang pertama akan diadakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran pusat beli-belah Sogo pada pukul 2 petang, Sabtu, manakala yang seterusnya akan diadakan di Jalan Tun Perak pada pukul 6 petang, Rabu.

"Flash Mob pertama adalah pembuka tirai kepada acara utama pada 22 Jun dan kami menjangka ia berlarutan sehingga kira-kira pukul 5 petang.

"Kami juga akan mengadakan 'countdown' (Perhimpunan Black 505) di Kuala Lumpur dan Dewan Perhimpunan Cina Selangor pada 21 Jun," katanya, Jumaat.

Sumber: mStar

14 Jun 2013

Ahli Parlimen pembangkang memang 'mengada-ngada'!

Parlimen pada duit syiling Malaysia 
BOSAN DAN MENGADA-NGADA… Mungkin itulah istilah yang paling tepat untuk menggambarkan sikap pakatan pembangkang yang terus mahu berpolitik apabila berhasrat memulau majlis angkat sumpah anggota Parlimen pada 24 Jun ini.

Kelmarin, hanya seorang sahaja ahli Parlimen pembangkang yang hadir ke taklimat khas yang dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Tanpa mempedulikan kepentingan majlis berkenaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas membuat keputusan 'memboikotnya'.

Persoalannya, jika benar pakatan pembangkang berpegang kepada dakyah songsang mereka bahawa berlaku penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, kenapakah kerajaan PKR di Selangor, Kerajaan DAP di Pulau Pinang dan Kerajaan Pas di Kelantan mengangkat sumpah? Apa bezanya perjalanan proses pilihan raya di ketiga-tiga negeri berkenaan berbanding negeri-negeri lain termasuk di kerusi-kerusi Parlimen?

Apakah yang mengendalikan pilihan raya itu adalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berlainan? Sudah pasti tidak!

Jelaslah apa yang dilakukan oleh pakatan pembangkang dalam soal pengundian bagi kerusi Parlimen bermotif politik semata-mata. Mereka tidak dapat menerima hakikat impian mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam PRU lalu gagal apabila hanya memperolehi 89 kerusi sahaja berbanding BN 133 kerusi.

Adalah sesuatu yang malang, apabila pembangkang masih belum mahu berhenti daripada berpolitik. Mereka tidak berusaha untuk menjadi pembangkang yang baik dan bertindak sebagai ejen check and balance kepada kerajaan, sebaliknya mahu merebut kuasa semata-mata.

Bagi pembangkang, kekalahan mereka di dalam pilihan raya bukan kerana keputusan yang dibuat oleh rakyat tetapi kononnya penipuan oleh BN, tetapi apa yang anehnya, mereka juga yang 'terhegeh-hegeh' paling awal menubuhkan kerajaan di negeri-negeri yang mereka menangi.

Biar pun apa juga hujah yang hendak dikeluarkan oleh pembangkang apa yang pasti sudah terbukti kini mereka cuba terus memancing emosi rakyat untuk bangkit menentang kerajaan. Mereka menolak sama sekali sebarang seruan agar mereka bermuhasabah kenapakah mereka masih gagal menumbangkan kerajaan BN.

Apa yang pembangkang tahu ialah kekalahan mereka di peringkat Parlimen kononnya disebabkan oleh penipuan BN. Kalau betullah BN hendak melakukan penipuan sudah pasti parti itu tidak akan membiarkan pembangkang kekal menguasai Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan serta memastikan BN terus gagal memerintah negara dengan majoriti dua pertiga.

Justeru dakwaan pembangkang dalam soal penipuan ini hanyalah fitnah dan tohmahan semata-mata. Mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa kerjasama carca marba mereka tidak memungkinkan rakyat menggadaikan masa depan negara kepada puak seumpama itu.

Sebab itulah kita menyaksikan bagaimana mereka tidak henti-henti mahu mengadakan perhimpunan haram termasuklah pada 22 Jun ini di Kuala Lumpur, biar pun tidak mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk berbuat demikian di Padang Merbok.

Pembangkang tahu mengikut Akta Perhimpunan Aman, kelulusan DBKL adalah diperlukan tetapi mereka tetap mahu meneruskan hasrat mereka. Alasan kononnya perhimpunan itu adalah satu perhimpunan aman adalah alasan semata-mata.

Mereka akan sengaja melanggar undang-undang supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas. Apabila berlaku pancutan air dan tembakan gas pemedih mata, maka tercapai impian mereka untuk merosakkan imej negara di mata dunia.

Kalau betullah pembangkang begitu yakin mereka ditipu, maka kemukakan petisyen di mahkamah, biar mahkamah tentukan, kenapa perlu menyeret rakyat terutamanya penyokong tegar mereka ke jalanan? Kalau yakin sangat ada bukti-bukti kukuh yang akan menyokong petisyen mereka maka serah sahaja kepada mahkamah.

Tetapi masalahnya, pembangkang tidak ada bukti kukuh, mereka hanya bijak menabur fitnah, melemparkan tuduhan dan mencipta tohmahan bagi memburuk-burukkan kerajaan BN namun tidak berani berhadapan dengan fakta sebenar.

Hakikatnya, penulis agak teruja untuk mengetahui sejauh manakah 'keberanian' pembangkang untuk memulau majlis angkat sumpah pada 24 Jun ini. Ia memandangkan di dalam pembangkang sendiri berbelah bahagi.

Difahamkan yang beria-ia benar hendak memulaukan majlis tersebut ialah PKR - sebuah parti yang pemimpin-pemimpinnya benar-benar kecewa kerana Penasihat parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal ditabalkan menjadi Perdana Menteri.

Biar pun hanya mempunyai 28 kerusi di Parlimen namun PKR kini seolah-olah menjadi 'taiko' dalam pakatan pembangkang apabila cuba mempengaruhi DAP dan Pas supaya turut sama tidak mengangkat sumpah Ahli Parlimen.

Namun begitu kita jangan terkejut jika selepas ini PKR membuat keputusan untuk menghadiri majlis angkat sumpah tersebut.

Jika mereka berbuat demikian, macam-macam alasan yang akan mereka berikan, maklumlah pembangkang sememangnya dikenali sebagai puak yang bijak mencipta isu, pandai mencari alasan dan terkenal berhujah.

Dan dalam masa yang sama, kita perlu bersedia untuk melihat bagaimana Dewan Rakyat sekali lagi mungkin akan dicemari dengan telatah-telatah memualkan dan mengada-ngada terutamanya oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang yang kali pertama menduduki jawatan itu.

Kita tidak perlu terkejut kalau itu berlaku kerana mereka tidak menghadiri majlis taklimat yang bertujuan membolehkan Ahli Parlimen mengetahui maklumat terkini mengenai peraturan serta garis panduan baharu berhubung hal ehwal berkaitan perjalanan Parlimen.

Apa pun buat masa ini, marilah kita terus menyaksikan 'sarkas politik' yang terus dimainkan oleh pakatan pembangkang yang ternyata semakin 'meroyan' kerana gagal menawan Putrajaya dan pemimpin mereka gagal menjadi Perdana Menteri.

Kita percaya majoriti rakyat berpendapat masa untuk berpolitik sudah tamat, sekarang adalah masa bersama-sama membangunkan negara. Kalau pembangkang mahu berpolitik tunggulah lima tahun lagi apabila Pilihan Raya Umum Ke-14 diadakan.

Tetapi kita yakin pakatan pembangkang yang ada di negara ini 'tidaklah sematang' itu. Mereka hanya mahu berpolitik sepanjang masa dengan matlamat untuk berebut kuasa.

Kalau benar mereka matang berpolitik sudah tentulah mereka akan menerima keputusan PRU-13 dengan hati terbuka dan bukannya membuat tohmahan yang bukan-bukan apabila kalah tetapi dalam masa yang sama bersedia memegang kuasa di kawasan yang mereka kalah dalam satu pilihan raya yang sama.

Inilah kualiti pembangkang yang ada di negara kita, kehadiran mereka dilihat lebih banyak bermatlamat memburu kuasa dan bukannya bersedia menyumbang membangunkan negara selepas pilihan raya.

Namun terserahlah kepada pembangkang untuk terus berpolitik kerana berdasarkan apa yang kita saksikan, rakyat negara ini sudah tidak mahu lagi melayan 'kegilaan mereka'.

Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd

HOT VIDEO: Chegubard fitnah Datuk Zahid punyai kes cubaan membunuh...

Chegu Bard memang terkenal dengan penyebaran fitnah merata-rata terhadap pemimpin negara termasuk memfitnah isteri perdana menteri dengan isu cincin bernilai jutaan ringgit.

Cuma setakat ini belum ada yang sanggup mengambil tindakan undang-undang terhadap Chegu Bard, sehingga Chegu Bard dianggap kaki fitnah yang paling kebal.

Kali ini fitnah Chegu Bard terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Zahid Hamidi agak berat dan memiliki merit perundangan.

Apakah Zahid akan berdiam diri sebagaimana Rosmah dan PM Najib?

Rakyat sudah lama menunggu tindakan undang-undang difailkan terhadap Chegu Bard. Chegu Bard mungkin lupa ketua umum sanjungan beliau adalah penjenayah seksual yang berbahaya serta bekas banduan yang terkenal dengan salahguna kuasa.

Tuduhan bunuh terhadap Zahid bukanlah perkara remeh... 

 Saksi video berikut:

Pilihanraya kecil akan diadakan : SPR


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa mengadakan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan kerusi ekoran tindakan wakil rakyat pembangkang yang mahu memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini.

 Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, keadaan itu juga sekiranya berlaku akan menyusahkan dan membuang masa rakyat serta kewangan banyak pihak. "Sekiranya pilihan raya kecil terpaksa dijalankan, memang benar ia memerlukan perbelanjaan yang besar, membuang masa dan tenaga banyak pihak.

SPR berharap itu tidak berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen kerana mendakwa wujud penipuan dalam pilihan raya umum lalu.

Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegaskan mana-mana Ahli Parlimen yang gagal mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat pada 24 Jun ini tanpa alasan munasabah dan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh itu, boleh dilucut atau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat mengikut Perkara 59(1) Perlembagaan.

Abdul Aziz berkata, walaubagaimanapun beliau difahamkan semua wakil rakyat pembangkang akan hadir mengangkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini. Namun, katanya, sekiranya wakil rakyat tidak hadir dalam tempoh demikian, Yang Dipertua Dewan Negara mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Dewan Rakyat memaklumkan kepada SPR bahawa telah berlaku kekosongan kerusi.

 "Kemudian SPR akan membuat keputusan muktamad sama ada berlaku kekosongan luar jangka atau tidak dan seterusnya menentukan untuk mengadakan pilihan raya kecil," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, SPR terpaksa mengeluarkan perbelanjaan mengikut kawasan kerusi yang dikosongkan dengan melihat kepada faktor-faktor seperti jumlah pengundi dan keluasan kawasan.

"Sekiranya keluasan kawasan kerusi besar dan pengundi pula ramai, maka lebih besar perbelanjaan yang perlu dikeluarkan SPR," katanya.

Katanya, tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya di negara ini apabila wakil rakyat tidak mahu mengangkat sumpah tanpa sebab yang munasabah sehingga terpaksa diadakan pilihan raya yang lain.

Namun beliau percaya, wakil rakyat pembangkang tidak akan melepaskan dengan mudah kerusi yang telah dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dengan tidak mengangkat sumpah di Parlimen nanti.

Sumber: Utusan

13 Jun 2013

ANWAR: Ada yang kata HEBAT... Ada yang kata BANGSAT? KLIK baca ni!


Anwar Ibrahim GAGAL dan malu besar setelah gagal menumbangkan BN.

Bukan main beliau sudah membayangkan untuk bergelar Perdana Menteri pada 5 Mei lalu. Habis dicanang sudah bersiap sedia mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri.

Ditambah lagi katanya Yang DiPertuan Agong sudah tidur, maka hari lain sahaja beliau akan mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri.

GAGALnya pembangkang menyebabkan Anwar Ibrahim cukup panas hati. Ditutup kelemahan dengan mengaburi mata rakyat dengan pelbagai alasan dan karenah.

Daripada 40,000 pengundi hantu Bangladesh, mengundi dua kali, penipuan SPR dan bermacam-macam alasan. Alasan-alasan ini masih lagai GAGAL dibuktikan oleh Anwar Ibrahim sehingga kini ... sekadar membuat 'road tour' dengan 'Jelajah Syok Sendiri Black Out 505'.

Anwar tidak mahu dilihat sebagai KALAH. KALAH bererti maut baginya untuk meneruskan sisa-sisa nyawa politiknya.

Sekarang ... Apakah Anwar Ibrahim masih HEBAT @ BANGSAT?

Selanjutnya KLIK : http://mediawangsamaju.blogspot.com/2013/06/hebat-sangatkah-melayu-bangsat-ini.html

12 Jun 2013

Pembangkang berani kaaa? KLIK baca ni!


"Alang-alang mereka ingin boikot mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada mereka, boikot teruslah.

Tak payah angkat sumpah.... "Kalau mereka tak angkat sumpah dan tak datang Dewan Rakyat selama enam bulan berturut-turut, kita boleh adakan pilihan raya kecil di 89 kawasan".

"Alang-alang menyeluk pekasam, saya dengan ini mencabar mereka, alang-alang mereka tidak bersama dah dengan mandat yang rakyat di 89 kawasan berikan pada mereka, 24hb ni tak payah datanglah"

Selanjutnya KLIK : http://mahamissa.blogspot.com/2013/06/prk-di-89-kawasan-parlimen-jom-kita.html



5 Jun 2013

Selain Melissa Gooi, Anwar juga sanggup mengata YDP Agong? Saksi video!


Berikutan beberapa laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak setelah mendapati tersiarnya komen yang dilihat menghina Tuanku Abdul Halim di laman Facebook dan Twitter susulan titah Seri Paduka melalui siaran tv sempena hari keputeraan Baginda pada Sabtu lalu, seorang suspek berumur 32 tahun telah ditahan. KLIK http://www.sinarharian.com.my/semasa/wanita-didakwa-hina-agong-dalam-facebook-ditahan-1.167325 

Tangkapan dilakukan bersabit dengan siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
d

Dalam pada itu, ketika sidang media di pejabat PKR baru-baru ini. Ketua pembangkang Anwar Ibrahim turut sama menyentuh titah daripada YDP Agong itu. 
 
Sekali lagi Anwar dikatakan menunjuk sikap tidak menghormati sistem beraja, apabila mempertikaikan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mahu setiap rakyat menerima keputusan PRU ke-13 yang lalu.

Anwar sanggup mengatakan YDP Agong hanya membaca teks yang disediakan pejabat Najib ketika bertitah bersempena sambutan hari ulang tahun Keputeraan Baginda.

Saksikan video kenyataan Anwar dibawah:


Nah, nampak tu... Ni semua akan menjadi punca. Haruskah ia dibiarkan?






4 Jun 2013

KLIK SINI: Teguran bernas!


2 ARTIKEL BERKUALITI..TEGURAN BERNAS.
KLIK DI BAWAH:


Artikal terdahulu KLIK SINI

3 Jun 2013

Nurul Izzah, kesana kemari orang tak suka? KLIK baca ni!


Lagi hal Nurul Izzah kesana kemari, orang tak suka... Sebelum ini Nurul Izzah di tempelak oleh negara jiran gara-gara perangainya yang sebuk jaga tepi kain orang - KLIK http://maelpengerang.blogspot.com/2013/06/nurul-izzah-kumpulan-pembangkang.html

Kali ini, beliau di halang pula menjejakkqn kakinya di Sabah. Selain Nurul Izzah ad 4 nama lagi didedahkan tak dibenqrkan masuk ke Sabah.

Surat di bawah tersebar di dalam internet dan daripada Jabatan Ketua Menteri Sabah kepada Pengarah, Jabatan Imigresen Negeri Sabah bertarikh 21 Mei 2013. Dan intipati surat itu ialah senarai mereka yang dilarang masuk ke Sabah.

Sebelum ini Nurul Izzah telah dilarang masuk ke Sabah.

Menurut portal pembangkang, Malaysian Insider : Surat dari Pejabat Ketua Menteri Sabah kepada Jabatan Imigresen mengesahkan selain daripada Nurul Izzah Anwar, ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Datuk Ambiga Sreenavasan dan Rafizi Ramli turut disenarai hitam dari masuk ke negeri Malaysia timur itu.

Surat bertarikh 21 Mei itu yang menggunakan kepala surat dari pejabat Datuk Musa Aman juga mengatakan senarai itu diluluskan oleh Kabinet Sabah selepas mesyuarat pertama mereka bulan lalu pada 15 Mei, 10 hari selepas pilihan raya umum ke 13.

“Kabinet bersetuju Ketua Menteri menggunakan kuasa penuhnya di bawah Akta Imigresen, dan selaras dengan pengesahan daripada Ketua Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia Sabah, agar tidak membenarkan individu-individu ini mendarat di Sabah,” kata surat itu, sebelum menyenaraikan nama-nama lima daripada ahli politik dan pengerusi bersama Bersih 2.0.

Seterusnya http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anwar-ambiga-kit-siang-rafizi-turut-disenarai-hitamkan-ke-sabah/

Nampaknya, pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang terpaksa membasuh muka mereka kerana terpalik dengan ludah masing-masing.

Untuk mengetahui justifikasi Nurul Izzah dan pemimpin pembangkang tidak dibenarkan masuk ke Sabah: http://novandri.blogspot.com/2013/06/selain-nurul-izzah-4-nama-lagi.html

2 Jun 2013

Nurul Izzah & kumpulan pembangkang terkedu lagi!


PR Terkedu diTempelak Singapura

Pemimpin Pakatan Rakyat benar-benar terkedu apabila ditempelak oleh Singapura agar jangan masuk campur dalam hal-ehwal negara itu.

Singapura bertindak demikian apabila pemimpin PR, antaranya Nurul Izzah dan Teo Ni Ching, menghantar petisyen meminta kerajaan negara itu ‘berlembut’ terhadap 21 penyokong PR dari kaum Cina yang berdemonstrasi menentang keputusan PRU-13.

Nampaknya PR telah tersalah congak akan hubungan parti itu dengan Singapura.

Hakikatnya, Singapura hanya berminat untuk ‘menguasai’ Malaysia, bukannya berkawan dengan pemimpin parti politik Malaysia termasuk pembangkang, walaupun negara itu begitu ‘mesra’ pembangkang sebelum ini.

Singapura terkenal dengan sikap ‘keras’ dan tidak bertolak ansur dengan sesiapa yang melanggar undang-undang. Jika tidak takkanlah negara itu dirujuk sebagai ‘Negara Denda’ (Fine City).

Kerajaan Singapura sentiasa memastikan bahawa mereka tidak dipermainkan oleh rakyat, apatah lagi rakyat negara lain. Maka jelaslah bahawa penyokong PR sememangnya terdiri dari manusia yang ‘kurang cerdik’ dengan sengaja mencari fasal di negara itu.

Mungkinkah mereka menyangka, Singapura yang dikuasai Cina akan berlembut terhadap kaum Cina juga? Sewajarnya, 21 penyokong PR yang terkinja-kinja berdemo di Singapura sambil menjerit-jerit sehingga kehabisan suara itu sedar apakah yang dipanggil ‘tiada kebebasan bersuara’ atau ‘tiada hak untuk ekspresi diri’ dengan sebenar-benarnya.

Ketika berada Malaysia mereka mempunyai hak untuk berbuat apa sahaja, termasuk menghamun Perdana Menteri secara konsisten dan giat sekali. Mereka diberi hak berhimpun dan menghina kerajaan semahu-mahunya.

Malah, mereka juga boleh menyebar penipuan, menabur fitnah dan kebencian terhadap kerajaan tanpa diambil apa-apa tindakan.

Di Malaysia jugalah mereka memperoleh kekayaan sehingga mampu mendabik dada sebagai pembayar cukai terbanyak.

Tetapi kini, mulut mereka ditutup oleh negara yang mereka jadikan idola sebagai terbuka dan lebih baik, iaitu Singapura. Semuanya hanyalah kerana mereka ‘berhimpun secara aman’.

Ironi sekali kerana Singapura sebelum ini telah didapati ‘menghantar wakil’ dalam Himpunan BERSIH dan Lynas di negara ini. Nampaknya, inilah yang pemimpin PR tidak faham, iaitu Singapura menyokong dan memberi bantuan kepada PR untuk membuat huru-hara di Malaysia sahaja, bukannya di negaranya.

Tentu sekali, sokongan dan bantuan Singapura kepada PR itu ada sebabnya. Dan sebabnya itu pula bukanlah kerana ingin memastikan rakyat negara ini ada hak kebebasan bersuara ataupun sekadar ‘suka-suka ingin melihat jiran huru-hara’ .

Dari kesungguhan Singapura membantu Lim Kit Siang di Johor malah memberi berbagai bantuan kepada DAP termasuk dari segi kewangan, maka pastinya negara itu mempunyai sebab yang jauh lebih besar dari itu.

Oleh itu, sebagai parti yang ingin sangat menjadi pemerintah di Malaysia, PR wajib mengetahui bahawa negara jiran itu tidak pernah melupakan cita-cita untuk menguasai negara ini.

Jika PR gagal memahami perkara ini maka jelaslah bahawa PR tidak layak untuk menjadi pemerintah kerana mana mungkin negara dibiarkan diperintah oleh parti yang tidak dapat membaca niat musuh yang ingin menjajah?

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.